Thursday, 17 May 2012

Mt. kinabalu ( Part IV )


21.04.2012

0145 Hrs - Bangun pepagi buta untuk menikmati supper. masa ni suhu sangat sejuk, sehingga wa sendiri malas hendak bangun. Tapi disebabkan makanan di Laban Rata bawah sana tu boleh dikatakan sedap jadi wa gagahkan juga diri untuk bangun.Masa makan adalah pada 0200Hrs

0230 Hrs -  Setelah kenyang perkena  Roti bakar, Roti bersalut Telur dan kopi yang sedap bancuhan sendiri. Kini wa sudah bersiap sedia untuk memulakan pendakian ke puncak.

0245 Hrs -  Memulakan langkah pendakian (dari Laban Rata - Low's Peak)
0430 Hrs -  Wa tiba di puncak dengan keadaan gelap + gembira + sejuk + berangin. Suhu 2 darjah celcius ( itu pun tengok jam tangan member,si Zul)

0700 Hrs - Mula meninggalkan Kawasan Puncak, Pasal wa nak check point di pondok sayat-sayat, dan balik kembali ke Gunting Lagadan untuk pack semua barang-barang yang ada. Seteerusnya ke Laban Rata untuk menikmati Breakfast secara buffet.(wa melantak sebenarnya buat kali terakhir di atas Gunung 'Semangat' Aki Nabalu )

0830 Hrs - Meninggalkan Laban Rata. Misi menuju ke Kinabalu Park melalui laluan Timpohon.
1045 Hrs - Selemat tiba di pintu Timpohon Gate, Check Point sekali lagi disitu. Kaki stress, gara-gara berlumba turun dengan awek sabah yang bekerja di Laban Rata. Wa kalah dengan awek tu, siot betul.
siap gelak besar pada wa di Timpohon Gate.

1. Akhirnya Sampai. Sejuk tak terkata tapi terketar-ketar
2. Silverster dapat kawan baru
3.  suhu sangat rendah, sejuk dan berangin, badan wa kalah pada suhu di puncak gunung ni.
4. Adakah ini yang dikatakan terbit fajar?? 
5. Solat 
6. St.John's Peak - seakan rupa mawas 
7. Azam dengan aksi tawan gunung dengan 1 jari
8. Setelah dipaksa, wa turut serta membuat perkara yang sama
9.  hanya batu-batuan dan lumut jenis snow fern
10.  Wa lupa nama awek ni, dia merupakan salah seorang dalam team Zul dan pendaki perempuan yang  agak  gagah berbanding perempuan-perempuan lain dalam team Zul
11. aksi apa pun wa tak tahu, semua secara spontan.Yang bagusnya Guider kami juga turut bergambar bersama. dari belakang dia lari tu....
12. Azam dengan self potraitnya, Silverster cari line telefon( dia pakai Digi) dan Zul update gambar dalam Fb dia
13.  versi gagal
14. Versi berjaya. Siapa kata Duit seringgit dan puncak gunung tidak boleh disatukan?
15.  Next Mission buat Day climb ke puncak lepas tu baru boleh layan Via ferrata  ni
16. sila abaikan
17.  Juga sila abaikan
18. Untuk keselamatan, Tali yang disediakan jangan di abaikan, kerana ia sangat berguna.
19
20. Ugly sister's Peak (kalau tak silap) - Blur
21. tandas tertinggi di gunung ni, di sayat-sayat hut
22. Bapak megah batu di belakang tu...
23. serius gila si Azam dan Zul masa bergambar. 
24. Laban Rata dari pandangan helikopter
25. Patuhi lah papan tanda yang ada. Dan ia seruan yang benar
26. kalau rasa hebat, korang boleh la lompat gaya bebas begitu sahaja ke bawah.kalau hebat la
27.  Macam pokok bonzai. wa minat betul sama ini pokok
28. Tangga bukan lagi jadi penghalang bagi wa. (jalan turun kebawah boleh la cakap macam tu)
29. suatu hari nanti..ya suatu hari nanti wa akan kembali cabar diri ke laluan titi  tu. 
30. nampak tak laluan titi tu? Takpe wa kasi zoom sikit lagi
31. Ok dah nampak kan. Sila teruja untuk kesana
32. Kopi sedap buatan wa... sendiri buat mesti la sedap kan.
33. Roti ,buah epal,telur dan meehon goreng. habis menu ni wa ambil lagi makanan lain hahaha...lapar beb sejuk2 ni
34.  suka-suka dia saja tumbuh di tengah-tengah laluan jalan. dan wa perhatikan disepanjang perjalanan laluan ke Timpohon Gate, memang satu pokok ni sahaja yang ada. Dan wa gelarkan pokok ni dengan nama POKOK OTAI

35. Maii, Eita, dan Lady W, ini gambar yang korang tanyakan di entri2 lepas. Semasa dalam perjalanan turun baru terserampak dengan orang bawa tong gas naik.

