Monday, 14 May 2012

Mt.Kinabalu ( Part III )



Misi meneruskan ke Laban Rata diteruskan selepas berhenti rehat makan tengahari di Layang-layang
2.0km saja lagi untuk tempuh laluan yang penuh berbatu di tanah. Ya, 2.0km sahaja lagi. nilai jarak yang cukup buat wa terasa sangat jauh sangat bahkan kalau 0.5km pun masih terasa sangat-sangat jauh(bagi wa la...orang lain wa tak tahu.)
Sebelum meneruskan perjalanan, wa berjumpa Silverster, minta pertolongan padanya...

kamera ni dalam mode manual, ko pandai gunakan, nah...ambilah.
Silverster hanya senyum dan sengih wa dah malas nak bawa pasal berat. Jika hujan nanti cepat-cepat ko bungkus dan simpan, boleh? Saya mungkin terus saja, 2 kilometer saja kan. kata wa pada Silverter lagi

Boleh ba...jangan kau risau. kau terus saja....sampai laban rata.nanti sampai sana saya cari ko dan pulang ini(camera), Saya ada di belakang saja...jangan ko turun balik sudah...kata silverster


.
1. laluan sedikit berbatu

2. porter-porter ( wa syak ini mesti kawan-kawan si silverster )

3. Azam dah pakai glove?? biar betul??
  Masa ni wa dah tinggalkan azam jauh 30meter kebelakang, kabus tebal tiba-tiba memenuhi ruang, pandangan jelas untuk melihat hanya dalam 2 meter masa tu. Terasa cuak terbit dalam hati, pandang ke belakang kelibat orang tak nampak. pandang ke arah atas juga tiada kelihatan manusia. Wa perlahankan langkah sambil menunggu si azam dan silverster. Dalam 10 minit (lebih kurang begitu la) kabus tebal mula beredar kearah bawah. wa still tunggu azam dan silverster. Bila nampak sahaja kelibat mereka wa terus mendaki semula dengan penuh keyakinan. Rasa cuak tadi hilang serta merta.

5 minit mendaki, tiba-tiba hujan pula turun. walaupun basah sedikit sebelum mengenakan baju hujan pakai buang. wa teruskan juga pendakian tanpa berhenti berteduh. sejuk jangan cakap la....hampir putus asa wa dibuatnya. Tapi yang buat wa bengang bila sudah selamat tiba di Laban Rata, hujan tiada tapi yang panas terik beserta hembusan angin sejuk ada lah...rasa nak mencarut saja, tapi orang kata tak baik mencarut-carut ni nak pula dalam hutan gunung ni, jadi wa mencarut juga tapi dalam hati la.
4. Porter pakai payung. itu maknanya hujan dah turun



5. Azam dan baju hujan


6. Gunting bin Lagadan, legend juga atuk ni

7. Azam dengan gayanya

8. tengok betis saja dah tahu padu ke tak kederat dorang ni

9. nama porter nie wa dah lupa, tapi dia antara yang paling peramah. dia kata tahun nie dia nak join climberthon yang akan berlangsung tak lama lagi. semoga berjaya.

10. angkat beban sambil hisap rokok, ok wa tabik sama lu bro, kalau wa hisap rokok, sah-sah pancit keletihan ketika mendaki.


11. Klasik betul alat pengangkut mereka,


12. porter -porter dan beban-beban


13. pekerja dibahagian dapur yang paling kerek, tapi selepas wa beri soalan banyak pada dia terus jadi ramah.siap sembang kisah-kisah misteri yang ada di gunung ni. wa layankan saja...sementara tunggu tibanya waktu makan malam.

14. harga tak ingat...mahal nak mampus, cepat la ko jadi orang kaya ye tauke


15.  Pekerja tauke

16. Gunting lagadan adalah tempat wa bermalam. Haram....kena mendaki lagi.

17. kelaut terus gambar ni...

18. Gaya pasangan ni memang mantap dari segi pakaiannya tapi tidak pada staminanya. mantap lagi geng dari taiwan.

19. Zul dan Azan sudah pakai baju tebal, sejuk katanya... Zul tanya pada wa ko tak sejuk ker...bro?  wa balas selamba alah setakat sejuk berangin gini, sama je dengan kampung wa, bezanya sini berangin kuat je.Wa kan anak gunung. 


20. bila kabus memenuhi ruang...segala pemandangan jadi putih.

21. Kan putih jer semua pemandangan tu


22. Gelanggang bola tampar tertinggi di dunia wa rasa. Pergh...bayangkan kalau bola tu jatuh melepasi gaung. wa syak dorang ada bola yang banyak dalam simpanan.

konsep makanan di sini adalah secara buffet yang sedap  Jadi boleh la makan dan makan dan makan sampai meletop perut tu hahaha..... Kalau rasa duit tu bersepah boleh la pesan menu yang ada.
23. wa masuk kedalam kembali...jadah bila la makanan nak dihidangkan, perut semakin pedih

34. Salad sahaja yang ada. menu yang lain kena tunggu lagi

25. Azam dan Pakcik dari Penang. Kami semeja

26. ini pula geng dari Kuala Lumpur. kami juga semeja dan baru sahaja kenal, sampai ke supper dan breakfast juga kami makan sama.Layankan
selepas makan malam, siap-siap kemas balik beg, lepak sekejap berborak sebelum mula mendaki semula. rasa malas sangat masa tu. mana taknya, perut kenyang sangat kemudian kena mendaki lagi...
27.tempat wa bermalam, RM20 semalam dorm concept, heater ada tapi macam ok tak ok jer, tak ok pun, wa ok kan juga la. Tandas sharing.

