Friday, 31 August 2012

Kisah sebelum sarapan






Bermain kad terup sampai ke jam 4 pagi.  Sesudah itu baru kami balik ke bilik masing-masing, wa balik ke dorm.
Tidur lena sampai tidak sedar akan hadirnya waktu pagi.


Terdengar suara dilaung secara berjemaah dan berulang kali   "uncle....bangun dah pagi"
ramai budak-budak datang kejutkan wa.

malas wa layan mereka pagi itu.Tidur lagi bagus...

mereka (budak-budak) tidak berputus asa. Masuk kedalam dorm secara menyerbu berbuat bising sambil mengejutkan wa.

sekali lagi secara berjemaah " uncle....bangun, dah pagi" 

wa buat pekak saja.

"uncle...bangun la...nanti simbah dengan air kang,  baru tahu"

sekali lagi wa buat pekak saja.


Tanpa diduga, Nah.... mereka (budak-budak), ada yang ambil air renjis-renjis ke muka wa, ada juga yg himpap badan wa tanpa rasa berdosa.

Ini dah kes parah. wa menyerah kalah, mahu tak mahu wa bingkas bangun. menuju terus ke bilik air basuh muka dan berus gigi.
Kedengaran mereka (budak-budak) bersorak dan teriak kemenangan tanda berjaya bangunkan wa dari tilam. Cisss....!!


Inilah meraka (budak-budak) itu:-










Hanya layan nasi goreng kampung dan teh panas(suam kot), sebelum melakukan aktiviti lasak di sungai. Terbaik juga menu pagi tu, menu-menu yang lain malas wa nak layan,malas isikan perut sampai kenyang. Tak sabar mahu mandi sungai.













10 comments:

  1. Pergh! Pagi2 layan air sungai. Uncle botak ni memang Bear Grylls la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha....pagi2 mandi sungai kan SYOK

      Delete
  2. ahahaha... sonok jer bebudak tu. padan muka kamu kan Bro ekekeke... seronok pula bayangkan gelagat derang kejutkan kamu. ahahaha... comelo aja. sib baik tak siram betul2 dgn sebaldi air ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya lebih seronok jika diberi barang sedas dua "jotos" dikepala mereka

      Delete
  3. wah makan tak pandang org kiri kanan dah... ha ha ha ^..^

    ReplyDelete
  4. bagus betul budak2 tu yee... kehkehkeh..

    ReplyDelete