Wednesday, 13 June 2012

Terbangnya $$$$$







~~Semalam i call u, u tak answer... U kata.... ~
Ops..! menyanyi pula.





Semalam, sedang asyik wa layan berenang ala-ala gaya katak, tiba-tiba pandangan wa jadi kabur serta merta didalam air kolam. Terasa sedikit perasaan cuak mula terbit di hati. dengan serta merta wa berhentikan aksi renang gaya unggul wa itu, cuba tenangkan diri buat seketika sambil mengapungkan badan didalam air, wa buat sedikit pemerhatian yang agak ringkas tetapi padat dengan ilmu siasatan lagak seperti dalam cerita CSI : miami


Wa sedari ada satu lembaga hitam turun kedasar dengan gerak geri yang amat perlahan
Owh....! tidak. Rupa-rupanya swimming goggle wa. Patut lah kabur pandangan wa tadi.


Nak tak nak terpaksa juga wa capai swimming goggle tu sebelum ia jejak betul ke dasar. lagi pun wa memang tidak mahu memerahkan mata bagai mata sang puaka akibat terdedahnya pada klorin yang telah bercampur sebati dengan air kolam tu. Menarik nasaf dalam supaya bekalan udara cukup untuk wa membuat aksi menyelam dengan misi mendapatkan dan membawa kembali swimming goggle wa selamat ke permukaan udara.


Aksi menyelam dan medapatkan kembali swimming google tu hanya memerlukan 15 saat sahaja (agak-agak wa) dan aksi tu bukanlah sebarangan orang yang boleh lakukan. hanya yang mempunyai kelebihan sahaja yang mampu membuat misi sebegini.
Cilake... kalau wa tahu ianya tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mendapakanya sudah tentu wa tak tarik nafas dalam-dalam untuk penuhkan ruang paru-paru dengan udara. Buat bazir masa saja. 


Walaupan wa sudah dapatkanya kembali, wa masih tidak dapat menunjukan aksi renangan wa pada khalayak ahli-ahli kolam disitu. 
Keadaan memang  tidak mengizinkan, kerana swimming goggle itu terbelah dua dibahagian penyambung antara dua lens goggle itu. 
Terasa sedikit sebak, (wa sebak bukan kerana swimming goggle tu tidak boleh digunakan lagi, tapi....) Ditengah-tengah bulan begini, terpaksa lah wa keluarkan juga wang ringgit untuk membeli swimming goggle yang baru.


Terima kasih pada swimming goggle wa yang lama...hayat ko hanya bertahan untuk 7 tahun sahaja. Kan indah kalau hayat ko panjang buat 2,3 tahun lagi....







1. Dimanakah kan ku cari ganti....serupa dengan mu

2.  Swimming Goggle yang baru, lens yang agak terang dan tidak gelap macam yang lama tapi mahal. Cilakak! Desing ada sedikit stylo dari yang lama

3. RM59.90 cukup mahal dan boleh membuatkan wa mengalir air mata

4. Harap jer mahal tapi lens tak gelap. Macam ni orang boleh nampak anak mata wa... nampak gayanya aksi skodeng wa perlu ditamatkan

5. ini pandangan tak berapa nak depan.






* secara jujurnya wa sayang swimming goggle yang lama... murah, lens gelap, dan orag tak perasan bila mata wa sedang meliar di dalam air.   : (










.

57 comments:

  1. euwww..meliar di dlm air..dasarrrrrr
    eh..google tu siap pasang kanta ke..especially kita2 yg rabun nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yumida : orang kata kalau pandagan pertama kalau tak berkelip takpe lagi
      hehehehe

      sebenarnya goggle tu ready made siap dengan power. jika mahu beli, pertama sekali kena tahu berapa nilai tahap kerabunan mata kita(power mata tu lah). Kedua, jika beli nanti pastikan nilai power swimming goggle itu di kurang kan sedikit dari nilai asal dari mata kita. Kerana jika di dalam air...air itu sendiri bertindak sebagai kanta sebenarnya.

      contoh : power rabun mata = 300. jadi kita kena beli swimming goggle dgn power 200 (itu yg biasa aku buat lah, terpulang) atau pun nilainya 250. Di swimming goggle itu sendiri ada mention nilai power.

