Friday, 31 August 2012

Kisah Selepas Sarapan








ini kisah 'budak-budak tua' bermain gayut terjun.(wa tak tahu nak cakap apa permainan ini)

budak-budak hanya lihat aksi 'budak-budak tua' bermain sahaja...mungkin ada yg terkedu kerana tidak dapat turut sertainya bersama.
















aksi terjun berirma ketegori 10 Meter  1 meter lebih, kalau zaman muda dulu diasah dan di gilap comfirm dapat pinggat emas pertama untuk Malaysia di sukan Olympics yang lepas....tapi sayang, tiada orang yang mengetahui tentang kelebihan mereka ini di dahulu kala.
















ada yang berani terjun dari atas pagar besi jambatan ke sungai, tapi bukan wa... budak-budak kampung disini yang buat. Terkejut juga wa masa tu.... Hebat.
























.
.
.



.

.

Kisah sebelum sarapan






Bermain kad terup sampai ke jam 4 pagi.  Sesudah itu baru kami balik ke bilik masing-masing, wa balik ke dorm.
Tidur lena sampai tidak sedar akan hadirnya waktu pagi.


Terdengar suara dilaung secara berjemaah dan berulang kali   "uncle....bangun dah pagi"
ramai budak-budak datang kejutkan wa.

malas wa layan mereka pagi itu.Tidur lagi bagus...

mereka (budak-budak) tidak berputus asa. Masuk kedalam dorm secara menyerbu berbuat bising sambil mengejutkan wa.

sekali lagi secara berjemaah " uncle....bangun, dah pagi" 

wa buat pekak saja.

"uncle...bangun la...nanti simbah dengan air kang,  baru tahu"

sekali lagi wa buat pekak saja.


Tanpa diduga, Nah.... mereka (budak-budak), ada yang ambil air renjis-renjis ke muka wa, ada juga yg himpap badan wa tanpa rasa berdosa.

Ini dah kes parah. wa menyerah kalah, mahu tak mahu wa bingkas bangun. menuju terus ke bilik air basuh muka dan berus gigi.
Kedengaran mereka (budak-budak) bersorak dan teriak kemenangan tanda berjaya bangunkan wa dari tilam. Cisss....!!


Inilah meraka (budak-budak) itu:-










Hanya layan nasi goreng kampung dan teh panas(suam kot), sebelum melakukan aktiviti lasak di sungai. Terbaik juga menu pagi tu, menu-menu yang lain malas wa nak layan,malas isikan perut sampai kenyang. Tak sabar mahu mandi sungai.













Wednesday, 29 August 2012

Lagak Si Ayam Jantan






Pagi selepas habis bersarapan pagi,

nampak mereka ni....terus capai camera dan snap aksi-aksi mereka.

kawan wa kata ini ayam hutan, cuma telah di "ternak" oleh manusia.

kawan wa kata lagi tanda-tanda ayam hutan ada putih di bahagian tepi di sebelah kawasan kepalanya



mungkin kot, pasal wa tak tahu pun sangat tentang ayam hutan ni, yang wa tahu ia adalah AYAM.

















* sedap ke rasa ayam hutan ni? ada siapa-siapa yang pernah merasanya tak?
Kalau sedap mahu juga wa merasanya kalau bolih mahu buat BBQ ayam hutan pula...hehehe






Aktiviti Malam



Tiada apa yang dapat dibuat melainkan hanya ikut kawan pergi ke sungai dimalam hari. untuk menjala dan tahan pukat.(hanya suka-suka)

Tiada ikan besar yang diperolehi hanya anak-anak ikan sahaja.

Wa ikut kerana mahu mandi sungai dimalam hari...sejuk terketar-ketar dan best (mmg itu kegemaran wa, tak kira di laut,sungai mahupun tasik )







ada aku kisah?

beberapa rakan pandang ke langit....



Masa ni wa masuk ke dalam air, saja nak ambil gambar-gambar mereka, (sebenarnya nak main air dulu tanda tak sabar nak mandi malam di sungai) dalam hati berharap sangat jangan lah kamera ni menimpa musibah, mujur masuk ke kawasan yg cetek sahaja paras airnya.











sifu yang mengajar wa menebar jala








Letak kamera di tepi sambil dijaga oleh rakan, wa masuk mandi habis basahkan badan kat sungai tu sambil tahan sejuk. sambil-sambil belajar menebar jala. 3 kali tebar, hanya sekali saja yang tak menjadi. Kira ok lah...kalau di atas gunung sana mana nak merasa pegang jala ni.

Habis dan puas bermain air, kami pulang ke chalet masing-masing, wa pulang ke dorm yang besar dan sunyi.

Aktiviti seterusnya main kad daun terup sampai jam 4 pagi.
En.Zam tak beri wa ambil gambar semasa main kad, takut orang salah anggap dan fitnah.





.
.
.

.

Tuesday, 28 August 2012

Masa untuk Makan



Menu Utama :

  •  BBQ Ayam, Ikan , Arnab yang telah di perap dengan resepi rahsia en.Zainal
  • Kerang bakar
  • Sup Tulang ( wa tak berapa ingat sup tulang kambing atau tulang lembu, tapi sup tu memang A+++)
  • Buah-buahan (mata kucing, tembikai, pisang dan durian yang berlonggok)
Menu Sampingan :

  • Makanan Pot Luck petang tadi yang tak habis (tak elok membazir)
Minuman :
  • Air oren bancuh
  • Air Kopi O panas seceret buatan anak2 dara dan Isteri orang (baru begelar menjadi isteri)








En.Zam & Cameranya


En.Shahrul dan anaknya

En.Hamidi Lot dan anaknya.





Mulanya wa nak ambil gambar awek bertiga ni sahaja, tapi disebabkan adanya suara mengatakan "sekali lagi" terus jadi macam ni.

Sebelum adanya bunyi suara "sekali lagi!"

Bunyi suara "sekali lagi" terbit selepas gambar ni

lepas tu bunyi suara "sekali lagi!" ada lagi

dan akhirnya......terus jadi begini. yang sepatutnya 3 orang terus jadi ramai begini. Lantaklah....

makan bersuap



ikan siakap bakar berempah (main bubuh je nama menu ikan ni)




Kerang-kerang yang bakal dibakar






Setelah kenyang, rehat seketika sebelum makan kembali dan buat aktiviti malam. Apa aktiviti malam tu? Kena tunggu next post.



* Apa pasal gambar aku blur selepas dikecilkan saiznya.?? tak macam entri yang lepas-lepas