Monday, 26 March 2012

Semoga Kembali Pulih

Hari ini, jari tengah tangan kidal mula menunjukkan tanda-tanda positif
selepas hasil mengunakkan minyak gamat yang power dibeli khas dari pulau langkawi. Ada nampak surut sedikit dari hari sebelumnya. Wa membuat kajian pada tangan kidal dengan cuba mengenggam erat dan berupa seperti penumbuk. tenyata hasilnya tidak lah memuaskan sangat.

Kelihatan gengaman penumbuk wa nampak sangat tak beberapa kemas dan padu seperti hari-hari sebelum ianya cedera.Wa rasa, wa masih memerlukan latih tubi yang sangat hebat esok hari. Dengan cara menumbuk berulang kali pada batang pokok pisang dibelakang rumah.Semoga jari tengah tangan kidal wa cepat sembuh.
susah nak cebok la...



*terima kasih pada kawan2 semua,  tak sempat nak jengah blog korang masa jari tengah tangan kidal wa sakit.

Thursday, 22 March 2012

Utamakan Keselamatan

+- 0900Hrs    21.03.2012
Lokasi : Dalam perut kapal - Jentera Injin Utama


Sedikit malang menimpa pada salah satu anggota jari kiri wa, pada pagi hari tadi. Kejadian berlaku ketika wa sedang membantu membuat kerja-kerja di salah satu jentera didalam kapal untuk dibaik pulihkan. Wa memberi sedikit sumbangan berupa tenaga pada kawan-kawan lama yang dahulunya kami bersama-sama bekerja sebagai tukang jahanamkan kapal-kapal dagang yang datang untuk diperbaiki.

Sebenarnya ia bukanlah kerja-kerja wa, sepatutnya wa hanya memantau dan memastikan Inspection jalan dengan lancar (lebih kurang begitulah) tapi disebabkan secara kebetulan wa bertemu kembali dengan kawan-kawan lama dari Johor yang dahulunya dilatih menjadi 'badang'.Jadi wa dengan rela hati untuk turut serta membantu membuat kerja-kerja yang sedang dilakukan. Memang itulah budaya kerja yang diterap dalam jiwa  kami semua semasa bekerja di sebuah Limbungan Kapal di Johor dahulu. Tapi yang sialnya pula, sedap-sedap wa menolong buat kerja. Jari tengah tangan kidal wa pula yang jadi mangsa menjadi makanan pada tukul besi 10 pound. (nak tahu search jer google bagaimana rupa hammer 10 pound tu) hasil dari impak pantulan ketukan.
Jari tengah tangan kiri wa tersepit diantara pipe dan round bar. Hasilnya jari tengah tangan kidal wa terasa sedikit kebas dan sedikit berdarah mula mengalir di permukaan kulit. Jahanam..... nasib sedikit sahaja kecederaan yang wa alami. sempat juga 2 titis darah wa menitik jatuh kedalam lantai kapal.

Bangun meninggalkan kerja-kerja tersebut dan bersihkan saki baki darah yang ada dijari selepas ia mula mahu membeku dengan pakaian overall wa (sebenarnya hanya kesatkan sahaja pada pakaian). Terasa sedikit kebas dan wa cuba menggerakan kesemua jari jemari tangan kidal wa besrta sedikit ururtan lembut supaya ia berfungsi seperti sediakala,malangnya jari tengah tangan kidal wa tetap berasa perit.mahu membuat genggaman pun tidak boleh.
Lantas wa berdiri di tepi sudut mereka bekerja. apa yang boleh wa buat adalah memerhatikan sahaja  tak ubah lagak seperti mando estet sehingga kerja-kerja selesai dengan raut wajah ala-ala gagah menahan keperitan setelah alami sedikit kecederaan.


Di permulaan mahu membengkak pandangan sedikit atas

dari pandangan sisi.


