Thursday, 10 May 2012

Mt.Kinabalu ( Part I )


20.04.2012

Cuaca : Sangat tenang dan cerah. Alhumdulillah


0500Hrs - tersedar kerana sejuk, anak siapalah ni bangun awal. lagi pun disini subuhnya awal
0600Hrs - Agihkan segala keperluan yang perlu dibawa dan kemas kembali. sebelum breakfast. (tak ada kerja wa nak pikul semua muatan yang ada,dan di villa ni menawarkan perkhidmatan menyimpan barang secara percuma)

0700Hrs - Breakfast, boleh lah roti bakar 2set, telur mata, kacang merah dan minuman panas.
0800Hrs - Mula menuju ke Kinabalu Park tak jauh hanya ambil 10minit saja berjalan, bayaran masuk untuk pejalan kaki hanya RM1.00 dikenakan

0830Hrs - Pendaftaran mendaki, guide dan juga transport. (segala urusan pembayaran dilakukan oleh member wa si azam)

0900Hrs - pendaftaran selesai menuju ke Mesilau gate ( 2 kilometer lebih jauh pendakiannya dari Timpohon Gate)

0935Hrs - tiba di Mesilau Gate dan Pendakian bermula
1412Hrs - Wa tiba di Laban Rata ( cuba buat rekod peribadi ), member wa si azam 1 jam kemudian baru nampak muka bersama guide kami.

1500Hrs - melepak buang segala penat,kemudian wa serah pas pada orang yang bertugas di dalam restauran di Laban rata sebagai check-in tempat penginapan untuk bermalam. Tempat diberi adalah Gunting Ladangan.
.
1800Hrs - Dinner..(Sial lama gila wa tunggu di Laban Rata untuk makan, lapar dia macam nak tunggu buka puasa pun ada beserta dengan suhu yang sejuk)


1. selepas kemas segala jenis barang. punyalah lama nak tunggu Brakefast siap
2. misi bermula, mood wajah ceria tak terkata
3. pandangan dari kinabalu park
4. Harga guide mengikut laluan yang dipilih
5. RM 173.00

Wa racun azam, suruh mendaki ikut Mesilau kerana ia lebih mencabar dan penuh dengan panorama yang indah ( itu pun wa dengar orang disitu bercerita) Lagi pun lebih 2 kilometer saja pun dari laluan pendakian Timpohon tu.  Budak kecik pun tak terasa lah.
Laluan Timpohon sudah lalu pada misi tak berjaya pada 2tahun yang sudah. Azam setuju sahaja dengan cadangan  wa tanpa sebarang bantahan darinya.

6. No Pas Wa BE20(002) pada 20 April 2012 - banyak sangat angka 0 dan 2, tanda tuah bagi wa (kot)
7.  Gambar ini diambil dalam Transpot ke Kg.Mesilau - Puncak gunung jelas kelihatan
8. Di Mesilau gate - ini lah guide kami, silverster apa ntah, ( wa lupa ). Sempoi dan Suka menyanyi semasa mendaki
Disini, di Mesilau Gate inilah guide kami beri sedikit penerang sebelum membuat pendakian. Wa dengan berlafazkan Bismillah sahaja,apa yang guide cakap wa abaikan sambil membuat sedikit regangan badan, hanya si Azam dengar dengan penuh teliti dan muka sedikit teruja. Si Azam pun satu, macam lah ini kali pertama mendaki gunung Kinabalu. Ciss....

