Monday, 30 April 2012

Selamat

Terima kasih pada kawan-kawan semua
Alhumdulillah selamat tiba, selamat segala-galanya
InsyaAllah akan kembali mengunjung rakan-rakan semua selepas segala
urusan selesai, mungkin malam ini.

pada Bro SM dan Lady W mohon ampun dan maaf, misi gagal. seluruh book store di Kota Kinabalu, Ranau,Kundasang,Tuaran mahu pun Kota Belud, puas wa (siap minta bantuan kawan-kawan yg bekerja di Sabah)  mencari tetepi tetap juga tidak ada. yang ada hanya Sandakan :Brotherhood sahaja.

Thursday, 19 April 2012

Doakan Gua...



Ini sahaja persiapan ang wa ada. ada lagi tapi yang lain tu tak berapa penting bagi wa.
Pagi ini InsyaAllah wa akan berangkat ke kepulauan Borneo nun di seberang timur sana. Harap-harap segalanya berjalan lancar dan berjaya.
Sekian lama wa berlatih untuk mendapatkan stamina diri ini, sekarang sudah tiba masanya wa melangkah menyahut segala cabaran yang ada...(harap-harap wa berjaya)

Jangan tanya kemana wa mahu pergi,apa yang wa buat,hanya 1 sahaja wa mohon jasa baik kawan-kawan blogger sekalian alam, tolong doakan kejayaan wa, selamat pergi dan selamat pulang. Hidup sebagai seorang backpacker ini sangat mencabar juga rupanya.





* Nanti wa ceritakan pasal makan arnab pula sebelum kisah pegembaraan wa.
* Jangan lupa dokan keselamatan dan kesejahteraan untuk wa, Peace!!!
*(entri ini di post secara berjadual....) 

Wednesday, 18 April 2012

Aira jalan-jalan Cameron Highlands



Oleh kerana perangai si Aira nie baik dengan wa, dan suka jalan-jalan, jadi wa beri satu hadiah berupa topi salji berwarna merah jambu beserta shawl juga berwarna merah jambu, kira satu set la....dan juga belanja mak bapak dia makan di ladang teh pekena air teh dan brownies, wa jer makan sandwich dan kek.

1. beli sayur dan buah-buahan(dikedaiex-classmate) sebelum balik di Kea Farm sebelum sempat lagi bergambar sebelum membeli
 Mentang-mentang dapat harga murah, macam-macam dorang nie rembat lepas minta tawar harga lagi, memang untung banyak ler budak dua orang nie. Lepas nie kompom wa tak boleh bawa member lagi ke kedai tu.

2. sayur atau bunga nie??? wa kompius sebentar.
 Selesai memborong di gerai ex-classmate (berbangsa cina). Terus kami ke ladang teh. Bharat Tea cawangan ke dua dia, tak silap di area Tringkap menuju ke Kg.Raja

3. Aira bermesra dgn ibupabanya, masa nie wa tengah beratur belikan makanan untuk dijamah

4. Itu sandwich wa, untung mak bapak dia tak pasal-pasal wa kena blanja sekali. hahahaha 

5.  bapa Aira kasi apa ntah, tak silap kasi kek kot

6. kecik-kecik lagi dah ramai peminat dari luar negara. Untung ko Aira.


*Auto post

Strawberry Chocolate



RM 5 untuk 3batang.

Boleh dicampur dengan madu mahupun coklat.
Mahal...!!!! Okay sila beli sendiri disana dan dapatkan harga lebih murah (jika ada)

*coklat ini tidak akan mengeras atau beku seperti peniaga-peniaga cina yang lain, tidak perlu dipanaskan untuk ia sentiasa cair dan ianya 100% homemade cooking oleh Mak wa.








*Auto Post

Tuesday, 17 April 2012

Reunion (after 10th Years) III

08 April 2012

Hari terakhir bagi kami semua. Entah bila akan pula boleh buat perkara begini kembali.
semua sudah bersarapan pagi tinggal wa saja yang terkial-kial baru nak sarapan pagi, bukan sibuk tapi kepenatan.

Kami semua diwajibkan memakai baju sumbangan dari si Zaki dan Kudai. Tujuan utama untuk bergambar bersama sekali lagi.