* selepas ni tak mahu buat kerja-kerja orang lain selain dari kerja wa yang telah ditetapkan oleh syarikat
* Jari tengah tangan kiri wa disaat ini kelihatan sangat gemuk membengkak. Harap2 ia kembali normal selepas bubuh minyak gamat
* kalau tak baik juga,wa nak pergi buat x-ray
* Gambar diambil dari telefon bimbit berjenama Nokia
* Terasa nak sumpah dan maki-maki sahaja kapal ni dengan kata-kata kesat. Tapi tak jadi lakukan sebab ia membuatkan wa kelihatan seperti manusia tidak berakal.

Monday, 19 March 2012

Permatang Laut

+- 1800Hrs  17.03.2012


Cuaca panas nak mampus, terasa macam duduk di tengah-tengah Gurun Gobi  yang kehilangan arah dan sedang kehausan, Itu baru suhu gurun Gobi, kalau suhu gurun Sahara mahu cair badan wa ni.

Kalau perkena ABC waktu panas petang begini ada juga bagusnya, tapi terpaksa wa tunda dahulu niat untuk menjamu ABC kerana ambil gambar sekitar kawasan tempat naiknya ikan2 dan makanan laut yang lain di daerah manjung ini. (pergi menembak gambar kerana tak dapat turun ke putrajaya sempena pesta belon udara panas).

Wa layan gelagat para nelayan yang kebanyakannya sudah pulang dengan hasil tangkapan mereka. ada yang sedang membetulkan jaring-jaring,pukat dan segala kelengkapan. Ada juga yang dudk sahaja sambil menghisap rokok daun, si peniaga ikan2 dan makanan laut segar juga sibuk melayan pelangan2 mereka. Tak lepas juga yang datang melepak di warung perkena kopi mungkin. Yang datang ambil gambar juga sibuk berada melepak disitu, buat semak sahaja,sudah la botak licin pegang pula cameranya kehulu kehilir.

Yang pasti, wa seronok berada disuasana sebegini, rasa seperti betul-betul berada di kampung nelayan pula.


1. ada laman blog tu....

2. wa rasa mcm tak kukuh saja nak pijak  sampai kehujung sana

3.

4. wa syak benda ni nak dijadikan tiang2 jeti,mungkin.

5. kalau lah wa ada sebijik sampan begini...mesti best layan ikut org memancing

6.

7.

8.

9.

10. kedai jualan ikan2 segar dan makanan laut lain.


Sudahnya wa balik tanpa pekena ABC dipetang itu....kerana asyik menembak gambar sampai hampir senja...gila apa nak merasa ABC maghrib2 hari,ye dak?

Thursday, 15 March 2012

Discharge dari Wad

+- 1700Hrs     12.03.2012


Menerima satu sistem pesanan ringkas dari seorang sahabat yang wa kenali sejak zaman menuntut ilmu lagi, mengatakan anaknya masuk wad kerana demam berlaku pada jumaat petang. Wa hanya mampu berkata kesian didalam hati.


****************************************************

Hari ahad petang....

Wa memberi satu sistem pesanan ringkas pada sahabat, menanyakan khabar berita tentang anaknya Aira.

" Aira dah sihat ker belum?? aku nak tengok sambil menyakat dia nie. Ada mana sekarang?? dah keluar atau kat wad lagi?? "


si sahabat dengan ringkas membalas sistem pesanan ringkas wa dengan pantas. ' Dah, baru je.....'


Apa punya cilake, info punya sikit itu aje yang wa dapat. terpaksa berfikir secara logik sekejap tentang masej yang wa terima. Wa cuba menghuraikan maksud tersebut dengan pantas. rasanya maksud masej ini adalah anaknya sudah keluar dan mesti berada dirumah sekarang ni. takkan baru keluar pergi pasaraya pulak kan.

Jadi keputusan muktamad yang terpaksa wa ambil adalah menuju terus tanpa berlengah kerumah si sahabat lama ini, dengan niat untuk bertemu dan menyakat si Aira (walaupun baru baik dari demam).
Setiba wa disana, kelihatan Aira sedang merayap-rayap di atas kapet dengan gaya merangkaknya bersama Mak Aira , Bapak Aira dan Cik Nurul.

