Sunday, 15 July 2012

Cabaran Memancing bhgn 3




Dari pagi hinggalah ke petang
jalan-jalan sambil makan rambutan
Sungguh ramai orang yang datang
Hadiah utama menjadi rebutan

Ikan Kerapu Ikan Gelama
Terhidu umpan sangatlah cepat
Hasrat di hati mendapat hadiah utama
Rupa-rupanya, hampeh yang dapat

Beli keropok di pekan Losong
Pekan Losong banyak lorong
Ini bukan pertandingan memancing sotong
Hanya pulang dengan tangan kosong

Datang memancing bersama anak bini
Guna umpan yang bini bagi
Meriah sungguh cabaran kali ini
Lain kali, wa ikut join lagi



1.

2. Jenis2 ikan yg dapat, jangan tanya wa nama ikan ni semua

3. kanan sekali ikan yg jadi juara ikan gelama seberat 2.695kg

4.

5. para peserta di berikan suratkhabar secara percuma

6.

7. gaya yang sama

8.

9. meriah jer toolbox brader ni, entah berapa sen duit dia habiskan tuk beli benda2 ni

10.

11.
Masa semakin suntuk,tinggal beberapa minit saja jer lagi, rakan seyuran sejoran wa juga sudah kehabisan umpan, maka ikan kerapu yg kecil ini terpaksa dikorban dijadikan umpan.

12. di gunting hidup2

13.  ini bukan "koruk". apa itu "koruk" korang tanya lah orang2 Sabah mcm si Nong Andy 

14. kulit dibuang dan isi diambil dijadikan umpan
15. 

16. nak snap pic splash ombak sebenarnya...tapi tak berjaya.


Bila masa sudah tamat, terus je wa lincah hendak pulang kerana perut terasa sangat lapar dan cuaca panas terik. Malas nak tunggu sambil buang masa untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Takpe keputusan dan cerita selanjutnya boleh di update dgn member-member wa untuk mengetahuinya.














* Saja-saja berpantun tu...pantun pun macam gampang kah kah kah kah. Jangan lu orang komen dalam bentuk pantun sudah lah, 'masak' otak wa nanti.















52 comments:

  1. cantik gak gambar-gambar eh.... mancing sebenarnya kena ada kesabaran yang tinggi kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      betul memang perlu kesabaran tinggi. hehehe

      Delete
  2. What's important you had fun :)
    Like no. 13 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga, asalkan gembira sudah memadainya

      terima kasih bro

      Delete
  3. makin banyak gambo ko kongsi bro,makin membara semangat aku untuk p memancing sekali lagi!hoho

    setail la bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi bro.

      capai joran cepat, moh ke pantai cari ikan.

      Delete
  4. bro,serious boleh ko diinterview?

    bagi aku details untuk soklan2 ni bro,bole?
    http://redhawkonlinemagazine.blogspot.com/p/interested-to-join.html

    :)

    ReplyDelete
  5. santek gambarnya....power lensa tu...jelas n terang tang tang

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...sebenarnya gambar ni dah di kecilkan saiz filenya, kalau letak saiz besar2 susah nak upload nanti

      Delete
    2. aah..sama la...bukan shja upload lambat..nnti org tgk pn loading lambat kann...but nice la..kualiti pic x terjejas...
      otai pancing sedang kusyuk...hehe

      Delete
    3. betul tu yumida. terima kasih yer

      si otai pancing tu berjuang sampai masa tamat tu hihihihi

      Delete
  6. Mancing ikan ngan family,
    Ado dapek x ikan tenggiri?

    Kami selalu mancing kt pasar aje. Pakai umpan duit ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ikan tenggiri pun keh dop kenal ni

      * itu pancing paling cepat utk dapat ikan keh keh keh

      Delete
  7. lu punya pantun terbaik.

    mungkin musim air tak cantik kot. kawan aku nak pergi trip ke pantai timur pun kena cancel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. merapu je tu bro.

      betul juga baru jer tadi member aku cerita, balik memancing boat di besut mggu lepas. dia kata ombak sampai 5 meter. aku still tak dapat bayangkan. dan percaya pun masih ragu-ragu lagi ni

      Delete
    2. tu la, aku tak tau pulak pantai barat pun sama jugak. buat masa ni ngail kat parit la nampak gayanya. haha!

      Delete
    3. bukan kaki sangat pun, cuma sebagai kaedah meluahkan kegembiraan, kekecewaan, ke.. ke... ke...

