Friday, 28 June 2013

Semakin Hampir




As,salam dan salam sejahtera semua



Kini ada sedikit ruang kelegaan dalam jadual masa saya. Dapatlah saya melawat kawan-kawan maya semua kembali utk sementara.

Alhumdulillah, kesemua aktiviti da latihan yang saya lakukan utk  next challenge  touring bike saya ke negara Thai berjalan dengan lancar. Dan saya bersama group akan touring pada sabtu ini bermula dari negeri Perlis - Thailand (hatyai) - Perlis (keesokkan harinya).



Saya difahamkan akan melaui 2 jalan yang berbeza dari segi bentuk muka buminya dan jarak.

hari pertama 29.06.13 : Perlis ( Kangar ) - Thailand ( Hatyai ) via Wang Kelian jaraknya adalah 173km, berbukit curam di area Malaysia,

hari kedua 30.06.13    : Thailand ( Hatyai ) - Perlis ( Kangar ) via Padang Besar jaraknya adalah 140km, jalan berbukit-bukit.




Diantara persiaapan yang saya lakukan utk tempuhi cabaran tersebut ialah :

1. Hari Isnin - hari Jumaat (jika cuaca tidak hujan) saya pergi dan balik kerja secara berkayuh. Kena bangun awal pagi yg mungkin. Biasanya sesudah subuh dalam jam 0600 @ 0615 pagi saya sudah keluar rumah utk berkayuh. Ianya berlarutan hingga 5 minggu lebih. (minggu ni rest cukup2)

2. Hari Isnin - hari jumaat pada sebelah malamnya pula saya pergi ke gym selepas isyak. Kayuh + berjogging di trekmill + push up + sit up. ( senaman kardio biasa sahaja yg saya lakukan selama 1 jam lebih, kalau main besi rasanya terus pingsan)

3. Disetiap pagi sabtu saya berkayuh lagi bersama-sama kumpulan daerah disini, disebelah petangnya pula saya  ke kolam renang. Berenang sebanyak laps yg mungkin. Alhumdulillah walau pun sekarang ni tidak berenang setiap hari mcm dulu. tapi saya masih boleh kekalkan jumlah pusingan berenang saya

4. Hari minggu - saya mendaki bukit di sebelah paginya dan disebelah petang saya ke mini stadium utk berjogging. ( jika tiada hal di kampung )





Jadual yg padat ini lah yg membuatkan saya kurang terjah dan jengah ke dunia maya.




sehala 12.29KM





 Gambar diatas adalah (salah satu rekod peribadi saya) laluan kayuhan pergi dan balik kerja saya yang sempat  direkodkan di dalam telefon pintar saya, Ianya berterusan selama 5 minggu.











Ini pula laluan di pulau pangkor pada ahad lepas. Ujian kayuhan mendaki sejauh 6KM. Penat juga rasa, macam nak tercabut lutut ni. Siapa yg pernah dtg ke Pulau Pangkor sudah pasti tahu ketinggian, kecondongan sudut laluan  bukit tersebut.











































* kawan saya bilang, " ko ni dah takde life la...aku tengok".    Saya balas balik "takpe....nak sihat der, biar takde life kerana sibuk dengan riadah sukan, jangan takde life sibuk dengan dunia kerja yg tak sudah-sudah"








* Doakan saya selamat utk misi kali ini. kepada kakak Dr.Singa terima kasih eh beri ubat untuk elak kekejangan tu.






41 comments:

  1. satu:

    lain kali kalau ada orang cakap lu dah takde life, ko jawab macam ni... "this is my life, so?"

    kita semua ada cara tersendiri nak menjalani kehidupan masing-masing. yang penting kena pandai menikmati masa yang ada sebaiknya, sambil menghargai semua perkara positif yang kita pernah lalui. (ada gaya ustaz don tak? ni ustaz don versi botak)

    dua:

    gua rasa nak bagi lu challenge tambahan la. apa kata lu snap gambar semua menara jam (yang takde jam pun takpe) kat semua tempat yang lu lalu karang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. betul gak tu. Lu mmg layak jadi ustaz rock bro

      2. Boleh insyaAllah akan di snap tapi dlm perjalanan semasa berkayuh ke? Singboard boleh juga tak?

      Delete
  2. :)

    habis ubat nanti cakap tau!!

    good luck dek..
    Akak doakan selamat pergi dan kembali
    Minum air banyak-banyak ya..

