Friday, 15 March 2013

Pulang




Petang itu, saya tak tidur...hanya berehat di lobby hotel sahaja. Kerana jika saya tidur sudah  pasti di sebelah malamnya saya menghadapi kesukaran untuk tidur. Selepas Asar, lebih kurang jam 5 petang, saya diajak oleh rakan kayuhan untuk perkena laksa buyung Kuala Kangsar. Katanya rugi kalau datang ke Kuala Kangsar tak kena laksa buyung.

Bunyi macam menarik, saya turut serta bersama mereka, kami pergi bertujuh sahaja....rakan-rakan yang lain, tidur mungkin. kami berjalan kaki juga ke destinasi Laksa Buyung Kuala Kangsar tu di Lembah. (orang-orang di situ tahu dimana terletaknya nama kawasan Lembah tu)

Kaki saya masih sakit, tapi.....saya tetap gagah berjalan, kerana saya tak mahu manjakan otot saya.
Rakan-rakan lain jauh kedepan tinggalkan saya, mujur ada seorang rakan ni temankan saya berjalan bersama. saya ingatkan berbasikal sahaja mereka ni laju, rupanya berjalan kaki pun laju juga.

Sedap dan murah! Nasib berbaloi jalan kaki jauh-jauh naik turun bukit area Lembah tu.



Malamnya pula selepas waktu Isya' . kami keluar makan malan di area Lembah tu juga, tapi kali ini dengan kayuhan basikal pula. Ada beberapa ahli tidak ikut kayuhan santai malam,kerana mungkin penat.

Kaki saya masih lagi sakit, saya tak peduli....saya ikut mereka berkayuh juga. Selesai makan malam, kami semua berkayuh santai lagi pusing-pusing sekitar Bandar DiRaja Perak ni, Kami ke Bukit Chandan, tengok suasana istana dan Masjid Ubaidiah (kalau tak silap) dan Geleri Sultan Azlan di waktu malam.














Esoknya, Selepas Subuh. saya dan rakan-rakan kayuhan lain siap sedia kemas barang masing-masing, sebelum sarapan pagi. Habis sarapan final packing dan berkumpul beramai-ramai mendegar taklimat dan bacaan doa dari ketau kami sebelum kami memulakan kayuhan pulang.

Trek perjalanan pulang diubah dari perancangan asal, dengar kata laluan asal jalanya berbukit kecil dan jauh berbanding dari trek perjalanan yang diubah. dekat tapi ada 3 kawasan berbukit yang tinggi besebelahan diantara satu sama lain. Mereka gelarkan bukit 3 beradik. ( bukit yang kecil sekali pun dah tinggi, inikan pula nak tempuh yang sedang dan yang besar)

Saya ikut saja walaupun kaki masih terasa sedikit sakit akibat kesan kekejangan otot semalam.
Alhumdulillah saya tidak mengalaminya semasa perjalanan kayuhan pulang.
Saya suka kayuh ketika jalan medaki bukit,kerana saya boleh potong semua rakan-rakan kayuhan ketika itu. Dijalan yang landai mereka juara, saya belakang mereka.











Singgah sebentar ni stesen minyak Manong. ( kami bergambar lagi)


sapu ubat sebelum menerima nasib macam saya, takut katanya.




Perjalanan dari Tanjung Belanja menuju ke Parit, dihadapan lebihkurang 3km jumpa bukit 3 beradik.

Area perkampungan di  Bota Kiri

singgah makan tengah hari di sini, belakang kedai makan ni ada bendang.

mereka makan, saya makan juga.....tapi saya makan sikit, nasi suku letak kuah kari, kentang dan ayam goreng yang paling kecil sekali. kerana bila saya amat penat saya tiada selera. demi recover tenaga saya makan sedikit. Itupun saya paksa diri

rehat lagi di Stesen Minyak Ayer Tawar. dah dekat dah dengan Manjung +- 14km begitu la... Saya terasa sangat happy waktu ni.


