Friday, 29 June 2012

Semakin Runsing.




Seminggu sekali pasti akan wa lihat statistik tentang entri ini dan perkembanganya, setahu wa entri tersebut tidak lah hebat malah ia hanya merupakan salah satu entri menceritakan apa yang wa lawati semasa kembali ke negeri kuda kepang di selatan tanah air sana, hujung tahun yang lepas. 


Malah di entri itu tiada satu pun gambar hantu atau entiti yang dapat di ambil (kejadian belaku disiang hari, mana mungkin boleh menampakan susuk tubuh entiti), tapi...... ia merupakan entri yang paling banyak di lawati. dari puaka mana pun, wa tak dapat kesan. Dan wa terasa amat pelik pula sekarang ini. 




Sila klik villa nabila untuk kesana.






Adakah yang jengah tu adalah entiti yang menghuni villa nabila?


.








* Ini bukan lah bermakna yang wa sedang takut tapi hanya berasa pelik saja....







Thursday, 28 June 2012

Pagi Tadi.



Hari ini, pagi tadi...
Wa pergi kerja menaiki motor bersama dengan seorang sahabat. Tiada istimewa pun sebenarnya malah suasana dan pandangan dari rumah ke tempat kerja sentiasa sama sahaja. Jika ada perubahan pun mungkin minor.

Dan macam biasa juga, angin sejuk diwaktu pagi adalah sahabat setia pada si penunggang motorsikal, ia sentiasa menemani dan menyapa tubuh. Tak kira lah jika si penunggang itu menaiki motor berkuasa tinggi, berkuasa sederhana, manual atau automatik, layananya tetap sama.

Sedang jentera beroda dua ini laju bergerak menuju destinasi, wa sempat mengalihkan pandangan ke satu sudut ke arah laut di lumut (selat dinding)... panorama hari ini nampak jelas dari hari-hari sebelumnya. Mungkin jerebu sudah tiada bisik hati wa. Dan wa dapat juga merasakan kehangatan pancaran sang suria pagi tadi, terasa macam sudah lama tidak menikmati kehangatanya, buat sekian lama (2 minggu) ruang udara bumi semenanjung "diselaputi" oleh jerebu.





Wa terasa macam wa hidup kembali la !!!!!.
maksud wa, wa rasa macam berada di pagi hari tanpa jerebu.













* harap-harap jerebu tu hilang terus di ruang udara bumi manjung ni. 


Saturday, 23 June 2012

Ujian Laut




Walaupun ianya sudah biasa wa laluinya sebelum ini. Tapi..... kali ini wa tewas, dan ia merupakan buat pertama kalinya wa berasa sedikit 'goyang' ketika wa memijakan kaki wa di darat. Sehinggalah ke hari ini masih ada lagi terasa lebihan alunan ombak didalam otak wa.....



1. ini lah ombak rindu yang asli

2. kampung-kampung nelayan Pulau Pangkor

3. Bot nelayan kaler petronas

4.

5.  Budak ni cakap kat wa, "best kan bro,sea trial kapal KD Hang Tuah ni".  Wa dah muak dan jemu sebenarnya,dan wa syak ini mesti pertama kali beliau turut serta ikut ujian laut ni. 

6. bot lanun dari pulau pangkor yang cuba menawan kapal tentera laut hahahaha.... ( ok, wa tipu je)





* InsayaAllah, nanti wa datang jengah lu orang semua malam nanti.Kepala pening-pening lagi ni
* gambar di ambil dari HP wa









Wednesday, 20 June 2012

Keinginan






Suatu hari nanti, wa berharap sangat akan  merasa mencuba "permainan" ini dan permainan udara lain seperti ParaGliding mahupun  hang Gliding. Walaupun hanya sekali untuk seumur hidup.






Lu orang suka ketinggian tak?


.

Sunday, 17 June 2012

Nasib Kerang



Lokasi : Di ruang dapur rumah.
Masa   : +- 1430Hrs  ( lebih kurang la...)



