Friday, 27 December 2013

Ilmu juga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama betul tak update. Hahaha....






Biasanya saya buat kerja-kerja yg berkaitan dengan enjin,pump, generator dan compressor sahaja.

Tapi kali ini saya terpaksa belajar system air cond. Kapal,  atau lebih mesra dikenali sebagai HVAC System.

Apa boleh buat, terpaksa mengalas tugas rakan sekerja yang masih enak dalam percutian. 

Bukan rugi pun....

Ilmu itu luas dan ada dimana2 saja. Walaupun terpaksa jadi bidang terjun. Gigih juga la saya mencari ilmu utk menjayakan kerja2 rakan setugas saya.







*sekali sekala buat kerja orang best juga, cuma agak kekok sedikit kerana kurang pengalaman.

Monday, 28 October 2013

Ladang Johawaki





Apa yang boleh saya gambarkan ketika bermain di trek ladang Johawaki ini adalah

ianya sangat FUN! habis....








2 mamat yg bukan calang orangnya, mereka ni ahli triathion  dari  Team Navy Malaysia





walaupun jalanya landai. dan rata...tapi ia penuh dengan lopak-lopak























Tuesday, 1 October 2013

Nama dia Shimano

Alhumdulillah
Akhirnya saya dapat membeli 'beliau' walaupun ia bukan kelas atasan, tapi ia cukup mahal bagi saya. RM390 utk kasut sahaja. Belum kira pedal & clips nya sekali.

Saya berharap sangat dengan adanya 'beliau' ,prestasi saya akan meningkat.
Dan moga saya dapat beraksi lebih jauh lagi.
Amin!














Thursday, 19 September 2013

Terima Kasih






Alhumdulillah, terima kasih banyak-banyak atas pemberian sehelai baju-T

Walaupun ia biasa, tetapi tidak bagi saya, kerana cetakkan pada baju tersebut adalah hasil seni jalanan @ street art  oleh seorang mat saleh ni yang bernama Ernest Zacharcvic.

Mamat ini lah antara salah seorang seni jalanan yang telah 'merosakkan' bandar George town dengan hasil kreatif seni jalanannya. Sehinggakan menjadi tumpuan para pelancong.


Tak cukup dengan bandaraya George town, Kuala Lumpur, PJ, Bandaraya Kota Singa juga tidak terlepas darinya. Malah negara2 barat juga turut jadi mangsa 'contengannya' .




hasil karyanya juga boleh di lihat di sini



















* Tempoh hari, malam sebelum hari kayuhan esoknya saya hanya dapat kesan 2 sahaja lokasi seni jalanan di Bandar George Town. Itu pun nasib-nasib saja. tak macam Dr.Singa  ni, Habis dia terjahnya.

* Nanti saya terjah kawan2 semua kembali, sekarang ni saya  on off sea trial la. 





.

Friday, 13 September 2013

Dim Sum




Rindu saya pada menu makanan kaum cina ni, dahulu saya dan kawan sekerja rajin ke bandar Ipoh
untuk menikmati makanan ni.

Ianya terletak di area GreenTown, Ipoh dan di Jamin Halal sepenuhnya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan menu Dim Sum ini cara masakkannya adalah dikukus. Yang digoreng pun ada.





kalau rajin gugel nama kedai ini, secara automatiknya akan tahu koordinat kedai tersebut. cubalah!!!





























*  Antara Sushi & Dim Sum.....saya lebih gemar pekena Dim sum. Nama menu setiap hidangan Dim Sum ni jangan tanya saya...saya mmg tak tahu, makan pandai lah.







.



Wednesday, 11 September 2013

Rabu TANPA Kata. ( Taip saja )













DST stand for Distance 




T.RT stand for Total Riding Time




AVG stand for Average Cadence - ia mengira jumlah keseluruhan kelajuan yg dicapai  ( ketika di flat road + climbing + downhill)




MAX stand for Maximum Speed ( rasa saya ianya kelajuan ketika saya menuruni bukit di sekitar  area empangan air , itu kelajuan ketika jalan basah + licin + main brek sikit2, kalau jalan kering macam mana pula kelajuan yg boleh saya capai eh? )




















* Ada 9 fungsi lagi alat ini selain 4 fungsi seperti gambar diatas, tapi cukuplah saya dedahkan maklumat yang menjadi rekod peribadi  kayuhan CFAL ke-5 yang  buat pertama kali untuk saya. 






Monday, 9 September 2013

Berjaya!

