Saturday, 5 May 2012

Menanti

17.04.2012   

2230Hrs - Naik bas Tranasional dari Manjung ke Pudu Raya,Kuala Lumpur.
0200Hrs - Sampai di Kuala Lumpur, ibu Kota Malaysia.
0230Hrs - Check In Hotel di sekitar area Brickfield (tak ingat sudah nama hotel tu)
0630Hrs - Check Out, Dan terus menuju ke KL Sentral yang tidak berapa jauh di seberang jalan.


Dari permulaan sampai selamat tiba di Kuala Lumpur, wa hanya tidur sahaja didalam bas, kerana itu adalah aktiviti yang sangat menarik bila memulakan perjalanan diwaktu malam dengan pengangkutan awam. Bila hampir tiba di Kuala Lumpur, wa bermasej dengan  Lady W  untuk mendapatkan sedikit info, ye lah malam-malam buta, wa pun kabur kat mana nak tidur dan rehatkan badan, kemana hala tuju, (Terima kasih kerana sudi membantu walaupun ia sekadar info dari SMS) 

Dengan bantuan dia lah, wa dapat meneruskan perjalanan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dapat sambung tidur diatas tilam,memang lega... Seawal jam 0630hrs lagi wa dah check out, dengan rehat beberapa jam sahaja,ianya sudah cukup untuk wa kembali beraksi meneruskan kembara wa ini. Destinasi berikut(setelah segar kembali) adalah KL Semtral. kerana disitu senang wa nak naik bas sekali lagi untuk terus ke LCCT. yang haramnya seawal pagi begini megapa warung-warung makan tak buka? terpaksa menunggu lagi,perut memang lapar sangat masa tu.Wa merupakan pelanggan pertama cafe disitu (cafe apa ntah kat bahagian atas sekali. wa percaya orang-orang KL mesti tahu) 


 18.04.2012

1. Bosan menunggu...jadi wa snap dahulu apa yang patut sebelum warung makan pagi tu buka sepenuhnya

2. seawal jam 0700 pagi pun dah ramai yang bergerak aktif dalam Kota nie

3. walaupun lancar tapi ia masih sesak dimata wa....(wa amik gambar ni dalam bas dari KL Sentral menuju ke LCCT)



Jadual penerbangan wa adalah jam +-0900Hrs, nasib baik wa dah web check in awal, dibuat sampai disana kaunter tutup,kan dikira naya jer tu. Di LCCT dan dalam Kapal Terbang tidak lah ambil gambar, bukan apa sebenarnya, cuma rasa teruja tu dah tiada. Bosan!Sambung tidur lagi bagus.


Jam 1120Hrs wa selamat sampai ke bumi dibawah bayu, hanya bermodalkan RM1.00 sahaja wa boleh sampai ke Kota Kinabalu, sebenarnya ada pilihan lain iaitu dengan naiki teksi, bayar sahaja RM30.00 disebabkan bagi wa, ianya tidak berbaloi jadi...wa pilih bas untuk kesana,kerana ianya murah. Janji sampai.


Sampai di bandar, perkara pertama yang wa cari ialah kedai makan. jadi merata lah wa berjalan menggunakan kudrat yang ada mencari warung. Sambil jalan-jalan wa ambil gambar. Sambil tu juga tegur-tegur orang tempatan bertanyakan arah tuju. Apa arah tuju wa, wa sendiri pun tak tahu kerana yang pasti wa sedang menuggu kawan dari semanjung tiba di Kota Kinabalu ni, kami datang secara berasingan tapi janji jumpa pada 18.04.2012 di Kota Kinabalu.


Sudahnya sampai ke malam wa tak check in mana-mana hotel. Bayangkan dari jam 1120Hrs sampai 0000Hrs wa tunggu mamat sorang ni. Siot betul.


Kenapa wa tunggu begitu lama, kerana wa ada seorang kawan dari semenanjung telah selamat sampai di Kota Kinabalu,tapi...tidak tahu nak SMS atau telefon wa sebaik sahaja tiba pada jam 1900Hrs. Bahkan beliau boleh layan menonton filem dahulu diwayang di 1 Borneo bersama rakanya yang menetap di Sabah.
Faking betul, nasib Sabah ni menarik,kurang sikit rasa bosan menunggu.
4. di area water front 
5. sambil jalan-jalan, ternampak mamat sabahan ni mengail disitu, jadi apa lagi wa tegur dan melepak sama sambil perhatikan suasana alam pada jam 1500hrs
6.  Orang disini bawa bot laju-laju, macam nak berlumba pun ada
7. Kira port nelayan kot kat sini...sebelah area kapal tu adalah pasar filipin, macam-macam ada beb
8. inilah hasil mereka ketika mengail. ikan apa jangan tanya wa, wa tak arif dalam jenis2 spesis ikan ni
9. 2 orang mamat sabahan ramah, terima kasih kerana sudi berbual tentang masa depan dan melepak bersama wa. walau hanya dapat ikan kecil 2 ekor 

