Saturday, 25 February 2012

malam drum festival 2012 versi lumut part II

Nama team nie wa tak tahu, tapi kan...asal persembahan dari Malaysia je mesti lemau...
wa syak dorang nie lemau pasal tak biasa perform atas stage ataupun masih ada rasa segan pada para penonton yang menyaksikan.
Hadoo....takpe meh kita tengok band dari suku kaum India Malaysia.


1.masih budak2 lagi...yang budak belah kiri tu nape mata 'stim' je.
2. Budak yang main 'drum' nie jer bersemangat. yang lain2 termasuk ketua nya rasa hampeh mcm takde mood je nak perform
3. siap tunduk2 malu... bunyi juga agak perlahan
4. tapi dalam ramai2 band nie, budak kecik yang tengah nie yang main paling mudah dan muka seolah tidak berjiwa. dia buat tak tahu jer...kira dia tak ada sifat malu tu dah kira bagus.
5. yang nie pun malu juga,diantara yang paling malu sekali.
6. 
Disebabkan band nie main terlalu slow dan paling sekejap sahaja persembahannya, wa kasi 2 bintang dianatara 10 ribu bintang yang ada. Seterunya persembahan wakil dari Negara India sendiri, bertenaga, pernuh warna-warni mcm kat filem hindustan, dan agak menarik juga kerana muzik rancak. Meh tengok gelagat band dari Negara India ni.

7. ramai juga band India nie
8. kecik jer drum dia...tapi bunyi mantul2 juga
9. Selaku ketuan band mereka. 
Band ini antara yang boleh lawan dengan band NATIG dari Aizerbaijan tu, pasal band nie banyak bermain alat muzik sambil menari-nari. perlu banyak stamina kot.

10. main alat muzik + menari+ senyum itulah ciri band muzik dari India nie
11. 
12. hahaha siot, lain macam aje wa tengok gambar ni.  masa live tangok sedang menari, tapi bila dalam gambar tengok mcm bercinta plak....
13. wa rasa dorang dah naik 'syeikh' la...band paling banyak tenaga ni
14.  tarian hampir sama dengan suku kaum singh di Malaysia, cuma dorang nie takde buat mcm tarian banggra tu
15. nah...macam pesta kat kampung halaman jer dah dorang buat. takde segan silu tu... 
16. senyum masih maintain tu dari awal perform sampai habes.
17. Bendera dikibarkan tanda habis persembahan dari band India ni.
Terbaik lah band dari India, 8 bintang dari 10 ribu bintang yang ada wa kasi sama band ni... Dan akhir sekali adalah pesembahan dari negara Vietnam. Alunan muziknya mantap berkisahkan menyambut dan meraikan kemenagan Pahlawan. ketukan gendang yang sangat mantap, ada feel sikit2 meresap ke jiwa wa.

Persembahan yang paling seksi...dan tarian dari perempuan2 tu dah macam  erotic show dance pun ada. fuh!!! dasyat gak band nie. (dasyat pasal awek2 ni atau muziknya, wa sediri keliru masa nie)

18. di permulaan persembahan mmg show lah
19. 
20. main ketuk2 hentak2 buluh buat alat muzik,dah serupa mcm orang asli main muzik sewang pun ada.
21. mereka menari sungguh seksi...tapi dalam hati tertanya2 juga betul ke tarian tradisi mereka mcm ni??
22. awek2 penari dari Vietnam.
23. dorang lagi...
24. dorang lagi....
25. eh...ada mirip mcm Xena la cara dress up dia
26. ketuk sampai habes.. wa syak alat muzik dorang banyak mengunakan dari buluh la... 
27. owh yg minah ni pegang mmg pelik alat muziknya, 1st time lihat  benda alah tu
28.
29.Brader ni merupakan peniup serunai dan pegetuk gendang utk band mereka. paling bersemgat brader ni. terbaek lah!
30.
Band dari Vietnam nie boleh Tahan juga, 9 bitang dari 10 ribu bintang wa berikan. walaupun festival drum ini tidak lah sehebat  persembahan di 'World RainForest Music Festival' Kuching,Sarawak. tapi ianya boleh diklasifikasikan sebagai event yang menarik. 

