Wednesday, 2 May 2012

Nafsu Perut I

Seperti yang wa janji kan pada entri terdahulu, wa akan updatekan dahulu kisah sang arnab dengan manusia, bukan sang arnab dengan sang kura-kura ye,

Demi kepuasan perut, terpaksalah kami korban bintang comel ini untuk dimakan, wa peduli apa ia comel atau tidak, yang penting ia sedap untuk dimakan dan halal.

Petang itu (tak ingat dah bila).... sebanyak 6 ekor anrab dewasa menjadi pilihan, dibekal oleh seorang sahabat.
Kerja-kerja melapah juga adalah rakan-rakan terapat disni, tukang sembelih adalah orang juga orang yang agak ada pengalaman, wa selaku mando dalam misi menjayakan pesta liar makan daging arnab ini.Hmmm....   sedap.


1. mando pun terpaksa pegang arnab, genggaman padu terpaksa dilakukan supaya arnab dalam keadaan tenang.
2. maka becerailah nyawa dari jasad

3. kelaut gambar ni, tak kisah lah janji berjaya korbankan 1 ekor arnab buat pertama kalinya

4. proses melapah wa serahkan pada yang pakar lapah. wa hanya beri sedikit tips cara melapah arnab. pasal wa pernah tgk Mr.Boss wa melapah arnab suatu ketika  dahulu

5. rizal dan bro waja nampak sgt gembira ketika proses melapah ini

6. Ini pula arnab yang lain....cute kan arnab ni pose sebelum dilapah??

7. hanya berbekalkan pisau tajam dan kepitan padu 2 jari sahaja, tukang sembelih berjaya melakukan sembelihan yang sempurna

8. Bro waja juga tidak terlepas ambil pengalam cuba memegang dalam sesi sembelihan

9. 3 ekor sedang dilapah, 3 ekor lagi dalam proses tunggu giliran untuk dilapah, 2 ditangan wa, 1 dalam lubang.....


Setelah selesai segala proses dari tangkap arnab dalam kandang, sembelih, dan melapah. sekarang tiba lah masa untuk bershopping beli segala bahan rencah yang tidak cukup untuk perap dan rendang. Telefon wa berdering, datang dari pemanggil yang sangat wa kenali....dia menyuruh wa beli daun kunyit,serai dan bahan-bahan makan sampingan lain seperti buah-buahan dan makanan lain.

Destinasi wa dan skuad pembeli barang adalah gudang besar bernama TESCO. disini senang kalau tak tahu barang yang kita cari...dia ada senaraikan, kalau tak kenal pun boleh jadi kenal. tak perlu beriya-iya buat-buat tahu walau sebenarnya tidak kenal barang itu atau tak perlu ada rasa segan untuk bertanya kalau tak tahu barang itu....kerana segala lebel telah tertera disitu.
Kalau masih tak tahu juga tu tandanya dia bebal tahap bangang pasal tak reti membaca.
10. setiba di dalam TESCO harga rendah setiap hari!! (wa dtg sebulan sekali je)

11. kan senang nak cari daun kunyit walau pun wa tak kenal pada asalnya, terus jadi kenal

12. Amir si budak Melaka, kagum dengan kecekapan wa memilih serai dan daun kunyit.



57 comments:

  1. Replies
    1. kalau ianya kucing aku baru rasa di lebel kejam

      Delete
  2. Hwarghhhhhh sampai hatiii bunuh haiwan gebu-gebuan itu...lu sadis la bro! Lu sadis! Kesian nab-nab gebus itu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha dah selamat jadi darah daging dah pun

      Delete
    2. Aku maafkan kau sebab ia halal dimakan...

      Delete
    3. ya.... itu lebih mulia dari makan makanan yang tidak pasti halalnya walau ianya comel.

      Delete
  3. ahhhh!!!! tidak!!!.....
    geli lah tengok...
    siannya......
    tergamak betol lah kau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg tergamak, selagi ianya masih halal dimakan, baik cuba makan.

      Delete
  4. ini adalah rezeki beb, jangan disia-siakan walau secebis hablur pun! hahaaa...! sangat rare ini menu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...ia sgt2 sedap pada tekak aku.

      Delete
    2. pergh! lepas makan, pekena cendol pulak. kat sana mana ada port cendol power?

      Delete
    3. ada2 cendol pulut, cendol terbaik di dalam daerah manjung.

      Delete
    4. sila buat siasatan untuk tontonan halwa mata kami. orait?

      Delete
    5. ok boleh, selepas aku dapat info kawan2 disini, nama kedai dia pun aku tak tahu tapi pernah singgah 2 kali kehkehkeh.

      Delete
    6. gerenti meleleh gua punya air hidung...

      Delete
    7. pergh...meleleh air hidung? mcm makan sambal belacan pedas pula.