9. Pada mulanya aku suka bila lihat tangga ni, senang sikit nak pijak. Tapi....lama kelamaan tangga ini sangat2 psycho 
10. laluan agak basah dan tanah lembik nasib ada batu-batu di trek
11. Azam steady mendaki dengan gaya tenang. Wa terpaksa daki lebih agresif kerana mahu ambil gambar-gambar panorama termasuk si Azam
12.  Laluan pendakian masih agak landai sekali sekala sahaja jumpa laluan berbukit
13. Awek tu dari Taiwan
14. Berhenti rehat seketika. punya lama wa mendaki baru 0.5KM jer.... masa ni wa cakap sorang-sorang dan terpikir kenapalah wa buat kerja ni,kan lebih elok kalau pi jalan-jalan sekitar Sandakan ke, Ranau ke...dari susah-susah buat kerja mendaki ni (mental kena kuat sebenarnya)
15. hah...kelaut periuk kera kecik tu. kecik giler beb....ibu jari tangan aku pun lagi gemok
16. Disini wa hendak nyatakan..hanya mendaki di gunung ini saja ada suasana berkabus begini, diulangi gunung ini sahaja.
17. Di hutan cameron highlands pun tiada berkabus begini
18. Azam di tengah antara wa dan guide kami. yang auntie tu juga dari Taiwan
19.  dan auntie tua dan azam selamba badak jer potong wa. ciss....
20. Zul budak dari terengganu, kami berkenalan dalam hutan rimba ni. katanya dia tak boleh ikut group dia, kerana terlalu banyak sangat rehat. jadi dia minta kebenaran untuk turut serta dalam kumpulan kami (wa dan Azam).  Wa OK saja selagi dia tidak beri masalah pada pendakian wa. Mudah saja bukan.
21. Ahli baru
22.  Lumut. masa ni wa syak jajahan hutan berlumut baru hendak ditempoh.
23. Silverster pun keletihan sudah, apakan lagi wa....


74 comments:

  1. sempoi ar brader nama zul tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi aku sempoi sebab dia peramah juga...tapi yg tak sempoinya dia tinggalkan group dia terlalu jauh. dia sampai dengan aku pada dalam 1415hrs mcm tu tapi group dia sampai pada 1830hrs.

      Nasib kesemua ahli group dia selamat sampai tanpa sebarang masalah.

      Delete
    2. betul, itu yang kurang sempoinya. meninggalkan kumpulan. tak boleh masuk askar ni. hahaa!!!

      Delete
    3. aku syak dia terlupa pada rancangan wonderpet la kehkehkeh

      Delete
    4. dia dah tak tahan la tu. banyak sangat check point. hati dah teruja dah memanjat.

      Delete
  2. Bestnye....rietta blom cukuo kuat kot nk daki sejauh tu....taoi semangat nak menembak ade....bior xteror pown...asal pueh hati...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rietta...rietta...rietta...
      manusia hanya guna kuasa otak 10% dan tubuh badan hanya 9%. seelebihnya disimpan begitu sahaja.
      jadi...latihan itu perlu.(itu pun tak sampai 50% tenaga digunakan,berbaki separuh lagi.)

      Delete
  3. view - ohsem! jeles gilerrrr!!!!!!



    ok, best giler sebenarnya. azam! azam! azam nak daki gunung KK jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ GB, kehkehkeh start training now and next year boleh pergi kesana mendaki, jom!

      Delete
  4. Wow! Gambar no.19 tu. Mysterious. Dark. Gothic. Sorrow. Tapi result die - super duper cool. Heheheheh. Suke. Boleh bt wallpaper. Cantik. Ah, jatuh cinta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MF
      ambil saja gambar tu jika mahu

      Delete
    2. Terima kasih. Dah dlm genggaman. Dah dibuat wallpaper. Cuaca panas sudah jadi sejuk.

      Delete
    3. hahaha "cuaca panas sudah jadi sejuk" power giler baris ayat tu

      Delete
  5. Teringin nak pegi tapi tak berkesempatan huhuhuhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat lah perancangan rapi utk tahun depan bro...salam kenal2

      Delete
  6. singgah follow sini .,

    sangat menarik la aktiviti lasak ni :D

    singgah blog sy & sy nak share something

    nk ajak awk join giveaway mudah:

    Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis dan terima kasih beri link blog tu.... i follow

      Delete
  7. aiyooooooooooooooooooooooooooooooooooooo...!! besttttt bestttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dan mmg best sis, ini cakap betul2 punya

      Delete
  8. sronoknya...pnh ade member yg daki kinabalu ni...kteorg tumpang nengok gambar je la...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nanti plan dgn hubby yumida utk kesana.selamat mencuba

      Delete
  9. wow! saya baca dgn rasa sgt excited!
    cantik & damai betul pemandangan dlm hutan.

    rm173 tu kos utk apa je? kalau keseluruhan lebih lagi kan.

