Sunday, 31 March 2013

Misi Gagal





Malam di Pekan Kota Belud, tiada apa yang menarik.

Saya Keluar dari penginapan backpackers yang memang berhampiran dengan masjid. Saya ronda - ronda seorang diri. tiada teman.

jalan beberapa langkah sahaja sudah cukup untuk membuat satu pusingan lengkap meronda sekitar kawsan pekan ini. Keluasannya sama dengan pekan Tanah Rata,kampung saya.

Bosan, saya kembali ke bilik dan tidur kerana selepas subuh Tuan Asrin ingin bawa saya berjalan-jalan melihat si hidung panjang dengan mata saya sendiri. (mujur laungan Azan Subuh sedarkan saya. Subuh di Sabah seawal +- 0450Hrs tu.)







1


2





Selepas sarapan pagi, misi mencari dan melihat hidupan liar si hidung panjang memlalui jalan darat kami gagal. Tiada tanda-tanda kehadiran 'mereka' di sekitar kawasan yang kami tuju. Yang ada hanyalah pekebun   dan budak kecil ini bersama ayam mereka.


3


4


5


6


7


8


9
















* Patutlah ayam ni kaku setempat sahaja, rupanya kaki ayam tu diikat. Ceh!!!



.




Thursday, 28 March 2013

Edisi tertangguh: Kota Belud







Saya ke Kota Belud keesokan harinya (selepas saya berjumpa dengan sis Nong Andy). saya naik teksi kesana berkongsi dengan penumpang-penumpang lain. Perjalanan hanya mengambil 45 minit sahaja. Bayaran yang dikenakan pula RM7.00 seorang (seingat saya)

Pemandu teksi tu sangat peramah dengan saya tapi.....penumpang2 lain agak pemalu.

Oleh kerana saya sahaja bukan orang tempatan di situ, dengan baik hatinya pakcik pemandu teksi
bercerita tentang kehebatan daerah Kota Belud ini.

siap berhenti di tepi jalan beri  peluang kepada saya ambil gambar di roundabout di sekitar kawasan tuaran (kalau tidak salah) sebelum sampai ke Kota Belud.


Walaupun ianya masih dalam pembikinan, orang dah beri peluang jadi saya ambil saja gambar patung  kuda yang ada. Bukan senang naik teksi bersama penumpang yg tidak dikenali termasuk pemandunya, beri peluang pada saya untuk ambil gambar.

sebenarnya saya tak mahu pun tapi setelah dipaksa oleh pakcik pemandu teksi , dan kata bagus ambil gambar buat kenangan.  Jadi...saya turutkan saja.






Setiba sahaja memasuki kawasan Kota Belud. Hujan mulai reda. Saya ternampak benda ini. Pertama kali saya tahu ada mahkamah bergerak. Rasa pelik.


court bergerak kata pakcik pemandu





Saya tunggu kawan saya disini, Neill nama dia.
Selepas 30 minit baru saya nampak batang hidungnya, dia sengih-sengih. Saya perhatikan sahaja.
Dia bawa ke kedai makan, belanja saya minum nescafe tarik tanda mohon maaf kerana terlewat.
Saya sedikit tersenyum.





Habis minum, kami jalan kaki mendaki bukit di restoran paling tinngi di Pekan Kota Belud, Restoran Mayang Sari namanya, dalam hujan renyai, untuk berjumpa dengan seseorang, Tuan Asrin kawan kepada kawan saya. Restoran ini menunya biasa-biasa saja, saya tak makan tapi saya minum saja, satu lagi air feveret dipesan, Nescafe tarik satuuu.....

Tapi pemandangan setiap sisi restoran ini sungguh berbeza, sebelah depanya dapat lihat Gunung Kinabalu, Sebelah kanannya dapat lihat sawah padi dan bukit bukau, dan sebelah kirinya dapat melihat pemandangan sungai menuju ke laut.

(Gambar pemandangan sawah padi dan bukit bukau tak dapat dimuat naik disini, terlalu kabur, cuacanya berubah-ubah, sekejap hujan lebat, sekejap renyai, sekejap tak hujan, kemudian hujan kembali)










Tuan Asrin





Tuan Asrin  : Assalamualaikum

Saya           : Walaikumussalam (sambil berjabat tangan)

Tuan Asrin  : Kita ni Dusun ka Bajau?

