Friday, 28 September 2012

i LOVE it




.






ada seorang model perempuan berpakaian gipsy di area sini sedang ber photoshoot dgn tema "i LOVE it JOHO"
pasti ada photographer
dan ada pembantu nya sekali (macam make up artis je wa lihat)

tapi wa hanya ambil ini sahaja...

orangnya wa abaikan....



Thursday, 27 September 2012

Papan Selaju




Dahulu (lebih kurang 16tahun) pernah wa bermain papan selaju ini, bersama rakan-rakan yang mencintai sukan X-tream ini
Sehinggakan lepas sahaja waktu bersekolah,terus....bermain papan selaju ini walaupun di hari masih panas. Makan tengahari jangan cerita....biasanya akan di tunda ke waktu lewat petang ataupun ke waktu makan malam . Yang penting, menguasai dan memahirkan trick yang ada untuk bermain papan selaju adalah lebih penting.

diantaranya adalah :

  • Ollie - wajib mahir, sebelum untuk menguasai tricks yang lain kira macam basic la
  • Kickflips - skill yang jarang wa dapat buatnya dengan sempurna terutama semasa mendarat
  • Slides - paling suka buat tapi pada rail/bar yang mendatar.
  • Heelflips 180 - jarang membuatnya, ada frontside ada backside...silap buat boleh tergolek bodoh mcm tu saja
  • Backflips - tak pernah dapat mendarat kembali dgn selamat pada deck papan selaju. kalau jadi pun ianya nasib
  • dan banyak lagi
     

Tapi....
Wa bermain hanya untuk 3 tahun lebih sahaja. kerana sejak berlaku kemalangan yg menimpa keatas diri, terus wa dinasihatkan oleh doktor supaya tidak bermain dengan permainan papan selaju ini lagi. 


Sekarang....
Minat terhadap dengan sukan X-tream game itu masih ada, walaupun sudah tidak dapat beraksi, wa hanya mampu menyaksikan generasi kini bermain sahaja. Itu pun, sudah memadai.




                                      


















* Siapa pernah dtg ke Tanah rata,Cameron Highlands, .di taman ada menara jam 4 sisi, disitulah jadi tempat wa dan rakan-rakan dahulu bermain papan selaju in.Kira macam skate kami lah.









Tuesday, 25 September 2012

Memang POWER!!!





Ingatan mereka betul-betul kuat
imaginasi mereka tinggi
ada yang berpandukan hanya pada suratkhabar sebagai panduan
ada yang buat secara spontan
ada yang berpandukan hanya dengan daya ingatan
ada yang hanya perlu lakar dengan berimaginasi sahaja

Mereka....memang berseni.
Hebat, wa kagum dgn mereka.... (terasa mahu menepuk tangan dgn megah,tapi tetap tak mahu lakukanya)



memang POWER mereka ni ( dari pandangan wa ), jika disuruh wa lakukanya pasti lakaran budak pra sekolah lebih hebat dari wa.


























Monday, 24 September 2012

GadisBunga





Wa ingatkan ini motor milik si  GadisBunga kerana ada tertera pelekat yang bertulis GB disitu
rupa-rupanya bukan,

hanya amoi-amoi bunga sahaja yang ada bersama motor yang ada pelekat GB tu








* gadis dan bunga dalam bahasa cina sebut apa eh?



Friday, 21 September 2012

DreadLock





Dahulu...

sewaktu wa berambut panjang twist curl, ala-ala seperti rambut si Man Kidal, wa selalu menhabiskan masa dengan berjumpa rakan-rakan sekitar Plaza Seni dibandar Johor Bahru.

Tiada apa yang dilakukan, hanya berjumpa, melepak dan berbual kosong sekali sekala berbicara tentang perkara yang ada sedikit faedahnya.

Tapi dalam ramai-ramai kawan wa hanya beberapa orang sahaja yang ada berambut panjang melepasi bahagian tulang belikat termasuk wa. Salah seorangnya berambut ala-ala  Bob Marley yang juga dikenali dengan nama DreadLock

mamat ni bukanlah sahabat wa
Perak nama gelarannya sahabat wa.Dia Sangat ramah, berbudi bahasa, suka tolong kawan-kawan dan sangat pandai bermain alat muzik yang diberi nama didgeridoo.
Wa hanya berkawan dengan si Perak ni semata-mata mahu melihat dan mendengar dia bermain alat muzik tersebut.



