Wednesday, 30 May 2012

Selamat Hari Kaamatan & Hari Gawai





Khas untuk kawan-kawan yang berada di Sabah dan Sarawak sana......



Dari : Mia Palencia "KEMBALI"






* Eh! Siapa plak Minah ni, artis ke ???


Tuesday, 29 May 2012

Tg Aru ( sebelah malam)

Lokasi : 1st Beach,Tanjung Aru.

malam itu si Clement yang suka melawak dan peramah call wa,
ajak melepak ke Tg,Aru sama kawan-kawan dia yg wa juga tidak kenali...dari bosan malam2 duduk dalam bilik mengadap batu konkrit, ada bagusnya wa turutkan saja pelawaan si Clemant tu.

Kawan-kawan dia pun juga peramah seperti Clement. bagus betul orang Sabah ni. bangga betul wa. tambahan pula mereka semua bukanlah muslim.(hanya seorang sahaja muslim) dan mereka juga dari pelbagai kaum. tapi wa puji mereka sebab, layanan dari mereka sangat baik dan anggap wa macam bukan orang asing.tapi lebih kepada macam kawwan lama yang sudah tidak berjumpa.

1. 

2. Clement dan Amir

3. Brian dari Kuching Sarawak. sebelah dia tu adalah no face, no name

4.blur....(tiada tripod bah)

5. blur lagi...

6. apa yang mereka buat disana...meh kita Zoom!!!

7. Melepak sambil main dgn cahaya lilin rupanya

8. ted ikut wa melarikan diri dari kena menyanyi di stage live band. Ambil gambor lagi bagus kata Ted....(alasan tu)

9. TelorPower !

10. pasir pantai

11. cis,,,gagal wa utk cahaya api, kena byk berlatih lagi ni

12. SugarBuns cafe

13.  Richard, Terry dan Junior
Sebenarnya geng-geng si Clement ni pandai menyanyi dan kaki karaoke, sebelum apa-apa yang berlaku pada wa, baik wa blah sambil jalan2 sekitar kawasan pantai tu...dibuat nama di petik cari nahas tu. Lagi pun kalau wa menolak bila di suruh nanti kata tak "mesra alam" pula. kan tak manis dah. Jadi.....apa lagi selamatkan diri la.... larik....!!!
14. Eddy 

15. sekali sekala tengok mcm andy flop poppy pun ada brader ni, tapi...versi berisi. Hahahaha

16. masa berlibur pun sempat bincang pasal perniagaan, kagum sekejap wa. 

17. rupa-rupanya live band tu pun kawan mereka. patut pandai menyanyi. yang wa ingat nama brader sebelah Clement tu, Si Adrian. yang awek live band tu, wa lupa dah apa namanya...

18. Junior, brader ni mata dia mcam pakai celak dan bulu matanya juga lentik macam bulu mata palsu. tapi selepas wa tanya dan paksa dia buktikan, lalu digonyohkan matanya dgn tisu berkali2 baru lah wa yakin dia punyai mata bercelak & bulu mata lentik kalah permpuan itu adalah tulen.

19. Amir, Richard, Eddy & Clement. Lepas habes lepak di 1st Beach, kami lepak lagi perkena nasi katok. 1st time wa merasanya. Apasal namanya "katok"?





* dorang ni menyanyi baik lagu tempatan mahupun lagu mat saleh...fuh!!! boleh tahan juga beb.


 *sayang seribu kali sayang....wa tidak dapat ke Tg.Aru waktu senja, dengar2 cerita sunset disini memang indah...? Betul ke???


Saturday, 26 May 2012

Manukan


Misi mendaki ke puncak telah tercapai, untuk mengisi masa dihari berikutnya wa merancang hendak layan pulau yang berhampiran dengan Kota Kinabalu.
Diantaranya (yang wa tahu) :
  • Pulau Manukan
  • Pulau Gaya
  • Pulau Mamutik
  • Pulau Sapi

Malam sebelumnya, wa di kenalkan oleh sahabat lama dengan seorang guider (businessman sebenarnya) dari agensi pelancongan. Setelah berbincang lebih kurang, wa membuat kata putus untuk layan sebuah pulau sahaja iaitu Pulau Manukan

Untuk ke pulau-pulau lain pun ada, korang surf internet jer.... bersepah pakej yang ada, jangan malas sangat.
Kami pergi hanya bertiga, guider, wa dan ted (pengembara yang baru wa kenal, berasal dari Miri,Sarawak) 