Saya           : Nda, Dua-dua pun bukan, Saya Melayu jak Tuan, Saya ni ada nampak bajau kah?

Tuan Asrin  : Teda juga, macam ada sikit dusun juga ko tu. Macam kadazan juga ada,  Jadi....kita ni tinggal dimana?

Saya           : Saya tinggal di saaaaaaana, semenanjung. Di Perak.

Tuan Asrin  : Oooo...dari malaya, kita ni cakap jak sudah bunyi sabah. Si Neill teda pula bilang sama saya yang kita ni dari semenanjung. Saya ingat kita dari sini.

Saya           : Jadi Tuan ni keturunannya apa? Bajau?

Tuan Asrin  : Saya Iranun tapi sudah campur-campur. Bajau ada, Kadazan ada, Keling muslim pun ada. Cepat habiskan air ko tu, nanti bulih saya bawa pusing-pusing ronda sekitar Kota Belud ni. Nanti kalau sudah malam, semuanya gelap. Teda apa yang dapat ko lihat tu

Saya           : Eh.....boleh ka Tuan (saya sedikit tersenyum).

Tuan Asrin  : Tiada masalah juga tu, Kita ni kan tetamu.

Saya           : Terima kasihlah Tuan.



Air saya masih banyak lagi, baru 3 teguk saya minum. Tanpa membuang masa dengan segera saya habiskan air feveret, kawan saya si Neill pun sama cuma dia beri senyum lebar pada saya sambil angkat kening. (lagak tak ubah mcm orang jahat merancang sesuatu).

Kami naiki kereta Tuan Asrin, Dalam perjalananTuan Asrin pula bercerita panjang lebar macam-macam topik, dari topik kisah kampung, kisah hidupan liar, kisah tempat-tempat menarik hinggalah ke kisah politik.



































* susah betul ambil gambar ketika keadaan begerak-gerak ni.

* Cilaka punya kawan, sampai sekarang saya tidak tahu apa yang si Neill tu bohongkan pada Tuan Asrin tentang saya sehinggakan saya dilayan baik sekali.









.

Saturday, 23 March 2013

Hidung Panjang.
















Sudah tiba masanya saya sambung kembali cerita kembara saya yang tertangguh di sini. 

Tunggu....








CPL gambar ni boleh tak untuk FM tu? Atau memang kena gambar sendiri? 



*Rindunya saya dengan Sabah, Tak sabar mahu jejakinya semula, sambung jelajah lihat bumi orang.

















.

Thursday, 21 March 2013

Di dalam Galeri Pangkor





As,salam semua

Rupanya ramai yang sudah menjejakan kaki ke Pulau Pangkor, ada yang sudah sampai ke galeri ini dan ada juga yang belum pernah. Saya sebenarnya kurang arif tentang sejarah. Tapi saya suka sejarah, nak pula tentang kerajaan-kerajaan lama dan kisah yang berkaitan dengan peperangan.

Galeri Pangkor ini tidak lah besar mana, boleh dikatakan mini galeri, ia menceritakan tentang sejarah yang berkaitan dengan Pulau Pangkor.

Untuk mengetahui tentang sejarahnya secara ringkas, boleh klik disini dan disini.



Apa yang ada di dalam galeri ini?

Sila skrol ke bawah.


ada ikan buntal awet, rasanya tiada kaitan langsung. Motif??


wayang kulit juga terdapat disini, bukti wujudnya kehadiran pedagang dari Indonesia sautu ketika dahulu. Itu yang saya difahamkan






Saya tanya orang yang jaga disitu, apa kaitan tsunami dengan pulau pangkor? Barder tu kata "tiada kaitan, saja nak penuhkan ruang galeri ini".  Saya kata "Oooooo...."


saya lupa kisah gambar ni,


sumpit ini saya kagum, siap ada corak2 lagi.  Di kampung saya, orang asli disitu hanya pakai sumpit yang simple dan panjang.




ada gambar2 pemandangan di sekitar Pulau Pangkor ini








Yang di bawah ini semua gambar yang berkaitan dengan Perjanjian Pangkor. Nak balek balik buku teks sejarah pun boleh untuk dapatkan maklumat penuh.
