1. roti bakar paling sedap wa buat + kopi panas

2. Masa nie anak member wa si cendoi menanggis pasal apa pun wa tak tahu, alih2 di ambil oleh En.Tuan, sengap dan layan saja usikan Em.Tuan (kira mcm atuk lah ni)

3. Kudai dan Haziq

4. Ijat yang tak menang tangan untuk membawa kesemua barang dengan tangan. captain Jack Sparrow  pun belum tentu boleh buat, HEBAT lah org segamat ni
y
5. Kudai , Cek Mek & Haziq. Eh itu bukan kereta yang jadi Bumblebee ker?

6. Paddle, Zaki dan Hadi

7. Ada banyak sangat camera tak tahu nak pandang mana satu walau dah set autotimer

8.  Bergambor lagi....smile :)

9.  Mission Accomplished: we're reunited after 10 years !!! 

Lepas puas bergambar ramai-ramai, semua menuju ke haluan masing-masing(berjalan). ada yang masih mahu meronda sambil usha membeli barang untuk dibawa pulang atau diberikan pada jiran tetangga.
Wa dengan Aira sekeluarga pi jalan-jalan beli sayur, dan buah-buahan untuk dibawa pulang. dan melepak di ladang teh(tepi jalan) sebelum tiba di Simpang Pulai dan berpisah.


Monday, 16 April 2012

Reunion (after 10th Years) II

Sebelah malamnya pula aktiviti makan-makan yang di sediakan oleh pihak Hotel. kami memilih set BBQ untuk menu malam itu dan bersama nasi goreng dan salad sayur serta buah-buahan. Ciss mati-mati wa ingat acara bakar menbakar ni akan kami yang akan lakukan. rupa-rupanya budak2 hotel dah sapu bersih untuk kerja-kerja ni. Tapi bagus juga dapat rehat dan makan, tak perlulah bermain asap dan api. cuma feel BBQ tu kurang lah.

Dan yang penting sekali, wa masa tu tak sempat untuk mandi dan salin baju untuk makan malam. yang lain semua dah siap tukar pakaian baru. Mana taknya wa sibuk bak uruskan dan pastikan semua yang hadir dapat makan, pihak pengurusan pula asyik cari wa hanya semata-mata nak beritahu pasal makan malam ni sahaja.
Bayangkan jam 1930Hrs sampai di Hotel (balik dari pasar Brinchang), Jam 2030 Hrs nak ada di dewan makan Hotel. Dengan hanya +-1 jam sahaja wa hanya sempat cuci muka dan sembur minyak wangi. Mandi tak sempat pasal : 

  1. Manager Hotel asyik cari wa jer
  2. Member2 pula cari hendak kepastian masa makan malam. (siap ada yang call lagi tu). \
  3. Terpaksa hadir di Lobby Hotel lebih awal kerana nak pastikan semua famili datang ke dewan makan(takut-takut kalau, ada pula yang merunggut kata tak dapat makan)
  4. Bergayut sama Ibu wa kejap,hanya nak menyatakan yang wa sekarang ada di area kampung tapi tak sempat nak balik rumah.

1. Wa amik job bagi si Aira makan, pasal mak dan bapanya juga turut mahu makan kelaparan dan lagi pun masa tu wa dah kenyang.jadi tak salah kalau wa amik job ni,ye dak?

2.  Kuat makan siot budak nie, asal lambat aku beri makanan dia aje dia tepuk halus kat tangan wa. Saja jer wa sakat si Aira nie. Si anak Hadi pula asyik tengok masa wa suapkan aira makanan. bila wa toleh ke dia, dia terus paling kedepan. Wa syak dia nak berkawan dgn wa la.....

3. Aira bersama Ibunya....owh memek muka aira begini memang wa geram. padangan tak puas hati tu

4. Bekas Tenaga Pengajar kami dahulu En.Tuan Saifuzi nama dia, Terima kasih menurunkan ilmu-ilmu kejuruteraan Marin ni pada kami.

Zaki dan Kudai memberi sedikit cenderahati berupa baju kemeja T pada yang hadir.(kaya betul budak kapal , 2 orang nie,siap sponsor baju tu)

6. Cendoi nama dia, budak paling besar sekali ketika itu, Dia pun budak Kapal.

7. En.Tuan dipanggil berucap. tapi wa dah tak ingat dah apa yg dia sampaikan

8. Cendoi

9. Dan tak pasal wa juga turut kena beri ucapan kat depan. Jahanam....paling cepat kot tak sampai 1 minit wa beri kata-kata ucapan terus je sampai ke titik noktah.