Tapi....
walaupun orangnya baik dan bebas dari aktiviti-aktiviti tidak sihat, namun orang disekeliling tetap melabelkan dia sebagai kutu rayau, sampah, mat gian mahupun samseng.


Kesian.... (hanya Jauhari sahaja kenal Manikam)






*Sejak pindah ke bumi Manjung,  wa terus 'lost contact' dgn Perak tanpa khabar berita.



Monday, 17 September 2012

Penangan Broga



Sempena cuti Hari Malaysia kali ke-2, kami menyambutnya dengan aktiviti mendaki. iaitu mendaki Bukit Broga.Misi mendaki kali ini hanya dilalukuan oleh wa dan En.Zam sekeluarga (ahli-ahli yang di dalam senarai perancangan asal yang lain semuanya hampeh belaka)
Total ahli yang ikuti aktiviti ini adalah

2 orang lelaki dewasa (wa dan en.zam)
1 orang perempuan dewasa ( isteri en.zam)
2 orang kanak-kanak ( anak-anak mereka)

Travelog:
16.09.2012

0000hrs - Bertolak dari manjung ke semenyih.Dipandu sepenuhnya oleh en.zam
0342hrs - Selamat sampai di plaza tol bukit kajang. Berehat seketika sehingga jam 0500hrs.
0500hrs - Bertolak ke Bukit Broga dengan bantuan GPS.
0520hrs - sampai dikaki Bukit Broga, RM2.00 dikenakan setiap kereta yang meletakkan kenderaan disitu.
                cuaca hujan renyai ketika kami sampai di situ.
0530hrs - Pendakian dimulakan, sekejap hujan sekejap tak hujan. pendakian tetap dimulakan. Trek              
                agak licin.










Misi mendaki bermula. Ramai juga yang hadir untuk aktiviti berfaedah ini ( majoriti adalah bangsa cina) walaupun dalam keadaan hujan rintik,

Dan....

beberapa perkara asas yang wa terlupa diantaranya adalah :


  1. bawa baju hujan
  2. bag plastik (mujur en.zam ada bekalkan dapat juga buat bungkusan untuk telefon bimbit dan camera)
  3. air minuman
  4. periksa cuaca pada hari tersebut ( ramalan cuaca di telefon bimbit tak beberapa tepat walau mengatakan hujan bakal turun jam 0900hrs)


























angin sejuk bertiup sedikit kuat, wa pandang kelangit. awan mendung masih ada, dalam hati kata hujan bakal turun ke??? cahaya siang tak penuh lagi ni, macam mana nak snap gambar sekitar bukit broga ni??

wa pakat dengan en.Zam tunggu untuk seketika....tapi hujan rintik-rintik turun ke bumi kembali.


bungkus kamera kembali...bersiap sedia untuk turun sebelum hujan rintik ini makin menganas. malangnya....selang beberapa minit hujan yang awalnya rintik bertukar menjadi hujan yang lebat. Kami semua basah kuyup mandi hujan termasuk camera wa.(walaupun sudah bungkus dengan plastik)

terasa sedih juga ada kerana kamera saya mandi hujan juga. Tak mengapa misi untuk membalas dendam kepada bukit ini bakal menyusul nanti.

Misi menembak bersama Lady W dan berjumpa rakan lama wa gelarkan dia Bidadari Gangster turut dibatalkan setelah basah kuyup + kasut sebelah kiri musnah (tapak tercabut sedikit) + camera masuk air + mood ke laut.

Balik ke bumi Manjung adalah keputusan terbaek.








* mendaki di trek yang licin sambil memimpin budak kecil amat mencabar, setara cabaran mendaki gunung Kinabalu. tersalah langkah budak kecil yang dipimpin oleh wa mungkin selamat, tapi wa yang kelaut.

* entri JOHO terpaksa ditangguhkan....nanti wa uploads di entri akan datang.