Wa masuk kedalam, dan terus mengusik Aira,....perkara pertama yang si Aira buat (ketika melihat wa) adalah di gambar no.1



1. reaksi mata yang kurang menyenangkan wa, macam baru lepas menangis pun ada.
2. mula berbuat wajah pelik yang ingin tahu tentang camera

3. Bila reaksi mata dan kening aira begini buat wa tak beberapa nak selesa...Jahat giler merenung wa sebegitu, macam wa ni puaka pula

4. anak bapak..tapi bapak asyik tengok cerita kartun kat astro

5. nampak sedikit manisnya.....setelah di usik oleh cik nurul

6. Masa nie Aira cuba berdamai dengan wa, mungkin dia tahu yang wa sedang merekodkan gambar tentang dia

7.  

8.  sebut nama dia, terus toleh dan pose....mcm tahu2 aje wa nak amik gambar dia.



  • Aira si botak....(tiru trend wa la tu...)
  • Dengan orang lain lu elok saja ye...tapi kalau dengan wa senyum tak mahu, menanggis pun tak mahu
  • Orang lain sakat lu, lu menanggis, tapi kalau wa sakat lu...lu buat reaksi muka tak puas hati siap kening lu kerut2kan
  • Lain kali kalau wa sakat lu lagi...pastikan lu menanggis. 
  • Sampai sekarang wa tak berjaya buat lu menanggis.....cekal sungguh hati lu. atau si Aira nie mmg tak ada perasaan takut sama wa??
  • Akan wa pastikan lu menanggis dalam masa terdekat ni, hasil sakatan wa.....(tolonglah menanggis)

Sunday, 11 March 2012

Bukit Ungku Busu versi bersama Sabrina

+- 0800hrs   10.03.2012
Cuaca sangat tenang seperti di kebiasaan hari-hari yang lain


Kemunculan sabrina setelah beberapa minit di persimpangan jalan masuk untuk mendaki bukit busu
tanpa membuang masa kami bertiga terus ke kaki bukit, membuat sedikit regangan badan sebelum mendaki. kami memulakan pendakian disertakan bersama sedikit perbualan-perbualan yang tak berapa best nak disembangkan. Awal-awal memang best la....bila dah sampai ke part yang mencabar sikit baru la tahu masa tu best ke idak untuk bersembang sambil mendaki.

Oleh kerana si Sabrina ini baru sahaja turut serta dengan aktiviti bergini, maka wa mengarahkan si Amir budak Melaka menjaga si Sabrina tu. bukan tidak mahu menjaganya tapi wa perlu membuat fitness sebagai persedian rapi untuk bakal mendaki ke gunung yang lebih tinggi dalam hidup wa ini.

Apa-apa pun wa memang tabik la pada si Sabrina nie kerana cekal juga dia walau terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai ke kawasan rehat di atas bukit busu ni.


1. sambil mendaki sempat juga ambil gambar mereka nun...dibawah sana.

2. ini pula laluan yang sangat mudah didaki, tak tahu la apa perasaan si Sabrina masa nak tempuh laluan ni nanti

3. Sabrina the SuperGirl (dalam training nak jadikan hero sama gak mcm si Amir budak Melaka)


Punya lama giler wa dok sorang-sorang dekat viewpoint ni, tunggu si Sabrina dan Si Amir tu...kalau tahu lambat begini, wa dah lama join dorang mendaki secara perlahan-lahan.

4. Termenung selepas dengar kata-kata dari wa, wa pesan kat mereka "nak jadi SuperHero macam wa bukan lah perkara yang senang"

5. setelah berfikir senak, mereka berdua bersetuju dengan kata2 wa.

6. 