Travelog:

0740 Hrs - Guider datang pick up di hotel budget wa menginap dan sarapan.(mana nak cari guide yang amik korang kat hotel,baik,peramah dan percuma pulak tu)

0800 Hrs - Menuju ke Jesselton Point. Beli tiket RM14.00 pergi dan balik ( Sebenarnya lebih kurang RM20.00  tetapi dapat potongan harga sebab yang juru jual tiket tu kawan-kawan guider) dan Snorkeling Set RM15.00 ( Life jacket + Fins + Face mask + Snorkel) Tapi wa hanya ambil Face Mask + Snorkel RM5.00

0930 Hrs - Naik bot menuju je destinasi hanya mengambil masa 30minit. Kapasiti sebuah bot, boleh memuatkan 6-10orang sahaja.
(konsep dia, kena tunggu orang penuh baru jalan. Dan jangan lupa beritahu masa hendak balik dari pulau ke tanah besar kepada pemandu bot atau krew2nya)

1000 Hrs - Selamat sampai di Pulau Manukan. masa untuk bersuka ria 

1200 Hrs - Makan Tengahari

1400 Hrs - balik semula ke tanah besar, Kota Kinabalu.



Aktiviti-aktiviti yang wa buat:

  • Semestinya Snorkeling
  • Beri ikan makan (bekalan bawa sendiri)
  • Berjemur gelapkan kulit badan dgn tanning oil  - ngada-ngada poyokan diri
  • Berjalan di gigi air sambil menikmati "pemandangan indah" yang ada. 
  • Makan
  • Mendagel/melawak sama Ted dan Clement sementara tunggu bot sampai.(siot betul orang bot ni, janji pukul 1 nak ambil.)


1. Kota Kinabalu dari pandangan laut
2.  dari kiri : Ted, pemandu bot dan Clement(Giuder)
3. Samapi sudah 
4. Clement dan ikan-ikannya. Asalnya tiada orang
5. ini pula ikan-ikan wa, sikit jer yang datang....cis
6. sedap2 layan ikan kat jeti, tetiba pula ramai orang datang wa tidak kenali nak join sama. ramai pulak tu
7. Ted cuba bermesra dgn ikan-ikan. caranya umpan dengan beri makanan
8. Lagi banyak ikan-ikan kat pasangan ni
9. Laluan pejalan kaki (ada ke laluan kenderaan ke kat sini???)
10.  Life Guard
11. "M" 
12. Sampan moden 
13.. Si Clement yang peramah, dan suka melawak.
14.
15. Stinger tu apa? nama obor-obor ker?
16. 
17. Ambil tenaga dahulu sebelum sambung semula aksi bermain air.
18.  Hantu air dorang berdua ni, 


Setelah puas melayan panorama sambil bermain air, berjemur dan kejar si ikan-ikan yang jinak (bila kasi makan).Kini tiba untuk pulang ke Kota Kinabalu semula, sebelum balik kami makan tengahari di pulau
(menu makanan biasa-biasa jer, tapi harga boleh dikatakan mahal)


19. 
20. 
21. Lu orang jangan pikir bukan-bukan, ini satu lawakan dari si clement yang suka melawak. 

22.
23. pengunjung kurang di hari bekerja, ramai-ramai pun buat sesak pemandangan saja.
24.  Life Guard dan sampan modenya
25. 'ikan duyung' belajar berenang. Pewiitt...peewitt...
26.
27. hijau tandanya apa anak-anak? 
28.
29.
30. gaya apa ni?  musykil otak wa 




* Sebelah malamnya pula, kami berjalan-jalan dan makan di First Beach,Tg.Aru sambil layan live band.
* Tahun depan, plan nak ambil cuti lama-lama, wa target nak ke Gunung Kinabalu sekali lagi, pergi Pulau Mabul dan Pulau Simpadan layan diving kat sana, InsyaAllah.

Wednesday, 23 May 2012

Santai




Jika kaki ini jejak ke pulau, upacara yang WAJIB keatas diri gua adalah 2 perkara ni :
  • Diving ataupun
  • Snorkeling 



*mata liar perhatikan "panaorama"  keindahan penghuni alam itu adalah perkara biasa, bukan wa minta tapi mereka yang memperagakan.