Thursday, 21 March 2013

Di dalam Galeri Pangkor





As,salam semua

Rupanya ramai yang sudah menjejakan kaki ke Pulau Pangkor, ada yang sudah sampai ke galeri ini dan ada juga yang belum pernah. Saya sebenarnya kurang arif tentang sejarah. Tapi saya suka sejarah, nak pula tentang kerajaan-kerajaan lama dan kisah yang berkaitan dengan peperangan.

Galeri Pangkor ini tidak lah besar mana, boleh dikatakan mini galeri, ia menceritakan tentang sejarah yang berkaitan dengan Pulau Pangkor.

Untuk mengetahui tentang sejarahnya secara ringkas, boleh klik disini dan disini.



Apa yang ada di dalam galeri ini?

Sila skrol ke bawah.


ada ikan buntal awet, rasanya tiada kaitan langsung. Motif??


wayang kulit juga terdapat disini, bukti wujudnya kehadiran pedagang dari Indonesia sautu ketika dahulu. Itu yang saya difahamkan






Saya tanya orang yang jaga disitu, apa kaitan tsunami dengan pulau pangkor? Barder tu kata "tiada kaitan, saja nak penuhkan ruang galeri ini".  Saya kata "Oooooo...."


saya lupa kisah gambar ni,


sumpit ini saya kagum, siap ada corak2 lagi.  Di kampung saya, orang asli disitu hanya pakai sumpit yang simple dan panjang.




ada gambar2 pemandangan di sekitar Pulau Pangkor ini








Yang di bawah ini semua gambar yang berkaitan dengan Perjanjian Pangkor. Nak balek balik buku teks sejarah pun boleh untuk dapatkan maklumat penuh.
















Dan akhir sekali, gambar wanita berketurunan Raja Perak, saya tanya penjaga galeri tu. (pengunjung yang datang mula beredar tinggal kami bertiga sahaja)



"Brader, Gambar siapa tu?"

dia jawab "Inilah gambar kerabat raja di Perak"

saya tanya lagi " Apa kaitanya dia dengan Pulau ni?"

dia jawab  " kerana orang asal di pulau ni, kebanyakkanya berketurunan dari, Raja Perak, Keturunan Raja Kelantan, Keturunan Raja Selangor, Keturunan Raja Kedah, Keturunan dari Raja-Raja di Kerajaan Jawa dan Majapahit, Keturunan dari para pedagang Arab, dan keturunan dari penjajah Belanda dan British. Tapi mereka hidup secara sederhana dan tidak kekalkan cara hidup keturunan diraja"

Saya tanya lagi " betul ke? saya tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun?"

Dia jawab " Ada, itu lah....kerana kita ni selalu dididik dengan kehebatan tentera British, tentang Raja-raja kita dah para pahlawan kurang didedahkan (nada sedikit keras), 

Awak tahu tak siapa penjaga Pulau ini, pernah dengar nama Sri Karmawijaya? Panglima Hitam? Tahu tak siapa mereka? 

Saya geleng kepala dan jawab, "pernah dengar tapi tak berapa ingat "






terus brader tu ceritakan pada saya dan kawan saya tantang kisah sejarah (sedikit sahaja cerita bab sejarah) selebihnya dia ceritakan kisah-kisah mistik yang ada di situ dari dulu sampai kini.

Saya dengar dengan teliti cerita-cerita mistik yang ada, dan terasa sedikit seram. Cilakak betul.
( 1 jam saya dan kawan saya dari Sabah tu luangkan masa bersama brader penjaga Galeri Pangkor .... kisah tentang peristiwa dan sejarah terus saya tak tanya lagi).







* Masa brader tu bercerita tentang perkara ghaib dan mistik, sekali sekala tangan brader tu begerak dengan sendirinya membuat aksi seperti ada orang merentap tangannya, dan sekali sekala kepalanya di tunjalkan kekiri kedepan seolah ada tangan menolak kepala brader tu, saya perhatikan sambil telan air liur, dia tahu saya ada sedikit risau terbit dalam hati tapi dia kata itu perkara biasa, jangan dirisaukan.

