Wednesday, 31 October 2012

Percubaan







Huarrrrrg.....huuaaarrrrrgggg.............. (kata domo merah)




wa ada member  yg beri sedikit tunjuk ajar tentang edit-edit gambar. tapi suku jalan.

wa cuba godeh-godeh dan terus buat kerja-kerja edit ni, Nah......ini hasilnya
terus macam hampeh jer gambor ni. padan muka sama wa.




*berguru biar sampai habis.!





Sunday, 28 October 2012

CINTA StrawBerry





Ketika wa penat nak  habeskan beraya di rumah kawan-kawan sepupu sepapat semua,
wa mengambil satu tindakkan bijak melepak-lepak kat satu restoren seorang diri untuk pekena air kegemaran wa iaitu nes tarik.
sejuk-sejuk cuaca macam ney memang sedap layan air panas,ye dak?


Hari makin petang....wa peratikan suasana bertambah rancak dengan kehadiran para pelancong berkeliaran dengan baju sejuk mereka yang tebal2.
suhu bertambah dingin, sang bayu turut serta tak mau mengalah, bukan bagi angin sepoi-sepoi bahasa lagi dah siap bawa titisan gerimis. 
Wa dengan baju selapis berseluar pendek rilek pekena air panas. buat-buat macam tak sejuk.

Kebal anak ney....dok sejuk ke??  sapa mokcik restoren merangkap owner restoren. Wa kenal sangat ngan mokcik tu cuma mokcik tu jer dah lupa pada wa.maklum la wa dah makin kacak dan taf.

Biasa jer cik.... jawab wa ringkas malas nak layan mokcik tu.

Datang bercuti sorang-sorang ajer ke anak ney???

Dok la saya memang orang sini la cik....cik ney mak dhiya dan alot kan? takkan dok kenal saya... motif wa nak dapat minum air pree kot-kot la mokcik ney nak blanjer wa

laa.....kawan dhiya ker,kejap makcik panggilkan dhiya jap,Dhiya ada kat dapur masok.

eh..eh...takpe la cik saya pun nak blah dah ney...kim salam jer kat dia ye. Berapa cik air ney?

aloh setakat segelas ja takpo laa..mokcik blanje raya2 ney.

terima kasih banyak-banyak la mokcik... Yes!!!! berjaya misi wa dapat minum air pree hehehe 

wa melangkah pergi dengan gaya sopan..sambil memberi senyuman manis yang padu pada mokcik tadi....




destinasi berikut wa melangkah  menuju ke pasar malam brinchang...sajer-sajer nak cuci mata tengok gelagat pelancong yang datang.

dalam suhu yang sejuk, wa peratikan ramai sangat pelancong yang datang kat tapak pasar malam ney.yelah barang2 suma murah-murah.sampai satu tempat wa berhenti seketika, di gerai mak angkat wa.dia jual strawberi cekelat.ramai gak yang datang membeli.wa hanya datang melepak kejap jer

keje wa hanya senyum tengok gelagat pelancong.wa bukan senyum kosong tapi wa senyum niat nak sedekah kat pelancong2 yang hadir lalu lalang kat situ hahaha...

sampai la satu part tu...
sedang wa asyik senyum tetiba ada 2 orang awek ney, sorang bertudung biru dan sorang lagi free hair
dorang asyik kehulu kehilir jer kat area kedai straberi cekelat ney....manis memang manis orangnye semanis straberi cekelat ney ada kot.lawa pun sama. haish....bley cair kalau tengok lama-lama

Bang.....yang ney, 1 berapa? kata awek manis bertudung biru

owh...yang tu eh, 1 harga dia RM2,tapi kalo beli 3 harga RM5,amacam nak.jelas wa terperinci dan ringkas
tapi kalau adik nyer pasai 4 saya kasi RM6.

awek bertudung biru berbisik dengan awek lawa free hair. apa yang dorang berbisik pun wa tak tahu macam rahsia sangat2.
macam top secret sangat plak.

Wa hanya senyum tunggu keputusan dari dorang. Amacam adik manis, nnak berapa. rugi tak beli,bukan ada pun kat tempat lain.gerai ney jer yang ada jual strawberi cekelat cair,gerai lain suma strawberi cekelat beku.

macam ney la bang bagi saya 2 cucuk....kami nak rasa dulu ek.

Rm4 jer dik...terima kasih ye.
Awek bertudung biru dan awek free hair blah dari gerai sambil menjamu straberi cekelat menuju ntah kemana pun wa tak tahu.

Dalam selang masa 20minit kemudian,
datang la awek bertudung biru dan awek free hair kembali.