36.  Titi yang panjang, wa suka laluan tempat ni. sekitar dalam 2.0KM lagi je nak sampai di Timpohon gate. kalau tak silap.
37. Carson Fall yang bermaksud "kereta anak lelaki jatuh"

38.

39. Carson Fall closed up

40. Tiba dengan SELAMAT. Salute pada peserta Malaysia di Women Open dan Men Veteran


Sebelum berangkat pulang meninggal kan gunung yang megah dan Kinabalu Park. wa sudah bersumpah akan datang kembali lagi jika umur wa panjang dan kesihatan wa masih baik lagi.

Datang dengan buat cabaran yang baru.

Tak kira lah sama ada hendak buat Day Climb ke, berkhemah di dalam hutan ke, mendaki via ferrata ke atau rock climbing ke, itu janji wa dan pasti wa akan datang kembali, paling busuk pun akan buat mendaki 2hari 1malam di atas sana. Jumpa lagi Sang Gunung 'Semangat' Aki Nabalu.


*pada kawan yang ada berhajat ke Gunung Kinabalu tahun depan jangan lupa ajak wa. mana tahu boleh turut serta sama.


67 comments:

  1. Woohooo bro pic no 3 tu stylo dan international habes lu posing...kalah mat saleh sebelah tu..hehe.. anyway thanks pic no 35, gua rasa power gila porter tu angkat tong gas naik gunung..perghh..
    Pic gunung ganang semua cantik...
    Ada tak lu close lumut2 celah batu tu? Carson Fall tu aku nampak macam scary je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xder la sism sebab tak teringat nak snap pun,
      carson fall tu biasa2 jer....cuma air terjunya rendah dan kecil saja

      *stylo??? hahahaha menahan kesejukan tu

      Delete
  2. titi tu menyeramkan...

    tu dia... abg angkat tong gas...

    dapat sijil tak???beberapa tahun yang lalu... masa abg aku naik gunung ni, sape yang sampai puncak akan dapat sijil... yang tak sampai tak dapat...

    p/s: aku ni entah bilalah nak naik... bukit broga pun dah semput... tak sampai puncak... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi sis....ajak ler abg jadi guide dan terus jer mendaki.

      sudah tentu dapat, siap dapat 2 lagi
      1. untuk sijil ikut jalan dari Mesilau
      2- sebab sampai ke puncak Low's Peak


      sempu?? kurang training tu sebenarnya, borga kan santai jer sis. pasti boleh cuba lagi nanti ye

      Delete
  3. Tiba2 terase dengki membara-bara dlm hati. Hahahaha. Gurau je. Hopefully one day dpt daki. Tapi kena tny Aydin dulu, sgp tak sgp nak ikut mommy die. Heheheheh...walau apapun, mmg cemburu habis. Seronok lak tgk gamba2 nie. Mcm ade kat sane je. Huhuhuhu...berangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpe nanti MF hasut jer si aydin, dedahkan dia dengan keindahan alam ciptaan Allah SWT.

      Delete
  4. Okey... kirim salam kat awek gagah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tidak.....malu rasanya kalau jumpa lagi pun buat2 tak kenal saja atau mengelak.

      Delete
  5. wah.. seronoknya dapat mendaki.. tapi nak naik ni perlu semangat yang kental.. saya ni lemah semangat.. aiyo...
    dulu2 naik gunung angsi pun dah semput.. jalan setengah pastu turun balik.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung angsi kat mana eh macam dah lupa jer dgn nama gunung ni.
      apa yg best di gunung angsi tu sis

      Delete
  6. woaahhh~ kepuasan sungguh dah sampai puncak..
    tak puas sungguh tangok gambaq, mesti kena jejak jugak!

    pic 8. jari gagal menawan puncak gunung, huhuuu..
    pic 14. pantas tengok helaian RM1, ohhho! knape aku baru perasan ada gambar kinabalu?..adeiiii =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tgk gambar saja mana puas sis...kena rasa dan alaminya sendiri.
      jejak, jangan tak jejak.

      Delete
  7. gambar no. 14: cara ar buat macam tu!!! apa kata lepas ni lu pergi semua landmark yang ada kat duit kertas. (rm50 ada gambar pelantar minyak!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk duit rm50 gua serahkan dekat lu bro....pasal lu kaki mancing, mesti dapat juga buat masa pergi memancing ke plantar minyak.