* Antara percaya dan tidak, saya layankan saja. konon-konon tiada apa yang berlaku.














.


36 comments:

  1. assalam, salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
  2. jumpa tak batu yang timbul dalam air tu..?

    saya pun suka Galeri ini!!
    banyak tentang sejarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh....tak tahu pula. Ini nak kena dtg lagi ni

      Delete
  3. main tunjal2 lah pulop....
    adhoihhh....

    chop..
    kak Dr Singa ,
    masa saya pegi tak jumpa pon batu timbul2 tuii...
    ke saya yg tak tau..haahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, macam buat2 pun ada, tapi sgt real tu sis CPL

      Delete
  4. Uish....tgh imagine, mcm ne la gayanya bercerita tu. Kena mskkan dlm tentatif perjalanan. Mana tau kot t nak g holiday sane...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah...put in the list.

      Ada menariknya dan ada juga kekurangannya

      Delete
  5. oh mcm tuh rupanya meja perjanjian pangkor yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup 1st time dtg saya pun baru tahu rupanya sekecil gitu aja mejanya

      Delete
  6. er... seram la juga kalau begitu bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggap saja ianya perkara yg biasa, sukar utk percayainya

      Delete
  7. er. ok tak jadi pegi sana. gulp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh jgn begitu...dee
      alah bukan apa pun, ntah2 brader tu belakun saja. (tapi nampak real)

      yang penting tempat percutian mmg indah, segala masalah dan ketakutan hilang bila berada di depan pemandangan yg cantik

      Delete
  8. wah...nice
    berpeluang utk melihat bhn sejarah
    beznye klo dpt tgk secara real nih

    ReplyDelete
  9. masa pi dulu tak pi pun galeri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Galeri ni,kalau nk pi dari jeti pngkor ia menghala ke seelah kanan kita

      Delete
  10. Byk juga isi dlm tu....sumpit tulang paus? Bestnye....errr cerita mistik dengan apa yg berlaku kt brader tu, oh,nasib baek rietta xmsuk, rietta kurang kuat...

    Psss....esok nk p kmpung TP insyALLAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita sahaja tu rietta, tak perlu risau, kita tak tahu kesahihanya lagi

      Delete
  11. betul ke ikan buntal boleh kempis & kembungkan badannya?

    tempat yg menarik utk dikunjungi, tapi bila bab mistik tu... hhmmmm, akan difikirkan semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mistik tu berlaku pada brader yg bercerita kan tu saja sis.

      Delete
  12. Replies
    1. Ikan buntal yg tak berapa jelas
      maklumlah camera hp saja

      Delete
  13. Brader tu psycho kot? hahaha

    Penjaga galeri patutnya mantap dgn ilmu sejarah, bukan mistik..:)

    ReplyDelete
  14. bila baca entry ni, baru sy tau yg Pangkor ada galeri
    haha
    sy dah 2 3 kali jejak Pangkor tapi sekadar camping je
    habis camping dah penat gila, celah mana nak bergaleri nya kan?
    takpe, next time nak gi lah galeri Pangkor ni.
    tgk gambar2 yg bro snap semuanya berkait dgn sejarah yg terkandung dlm buku teks sejarah dulu
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh....kena dtg lagi nampak gayanya

      Delete
  15. selamat kami p pangkor sekali dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...

      pangkor mmg selamat.tiada yg bahaya.

      Delete
  16. Did he seem well practised? You know, his weird movements and all that?
    Patut bro rakam video dia kasi kitaorg tgk...

    ReplyDelete
  17. pernah 2x ke pangkor tp xpnh g muzium ni..

    seram plak dgr cte penjaga pangkor tu pnya aksi..wuu

    ReplyDelete