Monday, 17 September 2012

Penangan Broga



Sempena cuti Hari Malaysia kali ke-2, kami menyambutnya dengan aktiviti mendaki. iaitu mendaki Bukit Broga.Misi mendaki kali ini hanya dilalukuan oleh wa dan En.Zam sekeluarga (ahli-ahli yang di dalam senarai perancangan asal yang lain semuanya hampeh belaka)
Total ahli yang ikuti aktiviti ini adalah

2 orang lelaki dewasa (wa dan en.zam)
1 orang perempuan dewasa ( isteri en.zam)
2 orang kanak-kanak ( anak-anak mereka)

Travelog:
16.09.2012

0000hrs - Bertolak dari manjung ke semenyih.Dipandu sepenuhnya oleh en.zam
0342hrs - Selamat sampai di plaza tol bukit kajang. Berehat seketika sehingga jam 0500hrs.
0500hrs - Bertolak ke Bukit Broga dengan bantuan GPS.
0520hrs - sampai dikaki Bukit Broga, RM2.00 dikenakan setiap kereta yang meletakkan kenderaan disitu.
                cuaca hujan renyai ketika kami sampai di situ.
0530hrs - Pendakian dimulakan, sekejap hujan sekejap tak hujan. pendakian tetap dimulakan. Trek              
                agak licin.










Misi mendaki bermula. Ramai juga yang hadir untuk aktiviti berfaedah ini ( majoriti adalah bangsa cina) walaupun dalam keadaan hujan rintik,

Dan....

beberapa perkara asas yang wa terlupa diantaranya adalah :


  1. bawa baju hujan
  2. bag plastik (mujur en.zam ada bekalkan dapat juga buat bungkusan untuk telefon bimbit dan camera)
  3. air minuman
  4. periksa cuaca pada hari tersebut ( ramalan cuaca di telefon bimbit tak beberapa tepat walau mengatakan hujan bakal turun jam 0900hrs)


























angin sejuk bertiup sedikit kuat, wa pandang kelangit. awan mendung masih ada, dalam hati kata hujan bakal turun ke??? cahaya siang tak penuh lagi ni, macam mana nak snap gambar sekitar bukit broga ni??

wa pakat dengan en.Zam tunggu untuk seketika....tapi hujan rintik-rintik turun ke bumi kembali.


bungkus kamera kembali...bersiap sedia untuk turun sebelum hujan rintik ini makin menganas. malangnya....selang beberapa minit hujan yang awalnya rintik bertukar menjadi hujan yang lebat. Kami semua basah kuyup mandi hujan termasuk camera wa.(walaupun sudah bungkus dengan plastik)

terasa sedih juga ada kerana kamera saya mandi hujan juga. Tak mengapa misi untuk membalas dendam kepada bukit ini bakal menyusul nanti.

Misi menembak bersama Lady W dan berjumpa rakan lama wa gelarkan dia Bidadari Gangster turut dibatalkan setelah basah kuyup + kasut sebelah kiri musnah (tapak tercabut sedikit) + camera masuk air + mood ke laut.

Balik ke bumi Manjung adalah keputusan terbaek.








* mendaki di trek yang licin sambil memimpin budak kecil amat mencabar, setara cabaran mendaki gunung Kinabalu. tersalah langkah budak kecil yang dipimpin oleh wa mungkin selamat, tapi wa yang kelaut.

* entri JOHO terpaksa ditangguhkan....nanti wa uploads di entri akan datang.




70 comments:

  1. berjalan sesaja si Telor Power ni ha ha ha >..<

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjalan buat aktiviti berfaedah adalah hobi ku

      Delete
  2. There you go bro. Don't give up. InsyaAllah next time tercapai cita2 tu.
    Note: Waaa.... ramainya orang ke sana! Cam dah commercial tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg ramai org tapi majoriti kaum cina yg hadir. kaum melayu ni kurang berminat agaknya. mereka cenderung pada gunung2 rasanya

      mesti balas dendam ni



      * kamera masuk air - tadi pagi pergi ke kedai apek yg jual kamera 60d tu. dia pelik pasal basah2 begini kamera masih ok. Alhumdulillah, lega rasanya.