    *masa remaja saya suka daki gunung, tiap kali naik mesti ckp tobat lain kali takmo mendaki. Tapi lps sampai puncak..mesti rasa nak naik gunung lain pulak. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis Ujie
      RM173 itu adalah yuran guide kami, yuran berbeza mengikut laluan yg dipilih. jika laluan mendaki bermula dari timpohon-puncak-timpohon bayaran paling murah sekali tapi kurang menarik pemandanganya....

      kaki mendaki juga eh...tahniah!

      Delete
    2. ops silap sebenarnya RM143 sahaja kerana kami berdua sahaja dalam 1 group. jika group tu lebih dari 3 orang dan bawah dari bilangan 6 orang harga laluan dan guide adalah RM173.

      jadi RM173/6 = RM29.00++ cis...pergi ramai2 lagi murah berbanding bayaran utk 2 org.(kenapa lah 3org budak dari KL tu tak jadi join?)

      Delete
    3. ok, thanks. (tanya2 mcm larat nak pegi..)

      keinginan masih ada, tapi dah lebih 10thn stop mendaki.

      Delete
    4. aku rasa la....baik ngadu dan hasut saja pada si suami sis tu.

      mula 'balik dari bawah' pun takpe....lama2 mesti jadi power balik.
      ianya aktiviti yang sgt berfaedah, sihat, boleh kenal tentang alam,dan kurang kos.

      Delete
  10. aku ni nama jer org Sabah... Gunung Kinabalu pun tak daki lagi... cis!!!

    org CAMERON naik dulu dari aku... tercabar beb... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh...sila mencubanya sis.
      orang gunung kan...mesti sahut cabaran gunung2 lain juga, barulah terikat perjanjian antara gunung2 yg ada.(cuba berjiran dgn gunung di borneo sana)

      Delete
  11. Replies
    1. kehkehkeh...jgn begitu bro. anda juga mampu mencuba dan sahut cabarannya

      Delete
  12. salam cik telor....naik bukit sedap rasanya... bila waktu balik... mak oii siksa rasanya. sudah lama saya meninggalkan hutan belantara, entah apa khabarnya. Rindu bau bauan dedaun kayu, melompat lompat di takungan air..... Waktu itu berpeluh sihat................Masihkah ada embun menitis di pagi hari, masih lagikah boleh menadah embun sampai 44 titik....masih lagi ada bau bau wangi di empangan kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. embun 44 titik, fuh PM mesti otai dalam bab2 arah dan bentuk mukabumi dlm hutan tu. saya baru sahaja diperingkat mengenal walau sudah daki banyak gunung(boleh dikatakan byk juga,sudah lebih 14 jenis gunung termasuk kinabalu)

      Delete
  13. wooo, suka tengok pic 19..bukan kat orang, tapi hijau2 kelam kabus...ke edit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..... untuk makluman sya masih tidak pandai edit2 ni hanya crop dan letak watermark.
      edit mmg bagus tapi disebabkan malas dan mmg malas nak edit jadi letak jer mana gambar yg ada

      Delete
    2. oooohh, sungguhh...
      sangat cantik..
      dapat juga tengok apa yg ade kt mount kinabalu
      walaupun tak terjejak lg..

      Delete
    3. ya...plan pergi jejak kesana nanti sis

      Delete
  14. daki gunung..kalo gua tak kot..mau semput dibuat nyer...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bro, aku juga manusia biasa serba kekurangan.

      Delete
  15. pic no 19.... tersangat2 canteeekkkk....

    bestnyer dapat panjat gunung... aku pernah naik gunung ledang je 2x.. tu pon pancit.. kah kah..

    agaknya kalo naik kinabalu ni.. lagi arr pancit..sebab dah bertahun x exercise.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung ledang. i like dapat tgk bandar sagil pada waktu malam.tersa mcm putera kayangan bersama hulubalang istana hehehehe

      terima kasih untuk pujian gambar 19 tu

      Delete
    2. arghhh sudah.... berangan lerr plakssss jadi putera kayangan... hahahaha

      Delete
    3. kehkehkeh...baru nak feeling2 jd anak raja kayangan.

