Sunday, 17 June 2012

Nasib Kerang



Lokasi : Di ruang dapur rumah.
Masa   : +- 1430Hrs  ( lebih kurang la...)



Kejadian berlaku ketika wa pergi ke ruang dapur mendapatkan segelas air untuk membasahkan tekak, maklum la...cuaca agak panas, Segala bahang panas terasa tambah pula cuaca yang berjerebu dan berhampiran dengan laut.


Sedang wa menikmati rasa air sejuk segalas di ruang dapur,tiba-tiba terdengar bunyi aneh yang wa sendiri tidak pernah dengar selama ini. Kerana sifat ingin tahu wa membuak-buak, maka dengan rajinya wa mencari darimana datangnya bunyi itu. Rupanya bunyi itu datang dari sebungkus bag plastik merah yang berisi kerang hasil pemberian dari rakan sekerja wa mencarinya disebelah waktu pagi

Ini BUKAN blog masak-masak mahupun JJCM  


Kalau nak ke blog masak-masak, makan-makan korang boleh la klik ke nama-nama ni, diantaranya : Cik Ina DO DO CHENG,  Lady Windsor,  Cik Kamoo, dan  NP 






Apa yang wa buat dengan kerang ini???


Satu pemerhatian telah dilakukan, wa ambil tiga kerang berlainan saiz sambil menunggu lama untuk melihat dan dengar sendiri bunyi kerang tu. ianya sangat menyeronokkan bila kerang-kerang itu terbuka sambil mengeluarkan lidah. (lidah kerang kot, wa tak tahu nak namakanya) tapi agak malang kerana kerang bersaiz besar agak pemalu,mungkin ia sudah mati ataupun sedang tidur.

1.  disebabkan bungkusan plastik ini di ikat ketat, dengan pantas dan mudah wa koyakan saja bahagian atas tepi ikatan. Jimat sikit masa

2. Kerang-kerang yang agak pemalu selepas diganggu oleh wa

3.  ciss...blur pulak. masa diambil selepas wa ambil 3 kerang yang berlainan jenis saiznya

4.  Selepas 7 minit. ada tanda-tanda 1 kerang sedang membuka mulutnya( mulut kot)

5.  Kerang ke-2 yang atas sekali turut membuka sedikit mulutnya

6. Minit ke12 - kerang pertama mula mengeluarkan lidah dan sedikit bunyi pelik

7. Minit ke 13 - masih mengeluarkan lidah tapi tidak berbunyi pula

8. Minit ke 15 -  lidahnya mula bergerak ke arah dalam cengkerang

9. Minit ke 15 - cengkerangnya dirapatkan sedikit, lidahnya dimasukkan sedikit sambil ada bunyi-bunyi dikeluarkan. Seolah-olah sedang mengejek wa

10. Wa toleh ke arah bungkusan yang penuh dengan sepupu sepapat kerang tadi, banyak yang dah bangun, tanda-tanda cengkerang terbuka dan berbunyi sangat meriah di sini.

11. minit ke 18 - kerang kedua menjelirkan sedikit lidahnya. yang kerang besar masih pegun malu disitu

Hampir 20 minit wa bazirkan masa demi kerang, disebabkan wa nampak kerang-kerang ini seolah-olah sedang mengejek wa, dengan perasaan sedikit kejam sebelum ia menjadi lauk untuk dijadikan menu makanan. tidak salah rasanya wa bermain dengan kerang-kerang ini. Agak seronok juga sebenarnya. 
Hahahaha....

12. Hamik ko....ejek wa lagi. kan dah kena jolok lidah tu dengan sudu. (perancangan awal mahu saja jolok dengan mata pisau)

13. kasi mandi ini kerang. ingatkan kena air dia akan terbuka...rupa-rupanya makin ia rapatkan cengkerangnya. 




* masa kerang ni kena air, ada sedikit darah keluar dari kerang dalam 2 titis, mungkin wa dah membunuhnya dengan hulu sudu besi tu. Hahahahahaha.....


















.

63 comments:

  1. rajinnye en telor buat eksperimen memeriksa lidah kerang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh....kebetulan saja ni. sebab sifat ingin tahu tu tinggi terus tak buang masa menjalankan benda2 begini, best juga kehkehkeh

      salam kenal bro.

      Delete
  2. huahuahua.. siap ketawa jahat la ya Bro hehehe!

    Aku ni spesis tak terror masak, jadi menatang tu aku tak pernah beli apatah lagi masak. sapa nak ajar aku masak kerang tu.. setius aku tak pandai masak menatang tu hehehehe...

    *Aku ingat memula citer hantu.. ada bunyi-bunyian dtg dari arah dapur.. rupanya hantu kerang yang nak melarikan diri tapi tak berdaya hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ko tak terror masak?

      takpe blajar jer kat mr.google segala2nya ada cewah

      ko asyik ingat cerita seram aje eh hish....