7. inilah awek bakal jadi SuperGirl. itu pun kalau dia tak serik untuk memanjat lagi bukit Ungku Busu ni

* untuk gambar2 lain sekitar bukit ungku busu ada disini. juga ada disana dan disitu

Saturday, 10 March 2012

Rumah atau Villa

+- 0720Hrs.  10.03.2012

Wa dan Amir si budak Melaka
Tunggu ketibaan si Sabrina disebuah simpang masuk ke Bukit Ungku Busu, Disebelah kanan ada bangunan yang lama sudah ditinggalkan. keadaan bangunan tersebut dipenuhi dengan semak samun. tingkap tiada,pintu terbuka,bersepah macam sarang penagih. tak ubah seperti bangunan-bangunan lama yang ada disetiap pelusuk bumi Malaysia ni.

Dibelakang seberang jalan ada balai Polis,Lumut yang masih beroperasi sepenuhnya tapi serupa macam tak beroperasi sahaja.Sementara menunggu ketibaan si Sabrina nie, perasaan menerjah ingin masuk kedalam bangunan lama itu sangat mendalam. mahu melihat struktur-struktur seni binanya. Ok wa tipu, sebenarnya mahu cari hantu...mana tahu ada nasib menyebelahi wa untuk mengambil gambar-gambar hantu puaka tu.

Bila masuk saja kedalam ,terus wa snap gambar, amik seberapa banyak yang boleh. Tapi malangnya penampakkan hantu tersebut tiada.


1. pandangan dari hadapan luar bangunan lama


2. Ini pun pandangan dari luar hadapan bangunan lama,tapi sebelah kiri punya

3. 

4. kurang seni la bangunan lama ni atau wa yang tak berseni???

5. di sebelah dalam bangunan lama, bersawang dan gelap

6. ada bar .... siap ada grafiti lagi

7. kelawar2 hitam bermata merah. 

8. wa syak nie ketua si kelawar2 hitam bermata merah tu. 'BUBUK' tu apa???


9.SPRAY BAR

10. Bar Tender di SPRAY BAR. 

11. dibahagian lantai penuh bersepah dengan benda alah nie...apa ntah, macam ada binatang spt tupai bawa buah2 sorok disini kot

12.  sebenarnya ini pintu menuju terus ke bahagian belakang sana, tapi dah nampak mcm sekeping semacam aje gambar ni.

13. menunggu kepulangan orang tersayang. -Watak : Amir si budak Melaka juga merupakan Puaka bangunan lama nie.

Bosan giler banggunan lama nie, si Sabrina pula masih tak sampai-sampai menanmpakkan susuk tubuh keratanya. hadoo....baik wa bersiar-siar keluar disekitar luar banggunan lama nie ambil gambar. Haram...penuh semak samun dan tak seronok untuk menerjah dikawasan luar. jadi wa ambil keputusan ambil gambar2 air embun la....
14. daun-daun yang masih berembun diatas tembok

15. Bagai embun dihujung ranting yang tak berdaun. Ciss....tersalah fokus plak, batang ranting tu lebih  clear dari air embun tu.

16. Gagal nak ambil gambar titisan air embun...ah lantak la....

17. nampak tak ada 1 titisan air embun dalam gambar ni???? semak la daun kaler cokelat tu...syuh, syuh....



* Sedih gambar hantu tak dapat nak dirakam kan
* Asal ada banggunan lama aje mesti ingat ada puaka.
* Pepagi siang hari mana nak ada hantu, sengal betul la(otak wa gagal berfikir secara waras dipagi hari kali ini) .....takpe nanti wa pi belah malam.itupun kalau mood wa rasa nak cari hantu.

Thursday, 8 March 2012

Mimpi Indah

Tahun lepas, wa tak ingat bulan bila ianya berlaku.


peristiwa yang tidak mungkin wa harap ianya berlaku, kecelakaan ini terjadi disebuat kampung nun disalah satu puncak banjaran titiwangsa, iaitu di salah satu kwasan penempatan diatas gunung didalam negeri Pahang.
dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, wa awal2 lagi dah terbayang suasana kampung yang penuh dgn udara yang masih ada segarnya dari pekan manjung ni.
Bayangan itu semua memang terjadi secara automatiknya didalam otak wa dikala setiap kali wa mahu pulang ke atas gunung sana.bukan sahaja otak malah jiwa pun turut sertai sama. cilake, perangai macam budak2 lagi.