Dan akhir sekali, gambar wanita berketurunan Raja Perak, saya tanya penjaga galeri tu. (pengunjung yang datang mula beredar tinggal kami bertiga sahaja)



"Brader, Gambar siapa tu?"

dia jawab "Inilah gambar kerabat raja di Perak"

saya tanya lagi " Apa kaitanya dia dengan Pulau ni?"

dia jawab  " kerana orang asal di pulau ni, kebanyakkanya berketurunan dari, Raja Perak, Keturunan Raja Kelantan, Keturunan Raja Selangor, Keturunan Raja Kedah, Keturunan dari Raja-Raja di Kerajaan Jawa dan Majapahit, Keturunan dari para pedagang Arab, dan keturunan dari penjajah Belanda dan British. Tapi mereka hidup secara sederhana dan tidak kekalkan cara hidup keturunan diraja"

Saya tanya lagi " betul ke? saya tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun?"

Dia jawab " Ada, itu lah....kerana kita ni selalu dididik dengan kehebatan tentera British, tentang Raja-raja kita dah para pahlawan kurang didedahkan (nada sedikit keras), 

Awak tahu tak siapa penjaga Pulau ini, pernah dengar nama Sri Karmawijaya? Panglima Hitam? Tahu tak siapa mereka? 

Saya geleng kepala dan jawab, "pernah dengar tapi tak berapa ingat "






terus brader tu ceritakan pada saya dan kawan saya tantang kisah sejarah (sedikit sahaja cerita bab sejarah) selebihnya dia ceritakan kisah-kisah mistik yang ada di situ dari dulu sampai kini.

Saya dengar dengan teliti cerita-cerita mistik yang ada, dan terasa sedikit seram. Cilakak betul.
( 1 jam saya dan kawan saya dari Sabah tu luangkan masa bersama brader penjaga Galeri Pangkor .... kisah tentang peristiwa dan sejarah terus saya tak tanya lagi).







* Masa brader tu bercerita tentang perkara ghaib dan mistik, sekali sekala tangan brader tu begerak dengan sendirinya membuat aksi seperti ada orang merentap tangannya, dan sekali sekala kepalanya di tunjalkan kekiri kedepan seolah ada tangan menolak kepala brader tu, saya perhatikan sambil telan air liur, dia tahu saya ada sedikit risau terbit dalam hati tapi dia kata itu perkara biasa, jangan dirisaukan.

* Antara percaya dan tidak, saya layankan saja. konon-konon tiada apa yang berlaku.














.


Wednesday, 20 March 2013

Galeri Pangkor






Siapa suka tentang sejarah?


Penggemar sejarah wajib jejakan kaki anda kesini. Nanti saya ceritakan dengan gambar apa yang ada di galeri ini













.
.

Monday, 18 March 2013

Pangkor







Hari minggu, saya tidak kemana-mana, saya terpaksa temankan kawan saya dari saaaaaaaana Sabah berjalan-jalan ke pulau.

Dia datang kemari kerana ada kerja di sini, didalam base tentera laut TLDM,

Saya pula terpaksa jadi pemandu pelancong yg tak bertauliah. Dalam perjalanan saya terangkan dia serba ringkas tentang sejarah yg ada di Pulau Pangkor ini. Terasa hebat sekejap.
( itu pun dgn bantuan google, nasib dia  tidak perasan yg saya sedang gugel info )

























Kami pusing-pusing sekitar perkampungan nelayan cina dengan motor. Saya tak sewa motor tu, bekas pekerja kontraktor saya yang bagi pakai percuma hanya perlu isi minyak saja. Terima kasih banyak-banyak. Seronok ada kawan begini.










Kami pusing-pusing lagi dengan motor yang tidak disewa tu...alih-alih sampai di kota Belanda ni.




















Panas....
Cuaca sangat terik. Kami pesing-pusing lagi dengan motor yang tak disewa tu lagi. Kali ini pergi menuju ke Teluk Nipah pula

Makan tengahari di situ....
Saya tak makan....kawan saya makan. Saya minum saja... ( 3 gelas air berperisa ).