Bang...bagi saya 4 stick, sedap la......kata awek bertudung biru

saya nak 4 juga, 4 stick RM6 kan....harga offer tadi kan.boleh. kata awek free hair cuba mendapat harga murah dari wa

Boleh....adik nyer pasai kira cincai la... kata wa dengan suara ala2 rosyam nor 

mak angkat wa merangkap owner gerai hanya peratikan wa jer.
Ok siap,wa terus beri strawberi cekelat yang dorang pesan, sambil memberi senyuman paling manis dari wa. bila awek2 tadi berlalu pergi jer, terdengar satu suara yang mengejutkan wa

cilakak....4 cucuk rm6 ye..suke2 ko jer bagi diskaun.macam ney lingkup bisnes aku.rugi...rugi

hehehehe....wa hanya mampu sengeh aje ketika itu

pantang ada anak dara lawa datang membeli jer kasi diskaun,kalo tak lawa harga kurang pun ko tak kasi
bebel owner gerai pada wa.

sekali lagi wa hanya mampu sengeh sorang2 di dalam gerai tu tanpa membalas bebelan owner gerai strawberi cekelat tu..









* strawberry cekelat  memang sedap dan manis, tapi manis lagi awek tudung biru tu....

* di post kembali didalam blog, siri cerita ini sebenarnya berasal dan ada di dalam akaun 'mukabuku' wa.....




Sunday, 21 October 2012

PENAT.......






ter skodeng mereka secara tak segaja.... indah saja mereka bertiga ni lepak atas batu sambil berbicara perkara yg saya tidak ketahui. Apa yang penting hilai tawa kegembiraan mereka jelas saya dengarinya.






Semakin hari saya semakin letih, semakin mengantuk, lesu,
semakin saya tiada tenaga.....PENAT sangat. 

jumpa doktor buat pemeriksaan siap dengan full screen blood test.
# hari kemudian....jumpa doktor kembali, doktor kata saya normal..... sihat.... 



Alhumdulillah!!! Syukur.

Doktor suruh saya rehat dengan nada yang tegas, mungkin saya berasa sangat penat barangkali berpunca dari pola kehidupan saya yang sangat aktif (tidak lah aktif mana).

Saya ikut advice doktor tu...




tapi....


sampai sekarang kondisi tubuh badan saya tetap berasa PENAT sangat bagaikan Superman lemah terkena pancaran cahaya hijau batu kristal kryptonite.








* buat pertama kali rasanya saya guna perkataan 'saya' dalam blog ini
* Dan saya masih berasa sangat penat....sangat !!!




Friday, 19 October 2012

Bukit lalang tu lagi




Ini pula cerita perjalanan turun bukit
walaupun terasa penat, wa still gagah nak ambil gambar. tembak saja lah mana yg sempat.



1. mula2 ingatkan bekas kebakaran diatas bukit berpunca dari putung rokok....tapi bila dipikirkan balik ianya salah dan silap kerana  putung rokok itu sendiri tak hangus. 

2.

3. roti dan air, buat bekalan tambah tenaga.

4. sekali sekala tgk mcm ada pesta jer kat atas bukit tu.... ramai betul

5.

6.

7. awek PLKN pun ada 

8. budak lelaki kawan awek PLKN pun ada juga

9. Brader Zam dengan budak-budak PLKN. tapi yg wa peduli dalam gambar ni Amir siBudak Melaka mcm mana boleh termamuk dalam photo ni??? masa snap tak perasan pun mamat tu ada di belakang dgn aksi tersendiri beliau

10. Pengaruh dan jiwa Hindustan 1

11.Pengaruh dan jiwa Hindustan 2

12. Pengaruh dan jiwa Hindustan 3

13. dan bila pengaruh dan jiwa hindustan itu 'pergi'....mereka pun mulakan langkah mereka

14. mereka pun pergi... tinggal wa sorang2 kat belakang.  

15. ini pula member wa, Brader Zam yang snap kan

16. wa syak mereka ni mesti update status di FB tak pun sdg uploading gambar. -Brader Zam yang snap kan

17. juga Brader Zam yang snap kan

18. Hebat...wa kagum juga sama mereka, mesti level2 otai ni. - Brader Zam yang snap kan

19. Kak Su & Amir siBudak Melaka dengan gaya beliau.Brader Zam yang snap kan

20. kecik2 dah pegang HP berteknologi tinggi, peserta paling kecil rasanya yang wa jumpa -Brader Zam yang snap kan

21. juga Brader Zam yang snap kan

22. dan juga Brader Zam yang snap kan.



Selamat....sampai dibawah terjumpa mamat ni bergambar dan pose di papan tanda ni. Terus wa datang dekat dan ambil gambar mereka, agak dekat jugalah. Mereka malu tapi...wa peduli apa.

23. 