      Jika mahu membeli power 200, ia akan ada sticker di situ bernilai -2.00 jika ia bernilai 350, di sticker tercetak nilai -3.50
      dan seterusnya untuk nilai2 yang lain. Harapa ko dapat faham sis.hehehehe

      Delete
    2. ooooo...melopong mulutku mendengar...actually mmg x reti berenang pon..kahkahkah..tp bgs ar google ni..x terfikir pn ade dijual..haiyooo apa daaaa..

      oo...klo xnak berkelip..mata kena tahan lama2...mesti sllu practice buat ni...kahkahkah

      Delete
  2. ada tak goggle yang ada power. mata gua rabun. kalau ada, cerah pandangan mata dengan `pemandangan' bawah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada bro...dam gua sendiri memakai yang ber power. sebab tu harganya sedikit mahal dari goggle yang biasa.



      gua tunggu brand Speedo je sebenarnya. ntah bila brand ni nak buat utk perenang yang rabun...

      Delete
    2. terbaik ar, diorang ada jugak buat benda ni untuk orang rabun.

      Delete
    3. mmg terbaek..tapi, design tak berapa nak terbaek.

      nak pakai yg sporty punya boleh tapi kena pakai contact lens ar pulak. tapi kaedah ini tidak sesuai bagi gua kerana didalam air sahaja terdapat pelbagai micro organisma yang boleh dikatakan bahaya pada part2 sensitif seperti mata kita.

      Delete
  3. Woohoo goggle pun dah rega nak dekat RM60...
    errr bro kalau ada goggle yang ada power
    aku pun nak gak la nanti bleh skodeng bawah air..best ooo..kehkehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lady W :hahahahaha... skodeng dalam air best woo

      itu yg ada power punya la sis, mcm2 brand ada walau tak banyak..cuma design brand spurt ni ada sporty sedikit. Nak tunggu brand Arena dan Speedo ntah bila dorang nak buat ntah

      Delete
  4. yang tu yang sebenornye kan? nangis bukan la sebab goggle putus atau kene bali baru kan? tapi sebab takleh cuci2 mata kan? hahaah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.....(sedih sebenarnya)
      sebenarnya skodeng utk tgk gaya mereka berenang hihihihi curi2 ilmu sambil2 'ter' tengok untuk cuci mata.

      cis...ko gelakan aku GB.

      Delete
  5. Nawaitu xbtl, sbb tu yg bru xkaler itam...hehehe....

    Ps...bkn xnak ltak besar ataw stu stu....tapi itu macro yg xmnjadi....hehehe.....itu letak ikut crop crop jew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe....niat mmg satu tujuan iaitu berenang utk kesihatan

      yg tu sampingan jer. cuci mata hehehe

      Delete
  6. apa kata hantar kedai....tinted kan swimming goggle tu. HAHA. (Ok..xlawak)


    amboi.cuci mata ye...patutlah yang lama tu putus, tak larat nak tolong cuci mata da...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea yang boleh di guna pakai.
      mungkin a=ia bekesan, siapa tahu.


      hehehehehe 7 tahun dah kira agak lama tapi kalau boleh biar la lama lagi hayatnya. ciss!!!

      Delete
  7. Jgn buang dia. Kesian dia, dhla brkhidmat sgt lama, cedra skit trus kena singkir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam proses mencari spare parts nya hihihi

      Delete
  8. tujuh tahun tu kira dah tua lah... bagi cam generasi muda plak berkhidmat... tapi biasanya... yang lama lagi tahan lama... hikhikhik... (tp tgok tuan sebenarnya... kalau dijaga elok2.. lama la dia bertahan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga....kerana tak selalu menjaganya dengan sempurna.