      Delete
    2. aku kan bro.. kalau yg google ni x boleh harap. gerenti x menjadi. maunya yg tgk sendiri mcm mana nak masak haha..

      pernah buat cup cake. aku ikut 100% semua bahan n cara2 nak masak tapi hampeh x jadi habis aku kena gelak jiran aku hehehehe...

      *ahaha.. abis dah mula bosan dgn citer cintan cintun hehehe... layan seram la.

      Delete
    3. hahaha google hanya guide saja. kena rajin bertanya pada kawan2 dan yg pakar memasak

      cupcake tak jadi...erm kalau bab2 kek ni rasanya banyak kena pi kursus atau blajar pada kawan2 yang sudah pergi kursus atau pun pada pakar2 bakery ni.

      mcm kaka aku juga. buat kek nampak sedap terliur, tapi bila rasa tak sedap...weeeekkk!!!
      terus kena sound dgn aku yg lahir dari kata2 ikhlas. Tak sedap. apa kata ko pi kelas buat kek long???

      Alhumdulillah la sekarang dah pandai gile dan sedap. walau terpaksa aku lukakan hatinya
      bhahahahaha...

      Delete
    4. ha.. aku dah merajuk masak cake lah bro :p

      aku malas nak masak yg banyak2 bahan ni.. pening aku nak ingat semua bahan :)

      jadi kak long kau dah boleh buat tempahan cake la ni kan? heeeee

      Delete
    5. sudah dan ia menjadi mangsa paksaan aku bila aku minta dia buat kek cekelat hahahahaha

      Delete
  3. hahahahahaaa!,,
    tak baik buat main makanan tau!,,

    psst..
    wa sudah tukar blog
    update yaahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape ni? DR.singa ker?

      apa link blognya. pening aku mencari blog baru tu huhuhuhuhu


      bukan buat mainan tapi ujikaji yang akhirnya kejam sedikit kehkehkeh

      Delete
  4. ni nama nya tada kerja cari kerja.. memerhati makhluk tuhan bagus jugak kan..

    tapi sian sama itu kerang.. keh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi


      kesian mmg kesian, tapi dah jadi lauk.

      kadang kala kita kena ketepikan kesian itu demi mencari sesuatu pengalaman. macam orang dulu2 buat kajian urat saraf dan organ. kalau mereka (si pengkaji) tu kesian kompom sampai ke sekarang ni kekurangan ilmu ttg urut saraf dan organ2 badan ni. Percayalah

      Delete
  5. errrr...
    macam ngeri jer kelihatannya,,
    tpi...
    sgt kreatif dlm mghasilkan entry, heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeri ker? jangan terbawa-bawa ke dalam mimpi sudah ler yer lia. hihihihi

      TQ

      Delete
  6. Erk... tak tau pun kerang can make sound...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, kerana ia berbunyi terpaksa aku buat kajian demi kepastian.

      bunyinya mcm sedang menyedut sekali dan diulangi selang beberapa saat dan minit kemudian ikut kesukaan si kerang tu lah.

      kalau dibiarkan dalam bag plastik secara berjemaah mungkin bro akan alaminya apa yang aku alami.

      Delete
  7. hahaha tulis kerang maybe mati...pastu gelak kejam....hoho
    setailo!! kahkahkakahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro...percayalah ianya sangat menyeronokan sambil bergelak jahat, sambil tu dapat ilmu secara tak langsung

      Hahahahaha....
      kerang tu selamat dah jadi lauk aku malam tu hahahaha

      Delete
  8. Replies
    1. terpaksa uncle....sapa suruh di mengejek kehkehkeh

      Delete
  9. ganaznye membuka plastik...
    kerang ade bunyi ke?
    klo kat sini kerang 1kg rm6.00..saiz kecik. mahalkannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahalnya...

      ada bunyi betul...selama ini ingatkan kerang tak berbunyi sebab mungkin dah mati.atau mungkin kita kurang mengkaji atau tidak ambil peduli.

      pssst : kat sini kawasan berdekatan dgn laut dan jauh dari bandar. jadi disini kebanyakkanya cari jer sendiri cuma kena usaha jer lebih.

      Delete
  10. waahhh pepagi aku baca blog ni..dah mcm ngah belajar sains.. dah mcm duk buat experiment jerk.. ngeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah pepagi dah jengah sini

      huhuhuhu terharu plak rasanya (cewah)
      terima kasih ya sis hihihihi

      Delete
    2. hahahhaha... pagi laa sangat kannnn...

      Delete
  11. huhuhu.....sedey part yang last tu...air tawar akan membunuh kerang....huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rietta jgn sedih2 kerana ia sudah pun menjadi makanan perut aku ini bahahahahaha....