24.

25

26

27. sehelai RM16 tapi kalau beli 2 helai RM30 dan tak beli pun.... paasal kurang berminat

28. setiap kenderaan yang pakir disini dikenakan sebanyak RM2.00 sahaja. Tapi wa tengok kereta yang ada boleh tahan juga banyaknya siap silih berganti pula tu....untung ko tokey.

29. Brader Zam & isterinya Kak Su

30. 



Dan masa pulang kami mencari tempat untuk mandi agar segar dan salin pakaian. Sebelum ni mandi di perhentian tol (apa ntah kawasan tol tu...) tak best airnya tak deras, segan jer nak keluar.

Jadi, kami tak singgah la buat kali ini. Dan terus mencari dan mencari.... cadangan demi cadangan diberikan. Dalam buntu mencari arah, alih2 nampak papan tanda ke Putrajaya. Terus masuk area sana menuju ke Bus Station Putrajaya.

Kerana dahulu, beberapa tahun yang dahulu...(masa hendak beli tiket ERL dari Putrajaya ke KL Sentral) seingat wa, terperasan ada seorang pemandu bas/teksi bawa kain tuala dan beg masuk ke dalam tandas di terminal tu lagak seperti mahu mandi bersihkan diri.

nasib sangkaan wa itu betul, memang ada tempat untuk mandi disitu.

 Dan...nasib juga ianya betul, kalau tidak mmg saja je telingga wa kena tadah maki dan kutuk kerana idea yang asal boleh aje ini, datangnya dari kepala otak wa.

Dan kami mandi dan legakan diri, disana sebelum menuju ke destinasi berikutnya..........
=> bumi Manjung.

31.  Siapa yang ada duduk kat area Putrajaya??? Tolong bagitahu....lain kali senang wa nak jengah secara live hehehe...












* dan...saya masa PENAT dan lesu 






Thursday, 18 October 2012

Tahniah....!!!




Kagum....
Terharu....
Terkedu....

pabila melihat mereka (orang yg buta penglihatanya) ini kerana berjaya TAWAN Bukit Broga ini. pada wa mereka adalah sangat HEBAT berbanding dari manusia yang normal, kerana mampu melakukan pendakian mereka disini (walaupun dgn bantuan orang lain)

dan

Apabila mereka tiba di puncak bukit ini...secara dgn tak rasminya....wa,member-member wa dan orang disekeliling memberi tepukan gemuruh pada mereka semua tanda sokong mereka.

dan

juga tepukan gemuruh pada pendaki-pendaki yang junior....(seumur 6-8 tahun)



lu orang memang HEBAT!!!








































* dan wa masih terasa PENAT sangat....










Wednesday, 17 October 2012

Bukit BROGA




Kami tiba di perhentian pertama, cuaca agak mendung ( tapi akhirnya....cerah)
setiba disini wa tunggu member2 yang belum tiba lagi di perhentian pertama ini.  Mereka (member2 wa) akhirnya menampakkan susuk tubuh mereka selang beberapa minit kemudian.

wa cuba shoot gambar seperti Bro Syed dan Sis DoktorSinga ni tapi tak jadi, padan muka (kena berlajar lebih tekun lagi ni). Mereka memang hebat.


Dan ramai lagi yg HEBAT....

Seperti :   
dan ramai lagi......





1

2

3

4

5. Hasil dari member wa yg snap kan. terima kasih! (ada juga gambar wa terekod di bukit ini)

6

7

8

9. sambil2 tu ter snap pula mereka ni

10. update status di FB atau reply comment...wa tak pasti sambil diperhatikan oleh si isteri


Selepas berehat seketika kami meneruskan mendaki lagi ke puncak2 bukit yang lain. Samapi la ke area kawasan ini.
Berhenti lagi seketika.... untuk beri laluan kepada mereka-mereka yang mahu turun ( dgn langkah penuh hati-hati)

Sambil tu, tangan wa tetiba  GATAL...lalu ter snap mereka ni..

11

12

13

14. Amir siBudak Melaka masa ni wa paksa dia masuk ke dalam lalang tu hahaha (wajah pose masa penat,asal boleh saja)

15. 


Dan Akhirnya kami sampai di sini.

16. Gambar  ini di snap oleh mamat yg kami tidak kenali... Apa-apa pun Terima kasih

17.

Setelah puas menikmati di puncak bukit Broga...
kami pun turun, kerana makin terlalu ramai orang yang sampai, semakin rasa sesak la pula.
ketika menuruni puncak bukit broga ini juga terdapat beberapa kawasan yang agak sesak laluanya. Kena tunggu lagi....

Damn...

18

19

20

21

22

23

24

25






* dan saya masih penat.....pada sis na sorry