Thursday, 28 March 2013

Edisi tertangguh: Kota Belud







Saya ke Kota Belud keesokan harinya (selepas saya berjumpa dengan sis Nong Andy). saya naik teksi kesana berkongsi dengan penumpang-penumpang lain. Perjalanan hanya mengambil 45 minit sahaja. Bayaran yang dikenakan pula RM7.00 seorang (seingat saya)

Pemandu teksi tu sangat peramah dengan saya tapi.....penumpang2 lain agak pemalu.

Oleh kerana saya sahaja bukan orang tempatan di situ, dengan baik hatinya pakcik pemandu teksi
bercerita tentang kehebatan daerah Kota Belud ini.

siap berhenti di tepi jalan beri  peluang kepada saya ambil gambar di roundabout di sekitar kawasan tuaran (kalau tidak salah) sebelum sampai ke Kota Belud.


Walaupun ianya masih dalam pembikinan, orang dah beri peluang jadi saya ambil saja gambar patung  kuda yang ada. Bukan senang naik teksi bersama penumpang yg tidak dikenali termasuk pemandunya, beri peluang pada saya untuk ambil gambar.

sebenarnya saya tak mahu pun tapi setelah dipaksa oleh pakcik pemandu teksi , dan kata bagus ambil gambar buat kenangan.  Jadi...saya turutkan saja.






Setiba sahaja memasuki kawasan Kota Belud. Hujan mulai reda. Saya ternampak benda ini. Pertama kali saya tahu ada mahkamah bergerak. Rasa pelik.


court bergerak kata pakcik pemandu





Saya tunggu kawan saya disini, Neill nama dia.
Selepas 30 minit baru saya nampak batang hidungnya, dia sengih-sengih. Saya perhatikan sahaja.
Dia bawa ke kedai makan, belanja saya minum nescafe tarik tanda mohon maaf kerana terlewat.
Saya sedikit tersenyum.





Habis minum, kami jalan kaki mendaki bukit di restoran paling tinngi di Pekan Kota Belud, Restoran Mayang Sari namanya, dalam hujan renyai, untuk berjumpa dengan seseorang, Tuan Asrin kawan kepada kawan saya. Restoran ini menunya biasa-biasa saja, saya tak makan tapi saya minum saja, satu lagi air feveret dipesan, Nescafe tarik satuuu.....

Tapi pemandangan setiap sisi restoran ini sungguh berbeza, sebelah depanya dapat lihat Gunung Kinabalu, Sebelah kanannya dapat lihat sawah padi dan bukit bukau, dan sebelah kirinya dapat melihat pemandangan sungai menuju ke laut.

(Gambar pemandangan sawah padi dan bukit bukau tak dapat dimuat naik disini, terlalu kabur, cuacanya berubah-ubah, sekejap hujan lebat, sekejap renyai, sekejap tak hujan, kemudian hujan kembali)










Tuan Asrin





Tuan Asrin  : Assalamualaikum

Saya           : Walaikumussalam (sambil berjabat tangan)

Tuan Asrin  : Kita ni Dusun ka Bajau?

Saya           : Nda, Dua-dua pun bukan, Saya Melayu jak Tuan, Saya ni ada nampak bajau kah?

Tuan Asrin  : Teda juga, macam ada sikit dusun juga ko tu. Macam kadazan juga ada,  Jadi....kita ni tinggal dimana?

Saya           : Saya tinggal di saaaaaaana, semenanjung. Di Perak.

Tuan Asrin  : Oooo...dari malaya, kita ni cakap jak sudah bunyi sabah. Si Neill teda pula bilang sama saya yang kita ni dari semenanjung. Saya ingat kita dari sini.

Saya           : Jadi Tuan ni keturunannya apa? Bajau?

Tuan Asrin  : Saya Iranun tapi sudah campur-campur. Bajau ada, Kadazan ada, Keling muslim pun ada. Cepat habiskan air ko tu, nanti bulih saya bawa pusing-pusing ronda sekitar Kota Belud ni. Nanti kalau sudah malam, semuanya gelap. Teda apa yang dapat ko lihat tu

Saya           : Eh.....boleh ka Tuan (saya sedikit tersenyum).

Tuan Asrin  : Tiada masalah juga tu, Kita ni kan tetamu.

Saya           : Terima kasihlah Tuan.