      Delete
  5. tak pernah makan arnab...hehe..

    kesiannya arnab itu...dahlah comel...di sembelih dan dilapah..kemudian dilahap...kemudian 'dibuang' kehkehkeh..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh....sebab comel lah ia sedap

      Delete
  6. Alaa...sian bunny comei...huhuhu...tapi klu dh siap masak...xkenal dh kot itu sebenarnya bunny....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya biasanya begitu lah trick nak kasi dan suruh pada yg tidak makan daging arnab ini. bila lepas bagitau sahaja....mesti mereka berkata. "eh! Sedap la"

      Delete
  7. siap ada paper ' mati arnab demi kepuasan perut" hehehe.. aku gelak tang itu :D

    aku teringin nak makan daging arnab. tapi.. tak teringin tgk arnab di sembelih.. mcm mana pun dah ternampak kat blog ni. moga2 arnab2 itu tak buat aku mengigau malam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. motto tu di hasilkan oleh kawan 1 tempat kerja hehehehe

      takpe ambilah masa utk merasa daging arnab itu nanti.



      P/S : wan wan restoren kat KK (penampang kot kalau tak silap) sedap sangat...

      Delete
    2. oh? kedai kopi wan-wan tu just behind few block frm my office.

      rupanya kamu ada datang makan sana? aku dah bosan tomyam nya yg best tu sebab hari2 boleh pergi makan. tak sangka tempat yg terpelusuk tu pon kamu ada pergi? kamu datang baru2 ni atau lama dah? sebab restaurant tu dulu depan office aku je, baru2 ni jer pindah jauh sikit.

      Delete
    3. sis, selama 13 hari itu yang sempat pergi. hahaha baru mggu lepas pigi makan di wan wan tu, hari ahad tgh hari.

      Delete
    4. bundusan tak silap nama kawasan tu...

      Delete
    5. ha'ah, tmpat tu nama bundusan. bundusan square. situlah area aku keja :)
      lain kali kalau dtg sini biar sy blanja tempat mkn yg lagi best :) tomyam yg lagi yummy :)

      Delete
    6. ok, perjanjian telah di menterai.... cuma gambar masa makan di wan wan restoren tu teda

      Delete
  8. erkkkk...aku pejam sebelah mata je nengok arnab tu.. xsanggup plak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya org tak suka nak tgk ketika disembelih dan dilapah, tapi bila dah jadi menu....suma bedal

      Delete
    2. haa..kalau tang bedal tu..aku nak laa... kalo suh tgk bab sembelih ngan lapah ni.. huhuhu.. aku mmg xsanggup..

      Delete
  9. woh. makan arnab tak ajak!

    sup kura2 penah try? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh mana tahu GB sepisis yg makan arnab juga...

      sup kura2 tak pernah lagi, sedap ker?

      Delete
    2. ko jgn try try pulak sup kura2 tu. kite takleh makan. hahaha!

      sate arnabun sedap weh! ha..lenkali sila ajak okeh~

      Delete
  10. sedap ke? x pernah makan arnab..
    bagi arnab makan ade la... =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedappp.....

      nak tahu kena rasa lah, jgn ada rasa malu dan takut utk mencuba.

      salam kenal eh cik mars

      Delete
    2. salam kenal, telor power...huhuuuu

      Delete
  11. Tak penah/biasa mkn..jd susah nk selera.
    Tp kalau tak tau..mkn je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe jadi boleh la perangkap ujie makan daging arnab nanti. dah habes makan baru kasi tahu hahahaha

      Delete
  12. sungguh mesra gambau last tersebut.

    kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal bro


      ya boleh la...kami mmg begitu.

      Delete
    2. sebenarnya aku cuba menerangkan pada amir si budak melaka itu tentang daun kunyit rupa bentuk dan struktur fizikalnya

      Delete
  13. Wow! Sedapnya!!!! Arnad BBQ? Yummeh! A`ah, sokong entri GB. NApe tak ajak kami semua????

    ReplyDelete
    Replies
    1. im sorry.... mana nak tahu. takpe MF nanti ada lagi, aku ajak eh

      Delete
  14. salam bro. pekabar? lama gua x singgah blog hang.. bukan apa, ni pun baru nak start blog balik.. syok tu nak buat BBQ.. ko aktif lgi tak berfotografi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, baik2 ya masih aktif
      kenapa???

      Delete
  15. alaa... jgn la mkn.
    comel sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe mmg comel kan...tapi dah mmg makanan comel ke tak itu belakang kira

      Delete
  16. cik ina laju je baca cite ko yang ini, tak moh tengok masa arnab tu disembelih.Takut tak sampai hati dan kasihan nanti tak boleh makan plak : )

    ReplyDelete
  17. Kesiannya...rase nk nangis.. Huhu.. Knpkah..

    ReplyDelete
  18. Kesiannya...rase nk nangis.. Huhu.. Knpkah..

    ReplyDelete