Setelah wa tinggalkan mamat sabah tu tadi, wa meneruskan lagi perjalanan menuju sekitar pasar filipina tu. Alah.... bukan jauh mana pun sebelah water front jer pun. Tapi dengan memikul beban dibelakang, membuatkan wa rasa haus sangat setiap kali melangkah.
10.
11. ternampak pula orang jual air kelapa
12.  jadi....wa pilih satu sambil pekena air kelapa muda, sambil berbual panjang bersama pakcik penjual kelapa muda tu
13. Nah.....kat belakang tu banyak lagi. dan sederet baris warung semua jual air kelapa. kat hujung-hujung pula baru ada macam kuih-kuih macam keropok.
14. sesi punggah barang sayur-sayuran untuk di jual di pasar

Selesai wa habiskan air kelapa dan isinya, wa meneruskan perjalanan entah kemana hala tuju. Pasal bosan wa terus kan perjalanan untuk melihat apa yang ada lagi di bandar ni.

15. melepak kejap diatas jejantas
16.
17. kat sini pun wa singgah sambil layan berbual dengan orang-orang tempatan. ramai juga pelancong datang melepak petang-petang disini (nama tempat wa tak tahu.)
18. Orang kuning kecil
19.  bangunan MetroJaya tu lah Suria Sabah
20.
21. layan senja di belakang Suria Sabah
22. jesselton point
23.pintu utama masuk ke Jesselton Point
24. Sekitar Jesselton point
25.  hanya beg sahaja dapat mewakilkan susuk tubuh wa didalam gambar.
Wa tunggu di Jesselton Point ini dari senja sampai jam 0000Hrs sebelum kawan wa dan kawannya tiba untuk ambil wa, nasib baik kawannya pelawa wa tidur dirumahnya....kalau tak saja kena hentakan maut dari wa. Apa yang wa buat disini.  hanya makan, minum, perhatikan gelagat orang yang datang dan pergi, hisap rokok hampir 2 kotak. Minum nescafe ais bergelas-gelas dengan badan dilapisi peluh yang sudah kering.

44 comments:

  1. Sabah salah satu negeri yang cik ina teringin nak pegi, InsyaAllah tahun depan kot pegi sana. Bila baca blog -blog yang bercerita pengalaman dorang kat sabah, lagilah cik ina teruja : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi, jangan tak pergi....sangat rugi jika tidak kesana. :)

      Delete
  2. wow.. aku terpukau dengan gambar senja itu..

    *kamu memang frenly, mudah saja dpt kawan berbual dengan si pemancing itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ramai lagi sis, pakcik yang jual air kelapa (orang suluk pengakuan dia). orang-orang sabah sekitar area depan patung todak tu (agen ke pulau2). orang di perhentian teksi di kampung air, kedai dobi di gaya street, makcik yg berniaga kedai makan di pasar sabah, dan seorang brader agak berumur di luar pintu hadapan PUB besebelahan Jesselton Point tu.

      Delete
    2. :)

      sebab tu nama tempat tu pasar filipina, sebab ramai org filipina sana- suluk- suku dari filipina. ada yg dtg secara halal dan ada yg secara haram. ada yg ada i.c dan ramai juga yg tiada dan ada yg i.c beli :(

      tapi kalau suluk, muslim. kalau visayah atau tagalog, non muslim.

      wah.. kamu betul2 jelajah area k.k :)

      Delete
    3. owh baru sya tahu. boleh la itupun tak habis explore pasal keletihan.

      Delete
    4. Seronoknya dapat berjalan2 sambil tambah ilmu.

      Delete
    5. ya menimba ilmu melalui pengalaman.

      Delete
  3. Replies
    1. set tarikh...kumpul duit...pasti boleh!

      Delete
  4. Replies
    1. tapi aku tak suka semua gambar pasal ke laut. sangat penat berjalan jadi mood ambil gambar lari

      Delete
  5. Lamanya awak tunggu kwn tu..sabar sungguh!

    *gambar2 ni mengembalikan ingatan saya pd kk. Teringin nk pegi lagi..ada misi yg blm selesai..naik keretapi..nk lihat2 kehidupan msyrkt sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... naik keratapi pun adalah misi seterusnya. jelajah sabah!