      Delete
  8. Bro kalau aku pakai baju ala ala HINDUSTAN sedang menari-nari menikmati keindahan alam boleh tak?

    alaaaa macam cite KAL HO NA HO tuuuu... PRITY ZINTA Pakai sari di tiup angin bayu... wahhhhh..

    bestnyeeeee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam cite kuch kuch hota hai pon okkk~.. keh keh keh. =D

      Delete
    2. kehkehkeh....boleh kalau tak ada rasa segan la.....
      kalau di gunung2 sebelum2 ni aku akan pakai baju melayu lengkap di atas sana kemudian khas untuk bergambar.

      Delete
  9. tgk gambar je da jeles.haha
    nak je pegi beb kalau reramai plan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi plan ler sis, aku join jer group ko, jgn group ko nanti malu dgn aku sudah la

      Delete
  10. terlalu byk gambar & aksi yg menarik..tak terkomen.

    yg pasti..sempat bayangkan diri sendiri ada kat situ! tu je yg mampu..
    yg pasti lagi..sgt2 jealous!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis


      dan kehkehkehkeh (hanya mampu gelak kejap)

      Delete
  11. setail giler gambar2 ko ni bro...especially yang sunrise nyer...jeles siott!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, jangan jeles clive, apa kata ko jejakan kaki kesana mesti terubat hati yg jeles tu

      Delete
  12. wah terbaik la bro gmbr2 tuh...cantek gila pemandangan kat atas tuh yer...tapi kalo gua tinggi2 mcm tuh longgar gak la lutut jadi nyer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu mifz dah besar sikit ajak dia daki sama, kompom lutut tak longgat hehehehe.

      (takkan ayah kalah ngan anak)

      Delete
  13. ila tak berani la naik tinggi2 gitu.

    ada gak duk tgk gambar2 xbf nek gunung KK..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..... beranikan lah ila. atasi kelemahan diri tu.
      eh belum cuba dah cakap tak berani, mengalah awal.


      xbf pun kaki gunung eh. Hai Ila hihihihi

      Delete
  14. waaa....
    dah sampai puncak erk...
    seronok lah tu..

    semua gambor yang kau ambik...comel belaka..
    paling suka gambo pokok mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya berjaya juga. sebelum ni tak berjaya sis pasal hujan. kali ni berjaya. Girang giler masa tu hahahahaha........

      Delete
    2. dari segi lompatan kau tu dah nampak betapa girangnye...

      Delete
    3. lompat ??? sebenarnya mmg tak lompat. gaya jer tu. dan tek berani pula nak melompat dgn bentuk muka buminya.

      1. tak rata
      2. senang tergolek kebawah kot
      3. memang tak ada org buat aksi lompat melompat masa tu

      Delete
  15. cantik..tapi sy tak mampu..tinggi sangat,tgk pun dah tahu sy ni gayat..cian~

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ina tak puas menikmati keindahan permandangan gunung kinabalu. tahniah ye berjaya ke puncak : )

      Delete
    2. achie : terima kasih. atasinya dengan cuba mendaki bukit dahulu bro.

      Cik ina : kinabalu penuh tempat yang banyak untuk di terokai, aku juga tidak puas walau kali ini berjaya ke puncak. rasa nak datang jejak lagi ikut trek lain pula.

      ingat nak layan day climb pula, nanti

      Delete
  16. pergh! aku boleh ulang2 tgk entri kinabalu ko ni byk kali sebab ohsemmmmm seksangat!! siyes aku nak pegi. tapi sekarang ni jalan sikit pun dah sengal kaki, nampaknya kenalah training kaw kaw pasni. KK peak, tunggu aku datang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih GB. tengok lah puas2, hehehehe (bajet mcm photographer)

      ya sila pegi sis, bila nak pergi tu? aku dan 3 orang kawan lagi nak jejak kembali next year, kalau mahu join PM saja nanti, lagi ramai lagi bagus.

      biasanya sebelum naik kemana2 gunung aku akan training 3 bulan sebelum dan 2 minggu nak sampai masa mendaki aku akan stop dari apa2 senaman berat. duduk lepak2

      Delete
  17. teringin nak naik sampai puncak...tp abg aku yg pernah naik cakap, mmg penat giler...dia xnak naik dah..cukup la sekali...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang ko tak training kot, kalau aku pun sama. yang pasti kena kuatkan semangat dan azam mesti ada bro. jom pi sana tahun depan, ada mau ka???

      Delete
  18. bestnye....hebat la orang yg bawak tong gas tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa jer tu hehehehe. (cis, aku sendiri tak terdaya melihatnya, apatah lagi mahu pikul)

      Delete
  19. tingin nak naik macam tu tapi surely semput kan hehehe

    p/s: cactus tu kat umah heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. semput kalau berlumba dan tak kawal penafasan. aku juga semput sis. tapi demi misi aku gagahkan diri.
      Jom mendaki tahun depan boleh amik gambar panorama..

      cactus mmg sempoi, tak perlu baja dan air sgt.

      Delete
  20. perghhh siap ada titi kat situ... nmpak cam senang je.. sekali lalu je bleh nie.. haha

    tapi kalau suruh aku.. terketar2 lutut gak nie.. kuat ke kayu titi tu? haha

    huuu~ aku suka semua pic pemandangan yg ada.. kalau dapat panjat nie.. pastu..bila dapat tgk pemandangan yg sgt2 cantik... terasa hilang semua penat tu... kan..kan..

    ReplyDelete
  21. bawak tong gas..?
    u mak ai...




    gambar lu terbaek la bro..



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tapi takde lah sebaik mana pun, nak kena blajar editing pulak lepas ni. tapi tiada guru pula huhuhuhuhu

      ala tong gas tu ringan jer tu ( sambil berlagak tak sedar diri)

      Delete
  22. lawa seh gambar..macam2 aksi ada..pasni boleh la jadi model.ihiks

    ha,jgn disangka wanita ayu lembik mendaki..ehehe

    cantiknya pemandangan..subhanallah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha...model? kehkehkeh
      terima kasih ye.

      ciptaan Allah memang indah

      Delete
  23. untuk komen yg pertama ni. aku suka gambar no.14--> sangat creative! terfikir juga korang nak buat mcm tu time sejuk2 atas puncak gunung :)

    untuk gambar yg lainnya aku komen esok-esok sebab dah jam 3.34 pagi dan aku kena kerja sekerat hari lagi esok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terketar2 juga nak kawal tu sis hahahaha

      ok teder hal la sis.
      Nong Andy: apa email anda, boleh beri tak?

      Delete
    2. boleh. cari fb saya : mimie nong andy
      kamu ada fb kan. sila la add :)

      pic no.7) cool, tawan puncak kinabalu dgn jari :)

      Pic no.26)sungguh curam, siapa nak lompat gaya bebas?? hehe..

      Pic 27)memang cantik

      Pic 31) titi itu buat kaki aku rasa ngilu hehe..

      Pic 34)Pokok Otai memang cool. pandai ko bagi nama pokok tu :)

      Pic 36)aku suka gambar tu.. hutannya.. jalan papannya. cantik!!

      Pic 38) walaupun hanya gambar jambatan/kayu berlumut. aku rasa gambar itu ada 'sesuatu' yg tersirat :) hehe.. mengadakan aku :p

      *Ini Komen pada jam 3.25am :)

      Delete
    3. ok.

      7. terima kasih

      26. kalau lompat pun belum tentu selamat

      27. terima kasih sis

      31. itu bakal aku cabar di masa hadapan nanti

      34. hahahaha sebab memang dia sahaja yg tumbuh ditenagh2 jalan sepanjang laluan pendakian

      36. jalan papan tu aku juga tidak tahu kenapa dibuat begitu? dibawahnya tiada pun air. apa motif pun aku tidak dapat tangkap.

      38. Ntah, mungkin juga


      * pergh....lewatnya tidor? masa time begini mmg aku dah tidor tapi nasib semalam ada Final juara2 bola.

      Delete
  24. ok.serius jeles.cantik sgt.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu. jangan jeles2 ok.

      eh kenapa aku tak dapat nak ke anda?

      Delete
  25. wow!!
    perlu stamina yang kuat ni..
    ehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu mie...tapi tak perlu lah cari stamina sampai mcm nak climberthon tu.

      Delete
  26. jelesnya.. >< teringin nak daki gunung kinabalu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom tahun depan amacam nak follow tak?

      Delete
  27. habis dah baca semua entri Kinabalu.
    terbaek Bro!
    cantekkkkkkkkkk gambar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAAuuuummmm.......! AAuuum...Auumm..!!AAuuummmm...!
      ( salam kenal sis, terima kasih sudi baca, mcm hampeh je sebenarnya. Terima kasih & i follow u terus - sarikata utk bahasa singa diatas)

      Delete
  28. gambar 44 dengan lima sangat awesome and gambar cantuman duit seringgit tu...
    wa sangat speechless...
    lawa dan indah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih TH, terima kasih
      mmg indah ciptaan ALLAH

      Delete
  29. perghh bestnya dapat hiking... subhanallah lawa sungguh pemandangan atas gunung...

    ReplyDelete