25.02.2012,   Malam ni harap2 dapat ke padang MBi,IPOH. Nak tengok Festival Drum kat sana pulak, Siap band dari Negara Brazil, Jepun,Korea, Ghana, Afrika, datang turut nak persembahkan aksi2 dan skill mereka. Dan dari band2 yang membuat persembahan di lumut juga akan turut sertai sama.
Mesti meriah lah alunan Gendang dari Jepun dan Brazil tu. dan wa berharap juga, kali ini biarlah ia dapat beri persembahan lebih mantap dan bertenaga.




* wa mungkin pergi utk datang bersahaja tanpa dengan camera. nak layan feel alunan ketukan drum tu.
* harap2 kawan wa mahu turut serta menonton bersama malam ni.

malam drum festival 2012 versi lumut part I

22 February 2012
2045 Hrs
Dataran Putra,Lumut Perak.


Wa datang seawal jam 8 malam tepat tiba di area lumut, mencari parkir kereta. Wa mendongak ke langit, tersenyum manis sendiri terbit di bibir wa sendiri, barangkali kerana wa terlihat bintang-bintang berkedipan yang menandakan malam ini pasti tidak hujan.
Wa capai dan galas beg yang berwarna hitam dan berisi senjanta kesayangan wa untuk 'menembak' untuk merakam suasana malam festival.

suasana didataran putra yang sebenarnya tidak berupa dataran sangat itu di penuhi dengan pelbagai lapisan masyarakat malaysia dan asing.
kesmua menanti bila akan berlangsungnya festival ini, dan wa sendiri pun berasa sangat teruja untuk menyaksikan festival tersebut. "Bilalah nak mula niemasyik berucap aje...." kata sang hati suci kecil wa.


Akhirnya festival dimulakan selepas berucap panjang lebar...(rasa mcm nak baling batu aje....pada pengacara majlis)
Selaku tuan rumah, persembahan dimulakan dengan pelbagai alunan jemis gendang dari 3 suku kaum terbesar di malaysia iaitu, dari kaum melayu cina dan india. lagu yang dimainkan agak menarik juga.tapi ada sedikit kekurangan dari segi kekuatan bunyi yang dihasilkan. apa2 pun masih boleh lagi diterima.


1. berucap panjang lebar, cuba buat seringkas yang boleh...

2. Ahli2 jawatan kuasa yang ada.....belakang stage ada bersepah lagi..

3. Jom terokai perak (macam lah wa anak jati perak...)
4.persiapan dan persediaan mereka2 yang nak buat persembahan pembukaan. ini band wakil muzik dari kaum India.

Selesai sudah upacara pembukaan majlis festival drum ini, kini tiba giliran dari Indonesia memainkan alunan muzik dari sana. menarik dan terhibur juga walau kurang menyegat. part paling best dari band nie bila muzik ciri jawa ada dimasukan.masa tu mmg syok habis.

5. Band Seratus Percent dari Indonesia.....
6. alat muzik tradisi digabungkan dengan alat muzik moden
7.masa mamat ni tiup seruling ini lah element muzik jawa dimainkan...wa teruja sekejap
8. persembahan yang bersahaja ala2 mcm GIG pun ada
9. geng2 sound dan lighting 
10. Seratus percent, Indonesia


Ceh...mati-mati wa ingat festival ni adalah orang Malaysia yang buat persembahan. rupa2nya dari negara-negara luar juga. kira macam tiru 'World Rainforest Music Fest' la nie.Seterusnya persembahan dari kaum cina, dimainkan oleh pelajar-pelajar sek.tinggi Nan Hwa, muzik yang dibawa adalah untuk menaikkan semangat ketenteraan dizaman dahulu. Wa bukan racist, tapi secara jujur wa katakan ianya amat melemahkan semangat sebenarnya....muziknya tak feel dan ia sesuai untuk tema percintaan ketika berperang.

