Tuesday, 31 January 2012

Forest

.



Januari 25,2012   1520 Hrs.

Cuaca : Pada mulanya cuaca panas terik dan kadang kala disapa oleh sang angin. di sebelah lewat petangnya pula cuaca yang panas tadi berubah, menjadi redup dan berangin sejuk.


             Petang itu, selepas sekembalinya wa ke rumah untuk beristirehat bersama keluarga. timbul pula serabut dalam kepala otak wa nie 1 idea yang sedang ligat berpusing.

ternyata wa bukan lah mahkluk yang mesra dengan rumah kediaman, yang wa tahu, mahu saja keluar mengambil gambar lagi di sekitar area jungle trek yang dahulunya tempat wa bermain. maklum ler....kampung disini bukan lah seperti kampung-kampung di sekitar tanah rendah sana. Apatah lagi jika nak dibandingkan dengan bandar.

           Wa bermain bersama rakan masuk ke hutan dan mendaki bersama, terdiri dari kalangan orang melayu dan juga rakan-rakan asli wa. kami dari kecil memang dah dididik dengan ilmu2 alam semulajadi nie. tambahan pula ada pulak kawan2 orang asli. lagi seronok la kami masuk kedalam hutan untuk pelajari kelebihan tentang alam nie,( sampai sekarang tak pernah praktikan ilmu yang ada kehkehkeh).  Tanpa diketahui oleh sang ibubapa kami mahupun adik-beradik kami. Disini lah kami bermain sungai, berbasikal dalam hutan, belajar membuat perangkap, mendaki gunung2 yang ada, berBBQ dan sekali sekala aje berkhemah. ( berkhemah tanpa dapat keizinan ibubapa. siap tipu kata tido rumah kawan hihihihi.....)


Ok itu semua kisah silam lampau bagi wa, hati wa dah tak tentu hala untuk kembali ker lokasi-lokasi yang dahulunya pernah wa agungkan, wa tengok-tengok sekitar rumah, masih adakah "beskal gunung" kepunyaan adik bongsu wa. Ternyata ada, apa lagi tanpa membuang masa, wa capai segala gear DSLR dan beskal gunung tu menuju terus ke tempat lokasi. Nak naik kereta jangan harap lah, sah2 wa terjerumus dalam kelompok jam jalanraya punya.

Siap! wa perhati segala keperluan yang ada termasuk air mineral, air sgt diperlukan kerana wa bersedia dgn segala kemungkinan yang datang. Mana taknya, dahaga kayuh "beskal gunung" satu hal, dahaga naik turun bukit lagi la 1 hal. kan tak ke kes naya kalau tak bawa air meneral tu, nanti babel plak tekak wa.
Dengan mula berkayuh menuruni bukit dan mecilok-cilok serupa cilake di celah-celah kereta yang beratur seperti sang semut dalam baris. wa rasa nak gelakan dorang aje...tapi tak jadi kerana perbuatan tu sungguh biadap..jadi wa terus menuju ke tempat utama wa selalu datang suatu ketika dahulu. ia itu di sekitar Sg,pauh @ lebih mesra dgn nama Forest oleh rakyat jelata tempatan.






Tapak perkhemahan Sg.Pauh

Dahulu, aku dan kawan-kawan suka menyakat budak-budak besor kat sini bila petang, ada saja bunyi yang kononnye menakutkan mereka, siap kena kejar lagi masa tu hahaha...

forest..... hijau ada, coklat ada, biru ada, putih ada,mmg tenangkan jiwa wa la

masa bila dorang wat tapak perkhemahan ni dgn simen pun wa tak tahu....nampak sgt lama benor tak jejak ziarah tempat nie



Ok, wa mula bergerak hiking sejauh yang boleh. dah la pergi sorang-sorang. kalo kena culik dgn bunian sajer je kan. tapi keindahan alam semulajadi mengatasi segala perasaan tu.




ada anak sungai la....nape tak jernih macam dulu.? setelah diselidik kembali air sungai ni keruh akibat hujan pada mlm semalamnya...