      Delete
  8. rajin betul up load gambar banyak2 eh..?
    aku kan..
    nk upload sekeping pun malas.
    nk watermark lagi.

    teruk eh aku..?



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok mulai esok (next entri) akan di uploads sekeping aje lah hehehehe

      Delete
    2. alooo...
      jangan ler...

      wa suka nengok gambar banyak banyak!!

      Delete
  9. memang la sweet benor laki bininye pegi memancing . lepas ni kena kerap kan memancing la terasa seru mcm nk dpt Encik suami pon gila mancing ni. eishh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena yg sama kepala lah...baru bolih buat aktiviti tanpa rasa bosan
      ye dak?

      Delete
  10. Replies
    1. tak de plak rasa rentung tu....mgkn dah biasa kot

      Delete
  11. Tabik! Ade bakat berpantun upenye! Asah lg kasik tajam!

    Insang ikan tu...segar!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakat pantun??? hah pecah kepala sebenarnya MF

      mau tak segar, baru je naik tak sampai sejam lagi pun(masa gambar diambil)


      *aku ingat siapalah farahherda ni di inbox email. rupa2nya si MF

      Delete
  12. baru nak komen guna pantun,, hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah la nak balas ngan pantun pun, tapi nak menjawab tu mgkin di balas dgn karangan biasa jer kot hehehehe

      Delete
  13. waaaa kemain lagi kau berpantun2... ingatkan salah baca blog tadi.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Wahhh.pndai nyer kau berpantun....
    Walaupun terasa mcm bdk tadika je aku ni..
    Hahaha...gurau je wehy....hebak tu..

    Kau terlepas pndang tu...
    Citer yang akak menang tu dah lama kuar dkt post....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pantun ngada2 tu


      * owh mgkn la tu terlepas pandang

      Delete
  15. terel mancing encik. gambar pun awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis
      sebenarnya si otai pancing yg memancing aku hanya temankan saja maklumlah rakan 'seyuran sejoran jer"

      Delete
  16. pandai berpantun..naseb baik cendol tak reti nk pantun2 ni..hihi
    ikan tu nmpk sedap je kalo masak..ntah2 manis isi nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau fresh mmg sedap dan manis rasanya itu yg aku tahu ler.

      Delete
  17. Pergi memancing nun di tasik,
    Sambil membaca komik kartun,
    Gambar semua memang dah cantik,
    Tambah menarik bila berpantun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk....susah nak jawab ni.


      * jap lagi ler jawab sis ujie

      Delete
    2. ikan kerapu dibawa ke gunung Fuji
      ikan dimasak tercucuk dahan
      terima kasih lah kerana mumuji
      pujian sebenarnya utk Tuhan

      Pantun ada bermacam jenis pantun
      pantun tercipta ketika duduk diatas paip
      saya hanya suka-suka berpantun
      kerana malas hendak menaip.

      Delete
    3. fuh, kerapu bwk ke gunung fuji!

      saya takmo jwb pantun lg..kang jd segmen berbalas pantun pulak!

      Delete
  18. pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji diatas peti
    hutang emas boleh dibayar
    hutang budi dibawa ke mati

    maaflah itu je pantun yang cik ina tau : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok ler tu
      dari pantun di entri ni merepek jer kehkehkeh


      :)

      Delete
  19. wahhh..pndai berpantunn..

    ikan sekilo! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan sekilo ????
      nak ikan apa cer cakap? hehehehe

      Delete
  20. woooo...terer gile ko berpantun eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh saja ngade-ngade nak cuba berpantun lah GB

      Delete
  21. owhh pakai umpan ikan jugak yer...best2 baca tang ni sebab tak pernah tahu kann..
    perghh pandai betul berpantun :)

    ReplyDelete
  22. tak kira
    tak kira..

    nak berpantun juga hahah...


    Ikan karuk ikan puyuh,
    bela ikan dalam baldi
    jenguk sini tanpa di suruh
    datang bertandang berkali-kali


    a.. pantum tak jadi hehehe..

    ni rasa nak buat entri ikan karuk ni ekekekek...

    ReplyDelete
  23. tetiba rindu plak mau memancing .
    memancing tengah malam kan best .

    *tunggu bulan posa, tedha hantu air .

    ReplyDelete
  24. nak sangat gi memancing... masa kecik dulu sali ikut papa g mancing. hehe

    ReplyDelete