11. penuh emosi dan teratur alunannya...
12. Feel sungguh mereka ni, tapi tidak pada wa.
13.  persembah ini wa kasi 2 bintang dari 10 ribu bintang
Seterunya persembahan dari pemenang marching band Malaysia, (kata pengacara). dari KLDC
pesembahan nie ada lah serinya sikit...tapi ia lebih sesuai untuk pertandingan marching band. tapi disebabkan ada drum juga, kira boleh la di terima... wa kasi 3 bintang dari 10 ribu bintang untuk persembahan yang ni.


14. permulaan agak slow dan perlahan. wa dah syak tak best jer masa nie
15. ternyata wa silap, persembahan dari KLDC ni menarik juga walaupun muziknya slow tapi menarik
16. muka masing2 beri tumpuan, sebab masa nie muzik semakin rancak. wa mula suka masa nie
17. fungsi awek ni hanya pusing2kan bendera marching band nie.
18. muka feel masing2  jelas terpacar diwajah mereka...
19. gambar gelap pandan muka utk wa...
20. mamat nie mcm naik 'syeikh' je....
21.
22.
23.

Persembahan agak lama dan menarik, tapi wa masih tak dapat rasa aura alunan drum dan gendang2 dari band ni dan band yang sudah2... Bila sampai part kaum melayu, berpakaian baju melayu hitam bersamping dan siap bertanjak. wa dah terbayang mesti power pesembahan dorang nie. group nie dari persatuan silat Fatani Kedah.
24. Persatuan Seni Silat Fatani,kadah
25. sekali main alat2 nobat la...hadui, lemau plak wa rasa 
26, meniup nafiri, kalau tak silap wa nama instrument tu
27. siap dengan persembahan pertarungan seni silat tu
28. hambek ko ....blur lagi

Ok wa boring part persembahan ni, wa kasi 2 bintang dari 10 ribu bintang.
Seterusnya persembahan dari kumpulan dari Aizerbaijan yang diberi nama NATIG, maksud NATIG wa dah lupa, abaikan. dan mereka ini beragama Islam kesemuanya.  Memang mantap alunannya dan diantara persembahan paling lama sekali.. ada hampir2 seperti persembahan di 'World RainForest Fest' di Kuching,Sarawak. Sedikit Feel muncul di sudut hati kecil wa. Wa kasi 10 bintang dari 10 ribu bintang...


29. ketua kumpulan NATIG, memberi salam sebelum memulakan persembahan.
30.
31. jari2 yang sangat pantas memainkan gendang tu,tak heran la pasal apa bunyinya menarik nak mendatangkan feel pada wa
32. ntah alat apa ntah dorang guna nie
33.
34.kecik2 dah ikut bapa pi main gendang...budak boleh tahan juga skill ketukan jari2nya pada gendang tu
35.masa nie wa ingat betul2 la dah habis show dorang...rupa2nya........
36.
37.riak muka yang sangat feel habes
38.
39.
40.ini pula bertepuk tangan mengikut rentak bersama penonton yg hadir
41.
42. NATIG BAND from Aizerbaijan


* gambar banyak yg serupa cilake...lantaklah layan jer
*skill 'menembak' diwaktu malam mmg mencabar bagi wa, hadoo...memang kena blajar dgn sifu nie
* pada Blogger MF atau MommyFara, wa minta maaf tiada bokeh untuk lu sis....sgt susah nak buat ketika event berlangsung

* wa 'menembak' pakai manual mode, penat giler nak setting2 ISO,Shutter dan Aperture akibatnya panas bontot dan hasil gambar pelbagai tone warna. hambek ko!!!