      Delete
  9. bagus la tuh...tujuan nyer takmo lu tambah dosa...hehe

    ReplyDelete
  10. baru tau goggle ada power gak ya. sblm ni main beli je. (baca kat komen atas nun..)

    ayat terakhir tu...tu la sebab goggle TP tak tak lama kot.. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh sekali sekala cuci mata, selalunya beriadah dgn penuh semangat umpama tengah training konon2nya bakal masuk ke Olympic

      Delete
  11. ohhh, baru tahu, goggle ada power jugak ropenya.. =.="

    7 tahun bro, hayat dah sampai..
    agaknya, goggle lama tu tak larat nak tampung kebuntangan kebesaran mata bro laa..

    ReplyDelete
  12. Meh nk tolong mengalirkan air mata T___T

    ReplyDelete
  13. hahah
    new is always better!LOL

    aksi untuk orang yng ada kelebihan aje ek?ekekekek bolehhh pakai laaa...ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup i agreed with u bro. NEW always better.But,the price is too expensive for me, T T

      saja jer,ayat tu hahahaha

      Delete
  14. jangan sayang terbang $$$$ dengan barang yang kita minat. baru cik ina tahu dalam air pun mata boleh meliar. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. di tengah2 bulan terpaksa cik ina, tapi kerana minat punya pasal jadi dah 'terbeli' dah hehehehe

      eh boleh la...hihihihi

      Delete
  15. sampai masa, kena tukar baru jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...sudah tempoh hayatnya pendek

      Delete
  16. errrr mahalnye..hahaha





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk yg special case rabun umpanya mmg mahal sikit begitu juga dgn face mask diving punya mahal utk yg rabun ni

      Delete
  17. kalau selalu guna tak pe...berbaloi mehh...
    wa datang selamba jek follow lu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg selaluu guna...kerana berenang sukan feberet sekarang. dah 7thn lebih berkecimpung dalam sukan ni hehehehe

      TQ dan salam kenal2 yer mrs.Bitt

      Delete
  18. eh2 die pon minat fynn jamal :P

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. alamak ada org kesian, kalau tahu sebelum beli aritu dah pow sis suh buat hadiah goggle renang ni hehehehe
      kira mcm GA la

      Delete
  20. gogel tu ade power yek?? kat Parkson murah je bro. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu malangnya di bumi manjung hanya ada the store dan billion saja, di tesco tiada. nak tunggu jusco siap mgkn hujung tahun. paling dekat nak cari pun di Ipoh itu memerlukan 1 jam perjalanan. nak tak nak terpaksa lah beli di Billion juga BTK

      Delete
  21. mak aih.. patutlah riwayatnya tamat dah tujuh tahun rupanya..keke..

    hamboi, ni sambil menyelam sambil cuci mata la ni... haha..

    dah lama tak berenang, susah nak cari kolam renang yang dikhaskan utk wanita saja...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe cuci mata aje...sekilas pandang.

      TH: sebenarnya swimming pool khas utk wanita sahaja mmg tiada di Malaysia ni. tapi disetengah-tengah kolam renang tu ada juga membuat hari tertentu khas untuk wanita sahaja. golongan lelaki di halang sama sekali. carilah mungkin ada di KL tu.


      p/s kena rajin bertanya sebenarnya

      Delete
  22. 7 tahun tu.. kalau budak dah darjah satu hehehehe..

    *aku dah lama tak berenang.. kalau aku berenang sekarang rasanya ada gaya hipo berenang hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh.... ya lah.

      sis, kalau di likas hari tu aku ada nampak kolam renang.tapi tak pasti sama ada utk atlet atau utk umum. kalau umum lain kali aku dtg layan kolam di KK. cewah!

      Delete
    2. ha.. itu untuk umum.. tapi biasa ramai budak belajar berenang sana.. jadi crowd gak la :)

      Delete
    3. hujung minggu jer penuh rasanya. kalau weekdays sud b ok la

      Delete
  23. die nak suh beli baru la tu... :D
    lagipun dh lama kan... :) 7 thn tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul....kembali pada yg asas, tak semua benda itu kekal abadi melainkan ALLAH.

      Delete
  24. waaaa... harga... memamng telan liur lerr...

    bagus laa xgelap.. xde laa mata kau meliar lebih2 kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkehkeh....ala kasi can la sikit

      Delete