Monday, 9 September 2013

Berjaya!

Assalamualikum & salam sejahtera pada semua.
Lama juga tak update blog ni.
Alhumdulillah, berkat training selama ini saya dapat dan mampu habiskan trek perjalanan acara kayuhan  anjuran CFAL ( Campaign for A Lane ) kali ke 5 di Pulau Pinang.
Walaupun terpaksa berkayuh dalam hujan yang sederhana lebat sepanjang acara kayuhan ( dari awal pagi sekitar jam 0730 hingga 1100 pagi )

Apa-apa pun ini antara event yg saya sertai yang paling penuh cabaran kerana :




1. Pertama kali berkayuh dalam suasana hujan

2. Tiada berlaku kekejangan otot pada tubuh badan saya 

3. Pertama kali saya berkayuh non-stop ( bajet atelit le tour ) sehingga garisan penamat

4. Pertama kali layan selekoh-selekoh tajam & jalan yg licin akibat hujan. Alhumdulillah tiada kemalang yg berlaku pada diri saya dan tim pasukan saya.

5. Buat pertama kali saya habiskan trek ini secara solo utk 82km ( berpecah dari tim, akibat kekeliruan dan terlampau ramai peserta ). Kerugian tenaga kerana tak dapat cucuk angin dari rakan-rakan dari tim.

6. Buat pertama kalinya saya bertenaga lebih untuk kayuhan mendaki/ climbing secara memotong peserta2 lain. Yang potong saya ketika climbing pun ramai juga (kena training lebih lagi ni)

7. Finishing medal yg cun diantara event yg saya sertai utk tahun ini.



.





green color : start/finish point










22 comments:

  1. wooohoo..... tahniah TP, memang betul2 power nih

    ReplyDelete
  2. Tahniah... tahniah... Boleh mencuba LTDL ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak masih jauh lagi utk kesitu. tapi sekadar mencuba agaknya boleh dan tak salah hihihi

      Delete
  3. Replies
    1. 24hrs kayuh speda pastinya capek. bukan. 2hrs non stop berkayuh saja sudah lost energy

      Delete
  4. Tahniah...lalu kampung rietta tu...asal xgtaw awl...bleh kitorg bg sokongan moral...been missing ur entry...lamer beno menyepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.....
      tau yg sis rietta mmg asal penang. tapi mana nak tahu belah tanah besar @ belah pulau. lagi pun mmg jadual masa harian semakin padat. sekali sekala sahaja dapat ber online ni sis

      Delete
  5. wow..alhamdulillah..tahniah TP!
    teruskan dgn event lain, ada usaha, ada jaya..Insya allah.

    medal dia mmg lain la..unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah pasti saya teruskan dan berusaha lebih gigih dengan sukan berbasikal ni sis ujie

      Delete
  6. Tahniah..

    Byk juga kejayaan kali ni bro. Siap potong peserta lain masa daki bukit... wah. Tu maksudnya
    Dah byk peningkatan stamina dari byk latihan la tu kan..

    82km. Gila jauh...

    Walaupun x faham sgt pasal cucuk anggin tu.. tapi yg pastinya itu adalah skil yg ko kena
    Belajar lagi la tu kan...

    P/S: kispen itu memang pengalaman sendiri hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis NA

      82km mmg jauh tapi bila berkayuh terasa sangat seronok dan jarak bukan halangannya lagi sis. keseronokkan ketika berkayuh sgt best disitu.


      cucuk angin tu kita follow peserta lain dibelakangnya dgn rapat sedikit supaya kita kurang menempuh angin dan kurang penat. jadi boleh menjimatkan tenaga kita disitu.

      kalau dalam pasukan biasanya org yg dihadapan @ tukang tarik akan lead kumpulan sehingga mana yg dia larat. kemudian dia akan keluar dari baris dan masuk barisan semula dibahagian posisi belakang. kitaran begini dilakukan secara bergilir2 sehingga lead pasukan yg mula2 kembali ke posisi asalnya adalah utk menjimatkan tenaga tapi berkayuh dengan kelajuan yg malar atau semakin meningkat. lebih kurang begitu lah teknik dan kegunaan cucuk angin ni.

      bayangkan kalo berkayuh secara solo. huhuhuhu penatnya berganda2.

      Delete
    2. Itu rupanya maksud cucuk angin.


      -NA-

      Delete
  7. Kagum!
    Keliling pulau!
    Lalu bukit-bukit tu.. Yang kalau dengan keret pun merangkak naik!!
    Kagum!

    Selalu hati-hati ya Bro!
    Take care!!
    'Cucuk angin' .. Rasa nya paham..slipstream kan!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis

      ramai yang kagum termasuk diri saya sendiri. saya kagum dgn kebolehan yg saya lakukan. macam tak percaya saja.
      Berkat selalu training setiap hari mungkin.

      ya pasti saya berhati2 dan terima kasih dgn pemberian ubat tempohari


      yup arus gelincir itu istilah yg lebih tepat. kaedah utk pengayuh utk menjimatkan tenaga ketika berkayuh di jalan mendatar.

      Delete
  8. 82km....? 30km pown dah sumput. tu henti2 lepak borak... kalau ada kedai makan, pekene milo ice lagi.

    tp baru2 ni, CiM joint race, jalan kaki jer over than 18km, panas dehydrate btul2 menguji ketahanan mental & fizikal. tak sama dgn cycling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita akan demoralised bila berseorangan dsn letih. Tapi mmg kena kuatkan semangat dan think postive. Saya tak pandai race jalan kaki CiM, saya marathon boleh la sama hiking. Sukan berbasikal ni masih baru berjinak2 saje.

      Delete