Kali ini wa balik beseorangan tak seperti sebelumnya, wa pergi dengan menaiki bas dari Ipoh. dari Manjung ke Ipoh wa tumpang member biasalah barulah ia dikatakan berjimat sambil mengurangkan pencemaran udara,walaupun tak banyak sekurang-kurangnya ada juga sedikit. Suasana di terminal bas Medan Gopeng masa tu agak kurang sibuk dan selesa. Wa pergi beli tiket dikaunter dan terus naik bas,  melabuhkan punggung dan terus duduk di seat yang nombornya sama dengan nombor yang ditulis pada resit bas. selok kocek seluar sebelah kanan pada bahagian depan,ambil telefon bimbit, tengok jam...owh lambat lagi rupanya bas nak bergerak untuk memulakan perjalanan,berbaki lebih kurang 40 minit tapi..... kenapa bas yang bakal membawa wa ini,pemandunya kelihatan tergesa-gesa untuk memulakan perjalanan? Riuh si pemandu memanggil penumpang2 yang  lain untuk segera masuk naik kedalam bas. Sekejap dia melaung dari dalam bas, gila bapak kuat suara dia. sekali sekala si pemandu bas tu menekan hon berkali-kali. Wa peratikan sahaja gelagat pemandu bas itu dari sudut tempat duduk.


'Ah lantak lah...janji sampai kampung dengan selamat sudah dikira cukup bagus'

Selang beberapa minit kemudian, si pemandu bas nampaknya sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. para penumpang semua sudah berada di tempat duduk masing,walau penumpang bas kali ini tidak penuh.Bila bas memulakan perjalanan, dengan automatiknya wa mematikan telefon bimbit untuk mengelakkan dari di ganggu SMS dan panggilan yg masuk. baru dapat tidur dengan aman. malah wa balik kali ini pun wa tidak beri tahu pun keluarga tentang kepulangan wa ini, baru la surprise sikit.

Perjalanan hanya mengambil 2jam setengah sahaja, itupun jikalau jalan tidak sesak dengan kehadiran para pelancong,setiba hampir di kawasan rumah, wa terjaga dari tidur, wa bingkas bangun dan menuju kearah si brader pemandu bas, sembang-sembang seketika untuk memberitahu padanya supaya turun kan wa di depan pandang golf. Brader pemandu bas angguk tanda setuju dan faham.

Perasaan gembira terbit di dalam jiwa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bas berhenti di tempat yang dinyatakan. wa turun dari bas dengan senang hati kerana sudah sampai di kawasan rumah.Wa berdiri tegak perhatikan bas yang wa naik tadi berlalu pergi menuju ke destinasi berikutnya. Toleh kanan, toleh kiri dan toleh kanan kembali tiada sebarang kenderaan ...masa yang sesuai untuk wa melintas ke seberang jalan sana. Kepulangan wa tanpa diketahui oleh ahli keluarga sudah cukup membuat sedikit kejutan pada mereka, wa sengih sendiri seketika tanda kejutan wa yang bakal akan menjadi. Mandaki sedikit bukit yang tidak tersa penatnya dengan beberapa langkah  yang diperlukan...

Setiba dikawasan halaman rumah, kelihatan ramai manusia berada disitu termasuk kaum kerabat juga...ada yang tua ada yang muda,lelaki juga wanita seperti ada satu perhimpunan,cuma bezanya mereka berada dimerata2 diluar kawasan rumah secara bertaburan. didalam rumah sah-sah mesti lagi ramai. Wa bertanya pada salah seorang yang berada disitu untuk dapatkan kepastian.


Ada apa ramai-ramai kat sini yer pakcik?


Ada orang meninggal, anak si tuan rumah nie yang meninggal, kamu dak tahu ker?

Siapa? balas wa ringkas pada pakcik tadi

Anak lelaki dia, yang bekerja di Perak tu. kamu nie siapa?