10.Wadi @ pau, turut kena panggil beri ucapan. Steady la Bro
Selesai sahaja majlis penyampaian cenderahati dan sedikit ucapan wakil dari kelompok masing2. yang mana nak melalak menyanyi bergembira dah boleh mula, yang nak sambung makan juga boleh, yang nak bersembang kisah-kisah silam juga boleh. yang tak boleh hanya balik kebilik sahana sebelum jam 2230Hrs.
Setiap orang mesti kena menyanyi masa tu.Dan wa yang terakhir sekali.
11. Hadi Cherating menyanyi dgn penuh perasaan, sporting gila. Siap bini dia ambikan gambar lagi tu

12. Kudai dan wan KC, Gembira nampak.
Ada banyak gambar lagi masa menyani ni tapi wa malas nak masukan, sebab malas!
Setelah penat puas menyanyi, kami semua berkumpul dan duduk bersembang bersama bekas tenaga pengajar kami sampai kena halau dari dewan makan oleh pekerja hotel. Suka-suka jer kami buat macam tempat sendiri. Yang para isteri sudah balik ke bilik masing-masing sambil wa pesan pada mereka sarapan pagi dari jam 0800hrs ke 1000hrs sahaja.

Ingatkan selepas kena halau nak  terus balik ke bilik, tapi harammm.... boleh pula cari warung kopi untuk sambung becerita.(biasa lah sudah lama tak jumpa)
13. gambar ni wa grab dari album FB cendoi

14. Nie pun sama rembat dari FB cendoi (cendoi andai lu terbaca jangan marah kat wa OK!)

15. Bergambar lagi sebelum masuk tidur ke kamar masing-masing. tak silap wa masa ni jam 1500 Hrs ++


* Ini antara gambar-gambar yang boleh wa siarkan. yang lain tak lepas ada unsur-unsur 18SG.
Kerana kalau lah anak-anak mereka kelak ternampak gambar-gambar yang bapaknya beperangai macam budak lagi kan ke malu.

Saturday, 14 April 2012

Reunion (after 10th Years)

07 April 2012 

0830 hrs - Bertolak dari Rumah menuju destinasi iaitu cameron Highlands,Pahang
1000 hrs - Berkumpul di stesen minyak Petronas di Simpang Pulai, Ipoh. Sambil menunggu ketibaan kumpulan dari Kuala Lumpur dan Utara semenanjung


1030 hrs - mula mendaki laluan ke Cameron Highlands secara konvoi
1230 hrs - tiba di Brinchang, Cameron Highlands dan makan tengah hari
1300 hrs - Check In Hotel di Tanah Rata.
1400 hrs - masa sendiri dan bebas (Nak makan ke,solat ke jalan-jalan ke terpulang lah)
2030 hrs - Makan malam + BBQ
2300 hrs - masa bebas (kami melepak sampai ke pagi)


Oleh kerana malas hendak memandu kereta, wa membuat perjanjian setan bersama rakan wa di sini untuk menumpang keretanya. Kata janji jam 0800 hrs nak datang ambil wa kat rumah. sudahnya jam 0930 hrs baru bertolak dari daerah manjung. membuatkan kami sampai ke check point begitu lewat. Menjadi bahan kutukan dari rakan-rakan yang dari Kuala Lumpur. Dan apa waktu dirancangkan diatas adalah dusta belaka, dan kami check In Hotel tepat pada jam 1530 Hrs.

Semua ini wa salahkan pada member wa yang tidak menepati janji. Nasib baik lah budak-budak yang turut serta tidak berbunyi ketika wa sampai. (hanya SMS dan panggilan telefon sahaja yang bertalu-talu masuk ke HTelefon bimbit wa,) kalau berbunyi sekali pun bukan wa nak ambil kisah sangat,paling kuat wa mencarut-carut sahaja pada mereka.





1.  hanya beberapa buah sahaja yang tutur serta, geng dari arah utara terpaksa ditinggalkan kerana lewat sangat. 