Assalamualikum & salam sejahtera pada semua.
Lama juga tak update blog ni.
Alhumdulillah, berkat training selama ini saya dapat dan mampu habiskan trek perjalanan acara kayuhan  anjuran CFAL ( Campaign for A Lane ) kali ke 5 di Pulau Pinang.
Walaupun terpaksa berkayuh dalam hujan yang sederhana lebat sepanjang acara kayuhan ( dari awal pagi sekitar jam 0730 hingga 1100 pagi )

Apa-apa pun ini antara event yg saya sertai yang paling penuh cabaran kerana :




1. Pertama kali berkayuh dalam suasana hujan

2. Tiada berlaku kekejangan otot pada tubuh badan saya 

3. Pertama kali saya berkayuh non-stop ( bajet atelit le tour ) sehingga garisan penamat

4. Pertama kali layan selekoh-selekoh tajam & jalan yg licin akibat hujan. Alhumdulillah tiada kemalang yg berlaku pada diri saya dan tim pasukan saya.

5. Buat pertama kali saya habiskan trek ini secara solo utk 82km ( berpecah dari tim, akibat kekeliruan dan terlampau ramai peserta ). Kerugian tenaga kerana tak dapat cucuk angin dari rakan-rakan dari tim.

6. Buat pertama kalinya saya bertenaga lebih untuk kayuhan mendaki/ climbing secara memotong peserta2 lain. Yang potong saya ketika climbing pun ramai juga (kena training lebih lagi ni)

7. Finishing medal yg cun diantara event yg saya sertai utk tahun ini.



.





green color : start/finish point










Tuesday, 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selama berblog ini saya mohon ampun maaf segala terkasar bahasa, berbicara,komen2 yg menyingungkan hati (jika ada) pada rakan2 blogger sekalian.

Apa-apa pun selamat menyambut hari kemenangan ini dgn penuh makna dgn keluarga tercinta.

Semoga kita dapat dipanjangkan usia lagi utk bertemu dgn bulan Ramadhan tahun hadapan. Amin.


Friday, 28 June 2013

Semakin Hampir




As,salam dan salam sejahtera semua



Kini ada sedikit ruang kelegaan dalam jadual masa saya. Dapatlah saya melawat kawan-kawan maya semua kembali utk sementara.

Alhumdulillah, kesemua aktiviti da latihan yang saya lakukan utk  next challenge  touring bike saya ke negara Thai berjalan dengan lancar. Dan saya bersama group akan touring pada sabtu ini bermula dari negeri Perlis - Thailand (hatyai) - Perlis (keesokkan harinya).



Saya difahamkan akan melaui 2 jalan yang berbeza dari segi bentuk muka buminya dan jarak.

hari pertama 29.06.13 : Perlis ( Kangar ) - Thailand ( Hatyai ) via Wang Kelian jaraknya adalah 173km, berbukit curam di area Malaysia,

hari kedua 30.06.13    : Thailand ( Hatyai ) - Perlis ( Kangar ) via Padang Besar jaraknya adalah 140km, jalan berbukit-bukit.




Diantara persiaapan yang saya lakukan utk tempuhi cabaran tersebut ialah :

1. Hari Isnin - hari Jumaat (jika cuaca tidak hujan) saya pergi dan balik kerja secara berkayuh. Kena bangun awal pagi yg mungkin. Biasanya sesudah subuh dalam jam 0600 @ 0615 pagi saya sudah keluar rumah utk berkayuh. Ianya berlarutan hingga 5 minggu lebih. (minggu ni rest cukup2)

2. Hari Isnin - hari jumaat pada sebelah malamnya pula saya pergi ke gym selepas isyak. Kayuh + berjogging di trekmill + push up + sit up. ( senaman kardio biasa sahaja yg saya lakukan selama 1 jam lebih, kalau main besi rasanya terus pingsan)

3. Disetiap pagi sabtu saya berkayuh lagi bersama-sama kumpulan daerah disini, disebelah petangnya pula saya  ke kolam renang. Berenang sebanyak laps yg mungkin. Alhumdulillah walau pun sekarang ni tidak berenang setiap hari mcm dulu. tapi saya masih boleh kekalkan jumlah pusingan berenang saya

4. Hari minggu - saya mendaki bukit di sebelah paginya dan disebelah petang saya ke mini stadium utk berjogging. ( jika tiada hal di kampung )





Jadual yg padat ini lah yg membuatkan saya kurang terjah dan jengah ke dunia maya.




sehala 12.29KM





 Gambar diatas adalah (salah satu rekod peribadi saya) laluan kayuhan pergi dan balik kerja saya yang sempat  direkodkan di dalam telefon pintar saya, Ianya berterusan selama 5 minggu.











Ini pula laluan di pulau pangkor pada ahad lepas. Ujian kayuhan mendaki sejauh 6KM. Penat juga rasa, macam nak tercabut lutut ni. Siapa yg pernah dtg ke Pulau Pangkor sudah pasti tahu ketinggian, kecondongan sudut laluan  bukit tersebut.











































* kawan saya bilang, " ko ni dah takde life la...aku tengok".    Saya balas balik "takpe....nak sihat der, biar takde life kerana sibuk dengan riadah sukan, jangan takde life sibuk dengan dunia kerja yg tak sudah-sudah"








* Doakan saya selamat utk misi kali ini. kepada kakak Dr.Singa terima kasih eh beri ubat untuk elak kekejangan tu.