Wa diam  tidak balas kembali soalan pakcik, otak fikir sejenak...siapa?? takkanlah  adik kembar wa plak,mustahil!!!lagipun dia bukannya bekerja didalam negeri perak.  wa berlalu pergi meninggalkan pakcik tadi,terus menuju kedalam rumah. sambil-sambil mata wa bergerak  liar memerhatikan raut wajah para tetamu yang hadir.

Setiba didalam rumah,kelihatan sebujur tubuh kaku dibaluti dengan kain kafan lengkap,cuma pada bahagian muka sahaja terdedah untuk diratapi oleh suadara mara yang terdekat buat kali terakhir. Ayah wa ada ditepi bersama adik kembar wa,ibu dan juga adik-beradik yang lain juga ada disisi jenazah dengan wajah yang sedih, bertambah bingung seketika. Wa menuju terus rapat kearah jenazah tersebut untuk melihat lebih dekat...alangkah terkejutnya wa melihat wajah jenazah tu. Rupa-rupanya jenazah tersebut adalah wa sendiri. kaadaan jadi gelap serta merta selepas wa melihat jenazah wa sendiri.

Wa bangun terjaga dari lena, rupanya ia adalah mimpi....keesokkan harinya wa bercerita tentang mimpi tersebut pada rakan-rakan sekerja untuk mengetahui akan alamat dan makna mimpi tersebut. Ternyata hanya jawapan merapu yang wa terima. jadi wa abaikan sahaja....

Tapi.........
mimpi itu kembali berulang kembali pada malam rabu yang lepas....

Apakah maknanya nie???

Sunday, 4 March 2012

Kari Ikan Sembilang

Pada tahun yang lepas, wa pergi ke Kuala Kurau ikut sabahat balik ke kampung halaman sebelah bininya. Pergi kesana bertujuan hanya untuk melepak disekitar kampung yang penuh dengan sawah bendang...(dapat juga melupakan pekan manjung seketika.)

Ketika wa datang ke mari, kelihatan padi-padi baru sahaja disemai...warna hijau yang segar menutupi seluas mata memandang diselang seli dengan tiupan angin yang lalu. wa toleh ke kanan rumah nampak bendang, toleh kekiri rumah juga nampak bendang, tinjau ke belakang rumah juga bendang. Senang cakap rumah kampung ditengah-tengah bendang la..

Tapi bukan pasal bendang yang wa nak ceritakan kat sini.....wa nak cerita pasal kari ikan sembilang. Punya lah sedap....tapi yang peliknya kenapa nasi putih + kari ikan sembilang ini dijadikan menu di pagi hari... agak janggal pula rasanya.Bila wa tanya pada sahabat, dia berkata area sini memang menu sarapan paginya yang femes adalah Kari Ikan Sembilang.Bukan setakat pagi, tengahari dan malam juga femes menu nie.

Sedap, memang sedap memang wa tak nafikan, tapi..... masalahnya,sekarang ni tekak wa dah mula rindu pada menu tu dipagi hari.... kat tempat wa bermaustatin ni mana nak cari!!! Nak tak nak wa, kena plan suatu hari nanti jejak kembali ke Kuala Kurau...



Kari ikan sembilang yang Power- nama kedai dah tak ingat


Nasi putih,telur asin, sayur kacang, udang masak apa ntah, dan kari ikan sembilang.....adalah satu kombinasi yang marbeles bila dimakan bersama


*sape pandai buat menu kari ikan sembilang nie......meh ajak wa makan.

Friday, 2 March 2012

RINDU...

01 March 2012        0600hrs


Pepagi buta lagi wa dikejutkan oleh satu bunyi deringan yang tak asing bagi wa menusuk bingit ke telinga, memang wa cam sangat bunyi deringan tu. Nak angkat menjawab panggilan tu wa berasa malas sangat bagaikan ada satu bebanan seberat 60kg berada diseluruh badan menghempap wa, sudah la telefon bimbit yang 'tercanggih' tu berada nun jauh diatas almari kecil yang diletakan disatu sudut didalam bilik.Wa ambil keputusan untuk mengabaikan deringan telefon bimbit 'tercanggih' tu.