Kejadian berlaku ketika wa pergi ke ruang dapur mendapatkan segelas air untuk membasahkan tekak, maklum la...cuaca agak panas, Segala bahang panas terasa tambah pula cuaca yang berjerebu dan berhampiran dengan laut.


Sedang wa menikmati rasa air sejuk segalas di ruang dapur,tiba-tiba terdengar bunyi aneh yang wa sendiri tidak pernah dengar selama ini. Kerana sifat ingin tahu wa membuak-buak, maka dengan rajinya wa mencari darimana datangnya bunyi itu. Rupanya bunyi itu datang dari sebungkus bag plastik merah yang berisi kerang hasil pemberian dari rakan sekerja wa mencarinya disebelah waktu pagi

Ini BUKAN blog masak-masak mahupun JJCM  


Kalau nak ke blog masak-masak, makan-makan korang boleh la klik ke nama-nama ni, diantaranya : Cik Ina DO DO CHENG,  Lady Windsor,  Cik Kamoo, dan  NP 






Apa yang wa buat dengan kerang ini???


Satu pemerhatian telah dilakukan, wa ambil tiga kerang berlainan saiz sambil menunggu lama untuk melihat dan dengar sendiri bunyi kerang tu. ianya sangat menyeronokkan bila kerang-kerang itu terbuka sambil mengeluarkan lidah. (lidah kerang kot, wa tak tahu nak namakanya) tapi agak malang kerana kerang bersaiz besar agak pemalu,mungkin ia sudah mati ataupun sedang tidur.

1.  disebabkan bungkusan plastik ini di ikat ketat, dengan pantas dan mudah wa koyakan saja bahagian atas tepi ikatan. Jimat sikit masa

2. Kerang-kerang yang agak pemalu selepas diganggu oleh wa

3.  ciss...blur pulak. masa diambil selepas wa ambil 3 kerang yang berlainan jenis saiznya

4.  Selepas 7 minit. ada tanda-tanda 1 kerang sedang membuka mulutnya( mulut kot)

5.  Kerang ke-2 yang atas sekali turut membuka sedikit mulutnya

6. Minit ke12 - kerang pertama mula mengeluarkan lidah dan sedikit bunyi pelik

7. Minit ke 13 - masih mengeluarkan lidah tapi tidak berbunyi pula

8. Minit ke 15 -  lidahnya mula bergerak ke arah dalam cengkerang

9. Minit ke 15 - cengkerangnya dirapatkan sedikit, lidahnya dimasukkan sedikit sambil ada bunyi-bunyi dikeluarkan. Seolah-olah sedang mengejek wa

10. Wa toleh ke arah bungkusan yang penuh dengan sepupu sepapat kerang tadi, banyak yang dah bangun, tanda-tanda cengkerang terbuka dan berbunyi sangat meriah di sini.

11. minit ke 18 - kerang kedua menjelirkan sedikit lidahnya. yang kerang besar masih pegun malu disitu

Hampir 20 minit wa bazirkan masa demi kerang, disebabkan wa nampak kerang-kerang ini seolah-olah sedang mengejek wa, dengan perasaan sedikit kejam sebelum ia menjadi lauk untuk dijadikan menu makanan. tidak salah rasanya wa bermain dengan kerang-kerang ini. Agak seronok juga sebenarnya. 
Hahahaha....

12. Hamik ko....ejek wa lagi. kan dah kena jolok lidah tu dengan sudu. (perancangan awal mahu saja jolok dengan mata pisau)

13. kasi mandi ini kerang. ingatkan kena air dia akan terbuka...rupa-rupanya makin ia rapatkan cengkerangnya. 




* masa kerang ni kena air, ada sedikit darah keluar dari kerang dalam 2 titis, mungkin wa dah membunuhnya dengan hulu sudu besi tu. Hahahahahaha.....


















.

Wednesday, 13 June 2012

Terbangnya $$$$$







~~Semalam i call u, u tak answer... U kata.... ~
Ops..! menyanyi pula.