Dan Akhirnya.....kami sampai dengan kesemuanya selamat.

Kami berkumpul sedikit taklimat ringkas dan bacaan doa, tanda bersyukur kepada Allah yang kami selamat kembali.

Kemudian berpecah ke destinasi masing-masing untuk bersih dan rehatkan diri.






apa pandang2 mau race ka? kata si penunggang pada pemandu kereta.











* Lepas ini, saya mahu beli ubat yang disarankan oleh Doc DZ ni. 






29 comments:

  1. nanti akak pos kan Beserol tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP.... rezeki jangan ditolak... dapat free tu

      Delete
    2. Saya segan pula ni.....tapi sis SR kata gitu....saya terima dgn senang hati. Terima kasih byk2.

      Delete
  2. Ooo....mmg perlu ada...rietta xtaw nama obat tu....tpi dlu dom first aid utk budak ragbi ngn bdk olahraga, dorg ada tmbah obat tu...krim tu pns sket....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dalam kit first aid tu eh. Rasanya tahu

      Delete
    2. bro bestnya cycle ramai ramai gini. syokk

      Delete
  3. hai TP...

    dah sihat kaki...?!!...
    semangat2.... itu yg kita mahu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai hai CPL

      alhumdulillah. Sihat.

      itu sudah tentu.semangat perlu dijaga, perlu dipelihara supaya dia tak lari.

      Kalau lari kompom kena cari hobi yg baru pula

      Delete
  4. Seronok kalau ada xtvt ni.. tak la bosan sangat, walaupun penat tapi enjoy... dulu saya aktif treasure hunt... sekarang kamera pulak... seronok + enjoy.. itu yang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoy juga tu. Nasib saya bukan duduk bekerja di KL dan kawasan sekitarnya. Kalau tak habis saya layan kawasan2 riadah sana utk ditakluki.

      (ceh....cakap mcm kuat aje)

      camera saya masih aktif juga lagi...cuma takde kawan utk menem ak dan belajar sama teknik menembak

      Delete
  5. assalamualaikum

    nak tanya sikit

    pelana untuk mountain bike ni ada satu saiz jer ker ?
    Tak ada saiz besar sikit ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam


      ada. Pelbagai saiz dan bermacam bentuk ikut saiz tubuh badan

      Delete
    2. Boleh suggestkan nama kedai tak ?

      Delete
    3. Alamak. Area mana tu? Kalau sekitar area ipoh,taiping dan manjung ni boleh la saya jawabkn.

      Delete
  6. wowww powerrr la telorrr ...

    ReplyDelete
  7. Huh! Tgk pic n baca catatan ni, aku lak yg rs ponek. Hahahaha! Bukan calang. Apapun, sonok baca!

    ReplyDelete
  8. Sepanjang kembara ini, ada ke marshal/pengiring berkereta yang follow ?
    Bukan apa, mana lah tau dalam hal kecemasan...
    Apa apa pun, tahniah ..dan saya yakin awak akan terus maju dlm riadah berbasikal ini..

    Tu Doc Singa dah nak poskan Beserol tu...hihihih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada, kerana saya difahamkan memang tiada jikalau kayuh berkonsepkan touring ni

      Delete
  9. seronoknya..
    lps ni pi mana lak??

    ReplyDelete
  10. bro! lama tak ngunjung, alih2 dah ade hobby baru...

    naik gerek pulakkk...
    cayalah, bro!

    ReplyDelete
  11. best nyer berbasikal...walaupun kaki sakut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....keseronokan mmg ada di situ

      Delete
  12. bro berapa rega beskal tu..iskk rasa macam nak naik beskal gak ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli 2nd dari kawan navy disini.
      rm800

      Delete
  13. asalkan semuanya selamat, bila semua ikut peraturan pasti akan baik2 jer. cepat2 skit cari ubat yg dr.DZ ckp tue. nnti bila ada plan baru tak ter tercari2 kelam kelibut last2 tak jumpa, kenaaaaa lagi. huhuhu

    ReplyDelete