Suasana kembali tenang seperti hari-hari sebelumnya. selang kira-kira tidak sampai 1 minit kemudian, deringan dari telefon bimbit 'tercanggih' wa kembali memekak. hadoo.... nak tak nak wa terpaksa mengangkat panggilan tersebut. terdetik seketika di hati, manalah tahu ianya satu panggilan kecemasan dari kampung atau panggilan dari sahabat rapat yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. wa ambil keputusan bangun segera untuk mendapatkan telefon bimbit 'tercanggih' wa tu.

Terpapar di skrin telefon bimbit 'tercanggih' wa, nama seorang sahabat dari daerah Johor. Dalam hati wa, apa yang berlaku nie? apakah malang yang menimpa kepada sahabat seorang nie? wa tak fikir panjang terus menekan butang berlampu hijau untuk menjawab panggilan dari sahabat jauh itu.

Assalamualaikum bro?


walaikummusalam.
ada apa nie pepagi buta lu call wa? ada apa masalah ke, bro? gua menjawab dengan nada agak malas-malas ketika itu


wah wah! lu...., gua call nak tanya kabor kawan2 salah ker bro?, lagipun gua nak beritahu lu satu perkara agak penting nie?


Apa!! penting!! eh apa dia, cakap lah. lu buat wa saspen ler.... wa sedikit terkejut mendengarnya


Lu apa kabor bro? 
Gua rindu sangat sama lu la buddy, jom pi diving nak? 
Tak jauh.....dekat Koh Samui sana, gua takde buddy nak dive la. angin tengah cantek nie bro.... ada bran? kalau jadi wa bagi detail kat lu melalui e-mail, amacam??? dibuat dengan nada mengada-ngada, yang kononnya boleh meracun fikiran wa, mana taknya wa juga merupakan salah seorang diver yang juga ketagih untuk menyelam ke dasar laut melihat keindahan ciptaan Tuhan seperti penyelam2 lain.

Tapi.....disebabkan tidur  wa diganggu, secara autonya perasaan wa terus bertukar
dari perasaan terkejut wa mahu ketahui perkara penting itu tadi telah berubah menjadi kepada sedikit kemarahan dan rasa nak mencarut2 dipagi hari. Tapi wa batalkan niat mahu mencarut tu...dibuat jiran tetangga dengar tak ke nanti dorang tuduh wa gila, pepagi lagi dah mencarut-carut. tak ke malu nanti.


woi...setan jahanam, lu tahu tak sekarang baru pukul berapa? lu tak boleh tunggu wa dah masuk kerja dulu ke baru call, perangai lu memang bagi wa 'panas' la pepagi nie. wei....jam lapan wa masuk kerja, jam sepuluh pagi nanti call wa balik kalau lu nak wa jadi buddy lu. 
Assalamualaikum. balas wa dengan nada sedikit keras pada sahabat dari Johor tu tanpa menjawab kabor yang beliau tanya pada wa...




terima kasih pada member gua yg snap pic. ini ketika gua diving bersama buddy dive gua(org johor) dari open water-shore to jetty. kamera yg digunakan adalah canon ixus40




  • lu memang tak pernah tak menyusahkan wa la bro
  • pada dive2 master baik di pulau2 pantai timur,Malaysia mahupun di pantai timur Thai, lu orang bila mahu kirim gambor2 diving wa melalui email. dah makan tahun nie wa menunggu.jahanam betul la!
  • wa tak pernah ada 1 simpanan pun gambor semasa diving kedasar. memang Jahanam, harap janji manis aje la..
  • wa nak kumpul duit mahu beli underwater camera. 
  • Terima kasih pada sentuk kerana ambil gambar nie dan beri kepada wa suatu ketika dahulu di Kg.Salang, Pulau Tioman Pahang.
  • terima kasih juga pada yumida kerana menang dan dapat hadiah dari  cik ladybird dan juga pada kawan2 bloger semua, sorry wa ada urusan yang sangat2 sibuk kebelakangan ini.