Thursday, 22 March 2012

Utamakan Keselamatan

+- 0900Hrs    21.03.2012
Lokasi : Dalam perut kapal - Jentera Injin Utama


Sedikit malang menimpa pada salah satu anggota jari kiri wa, pada pagi hari tadi. Kejadian berlaku ketika wa sedang membantu membuat kerja-kerja di salah satu jentera didalam kapal untuk dibaik pulihkan. Wa memberi sedikit sumbangan berupa tenaga pada kawan-kawan lama yang dahulunya kami bersama-sama bekerja sebagai tukang jahanamkan kapal-kapal dagang yang datang untuk diperbaiki.

Sebenarnya ia bukanlah kerja-kerja wa, sepatutnya wa hanya memantau dan memastikan Inspection jalan dengan lancar (lebih kurang begitulah) tapi disebabkan secara kebetulan wa bertemu kembali dengan kawan-kawan lama dari Johor yang dahulunya dilatih menjadi 'badang'.Jadi wa dengan rela hati untuk turut serta membantu membuat kerja-kerja yang sedang dilakukan. Memang itulah budaya kerja yang diterap dalam jiwa  kami semua semasa bekerja di sebuah Limbungan Kapal di Johor dahulu. Tapi yang sialnya pula, sedap-sedap wa menolong buat kerja. Jari tengah tangan kidal wa pula yang jadi mangsa menjadi makanan pada tukul besi 10 pound. (nak tahu search jer google bagaimana rupa hammer 10 pound tu) hasil dari impak pantulan ketukan.
Jari tengah tangan kiri wa tersepit diantara pipe dan round bar. Hasilnya jari tengah tangan kidal wa terasa sedikit kebas dan sedikit berdarah mula mengalir di permukaan kulit. Jahanam..... nasib sedikit sahaja kecederaan yang wa alami. sempat juga 2 titis darah wa menitik jatuh kedalam lantai kapal.

Bangun meninggalkan kerja-kerja tersebut dan bersihkan saki baki darah yang ada dijari selepas ia mula mahu membeku dengan pakaian overall wa (sebenarnya hanya kesatkan sahaja pada pakaian). Terasa sedikit kebas dan wa cuba menggerakan kesemua jari jemari tangan kidal wa besrta sedikit ururtan lembut supaya ia berfungsi seperti sediakala,malangnya jari tengah tangan kidal wa tetap berasa perit.mahu membuat genggaman pun tidak boleh.
Lantas wa berdiri di tepi sudut mereka bekerja. apa yang boleh wa buat adalah memerhatikan sahaja  tak ubah lagak seperti mando estet sehingga kerja-kerja selesai dengan raut wajah ala-ala gagah menahan keperitan setelah alami sedikit kecederaan.


Di permulaan mahu membengkak pandangan sedikit atas

dari pandangan sisi.


* selepas ni tak mahu buat kerja-kerja orang lain selain dari kerja wa yang telah ditetapkan oleh syarikat
* Jari tengah tangan kiri wa disaat ini kelihatan sangat gemuk membengkak. Harap2 ia kembali normal selepas bubuh minyak gamat
* kalau tak baik juga,wa nak pergi buat x-ray
* Gambar diambil dari telefon bimbit berjenama Nokia
* Terasa nak sumpah dan maki-maki sahaja kapal ni dengan kata-kata kesat. Tapi tak jadi lakukan sebab ia membuatkan wa kelihatan seperti manusia tidak berakal.

88 comments:

  1. aku dulu penah keje kat kilang plastik...tanpa proper HSE....adoi...bangang nyer la aku masa tu...boleh putus tangan! nasiblaaa takde pape...haha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa khabar bro?sihat? hoho

      Delete
    2. nasib xde pape....aku pun baru boleh mengerak2an jari jemari tangan kidal ni
      skrg kembali sihat dah

      Delete
  2. mayday, mayday! ini boleh mencetuskan satu pandermik seluruh negara! baik lu mintak mc barang seminggu dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa! menikmati mc adalah sesuatu yang berbaloi kalau sakit tu macam kena cubit semut. tapi kalau parah... alamatnya ejen insurans la yang kita cari. ohya, yang ni boleh claim ke?

      Delete
    2. SM: tak dapat claim pasal diluar bidang kerja aku...hahaha gatal2 tolong member lama.
      konon2 nak beri tahu yg skill aku blom hilang lagi la...