Semalam, sedang asyik wa layan berenang ala-ala gaya katak, tiba-tiba pandangan wa jadi kabur serta merta didalam air kolam. Terasa sedikit perasaan cuak mula terbit di hati. dengan serta merta wa berhentikan aksi renang gaya unggul wa itu, cuba tenangkan diri buat seketika sambil mengapungkan badan didalam air, wa buat sedikit pemerhatian yang agak ringkas tetapi padat dengan ilmu siasatan lagak seperti dalam cerita CSI : miami


Wa sedari ada satu lembaga hitam turun kedasar dengan gerak geri yang amat perlahan
Owh....! tidak. Rupa-rupanya swimming goggle wa. Patut lah kabur pandangan wa tadi.


Nak tak nak terpaksa juga wa capai swimming goggle tu sebelum ia jejak betul ke dasar. lagi pun wa memang tidak mahu memerahkan mata bagai mata sang puaka akibat terdedahnya pada klorin yang telah bercampur sebati dengan air kolam tu. Menarik nasaf dalam supaya bekalan udara cukup untuk wa membuat aksi menyelam dengan misi mendapatkan dan membawa kembali swimming goggle wa selamat ke permukaan udara.


Aksi menyelam dan medapatkan kembali swimming google tu hanya memerlukan 15 saat sahaja (agak-agak wa) dan aksi tu bukanlah sebarangan orang yang boleh lakukan. hanya yang mempunyai kelebihan sahaja yang mampu membuat misi sebegini.
Cilake... kalau wa tahu ianya tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mendapakanya sudah tentu wa tak tarik nafas dalam-dalam untuk penuhkan ruang paru-paru dengan udara. Buat bazir masa saja. 


Walaupan wa sudah dapatkanya kembali, wa masih tidak dapat menunjukan aksi renangan wa pada khalayak ahli-ahli kolam disitu. 
Keadaan memang  tidak mengizinkan, kerana swimming goggle itu terbelah dua dibahagian penyambung antara dua lens goggle itu. 
Terasa sedikit sebak, (wa sebak bukan kerana swimming goggle tu tidak boleh digunakan lagi, tapi....) Ditengah-tengah bulan begini, terpaksa lah wa keluarkan juga wang ringgit untuk membeli swimming goggle yang baru.


Terima kasih pada swimming goggle wa yang lama...hayat ko hanya bertahan untuk 7 tahun sahaja. Kan indah kalau hayat ko panjang buat 2,3 tahun lagi....







1. Dimanakah kan ku cari ganti....serupa dengan mu

2.  Swimming Goggle yang baru, lens yang agak terang dan tidak gelap macam yang lama tapi mahal. Cilakak! Desing ada sedikit stylo dari yang lama

3. RM59.90 cukup mahal dan boleh membuatkan wa mengalir air mata

4. Harap jer mahal tapi lens tak gelap. Macam ni orang boleh nampak anak mata wa... nampak gayanya aksi skodeng wa perlu ditamatkan

5. ini pandangan tak berapa nak depan.






* secara jujurnya wa sayang swimming goggle yang lama... murah, lens gelap, dan orag tak perasan bila mata wa sedang meliar di dalam air.   : (










.

Sunday, 10 June 2012

KERIANGAN Seketika di Bumi PAHANG






Bermain bersama alam dan haiwan liar (yang telah dijinakkan) sangatlah wa idamkan,kalau boleh wa mahu bermain bersama sang singa, sang cheetah di savana sana. Beruang Grizzly di Alaska sana pun dah kira sangat okay dah.

Oh...!!! ianya sangat indah dan rare bagi wa...

Kisah bermesra bersama sang gajah ini tercipta, buat pertama kalinya wa dan rakan menjejakkan kaki ke Kuala Gandah pada 2 tahun yang lepas.



 Bilakah wa akan dapat melihat bintang peliharaan ini kembali?
 Bilakah keriangan ini, akan wa dapat alaminya lagi?
 Adakah tempat ini, akan bertambah lebih menarik lagi?











* Dengar-dengar Kuala Gandah dah tak berapa nak best sekarang ni, betul ke?




Wednesday, 6 June 2012

Main Bowling walau tak pandai

Lokasi : 1 Borneo, Sabah.