Disebabkan takut alami kesesakan jalan raya, kami meneruskan perjalanan terus menuju warung makan di kawasan Brinchang. Alhumdulillah perjalanan lancar terdapat sedikit sahaja kesesakan itu pun hanya ambil masa yang tidak begitu lama. Masing-masing dah lapar apa lagi. mula mencari makanan yang ada disitu.

2. Aira dan ibunya.... masa nie aira dah ada perasaan,tak buat muka pelik dia dah masa jumpa wa
3. Ini pula apa ntah nama dia, tapi wa dan member2 panggil dia hazif atau haziq (main bedal panggil jer masa tu.sampai sekarang tak ingat pun nama sebenar dia kehkehkeh...Im sorry cek mek..kudai...)
3.  masa wa press shutter boleh plak si haziq ni pandang ke lain. Damn...
4. Budak terengganu, pokya nama dia. Anak dia tak mesra sgt dengan wa. pemalu ala-ala nak menangis
5. Ni dia BUDAK KELANTAN, wadi nama gelaran dia sekarang  menetap di kolumpo sana. anak2 dia mesra alam. Bagus.
6. wa menjadi baby sitter ketika mak bapa sedang menikmati makanan walaupun rasanya agak kurang memberangsangkan tekak
Selesai sahaja menunaikan tanggungjawab pada perut masing-masing kami tak buang masa, kerana ada baiknya kalau Check In Hotel di Tanah Rata tu dengan cepat. Boleh juga mandi dan buang penat seketika sebelum keluar jalan-jalan merayap entah kemana yang belum pasti hala tujunya.


Geng dari arah Utara semenanjung selamat tiba di Hotel beberapa minit kemudian tanpa berhenti rehat seketika. Selesai agihkan kamar tidur masing-masing.
Ada yang tidur keletihan, ada yang membersihkan diri, ada yang tak reti-reti nak rehat. mangsanya adalah wa. sibuk nak jalan-jalan ke ladang teh BOH. tak pernah pergi katanya. Maklum lah acara bebas. Nak tak nak terpaksa wa bawa mereka pergi jejalan kesana.

7.  apa yang si Aira dan si Haziq tu pandang pun wa tak tahu. donggak kelangit mcm ada sesuatu yang menarik jer. yang mak bapak senyum buat tak tahu di depan lensa kamera.
8.  PokYa dari Losong.Ganu
9. Masam dan Manis, Pelik dan Gembira
10. haziq sekali mendongak ke langit, wa syak dia nampak UFO la
11. Ijat budak Johor dan isteri dan Sarah. Cari sebernier la tu
12. PokYa dan...dan... Err....(tak ingat la nama anak ko ya)
13. Ijat Gamat dan Sarah
14. Haziq agak comel masa begini (kelaut gambar ni...cis)
15. Cek Mek dan Haziq (kelaut juga untuk gambar ni....cis..cis..cis..)
16.  "sapa pulak budak lelaki ni...." kata hati Aira
17. " Yes...awek ada awek, hai nama saya Haziq, awak siapa nama?" haziq cuba susun ayat untuk berbual bersama Aira
18. masa ni wa kena paksa ambil gambar mahkluk-mahkluk nie.atas alasan 1.wa takde anak lagi 2. pasal wa pegang kamera
19.  silap fokus la....lantak lah bukan aku peduli pun
20.  masa untuk ke pasar malam Brinchang pula.
Setiba di pasar malam Brinchang petang itu, kami (kecuali wa)berjalan-jalan cari barang untuk dibawa pulang. wa terus jumpa ke mak angkat wa, nak makan strawberry cekelat free. Bukan takkat wa saja, si ijat sekeluarga, si PokYa sekeluarga dan Si wan sekeluarga turut menjamu strawberry cekelat secara percuma. Bagus betul mak angkat wa ni. Pemurah orangnya.
21. dengan si Aira juga turut merasa strawberry cekelat. suka dia makan tapi wa kena sound oleh mak,pasal takut baby Aira ni sakit perut. Mana lah wa tahu. kalau wa tahu takde la wa buat kan...kan... (cis,  tak pasal-pasal kena marah lagipun bukan wa yang suap.bapa dia yang beri tu.)


Bila dah puas makan dan membeli belah di pasar malam Brinchang kami mula berangkat kembali ke Tanah Rata untuk persiapan makan malam dan BBQ yang disediakan sepenuhnya oleh pihak hotel.