      Delete
  12. Aiks blog akak pun masuk gak ke....takdelah memasak sangat. sukae je... hu hu hu. Kerang tu wat sambal sodap tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tergolong juga ler....pasal banyak buat masak2 dan JJCM.

      rendang kerang pun sedap. tapi kerang kali ini hanya jadi kerang rebus jer senang, takperlu ambil masa yg lama begitu juga sambal kicap sbg pencolek utk dimakan dgn si kerang rebus nii hhehehe

      Delete
  13. kenapa lu dera kerang tu...?



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi menimba ilmu..bukan dera pun. tapi disebabkan gaya lidahnya mcm mengejek.
      itulah balasanya hehehehe.

      Delete
  14. weyyy! takde keje! hahahahaa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata penantian itu penyeksaan...tapi ini kerja yang berbaloi sis hihihi

      Delete
  15. bro rajin nyer lu..setiap minit lu pantau kerang tuh..haha

    * pasal kedai popian tuh nanti gua tanya kakak gua, gua lupo la namo penuh kedai tuh...nanti gua update lu...insyallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. papa mifz: demi kajian bro hihihihi


      ok2 jangan lupa plak update eh bro

      Delete
  16. jahatnyer...
    lain kali ajak akak sekali...akak suke kalau keje2 pedajal kerang ni...
    hahahaha..
    lain kali kalau nak suh dia kuar.nak suh dia ngangga mulut besar2....
    kau rendam dia dala air+garam...
    masa tu siap boleh dia muntah2 lagi..
    hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lain kali boleh cuba....
      tapi masa kecik dulu pernah buat dekat kepah...rendamkan kepah tu di dalam bekas berisi air paip. dan dibiarkan....fuh lidah si kepah ini lebih panjang warna transference la.....menarik juga. dan amat sensitif derianya.


      hahaha kaki pedajal juga rupanya.style la

      Delete
    2. time bosan je akak buat keje macam ni..
      hahhaha

      Delete
  17. apa khabar kerang kerang bro?bwahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat di makan bro clive hehehehe

      Delete
  18. haha...mmg xde keje ek?lama betul observation ko...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeeee....nak wat mcm mana bro,kerang ini agak pemalu ler

      Delete
  19. ko try siput sedut plak...ko rendam dalam mangkuk..biarkan kejap pastu nanti ko tengok la dia dah mula gerak..lagi geli..eiii!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea bernas nanti aku buat kajian pada siput plak

      Delete
    2. ralphrazaq : siput apa ni??? cuba kabor kat aku sikit

      Delete
  20. hahaha wa plg xsuka kopek kerang beb,rosak kuku
    pas tu wa mmg xmakan kerang :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko simpan kuku panjang eh hehehehe
      eh mana ada orang kopek kerang pakai kuku pakai jari ker sis

      Delete
  21. kejam kejam kejam....hahahhahaa nanti kawan2 dia menjerit woooo...hahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kawan2 dia menjerit...aku rebus on the spot hahaha

      Delete
  22. apa dah takda kerja lain ke weh kau nak buat observation pasal lidah kerang ni? kaka
    kejam betei. hahah

    kerang sedap tapi bila makan, ha merenyam kemain. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh setakat ini Alhamdulillah tiada lagi masalah alergic terhadap kerang

      Delete
  23. ini namanya penderaan sadis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk....tak terniat pun bro nak dera

      Delete
  24. Hehe..saya pun suka peratikan kerang. lps tu bila lidah keluar..saya letakkan cebisan kertas atau apa2 yg ssuai. Ntah..mcm best lak.
    Rupanya ada gak geng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe yeah ada geng. kadang ianya seronok jadi sebagai pemerhati

      Delete
  25. weh malangnya kerang tuh. rasa terhina dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah...kalau kita buat begitu bagaimana nak mengkaji...janji niat tu yg penting hehehe

      Delete
  26. ya allah cian plak tgk kerang tu =.='






    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  27. Bro, cayalah...seumur hayat aku tak tahu pulak kerang boleh mengeluarkan bunyi.
    Uishh tak sabar pulak aku nak buat eksperimen dengar kerang berbunyi...
    Kalau arwah bapak aku dulu dia rebus kerang taruh air sikit je..
    Katanya kerang tu Akan jadi lebih sedap kalau masak dengan wap panas..
    Ntah aku tak pernah perasan rasa kerang masak dgn wap
    Dan kerang yg masak dgn air rebusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga dgr org berkata begitu. rasanya betul la kot

      Delete
  28. lambat baca la, kalo tak boleh try kat rumah, hahahaa!..
    yang aku tahu, beli terus rebus..tak de plak nak buat eksperimen bagai, hahaha!

    ReplyDelete