dan teknik nampak air sungai nampak halus dan putih ternyata wa belum menguasainya lagi....damn it kena blaja ni













OK. nie adalah salah satu cabang  jalan menuju gunung berembun @ gunung beremban. selepas merentasi jambatan yg teguh tu...

wa hiking kedalam lagi....jumpa pondok tempat berehat. nampak warna biru kat daun tu...mula2 wa ingat wa dah rabun warna rupa2nya daunnya ada kaler biru sikit la.


kan.....ada warna biru2 sikit, wa pelik ketika amik gambo ketika nie.pelik memikirkan mcm mana daun rumput tu boleh berkaler biru.


jgn tanya kenape wa suka amik gambor lumut2 pada pokok.

jalan agak berlecah sedikit.jumpa 2nd pondok. masa nie wa dah jauh kedalam tanpa sedari

apa nama pokok tumpang nie??? 
cis titisan air tak berape kelihatan. tak menjadi kali nie....

bila wa zoom out pun, masih tak menjadi
ada pokok tumbang la.....masa nie baru wa terdetik hendak pulang pasal dah terlalu jauh berada didalam, teringat pula  kisah mat salih 3org dan sekumpulan pendaki dari IPTA mana ntah, yg hilang beberapa hari di area hutan nie....terasa seram plak. terus ambil keputusan utk kembali ke " beskal gunung" yang park di papan tanda perkhemahan.

cuaca cerah dan terang belum menjanjikan wa selamat berada didalam hutan berseorangan.

nie jambatan mula2 tadi, lepas jer seberang sana, sah2 wa berada di zone selamat. Alhumdulillah wa ucap dalam hati.
Perasaan berdebar-debar masih ada, mana taknya hutan forest nie sangat sunyi, hanya yang kedengaran adalah bunyi2 serangga dan diselang-seli bunyi pokok bergoyang ditiup angin kuat. Lihat sekeliling memang wa seorang aje masa nie tak nampak lagi kelibat manusia lain. Cilake perasaan berdebar-debar wa sgt kuat masa tu, otak mula fikir yang bukan-bukan. a berdoa dalam hati agar wa selamat aje. Dan akhirnya wa jumpa jalan yang dikatakan di zon selamat walau tiada orang.


Fuh!! Lega......

ada juga org dtg kesini utk melawat2 sekitar sg. pauh, kira wa tak keseorangan dah masa nie


wa mencuba ambil bunga2 yang tumbuh liar sekitar di daun fern leaf kecil nie.


ok meh zoom tgk, nie la bunga tadi tu...




awan besar yg menceritakan seribu gambaran di otak geliga wa...hahaha geliga lah sangat.




"Beskal Gunung" kepunyaan adik wa, masih ada dan tak hilang. terus wa meneruskan perjalanan secara berkayuh ke Parit Fall dan Menara Pandang, 2 lagi destinasi yang selalu wa habeskan masa semasa masih bersekolah dahulu.



* Entri nie wa tuju khas pada  Bro SM pasal dia ajak wa nak bercamping katanya,bila?? lokasi?? masih dirahsiakan.   Dan pada awok juga  Kak MaS. kerana Kak MaS kita nie suka sangat dengan alam yang ada sungai. wa main tembak aje. tapi banyak entri dia pi bercuti di sungai janda baik,bentong Pahang.bersama keluarga tercinta dia.





.

Sunday, 29 January 2012

Sekitar Ladang.