Air saya masih banyak lagi, baru 3 teguk saya minum. Tanpa membuang masa dengan segera saya habiskan air feveret, kawan saya si Neill pun sama cuma dia beri senyum lebar pada saya sambil angkat kening. (lagak tak ubah mcm orang jahat merancang sesuatu).

Kami naiki kereta Tuan Asrin, Dalam perjalananTuan Asrin pula bercerita panjang lebar macam-macam topik, dari topik kisah kampung, kisah hidupan liar, kisah tempat-tempat menarik hinggalah ke kisah politik.



































* susah betul ambil gambar ketika keadaan begerak-gerak ni.

* Cilaka punya kawan, sampai sekarang saya tidak tahu apa yang si Neill tu bohongkan pada Tuan Asrin tentang saya sehinggakan saya dilayan baik sekali.









.

33 comments:

  1. Bro.. saya pun sudah lama nda ke KB

    lagi-lagi tamu KB..

    Bro.. muka ko memang ada sikit macam kadazanlah bro hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamu besar tu kan....bestnya kalau dapat pergi ni


      @kadazan pula. Bedal aje la labu hehehe

      Delete
  2. bestnye....rietta pown ada plan nk ke sabah lagi....kota belud termasuk dalam senarai...tapi terpkasa ditangguhkan atas sebab sebab tidak dapat dielak lg....hadoi la...suka larr....dh selalu ke sabah smpai leh ckap dielet sabah erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kalau nak pergi sana mcm kurang yakin sedikit

      Delete
  3. Untungle..dpt layanan baik dari sume org yg baru dikenali.

    ReplyDelete
  4. mungkin mmg begitu sifat orang sana, mesra & hormatkan tetamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya. Sebab itu saya suka cara org2 Borneo

      Delete
  5. priceless amat experience ko ni telor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh nak jadi penggembara GB.

      Delete
  6. wah hebat mu speaking sabah yer...

    ReplyDelete
  7. dia cakap bro ni org suratkhabar kot... nak buat dokumentari pasal kota belud.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.....sampai sekarang member tu tidak bagi tahu lg.

      Apa buat dokumentari? Itu sangat hebat dan perlukan peralatan yg lengkap

      Delete
  8. Tulah konpius tu. Mcm ne ley pandai speaking sabah ni? hahahahah! ke mgkn sbb tu, dilayan baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun konpius MF
      lidah aku ni pelik semacam tiba negeri suka2 ikut cara negeri tu bercakap.
      tiba negeri pula pun jadi perkara yg sama

      Delete
  9. tak perlu si neill tuh bagitau apa-apa kat tuan asrin, namanya kita tetamu dari luar sabah, semenanjung khasnya, maka layanan tetap bagus. kita pun baru pertama kali kot.. haha

    ReplyDelete
  10. kalau doh nama nyer tetamu mesti lah di layan dengan sebaik mungkin..

    best nyer dapat tengok tempat orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat org mmg sangat best tapi lagi best di kampung dimana kita dilahirkan

      Delete
  11. Wah.... untungnya TP.... ada pemandu pelancong free, bestkan dapat ronda2 kampung orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best SR. Tak sabar nak jelajah lagi

      Delete
  12. kawan saya dari Kota Marudu.. dekat je dengan Kota Belud tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh tu ...suruh kawan sis bawa pergi berjalan2 sekitar kawasannya

      Delete
  13. Having a local as your tour guide is the best! Lucky you lah bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung berkawan dgn ramai orang gini lah jadinya

      Delete
  14. jauh berjalan dah adik akak ni.. lps ni ke mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mungkin ke Sabah juga lagi ke Sandakan pula tapi......masih kurang yakin nak kesana lagi

      Delete
  15. ok laa tu telor. bohong pown bohong laaa. jnji dilayan mcm raja. nnti bila dh terbongkar kebohongan si neill tu, share laa kt sini.

    kt kota belut mmg sana sini kuda. CiM pernah ke kota belut lbh krg 12thn dulu. family holiday smbil mengiringi rombongan pengantin. pengantin pown diarak dgn kuda padi..hahaha, kesian tengok kuda sbb cousin CiM tu boleh thn semangat jugalaaa.....

    ReplyDelete
  16. Ko ade mkn tarap kah dgn bambangn di kb tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  17. Ko ade mkn tarap kah dgn bambangn di kb tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete