Thursday, 19 September 2013

Terima Kasih






Alhumdulillah, terima kasih banyak-banyak atas pemberian sehelai baju-T

Walaupun ia biasa, tetapi tidak bagi saya, kerana cetakkan pada baju tersebut adalah hasil seni jalanan @ street art  oleh seorang mat saleh ni yang bernama Ernest Zacharcvic.

Mamat ini lah antara salah seorang seni jalanan yang telah 'merosakkan' bandar George town dengan hasil kreatif seni jalanannya. Sehinggakan menjadi tumpuan para pelancong.


Tak cukup dengan bandaraya George town, Kuala Lumpur, PJ, Bandaraya Kota Singa juga tidak terlepas darinya. Malah negara2 barat juga turut jadi mangsa 'contengannya' .




hasil karyanya juga boleh di lihat di sini



















* Tempoh hari, malam sebelum hari kayuhan esoknya saya hanya dapat kesan 2 sahaja lokasi seni jalanan di Bandar George Town. Itu pun nasib-nasib saja. tak macam Dr.Singa  ni, Habis dia terjahnya.

* Nanti saya terjah kawan2 semua kembali, sekarang ni saya  on off sea trial la. 





.

Friday, 13 September 2013

Dim Sum




Rindu saya pada menu makanan kaum cina ni, dahulu saya dan kawan sekerja rajin ke bandar Ipoh
untuk menikmati makanan ni.

Ianya terletak di area GreenTown, Ipoh dan di Jamin Halal sepenuhnya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan menu Dim Sum ini cara masakkannya adalah dikukus. Yang digoreng pun ada.





kalau rajin gugel nama kedai ini, secara automatiknya akan tahu koordinat kedai tersebut. cubalah!!!





























*  Antara Sushi & Dim Sum.....saya lebih gemar pekena Dim sum. Nama menu setiap hidangan Dim Sum ni jangan tanya saya...saya mmg tak tahu, makan pandai lah.







.



Wednesday, 11 September 2013

Rabu TANPA Kata. ( Taip saja )













DST stand for Distance 




T.RT stand for Total Riding Time




AVG stand for Average Cadence - ia mengira jumlah keseluruhan kelajuan yg dicapai  ( ketika di flat road + climbing + downhill)




MAX stand for Maximum Speed ( rasa saya ianya kelajuan ketika saya menuruni bukit di sekitar  area empangan air , itu kelajuan ketika jalan basah + licin + main brek sikit2, kalau jalan kering macam mana pula kelajuan yg boleh saya capai eh? )




















* Ada 9 fungsi lagi alat ini selain 4 fungsi seperti gambar diatas, tapi cukuplah saya dedahkan maklumat yang menjadi rekod peribadi  kayuhan CFAL ke-5 yang  buat pertama kali untuk saya. 






Monday, 9 September 2013

Berjaya!

Assalamualikum & salam sejahtera pada semua.
Lama juga tak update blog ni.
Alhumdulillah, berkat training selama ini saya dapat dan mampu habiskan trek perjalanan acara kayuhan  anjuran CFAL ( Campaign for A Lane ) kali ke 5 di Pulau Pinang.
Walaupun terpaksa berkayuh dalam hujan yang sederhana lebat sepanjang acara kayuhan ( dari awal pagi sekitar jam 0730 hingga 1100 pagi )

Apa-apa pun ini antara event yg saya sertai yang paling penuh cabaran kerana :




1. Pertama kali berkayuh dalam suasana hujan

2. Tiada berlaku kekejangan otot pada tubuh badan saya 

3. Pertama kali saya berkayuh non-stop ( bajet atelit le tour ) sehingga garisan penamat

4. Pertama kali layan selekoh-selekoh tajam & jalan yg licin akibat hujan. Alhumdulillah tiada kemalang yg berlaku pada diri saya dan tim pasukan saya.

5. Buat pertama kali saya habiskan trek ini secara solo utk 82km ( berpecah dari tim, akibat kekeliruan dan terlampau ramai peserta ). Kerugian tenaga kerana tak dapat cucuk angin dari rakan-rakan dari tim.

6. Buat pertama kalinya saya bertenaga lebih untuk kayuhan mendaki/ climbing secara memotong peserta2 lain. Yang potong saya ketika climbing pun ramai juga (kena training lebih lagi ni)

7. Finishing medal yg cun diantara event yg saya sertai utk tahun ini.



.





green color : start/finish point