Thursday, 27 September 2012

Papan Selaju




Dahulu (lebih kurang 16tahun) pernah wa bermain papan selaju ini, bersama rakan-rakan yang mencintai sukan X-tream ini
Sehinggakan lepas sahaja waktu bersekolah,terus....bermain papan selaju ini walaupun di hari masih panas. Makan tengahari jangan cerita....biasanya akan di tunda ke waktu lewat petang ataupun ke waktu makan malam . Yang penting, menguasai dan memahirkan trick yang ada untuk bermain papan selaju adalah lebih penting.

diantaranya adalah :

  • Ollie - wajib mahir, sebelum untuk menguasai tricks yang lain kira macam basic la
  • Kickflips - skill yang jarang wa dapat buatnya dengan sempurna terutama semasa mendarat
  • Slides - paling suka buat tapi pada rail/bar yang mendatar.
  • Heelflips 180 - jarang membuatnya, ada frontside ada backside...silap buat boleh tergolek bodoh mcm tu saja
  • Backflips - tak pernah dapat mendarat kembali dgn selamat pada deck papan selaju. kalau jadi pun ianya nasib
  • dan banyak lagi
     

Tapi....
Wa bermain hanya untuk 3 tahun lebih sahaja. kerana sejak berlaku kemalangan yg menimpa keatas diri, terus wa dinasihatkan oleh doktor supaya tidak bermain dengan permainan papan selaju ini lagi. 


Sekarang....
Minat terhadap dengan sukan X-tream game itu masih ada, walaupun sudah tidak dapat beraksi, wa hanya mampu menyaksikan generasi kini bermain sahaja. Itu pun, sudah memadai.




                                      


















* Siapa pernah dtg ke Tanah rata,Cameron Highlands, .di taman ada menara jam 4 sisi, disitulah jadi tempat wa dan rakan-rakan dahulu bermain papan selaju in.Kira macam skate kami lah.









28 comments:

  1. wa suka gambau no 7 dari atas tu!!!

    lu pernah patah riuk tak setelah menceburkan diri dalam sukan papan selaju ni...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih doc.

      tak pernah langsung.

      tapi tulang retak (consider patah jugakan dlm term medical ni) disebabkan di langgar oleh satu kereta yg dipandu oleh budak muda berbangsa cina. katanya gagal kawal kereta semasa terbabas masuk ke warung. sebenarnya dia mabuk.



      * 2 hari setengah tak sedarkan diri kat wad hospital Cameron Highlands.









      Delete
  2. Bdk2 dulu klu men sketbod, suar tang kelengkang tu mst nak loose....tp skg ni, skinny pun jln...heheheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu sis MF. mungkin perubahan dari segi fesyen kot. trick dan skill masih sama lagi

      Delete
    2. skil n trick mmg remain the same tp x rabak ke?

      =p

      Delete
    3. rabak juga kalau kurang yakin lakukannya... biasanya masa mula2 blajar dapat la, dah selalu mungkin jadi lali

      Delete
  3. xtrem....xsuka sgt yang ini...yang lain ok la...sebab fobia jatuh di jalan tar ataw simen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jatuh itu normal dalam sukan xtream ni rietta...

      lagi byk jatuh lagi cepat kita menguasainya. tapi kalau dah patah sila pendamkan sahaja

      Delete
  4. pernah tergolek nak try benda alah ni sedekad yg lalu.. sbb tak sedar diri.. nasib tak pecah sbb rasa nak hempok kat dinding lepas jatuh tergolek tu.. tak jadi hempok sbb anak punya.. takut dia mintak ganti.. wakakaka...

    ReplyDelete
  5. bro...

    kalo Papan Dualaju..mesti lagi laju daripada Papan Selaju ni...

    aku syak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm.....otak aku mula berfikir sejenak jap sis

      mungkin ada betulnya tapi tak dapat nak bayangkan bentuk dan rupanya
      kehkehkeh..

      Delete
  6. Bro, yg menarik perhatian aku adalah latar belakang tmpat mereka main tu. building itu sgt unik.. mcm kat tmpat omputih jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalan kau akan dijawab nanti (di entry akan dtg)

      Delete
  7. dah lama xmain sketbod..... masa budak2 je suka main...

    tp xde laa mcm kat pic tu... setakat kat jln raya yg menurun bukit je laa... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik moon itu juga dah kira hebat kehkehkeh janji anda buat anda merasanya

      Delete
  8. taman yg kat tepi jln raya tu eh? ada tulisan 'tanah rata'.
    tak jauh la kan dari rumah awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup tak jauh hanya jalan kaki saja menyurusi sg.parit falls tu hingga ke kg tamn sedia

      Delete
  9. dah lama tak beraksi kan!!! apa kata TP cuba tunjuk bakat yang terpendam tu, beraksi yang ringan2 tak payah yg xtrem sangat... lepaskan hajat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tidak mahu....masalahnya kaki dan pinggang dahulu ada masalah sis

      sila rujuk di ruang balas komen DrSinga tu.

      Delete
  10. x sempat nak merasa zaman skateboard ni, bukan tak teringin cuma duduk luar bandar, tak jumpa benda2 ni kat kedai... tgk kat tv je la.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem...ehem...

      aku juga berasal dr luar bandar bro.daerah terkecil sekali dlm pahang kot

      Delete
  11. Photo no. 7 tu is really good bro. Framingnya ader style.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro syed, itu secara tak sengaja tu

      Delete
  12. dulu penangan si padin dan mariss jugak la saya terjebak..akekkeke

    ReplyDelete