    ReplyDelete
  3. Gud luck awk....rekod tu rietta xpndai baca....tpi nmpak sgt mencabar juga....rietta ritu p pangkor ikut marina island....nek moto pown sayup jerr, nek beskal...rietta xbrani cabar diri....xpe org ckap xde life....rietta taw ada life yg lebih healthy sebenarnya....cuma dorg xpham....gud luck and all the best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.....seperti bro SM bilang. Kita punyai cara pilihan masing2 utk mencorakkannya.


      terima kasih rietta

      Delete
  4. haha, tiba tiba teringat masa bawa motor dekat pulau pangkor.. nak naik bukit tu macam tak naik..

    btw, gud luck bro!

    ReplyDelete
  5. Lu memang ada urat dawai tulang besi la bro...
    gua pun nak mula berenang gak la nih... ambil motivasi dari lu...
    untuk amanah kesihatan yang diberikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la sampai begitu hehehehe. Belum dawai lagi urat ni. Tulang besi mmg ye kot hehehehe


      berenag jgn x berenang. Demi kesihatan diri, pedulikan apa orang bilang

      Delete
  6. patutlah senyap...mmg sgt2 sibuk kalau mcm ni.
    Saya rasa best apa life TP ni.

    saya penah lalu (naik keta) laluan wang kelian tu, mmg mencabar sbb selekoh tajam dalam keadaan mendaki. Yg kagumnya masa tu mmg ramai yg tengah berkayuh kat laluan tu.

    semoga berjaya dalam misi kali ni ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis ujie.

      persiapan awal harus ada, kalau saya terus berada selalu di alam maya pasti.....jadual rehat saya akan dicatu. Jadi ada bagusnya saya lebihkan masa berlatih utk persiapan

      Delete
    2. Sebenarnya saya lagi gile pada instagram berbanding laman sosial maya yg lain

      hehehehe

      Delete
  7. assalam,

    semoga berjaya melepasi cabaran2 perlumbaan nanti...fokus, berhati2 dan tawakkal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam


      amin. InsyaAllah akan buat swhabis baik

      Delete
  8. Wah....

    Aktif sungguh ko bro...

    Kalau ada geng buat aktiviti memang best... teringin lak nak berbasikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. can bah if you....

      mari aktifkan diri bah nong.

      Delete
    2. Tapi sy teda beskal TP... hahaha. Lama da nda main beskal ni..

      Delete
  9. Terbaik, good luck bro!

    Cuma satu..kalau perhatikan dalam regime senaman/training tu, fully occupied Mon - Sun...takde break...tinggi chances utk injury bro...give your body a rest day....Even pro pun kena rest at least one day in a week bro..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, thank you bro DZ

      terima kasih diatas nasihat tu. Makna nya saya kena ubah jadual senaman saya. Baik lah....

      Delete
  10. Good luck TP.... semoga semuanya berjalan lancar.... apa-apa pun kesihatan perlu diutamakan. Ikut nasihat pakar Dr. Daddy Ziyyad...

    Hidup anak MALAYSIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya terima kasih sis SR


      yup sudah pasti saya akan ikut nasihat yg pakar



      HIDUP

      Delete
  11. Replies
    1. cuba mem power kan diri keh keh keh

      Delete
  12. pss....sedap juga...rangup...tapi bg rietta, sedikit manis...

    ReplyDelete
  13. bulan puasa ni pergi kerja berkayuh juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah....berkayuh juga pasal kawan2 saya kata mereka nak berkayuh pi dan balik kerja

      cuma

      kayuh dgn cara yg lebih santai

      Delete
  14. Salam TP,
    lama tak jenguk sini..
    harap semua baik-baik saja naa
    selamat menyambut ramadhan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam LW

      yup selamat menyambut ramadhan al mubarak

      Delete
  15. Tol jugak kata tp ,
    Bio sihat sebab bersebab.. ekekek

    Gud jobeeee bro... aku doakan tetbaik je utk ko...
    Pose2 ni agak2 ko rest x dr semua ni??

    Haaa..jawab jgn xjwaab.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin aktiviti hiking dan swimming aje yg rest
      aktiviti yg lain diteruskan mcm biasa
      cuma buat setakat yang larat walaupun di bulan ramadha
      tak semestinya kita stop segala aktiviti kecergasan utk fizikal

      Delete
  16. owh , mesti badan tough ni kan , hehe ,

    ReplyDelete
  17. patut la sonyappppp yo! have fun and be safe ok!!

    ReplyDelete
  18. salam ramadhan...

    all the best..!!!

    ReplyDelete
  19. maaf lama tak menjengah laman kamu ni.
    sekali jengah, tengok2 udah main basikal lah pulak.
    harap kita dapat touring sekali satu hari nanti, insyaAllah ...

    ReplyDelete
  20. wow!!
    aktiviti yang menarik ni..
    hehehee

    ReplyDelete