        Setelah berpuas berada di puncak gunung brinchang dan mossy forest, wa dan sifu bergerak menuju ke BOH tea plantation. lagi pun ia terletak on the way menuju jalan pulang. sajer try ambil gambar landscape disitu pula. Tempat ini juga merupakan salah satu port wa bila pulang ke kampung, memang dah jadi rutin harian wa setiap kali pulang wa akan duduk minum pagi perkena air teh panas disitu. kadang kala bersama rakan2, kadamg kala datang bersama sedara mara dan paling best selalunya wa datang berseorangan. layan sorang2 pun wa takde hal lah.....




turn wa plak amik candid pic lu sifu

ladang teh, hijau buat aku terasa damai

ntah apa la yg si sifu nie amik.....



meh tgk nie....



siapa yang ada mnat nak bergambo style hindustan boleh la bergambo  style berguling2 kat sini hahahaha

ok meh wa kasi zoom lagi sikit....ok x?

puncanya begini: sedag wa asyik amik gambar,terasa penat....jadi amik keputusan tuk berrsandar seketika di pokok tumbang nie. tak tahu pula yg wa nie kuat sehingga pokok tu tumbang. Ok wa tipu, pokok nie mmg lama dah ada kat situ  lamanya.

hijau + biru + berangin = wa suka sgt ketika nie

mat saleh pun minat gak tgk ladang nie...nak ajer wa intebiu dia pasal pemandangan ladang nie

pekerja contoh dorang nie...ok kompom thn nie dapat bonus.

ini lah rupa pokok teh

yang kaler hijau tu adalah rumah estet ladang nie. aku tak pasti si lady w dan si NP tu berasal dari estet ke tak.??? yg pasti hanya si SM yang tahu kehkehkeh . peace

Add caption

ini lah tempat yg selalu wa melepak di pagi2 hari.... walau segelas harganya mahal. tapi untuk mendapatkan ketenangan rasanya bagi wa ianya sangat berbaloi



disini pun boleh berdating kehkehkeh.....

pintu entrance masuk ke restoren teh nie



dahulu ianya beroperasi. mungkin sekarang dalam proses ubahsuai nak jadikan tandas awam yg best kot?

sifu kena candid lagi






wa tak pasti nie apa yang pasti ia seperti mesin pengisar  - dari pandangan dan kajian mata wa secara spontan

ini lah kilang proses teh BOH. tapi packing kat kilang di selangor kalau wa tak silap.

1929 

wa tak pasti apa benda alah ni, mgkin ianya tempat di mana daun teh di bawa naik masuk ke dalam kilang selepas ia digredkan

sekitar belakang kilang...tak besar manapun tapi wa heran bagaimana kilang kecil ni boleh hasilkan begitu banyak daun tah kisar yang kering dlm sehari.





kalau wa ada lens macro mesti best ni....(gua berharap sgt 1 hari nanti dapat lens macro tu)





kalau di cameron nie kenderaan yg banyak sekali guna adalah spesis land rover. land Rover putih ni adalah yg telah dicantikkan oleh owner kenderaan

rupa2nya ia adalah milik member sekolah wa dulu yg berbangsa india



Semasa wa dan sifu nak balik dari ladang nie, terserempak wa dgn seorang mamat nie yg pakai baju -t bercop icon blogspot.com. wa syak brader nie mmg blogger yang power. meh tgk nie...(pada owner badan kalau lu tak suka gambar lu dipublish dlm blog wa sila kontek, wa akan removekan segera.)


inilah yg brader wa katakan

masa gambar direkodkan oleh wa, brader nie sangat girang dan happy giler sehingga wa capture pun beliau tak perasan. hehehe....

BOH! ......ada ummph!

block rumah estet yang ada disitu...dari wa kecik lagi dah ada, tak berubah dari dulu sampai skrg. hanya yang berubah adalah warna rumahnya saje.

gelagat yang sempat wa rekodkan....ok blur padan muka.



Jika berpeluang....wa nak kesini lagi ada 4 tempat yang wa terokai semasa kecil yang wa tak jengah lagi. tempat tu sebenarnya adalah tempat yang menarik tetepi ianya tak diketahui oleh para pelancing kerana tempat tu kena hiking sikit jikalau hendak kesana.


entri ni wa buatkan untuk cik RED TEA kita nie pasal nama nye sama. mungkin dia ada kaitan darah bersama owner ladang teh nie ataupun ada pertalian dengan pokok teh nie. Tea...cuba ko jawab! kehkehkeh