      Delete
    2. mmg kena sabar menunggu...terpaksa. marah2 pun tak guna sis

      Delete
  6. kesian betol lah...

    umpan yang kaler merah tu..apa erk?,..macam cacing je..

    gambar senja tu yang paling indah sekali...
    unik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada juga orang nak kesian pada diri ini
      terharu (kejap)

      yg merah tu umpun2 tak silap @cacing laut

      terima kasih sis

      Delete
  7. suka gambar 21 dgn 24. hehe
    wah2... buat apa di sabah? makan angin yea.. hilangkan tension? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih reen, hahaha apa aku buat disana, aku jumpa jodoh aku disana (chit...)
      apa lagi megembara tengok negeri orang ler

      Delete
  8. fuyoo..
    xpernah sampai sabah lagi..
    hhehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal bro...

      pelan2 kayuh...hanya perlukan target sahaja untuk kesana

      Delete
  9. member tu dah jumpa sumandak Sabah ke sampai lupa member?keh keh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua pun jumpa sumandak juga.....hehehehe
      tapi takde la sampai kena tunggu dari pagi sampai ke malam

      Delete
  10. Chanteknye permandangan...belum sempat berkunjung ke sana lgi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala ciptaan tuhan memang cantik, dan ada kecantikannya tersendiri

      Delete
    2. datang lah berjalan2 makan angin ke sana.

      Delete
  11. Interesting travel logs bro.
    What I would love to know more are the stories about the people you met. I suppose it would give more substance to your beautifully captured images :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ bro.

      too many stranger i met, too many story to tell,just only one i can describe about sabahan people is

      most of them are pretty, friendly, cool,kind and nice.

      Delete
    2. jom photoshoot di sabah bro. boleh tunjukan ajar sama teknik ambil gambar. :)

      Delete
  12. enjoy la baco journey lu bro...:) gambar2 tuh semuo cantek2 belaka...sure camera mahal nih...:)

    thx yer bro pasal no fon tuh...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera DSLR amik paling beginner punya. tak mahir mana lagi pun bro

      Delete
  13. Hwaaa Bro pic no 18 tu comel jer orang kuning berjalan dan pic no 8 tu motip lu snap pic cacing ke sotong yang belah kiri sekali tu? Dan brader tu macam pegang underwear warna hitam??? Ke mata aku yang rabun?

    Sorry that day tak dapat tolong penuh sebab dah larut malam...hukhuk kek cekelat tu ada gua prepare sebenarnya! Dulu kat KL Sentral tu ada satu kedai makan nama 'Warung Kopi' tempat gua lepak..tea tariknya meletops dan murah tapi dah tutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no.8 tiada motif, cacing laut,ruat

      brader tu pegang beg plastik hitam, dalam ada mata kail dan tali pancing


      kira ok la tu dapat serba sedikit info nak gerak,kira dah byk juga membantu. kalau tak terpingga-pingga juga malam2 buta.

      Delete
  14. huhu... sabar ye u, una faham sangat apakah perasaan penantian satu penyiksaan itu.. ~iskhh lari dulu cari tisu ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sangat2 seksa...ingat masa tu dah nak pi check in hotel jer. badan dah penat, kaki dah panas dan letih(berkasut dr pg sampai mlm)tapi.... disebabkan ada misi terpaksa juga menunggu

      Delete
  15. wahh bro,rajin jalan ye..jalan tempat sy lagi tu,sy pun jarang shoot kat sana..untunglah jadi anda ni,sering jalan setiap masa..ada masa roger2lah bro,tkde benda menarik nak shoot kat sni^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah archie org KK? naper tak bagi tahu bro.

      jom KK kembali.

      Delete
  16. pic2 atas semua ni mmg cantik...
    semakin saya tak sabar nak balik... rindu sama kk...

    depan pasar filipin tu ada hotel murah khas tuk pelancong... tapi kalau tido rumah member free... kira berbaloi la tunggu lama... hikhikhik... jgn marah...

    ni baru area kk... kundasang mesti p kan??? 'rumah terbalik' ada tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan org kampung jer tak sabar, aku pun tak sabar nak kembali jejak kesana sis.nasib dapat tido free kat rumah member atas member.

      rumah terbalik hanya lalu jer...maklum lah pakai public transport saja.

      Delete
  17. gambar 8 : cinabeng, nasib baik gua takde time tu. kalau tak, mau gua tak nak balik semenanjung. ikan yang tanda tu namanya ikan tanda, tapi bila besar orang panggil jenahak. ikan gred A tu!

    kerja upgrade kat airport dah siap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua pasti lu tak akan mahu balik punya lah. owh mulai sekarang jika wa ada ragu ttg ikan, lu akan jadi bahan rujukan.

      airport mana? jika di KK sudah bro

      Delete
    2. gua bukan ensiklopedia hidupan marin la... last time gua pergi, serabut tengok airport KK.

      Delete