      Delete
    3. ya, skill belum hilang. nyaris jari nak hilang!

      Delete
    4. hahahaha....itu lah. lepas ni tobat nak buat lagi dah, dtg jengah tgk2 aja sudah

      Delete
  3. Replies
    1. mmg sikit bagi hero mcm daku ni hahaha tapi masalahnya nak cebok sgt payah

      Delete
  4. Mesti sakit amat tu..
    Nasib tak jd sesuatu yg lebih buruk, bkn bidang tugas..takleh claim apa2 plok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu mmg nasib masih ada menyebelahi aku sis huhuhu

      Delete
  5. Nampak sakit tu. Haha. adalah satu kebiasaan bila kerja tu dah lama tak buat, accident mesti berlaku ennn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la nak buat camne bro huhuhuhu dah kena,kena juga kan.

      Delete
  6. mesti sakit giler kan....
    tulah kalau berhati2 di jalan raya....
    tapi benda nak jadi kan.....
    nak buat macamana...
    lain kali duk diam je takyah nak ngada2 buat keje orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha part baris ayat yg last tak tahan.... spesis ringan tulang mmg begini la sis

      Delete
  7. oh my....pergi kinik jugak lew tkut pape jd di kemudian hari...

    psss....i have meet a case behind the scene before...kinda similar....tpi dia cedera coz men ragbi...

    ReplyDelete
  8. erk ngilu... take care ye TP..kalau xoke jgn lupe cek doktor tau!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih emy
      jumpa doktor gamat jer hahaha 65% baru nak baik

      Delete
  9. oh my my my.
    heavennnnn.hahah kan kan...biasa gamat ok da tu.
    makanya,utamakan keselamatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ya sunggu heaven sis. terasa nak menjerit masa tu. tapi kaber line hahaha

      Delete
  10. waaaa...mesti sakit kan? dah nampak bengkak dah!
    jangan sumpah2, nanti lambat baik jari tu..;-)

    ReplyDelete
  11. erkk..
    kesiannya..
    tak apa, lelaki mesti tahan sakit kan? :)

    ReplyDelete
  12. Ya Rabbi bro, lu berangan ke sampai terketuk jari tu..isk ngeri aku wehh..sumpah aku allergic kalau bab jari tercedera ni..jari asset aku..kehkehkeh...tak dak jari hantu dan jari telunjuk memang aku x boleh buat kerja...jari lain pun berharga juga tapi dua jari kiri kanan ni adalah yg paling maksimum aku guna...lain kali jaga jari jaga diri bro! Mayday! Mayday! Hahaha..SM ko memang saja nak usha TP ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha biasa la malang tak berbau sis.
      yup tgh jaga diri ni,terima kasih sis

      Delete
  13. ni dah pakai PPE betul2 ke tak ni?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pakai dah....tapi impak dia lebih power dari kehebatan glove tu

      Delete
  14. kihkihkih
    nampak tembam ja jari lepas tersepit

    ReplyDelete
  15. jangan nangis... buktikan yg anda Power!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana ada nanges....gelak2 ada lah. gelak utk hilangkan rasa sakit.sekali sekala saja masih terasa kebas2

      Delete
  16. Erk? Scary gak tgk jari yg bengkak tu. Tapi agak2 ade nasi yg kua tak dr jari ko yg bengkak tu? Hahahah! Ok. Aku melawak je. Heheheh....

    Mak aku dulu, klu aku luka ke, tersepit ke atau ape je...1st thing die tny aku - ADE NASI TERKELUAR TAK DARI LUKA TU? Klu aku kate takde, dia jwb - SELAGI TAKDE, KIRA OK LAGILAH TU. KLU ADE, BGTAU MAK, T MAK ANTA SPITAL.

    Erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa butir nasi baru boleh dianggap parah? (keliru aku)

      Delete
    2. hahaha MF klakor ar...



      SM: parah boleh dikira melalui nasi ke? aku pun keliru bro. kena study ngan MF ni bro

      Delete
  17. kesianyaaaa..

    mcm sakit sgt je..g la hospital!checkk..y pnting checkkkkkk..takut retak ke tulang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah ira luka dan cedera sikit jer...dah jumpa doktor gamat dah
      dan hampir baik dah

      Delete
  18. tangan tu tuam air panas sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hani tq pada petua tu....tapi tak sempat nak buat la sis. hahaha
      pakai minyak gamat jer

      Delete
  19. macam epal....sgt comel! buat minda jd positif, tiada lg kesakitan.