28. Papan Amaran yang berukir

29. wa tak tau nak letak caption apa, ini kira seni juga la ni...

Jawapan untuk Uncle Gedek line 3G penuh lagi tu....terbaek.!!!! 1829Hrs.



38 comments:

  1. gambar² yang sengaja nak membakarkann hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh tiada lah sis, hanya catit perjalanan hidup agar tidak lupa kelak

      Delete
  2. aiyaaakkk..!! daku nampak makanan..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari perkataan diatas, anda merupakan bertubuh badan kecik dan kuat makan kehkehkeh
      betul ker

      Delete
  3. porter sume nampak je kecik kan..angkat brg guna kepala tu..

    main bola atas gunung, menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup badan bersaiz biasa, tapi kederat sgt kuat. tu belum terserempak dgn bawa tong gas naik keatas lagi tu sis


      sebenarnya main bola tampar. menarik tu betul dah tapi bola selalu jatuh gaung sangkut di pokok2 renek disitu

      Delete
  4. Gambar 22) wah.. tu gelangang yang cool! hehe..
    gambar 29) ya.. ada seni :)

    * tahan sejuk ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya gelangang yang sangat cool sebab dia berada di atas gunung dan juga rasa sejuk hehehehe

      hahahaha seni la sangat.kehkehkeh

      - boleh dikatakan sudah biasa,cuma dipuncak sahaja yang tak tahan sewaktu sebelum subuh. suhu -4 degree C tu

      Delete
  5. Sonoknya...mkin jeles plak tgk picta picta mkin ohsem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih rietta. hehehehe bukan niat nak bagi jeles pon sis

      Delete
  6. line internet aku mcm harem hr ni.
    dah tak dapat nk menikmati gambor...



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh aku tunggu ko dtg kembali

      Delete
  7. waaaaaa...akak hanya mampu jeles!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mas, jaga diri dan kesihatan elok2. jangan jeles2 hihihihi

      Delete
  8. perghh tabik spring laa dorg angkat berat2 gtu...

    aku nak bawa air 1 botol je pon..dah mengeluh berat.. hehehehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pula akan mengeluh bila tolong bawakan beban orang lain. rasa nak buang jer.

      eh aku pun boleh buat dorang juga sis, sebanyak 10 langkah maksimum.hihihihi

      Delete
  9. Wow! No.8....seksi! Heheheheh....

    Teringin nak daki atas sana. Tapi tataulah kederat nie larat ke tak. Eh, mst kata boleh, kan?

    Nak puji lagi. Gambar no.3. Depth of field yg ctk. Lighting yg bwk mood hitam. Mcm ala-ala tmpt persembunyian Gollum. Kan? Kan? Heheheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MF kehkehkeh tgk betis saja tahu.

      boleh datang dan daki lah, kerana selagi belum cuba mana kita boleh nilaikan kebolehan kita. aku tercabar kerana anak2 OKU juga boleh mendaki *tgk dalam TV-tapi dah lupa rancangan apa)

      terima kasih MF, ko beri tajuk sahaja aku dah boleh agak ko lagi berseni dari aku. Hebat la

      Delete
  10. aku pon nak naik sana jugak. . pergh ! awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. di alu-alukan...... terima kasih dan terima kasih sudi jengah kemari.

      Delete
  11. alah setakat sejuk berangin gini, sama je dengan kampung wa, bezanya sini berangin kuat je.Wa kan anak gunung. - belagak giler! hahaha!

    anyway, aku rasa ko punye coverage ni among yg paling complete aku penah came across. terbaik! gambo superb, ada feel, cerita bagus. 2 thumbs up wa bagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.... eh belagak ker, ok tarik balik lah kalau gitu, tapi itu lah dialog yg aku sembang dgn zul.

      Terima kasih. Dah sampai ke pehujung cerita dah gunung kinabalu ni sis.

      Delete
  12. Perghh lu pun padu jugak la ye bro..aku respect la sama itu porter porter sekelian..badan kecik jer tapi bawak tong gas atau beban dua kali ganda saiz mereka, selamba badak jer kan...gamaknya depa ni tulang besi urat dawai kot ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lady W, belum padu lagi sis....need more training. dorang tu rasanya urat dawai kot tulang blum besi lagi, kalau aku ye lah urat dawai,tulang besi, badan konkrit. hahahaha...(segaja up kan diri)

      Delete
  13. paling suka tengok gambar 1 n 5..
    cantik....

    diorang bawak beban banyak tu tak berat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH...TU SI sILVERSTER YANG capture,

      sebenarnya memang berat tapi mungkin sudah jadi kebiasaan jadi kurang terasa kot.

      Delete
  14. power porter2 ni,sy kalau angkat barang daki gunung kinabalu pasti seminggu baaru sampai^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakin boleh saja achie...yakin itu juga kunci kejayaan

      Delete
  15. picture 12.
    dulu masa kecik maii pernah pi kk. depa angkat tong gas yang ada isi. pergghhh memang tabik spring lah kat diorang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya masa turun baru teserempak dgn porter membawa tong gas naik ke atas. memang kena tabik pun pada mereka.

      Delete
  16. ingatkan temenggung jugah anak baring tadi : )kali ni cik ina kagum ngan kamera DSLR ko, cantik gambar-gambar dalam blog ko ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik ina...ala yg basic punya saja tu

      siapakah temenggung jugah anak baring tu??

      Delete
  17. pahlawan sabah perjuangkan kemerdekaan -masa cik ina belajar sejarah darjah 5

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo....kena belek balik ni tak ingat la hihihi

      Delete
  18. I like photos 3 & 29. Nice :)

    ReplyDelete