      Delete
    2. Alhamdulillahhh.... I was worry gak about your camera. I faham cause I pun pernah gak experience dgn my 400d dulu. Murung I selama hampir seminggu! :(

      Delete
    3. yup.... luckily its working same as well as before. fuh!!! lega kalau tak mau terkena penyakit kemurungan

      Delete
  3. Pernah ke puncak Broga dua tahun lepas, tapi pergi sebelah petang. Cerun sebelum sampai ke puncak paling atas adalah paling mencabar, apalagi kalau hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...mmg mencabar betul trex bukit ni bila hujan, jalan lebih licin. kali ni mmg hampa kerana tak dapat ambil gambar mcm dalam entri bro pi broga.

      Delete
  4. waaah. sonoknye.. tingin nak wat aktiviti gini. time mude2 ni la nk wat gini.. huu nk kene wat ketas kije nih. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. L lepas peperiksaan, buat lah aktiviti ni bersama kawan

      Delete
  5. Allo bro, patut la dengar sore lu sedey jer pagi tu...
    Ok kita set lain hari ya. Sebenarnya ahkak dah buat misi makan2 sama sebelum misi menembak.
    Masa awak call tu akak sedang bertungkuih lumuih menyediakan menu sbb
    ingat awak jadi nak menembak sama akak. Ok tak pe kita set lain hari ek..
    Jangan sedey weii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok set....


      sepatutnya mmg seperti dirancangkan tapi..... apa boleh buat

      Delete
    2. tak pe la..lain hari..insyaAllah..tunggu habis musim hujan...:)

      Delete
  6. mmber aku ckp broga hills ni best.. memang nak gi tp xde rezki lg nak sampai sane lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bro... mesti jejak ni.bukitnya tak lah tinggi mana pun.

      Delete
  7. alamk! org manjong pon dah sampai broga! emy pon tak sampai lagi! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pergi....rugila kalau dok area dekat2 situ tak pernah jejak lagi. nak best lagi hiking sampai ke puncak dia, kemudian sambung hiking lagi naik gunung tok nenek.

      *puncak broga merupakan pintu masuk gunung tok nenek.

      Delete
  8. ntah bila nak g broga ni... asyik dgr cita je. aishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe....lain kali boleh set dan pergi lagi, mau ikut tak?

      Delete
  9. 9thn lalu..Broga tu tmpt saya tinggal. kat ldg ayam sykt swasta. masa tu takde bkt broga & universiti dan jln sgt bengkang bengkok.

    skrg..mcm kelaka bila nama Broga dah naik..jln pun dah cantik.
    *Entah bila nk uji stamina kat Bkt Broga tu. Org jauh pun dh sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.....dtg ler beriadah dgn famili sis. sempoi aje trek dia (tapi jgn time musim hujan)



      oooo....mesti arifkan dgn tempat dan area sana

      Delete
    2. Plan ada..tapi tak kesampaian lg.
      Nak tanya, situ ada tmpt parking ke? Sbb tengok sawit je sume.

      Dulu arif..skrg dh tak. byk perubahan lps 9thn.

      Delete
    3. ada dan mmg di celah2 deretan sawit tu tempat pakirnya. rm2.00 dikenakan oleh tuan tanah ladang sawit tu sis.



      Delete
  10. habis camera camne? harapnya masih selamat....paling risau adalah masa hujan n kelaut....masa ke tmn negara pown...sangat susah hati...coz air masin lebih bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. air masin mmg lebih bahaya dari air tawar utk alat2 eloktronik ni



      camera....sudah pulih sepenuhnya. Alhumdulillah selamat dah. lega rasnya

      Delete
  11. sangat best!!!..
    tapi malangnya tak sampai ke puncak..sebab asyik dok shoot gambaq jeeee..
    masa dah tamat, kena la turun...=/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan boleh aje ke puncak tapi.....hujan dtg dgn lebat sekelip mata.
      dasyat betui..


      shoot gambar tu ......harus sebenarnya

      Delete
  12. waaa dah sampai broga...

    moon yg tiap2 minggu balik smenyih pon....xpenah naik broga lagi ni...ngeeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik moon.... sila naik bawa kerabat2 anda naik dan daki bukit tu. indah.
      lagipun cik moon dah dekat kan

      Delete
  13. aku dh lama ngidam broga nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. idam saja ker??? keh keh keh....

      *jom pi hiking sambil ajarkan aku photoshoot sbg balasan aku hadiahkan pemandangan broga hill tu. amacam???