      Delete
  16. lupe nak bgtau..gambo no. 19 tu saya amik tau! tq..

    ReplyDelete
  17. giler best tu masuk hutan.....
    pic 19 tu rasa macam dalam alam fantasi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masa kawasan di atas lagi lebih tebal lagi kabusnya. masa tu kawan sependaki dan guide ada 100mtr dibelakang (rasanya).dan sorang2 saja masa tu dan...dan...sgt2 menyeramkan dan rasa nak menanges dan mulah aku perlahankan langkah pendakian.

      Delete
    2. dan ianya pengalaman yang benar. bayangkan sis ditengah2 hutan, sorang2 sekeliling diselaputi kabus tebal.

      Delete
    3. menyeramkan tapi tetap pengalaman yang menyeronok kan..
      bukan senang nak dapat pengalaman berkabus macam ni...

      Delete
  18. gambar 14) ; muhhammmad Nizam? er.. hehe

    gambar 15) kamu patut kasi gambar ibujari kamu sekali utk bandingan :)

    gambar 19) oh.. aku paling suka/teruja/takjub dgn gambar ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Muhammad Nizam? siapa tu kehkehkeh....aku syak dia porter yg ada pas mendaki
      2. masa tu dah penat walau di peringkat awal kerana laluan dan bentuk mukabuminya sangat lain dari gunung2 yg aku pernah daki. cis...

      3. terima kasih sis,terima kasih.

      Delete
    2. aku sendiri x penah daki gunung tu bro!! ahaha.. kalau 10 tahun lepas mungkin boleh lagi aku daki.. sekarang??!! tergolek agaknya.. tapi aku jeles nak tgk pemandangan hebat di tempat-tempat sebegini..

      Delete
    3. takpe....main daki peringkat bukit juga seronok sis.. kurang sikit penatnya, tapi dapat rasa kesegaran yg sama seperti di gunung.

      Delete
  19. inche tp ni selalu sahaja travel.. i iz jealoussss...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada TH,selalu ada di area tempat bekerja dan bermastautin sahaja. travel sekali sekala mana ada selalu hihihihi

      Delete
  20. wah best...gambar pun terbaik!

    aritu g KK xsempat nak g g.kinabalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro.

      takpe nanti dtg lagi ke KK,tapi target utama kena tanam dalam hati iaitu 'mendaki Kinabalu' selesai barulah pi merayap2 ketempat lain pula.
      Jom...Next year, ada berani?

      Delete
  21. selangor pun wa xhbs jelajah lg.haha
    ah..jelly

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe pelan2 kayuh, bukan lu saja sis....wa ni pun banyak tak habes jelajah lagi (MOOD NAK JELAJAH KEMBARA SEMALAYSIA )

      Delete
  22. salah satu aktiviti yang cik ina suka. Dulu selalu gak mendaki area gunung datuk ngan anak-anak. bila nampak lu ngan kawan-kawan mendaki cam tu rasa rindu plak nak mendaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh gunung datuk best juga tu, kat negeri 9.
      apa lagi cik ina....sila mendaki balik. ya dahulu diri ini juga pernah stop mendaki selama 9 thn, then pindah ke perak terus buat aktiviti gini balik...seronok

      Delete
  23. Bestnya jadi telor!Asyik berjalan je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana best sgt pasal telor boleh bergolek jer kehkehkeh (loyar buruk jap)

      Delete
  24. naik daki sy ni gayat..alahai~

    ReplyDelete
  25. dari dulu berhajat nak daki gunung kinabalu..
    cuma xkesampaian lagi..
    ehehehee

    ReplyDelete
  26. perghhhhhhhhhhh tiada kata dapat ku conteng disini melainkan jeles bangat!haha
    bestnye! ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun jeles juga ni....bila lah dapat nak pergi lagi hihihihi

      ok gurau saja. memang best sis

      Delete