    014...tekan2 x dapat "mayday! mayday!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha epal? ingat jari tu tuk dimakan ker yumida

      Delete
    2. bengkak tu comel semacam jer...cute like apple la :)
      dh ok ker blom jari tu?

      Delete
  20. ala sikit jer tu...dont be a babyla...he he...jangan marah haa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la sikit aje bro. masalahnya nak cebok pun payah...kena plak jari tgh.

      Delete
  21. aduhhhh, kesian lu bro.
    buat kerja di luar scope, pastu kena kemalangan pulak !

    pengalaman mematangkan kita bro. moga tidak terjadi lagi ekk di masa hadapan. kentut kadang2 berbau, tapi kemalangan konfem tak berbau huhuhu ...

    take care & have a great day !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq2 bro....hahahaha betul tu bro.aku sokong

      Delete
  22. safety first!

    jari skrg mcamana?harap2 cepat surut bengkak 2.kalau x kurang,cpat2lah jumpa doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis...dah surut dah lepas guna minyak gamat

      Delete
  23. Replies
    1. mmg sikit jer sis...tapi masa kaler dia warna biru2 sikit dan makin tembam rasa mcm haramjadah jer....
      takpe dah baik 65% skrg nie

      Delete
  24. beringat sbelum terkena selepas ni k^^ jaga diri bro^^

    ReplyDelete
  25. Replies
    1. hahaha nak tak nak mmg kena bersabar pun sis

      Delete
  26. kau dok ingat kat aku ea?? tu yang terketuk jari sendiri tu....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ah aku teringatkan ko....pasal teringatkan ko la jari aku terketuk tahu dak...bak sini jari ko ralph.

      Delete
    2. ingatan ape la yang membuatkan sampai terketuk jari tu ea? hahaha jari aku kecik la, mane sesuai dengan kau..nanti nampak lagi pelik..alalala kesian dia, jari bengkak sikit je kot tapi dia punya peminat yang wish semoga cepat sembuh punya lah ramai..hebat la telor..(tepuk tangan)

      Delete
    3. perlu ke tepuk tangan. siot. itu tandanya mereka take care sama aku
      Hahahahaha..

      Delete
  27. pandangan sisi kelaut eh? haha takpe, kite boleh imejin.

    sikit je tu cederanya. esok baik le tuh. pi taruk minyak gamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah taruk minyak gamat. fuh mmg berkesan la tak payah jumpa doktor

      sikit??? boleh la....

      Delete
  28. ps....camne ngn jari? dah ok x?atw masih sakit2 lagi?

    ReplyDelete
  29. itulah namanya malang tak berbau. sabarlah. :)

    ReplyDelete
  30. salam ziarah...hati2 bro...tolong menolong nilai murni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal sis
      terima kasih eh dtg,

      Delete
  31. datang jenguk sini..
    tangan sakit lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup hari nie baru dapat on9 mcm biasa.
      sekarang jam0318 pagi 25hb 03. dah hampir nak baik sepenuhnya

      *jam di ruangan komen ikut mana ntah....lari kelaut terus

      Delete
  32. la ciannya.bertabah ye : ) tengok jari ko bengkak cik ina teringat 2 tahun lepas bangun dari tidut cik ina nengok jari cik ina bengkak, terpaksalah arwah adik potong cincin cik ina sebab cincin tu himpit jari, rasa sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik boleh plak mcm tu sis...selesa ke pakai cincin masa tido tu??

      Delete
  33. laaa kesiannya dik. kejadian tragis nie...huhu harus jd sejarah dlm ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg akan ingat sampai bila2 sebenarnya dah byk kali kena. cuma gap antara masa kena dahulu dan sekarang sgt lammma/ ada la 7thn dahulu(kkalau tak silap)

      Delete
  34. dah g check blom?

    g hospital sekarang!!!!!!


    dah besar sgt ni takkan takut g hospital lagi kan?heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nk baik dah ira,,,,, tak payah pi sepital pun huhuhu
      jumpa doktor gamat jer

      Delete
  35. besaunye bro... huuu. rehat laaa.. bukan bidang kita..

    jom tambah ilmu.=)
    sambungan ...
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html

    ReplyDelete
  36. huhuhu hati2 semasa bekerja. ni mesti hilang fokus la ni. huhu

    ReplyDelete