Wednesday, 29 August 2012

Aktiviti Malam



Tiada apa yang dapat dibuat melainkan hanya ikut kawan pergi ke sungai dimalam hari. untuk menjala dan tahan pukat.(hanya suka-suka)

Tiada ikan besar yang diperolehi hanya anak-anak ikan sahaja.

Wa ikut kerana mahu mandi sungai dimalam hari...sejuk terketar-ketar dan best (mmg itu kegemaran wa, tak kira di laut,sungai mahupun tasik )







ada aku kisah?

beberapa rakan pandang ke langit....



Masa ni wa masuk ke dalam air, saja nak ambil gambar-gambar mereka, (sebenarnya nak main air dulu tanda tak sabar nak mandi malam di sungai) dalam hati berharap sangat jangan lah kamera ni menimpa musibah, mujur masuk ke kawasan yg cetek sahaja paras airnya.











sifu yang mengajar wa menebar jala








Letak kamera di tepi sambil dijaga oleh rakan, wa masuk mandi habis basahkan badan kat sungai tu sambil tahan sejuk. sambil-sambil belajar menebar jala. 3 kali tebar, hanya sekali saja yang tak menjadi. Kira ok lah...kalau di atas gunung sana mana nak merasa pegang jala ni.

Habis dan puas bermain air, kami pulang ke chalet masing-masing, wa pulang ke dorm yang besar dan sunyi.

Aktiviti seterusnya main kad daun terup sampai jam 4 pagi.
En.Zam tak beri wa ambil gambar semasa main kad, takut orang salah anggap dan fitnah.





.
.
.

.

36 comments:

  1. TP mandi malam tidak bagus untuk paru :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPP: ye ker?

      tapi bagaimana pula kalau kita diving di waktu malam, air di dalam laut dasar sanan sejuk juga sis. tapi dive diwaktu malam lebih terasa fantasinya dunia ni.syok

      Delete
    2. ikan-ikan dan hidupan marin yang lain memacarkan cahaya(macam glow) dari tubuh mereka, sangat indah.

      Delete
    3. kalau orang tu ada asthma.. tak badus lah

      kalau orang tu sihat.. mandi je lah.. no problem..

      Delete
    4. nasib tiada asthma...alhumdulillah

      TQ doc

      Delete
  2. Eeee bro, lu beraninya mandi dalam sungai memalam buta.
    Karang ada lintah menyelit karang, haaa habisss ooo..
    Iskk tak boleh, aku allergic betul dengan air sungai atau tasik ni, kecuali laut.
    Tapi tempat tu mesti cantik kan..orang kata kalau dalam hutan
    ada tempat cecantik ni, tempat mainan bunian...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunian ke apa ker....mmg kita berkongsi di alam ni, jadi peduli lah....
      janji "mereka" tak ganggu aku, tapi....


      masa menyelam2 tu terpikir gak bila timbul, takut masa timbul2 tu dah ke alam lain hahahaha.
      nasib takde apa2. alah lagi pun dah biasa sgt sis main air di waktu malam. yang penting buat perkara yang jarang orang buat dan alami. baru syok..

      Delete
    2. Aaa ye ko tak pernah kena kan dengan alam bunian.
      Kalau terkena susah nak balik semula oii, nak nak lagi kalu dia dah berkenan kat ko bro...
      Lenkali masuk hutan extra careful aaa...

      Delete
    3. pernah, dahulu pernah disesatkan dalam hutan dalam group yg kecil dalam sekitar 6 7 orang. Amik kau..... tapi tetap tak serik + berhati-hati juga

      Delete
  3. gambar 3: kalau dia tulis "AMARAN : PONTIANAK BERKELIARAN", baru la goyang nak masuk kot. hahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..... amaran serupa gini para pengamal ilmu mistik pun takut rasanya.

      Delete
    2. "selamat datang ke taman skodeng". kalau signboard macam ni, aku yang jauh ni pun sanggup datang!

      Delete
    3. hahaha aku pun sanggup der....

      Delete
  4. pengalaman yg menarik..tapi mcm ngeri gak masuk sungai mlm2 nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik sis ujie... lagipun hanya nak mandi sungai aja...bukan buat benda2 yang terlarang. kalau ada penampakan "mereka" itu sudah dikira bonus

      Jangan tunggu...sila cabut selamatkan diri secara tidak menampakan diri anda dalam situasi rasa gabra. baru lah steady

      Delete
  5. Replies
    1. tidak la doc, kalau ada pun anak2 ikan itu ditempatkan kedalan aquarium pemilik chalet tanpa pengetahuanya

      Delete
  6. betul2.. memang best kan, saya dulu join satu kem, ada satu aktiviti tu kena masuk dalam kolam(air sungai yang ditadah) pagi2 buta dlam pukul 4 lebih.. sejuk2 memang sejuk.. tahan je la.. tapi best XD

    ReplyDelete
  7. bestnye dapat men sungai malam malam....rietta pown suka sungai....tapi laut xsuka...sebab nnti melekit abis tudung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laut pun best..lepas puas mandi bilas lah dgn air tawar pula sis...tiada masalah lekit2 tu

      Delete
  8. Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal penuh berkat..

    fuuhhh... tak takut ke hantu la malam2 kat sungai dlm hutan tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata takut pada hantu....seram aje kot pasal tak pernah alami dan melihat hantu selama ini

      Delete
  9. cetek je ei.. da ikan banyak ke??
    sejuk wooo mandi sungai malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sejuk saja yg ada ikan banyak juga.tapi masih bersaiz kecil sgt, katak yg kecil(betul2 mini- lebih kurang besar lalat sahaja dan baru wa jumpa sebenarnya) juga ada. tapi mati selepas wa tangkap dia disebabkan tenaga yg digunakan semasa menangkap si katak mini tu, terkuat sedikit

      Delete
  10. tu geng TP tgk bulan ke bintang?

    cantik n jernih airnya.. aktiviti korang best la.. jelesnya aku!!!

    mesti sejuk gila mandi malam2 kat sungai tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nong tak silap malam tu tiada bulan, gelap pekat gelita. bintang ada sikit2.

      bukan apa perhatikan bintang ada atau tiada, mana tahu hujan pula nanti, jika hujan bahaya bakal megundang,takut2 ada kepala air datang nanti.


      jangan jeles2 sis, kan sudah dikongsi keriangan ini bersama (dlm blog)
      yup mmg sejuk.

      Delete
  11. Replies
    1. sis hasilnya tidak dapat ditunjukkan kerana habis basah dan kamera aku tidak kalis air. SAYANG wooo...

      Delete
  12. perghh mandi sungai tgh malam??

    hebat2...

    xde ke pic hasil tgkapan tu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiadalah cik moon, lagipun habis dan puas bermain air terus saja balik, camera pula bukan kalis air...jadi tiadalah gambarnya.

      Delete
  13. teringat zaman duk asrama dulu ada gak main terup suka2...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kalau main terup di kedai mamak pun jadi sama kawan2 hehehe cuma org tengok pelik la.

      Delete