Friday, 28 June 2013

Semakin Hampir




As,salam dan salam sejahtera semua



Kini ada sedikit ruang kelegaan dalam jadual masa saya. Dapatlah saya melawat kawan-kawan maya semua kembali utk sementara.

Alhumdulillah, kesemua aktiviti da latihan yang saya lakukan utk  next challenge  touring bike saya ke negara Thai berjalan dengan lancar. Dan saya bersama group akan touring pada sabtu ini bermula dari negeri Perlis - Thailand (hatyai) - Perlis (keesokkan harinya).



Saya difahamkan akan melaui 2 jalan yang berbeza dari segi bentuk muka buminya dan jarak.

hari pertama 29.06.13 : Perlis ( Kangar ) - Thailand ( Hatyai ) via Wang Kelian jaraknya adalah 173km, berbukit curam di area Malaysia,

hari kedua 30.06.13    : Thailand ( Hatyai ) - Perlis ( Kangar ) via Padang Besar jaraknya adalah 140km, jalan berbukit-bukit.




Diantara persiaapan yang saya lakukan utk tempuhi cabaran tersebut ialah :

1. Hari Isnin - hari Jumaat (jika cuaca tidak hujan) saya pergi dan balik kerja secara berkayuh. Kena bangun awal pagi yg mungkin. Biasanya sesudah subuh dalam jam 0600 @ 0615 pagi saya sudah keluar rumah utk berkayuh. Ianya berlarutan hingga 5 minggu lebih. (minggu ni rest cukup2)

2. Hari Isnin - hari jumaat pada sebelah malamnya pula saya pergi ke gym selepas isyak. Kayuh + berjogging di trekmill + push up + sit up. ( senaman kardio biasa sahaja yg saya lakukan selama 1 jam lebih, kalau main besi rasanya terus pingsan)

3. Disetiap pagi sabtu saya berkayuh lagi bersama-sama kumpulan daerah disini, disebelah petangnya pula saya  ke kolam renang. Berenang sebanyak laps yg mungkin. Alhumdulillah walau pun sekarang ni tidak berenang setiap hari mcm dulu. tapi saya masih boleh kekalkan jumlah pusingan berenang saya

4. Hari minggu - saya mendaki bukit di sebelah paginya dan disebelah petang saya ke mini stadium utk berjogging. ( jika tiada hal di kampung )





Jadual yg padat ini lah yg membuatkan saya kurang terjah dan jengah ke dunia maya.




sehala 12.29KM





 Gambar diatas adalah (salah satu rekod peribadi saya) laluan kayuhan pergi dan balik kerja saya yang sempat  direkodkan di dalam telefon pintar saya, Ianya berterusan selama 5 minggu.











Ini pula laluan di pulau pangkor pada ahad lepas. Ujian kayuhan mendaki sejauh 6KM. Penat juga rasa, macam nak tercabut lutut ni. Siapa yg pernah dtg ke Pulau Pangkor sudah pasti tahu ketinggian, kecondongan sudut laluan  bukit tersebut.











































* kawan saya bilang, " ko ni dah takde life la...aku tengok".    Saya balas balik "takpe....nak sihat der, biar takde life kerana sibuk dengan riadah sukan, jangan takde life sibuk dengan dunia kerja yg tak sudah-sudah"








* Doakan saya selamat utk misi kali ini. kepada kakak Dr.Singa terima kasih eh beri ubat untuk elak kekejangan tu.






Tuesday, 25 June 2013

BULAN






Assalammualaikum dan salam sejahtera
wahai kawan-kawan alam maya semua.

Fuh.....
lama betul tak jengah ke blog ni.







Bulan memang sangat indah, walaupun ia dalam keadaan cuaca berjerebu, still maintain, tetap anggun dengan caranya tersendiri.




























* kisah kembara saya di Sabah mcm dah basi. hahaha lantak lah....










.
.