      Delete
  14. saya pun kesana pada hari isnin, start hiking jam 12 tengahari, mendidih kepala..
    larat sampai ke point 1 je..
    gambar pun belum larat nak post lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh esoknya eh.

      ok la walau sampai ke point pertama, at least ada juga pemandangan yg indah dapat di snap.




      *nak lihat gambornya

      Delete
  15. again........masih belum berkesempatan nak mendaki or didaki lagi hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeeeee...

      ayat "didaki lagi" tu...lain benor bunyinye
      sis pi la....mesti lawa, i know u can give a nice shoot with ur nikon

      Delete
    2. hahahahah sorry BM aku mmg fail! heheh tak betul ke didaki hehe

      Delete
  16. Bestnya subhanAllah tgk sunrise dari sini..
    teringin juga nak pergi owh walaupun dekat jarang dpt peluang tu xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dekat ....rasanya tiada masalah tu. jadi bazirkanlah masa terluang dgn mendaki bukit broga ni.walaupun sekali



      *mungkin group dari manjung akan datang kembali dgn misi balas dendam pada bukit ni heheheehehe

      Delete
  17. alaaa...sayangnye...

    takde rezeki nak bersunrise kan. takpe. next time!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup....

      masa time dekat sunrise tu la awan mendung datang dgn angin. huhuhuhu

      Delete
  18. erk...aku fobia bab mendaki ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo fobia mendaki....layan camping bro

      Delete
  19. aktiviti yang memang sungguh best ....

    tapi sekarang ni asik hujan je..
    tak sesuai nak mendaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul, risiko mendaki pada musim hujan mmg lebih dari musim panas
      tapi....ianya tetap senorok walaupun camera hampir rosak huhuhu

      Delete
  20. awat tak cek ramalan kaji cuaca dulu... skrg kan musim hujan...
    aku pun rindu ngan broga... entah bilala nak naik lagi...
    target nak ke puncak sebenar coz dulu p tak sampai puncak dah semput...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cek tapi ramalan kan....hanya boleh agak saja

      Delete
  21. PSSS....Ranjer bilang,klu xde awan,lg chantek...insyALLAH kalu ada rezeki, rietta akan ke sana lagi...

    ReplyDelete
  22. wah.... adventure sangat!! suka..suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dikatakan begitu TAPI lebih tepat lagi ianya adalah hanya aktiviti-aktiviti 'panas badan' sahaja sebenarnya

      Delete
    2. salute lah.. dengan bebudak sekali pergi. Bro.. kamu ni memang rajin travel.. bikin wa jels hehe... yang sebenarnya bukit Broga ini berada di manakah di peta malaysia? adakah di kajang???

      Delete
    3. saja lihat2 kebesaran ciptaan ALLAH

      bukit ni ada di semeyih, tak tahu pula dia berada dalam negeri sembilan ataupun selangor,kompius juga saya.



      bawa budak berusia 7thn utk jaga ketika mendaki sangat mencabar Nong Andy. Mental kena kuat, sabar juga perlu kerana dia masih kecil.

      Delete
  23. hahahahaha ko tanya apa benda tu, actually tu air sejuk dalam goblet aku hahahahahah

    ReplyDelete
  24. jeles!! tak dpt2 lgi nk pnjt broga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe....mulai sekarang kena la buat jadual aktiviti ye

      Delete
  25. gua dah lamo tak beriadah...nak mendaki bukit mcm tuh pasti bikin gua semput...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. beriadah ni bermacam-macam jenis ada...ikut keselesaan dan minat seseorang.

      eh bro, sekali sekala kena la beriadah juga

      Delete
  26. gila....mmg teringgin nak p panjat broga, last2 abg gak dpt ek..

    agak2 penat tak??


    tapi tgk penat je..tak mampu nak pg..takut semput.....hehehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak penat . lebih kepada santai sebenarnya trex ini, cuma musim hujan agak licin saja.

      Delete
  27. bila pulak saya nak ke broga ni..ishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh dah bro...pi beriadah di bukit tu bersama isteri

      Delete
  28. panjat memanjat gua serender...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalnya dah mengalah. haish....jgn mcm tu sis

      Delete
  29. broga memang best...!! yeeyyy kami dah sampai 2 tahun lepas.. naik best nak turun gayat gila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah sis. yup betul tu masa turun mmg ada gayat sikit (bagi yg jarang berbuat aktiviti mendaki ni)tambah2 pula kalau trek tu basah dan licin. makin bertambah gayat ler hehehehe

      Delete