Sebelum jalan-jalan ke 1Borneo.
Wa, Ted, Clement dan Amir pergi bersarapan pagi di satu tempat, tapi wa dah lupa nama kedainya. kemudian ke kedai gunting rambut sebelum tercetusnya idae hendak berjalan-jalan ke 1Borneo.

Si Ted dan Si Amir termakan hasutan oleh kata-kata wa....

"dari potong pendek baik potong botak, nampak kemas bro...kalau korang nak tahu, kalau di semenanjung tu botak tu GOJES tahu..."
(aku guna perkataan GOJES ini pun dari Bro SM )


Si Amir, wa puji macam askar. Bagi dia bangga sikit. Si Ted pula...wa kata lu memang GOJES tapi tidak boleh menandingi keGOJESan wa...bahahahaha...(gurau aje...).


Kemudian Kami pergi ke 1Borneo untuk jalan-jalan ke shopping mall terbesar di Sabah. dah agak penat dan bosan berjalan. bertemu pula dengan kawan-kawan mereka di situ. lalu tercetus idea untuk bermain bowling.

Bowling...??? wa sebenarnya agak lemah dengan sukan ni, bukan pandai main pun, tapi itu semua wa abaikan...ada baiknya jikalau wa bersifat sporting. lagi pun main untuk suka-suka saja dan bukanya untuk bertanding.










Si Ted dari Sarawak dan Si Amir  ketika masih berambut ada disini dan di sini



1. si Amir dan Si Ted dengan imej terkini.

2. 

3.

4. budak ni namanya Bobby, paling lucu perangai dia dan pandai menyanyi

5.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

Lepas main bowling terus kami cari makanan dan minuman...lapar kembali.
Dari ramai-ramai yang ada hanya kami berempat saja yang main bowling. ceh penat aje wa ada perangai sporting. Itu wa tak peduli janji wa enjoy!

Friday, 1 June 2012

Seharian Di Kg Chendera Kasih

Seharian merayap di kawasan-kawasan sekitar Kota Kinabalu (bukan tempat perlancongan).
Wa ikut si Clement pergi kerumah kampungnya di Kg. Chendera Kasih, Kolombong. Kerana maknya minta bantuan dan menemannya membeli belah di sekitar Pasaraya Gaint berhampiran.

Sampai disana, macam-macam juga mak dia beli, beli barang barang keperluan dapur, pokok-pokok bunga, tanah-tanah, ada hitam ada oran kemerahan. Wa syak mak Clement ni kaki berkebun la...

Acara angkut mengangkut barang-barang turut wa bantu, bukan kesian tapi berbuat baik. takkan orang buat baik pada wa, wa pula nak balas eksen. Tak patut tu. Kemudian kami makan tengahari bersama-sama. Mak Clement belanja makan. Terima kasih auntie.

Sekitar di kampung Chendera kasih.






Di dalam kaawasan rumah dia ada anjing yang comel, baik dan tidak menyalak, tapi besar.

Masa wa tolong bukakan pintu pagar rumah kampung ni je dah seram, bukan pasal seram takut dengan anjing,  tapi wa takut tersentuh dan bergesel dengan anjing tu.

Suka-suka hati aje anjing tu nak himpit-himpit dengan wa (dalam tiga inci saja jarak kepalanya dengan betis, tapi wa steady cover line cemerlang, wa buat aksi yang tak menampakan raut wajah cuak. Yang konon-kononya wa dah biasa dengan anjing ni.

paling best, masa wa buat aksi punggah barang-barang yang dibeli tadi dari kereta, ke kawasan laman rumah...Anjing tu masih ikut jejak wa, lagak macam wa tuan dia. ciss....siap buat aksi lompat-lompat manja kat tepi. Fuh seram, jantung dup dap dup dap gak....sampai wa minta bantuan dari Clement minta suruh anjingnya berhenti dari ekori wa.









* Sebenarnya kisah di Sabah ni, wa mahu hentikan saja dengan entri yang lepas, tapi...... ada pula cik Anon paksa hapdate lagi tentang Sabah. ( Wa boleh agak sape lu cik Anon....Ssssiiiit!)