Friday, 2 March 2012

RINDU...

01 March 2012        0600hrs


Pepagi buta lagi wa dikejutkan oleh satu bunyi deringan yang tak asing bagi wa menusuk bingit ke telinga, memang wa cam sangat bunyi deringan tu. Nak angkat menjawab panggilan tu wa berasa malas sangat bagaikan ada satu bebanan seberat 60kg berada diseluruh badan menghempap wa, sudah la telefon bimbit yang 'tercanggih' tu berada nun jauh diatas almari kecil yang diletakan disatu sudut didalam bilik.Wa ambil keputusan untuk mengabaikan deringan telefon bimbit 'tercanggih' tu.

Suasana kembali tenang seperti hari-hari sebelumnya. selang kira-kira tidak sampai 1 minit kemudian, deringan dari telefon bimbit 'tercanggih' wa kembali memekak. hadoo.... nak tak nak wa terpaksa mengangkat panggilan tersebut. terdetik seketika di hati, manalah tahu ianya satu panggilan kecemasan dari kampung atau panggilan dari sahabat rapat yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. wa ambil keputusan bangun segera untuk mendapatkan telefon bimbit 'tercanggih' wa tu.

Terpapar di skrin telefon bimbit 'tercanggih' wa, nama seorang sahabat dari daerah Johor. Dalam hati wa, apa yang berlaku nie? apakah malang yang menimpa kepada sahabat seorang nie? wa tak fikir panjang terus menekan butang berlampu hijau untuk menjawab panggilan dari sahabat jauh itu.

Assalamualaikum bro?


walaikummusalam.
ada apa nie pepagi buta lu call wa? ada apa masalah ke, bro? gua menjawab dengan nada agak malas-malas ketika itu


wah wah! lu...., gua call nak tanya kabor kawan2 salah ker bro?, lagipun gua nak beritahu lu satu perkara agak penting nie?


Apa!! penting!! eh apa dia, cakap lah. lu buat wa saspen ler.... wa sedikit terkejut mendengarnya


Lu apa kabor bro? 
Gua rindu sangat sama lu la buddy, jom pi diving nak? 
Tak jauh.....dekat Koh Samui sana, gua takde buddy nak dive la. angin tengah cantek nie bro.... ada bran? kalau jadi wa bagi detail kat lu melalui e-mail, amacam??? dibuat dengan nada mengada-ngada, yang kononnya boleh meracun fikiran wa, mana taknya wa juga merupakan salah seorang diver yang juga ketagih untuk menyelam ke dasar laut melihat keindahan ciptaan Tuhan seperti penyelam2 lain.

Tapi.....disebabkan tidur  wa diganggu, secara autonya perasaan wa terus bertukar
dari perasaan terkejut wa mahu ketahui perkara penting itu tadi telah berubah menjadi kepada sedikit kemarahan dan rasa nak mencarut2 dipagi hari. Tapi wa batalkan niat mahu mencarut tu...dibuat jiran tetangga dengar tak ke nanti dorang tuduh wa gila, pepagi lagi dah mencarut-carut. tak ke malu nanti.


woi...setan jahanam, lu tahu tak sekarang baru pukul berapa? lu tak boleh tunggu wa dah masuk kerja dulu ke baru call, perangai lu memang bagi wa 'panas' la pepagi nie. wei....jam lapan wa masuk kerja, jam sepuluh pagi nanti call wa balik kalau lu nak wa jadi buddy lu. 
Assalamualaikum. balas wa dengan nada sedikit keras pada sahabat dari Johor tu tanpa menjawab kabor yang beliau tanya pada wa...




terima kasih pada member gua yg snap pic. ini ketika gua diving bersama buddy dive gua(org johor) dari open water-shore to jetty. kamera yg digunakan adalah canon ixus40




  • lu memang tak pernah tak menyusahkan wa la bro
  • pada dive2 master baik di pulau2 pantai timur,Malaysia mahupun di pantai timur Thai, lu orang bila mahu kirim gambor2 diving wa melalui email. dah makan tahun nie wa menunggu.jahanam betul la!
  • wa tak pernah ada 1 simpanan pun gambor semasa diving kedasar. memang Jahanam, harap janji manis aje la..
  • wa nak kumpul duit mahu beli underwater camera. 
  • Terima kasih pada sentuk kerana ambil gambar nie dan beri kepada wa suatu ketika dahulu di Kg.Salang, Pulau Tioman Pahang.
  • terima kasih juga pada yumida kerana menang dan dapat hadiah dari  cik ladybird dan juga pada kawan2 bloger semua, sorry wa ada urusan yang sangat2 sibuk kebelakangan ini.

48 comments:

  1. 1st!
    Damn jelessss!!!!!

    Waaa bro lu marvellous lah..hidup warna warni, ke laut ke darat ke hutan ke pekan...apa-apa hal kek cekelat lu dah berkulat tau tak!

    Okeh aku dah tak sesabo nak tunggu entry lu pi dive...jangan plak buat lupa2 hupdate...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek cekelat yg power dan terbaek tak akan berkulat dan rosak selama 10bulan dari tarikh ia terjadi.

      Bhahahaaaha....(betul ke?)

      Delete
  2. aha tuh la musykil. kot ye pun rindu tak boleh ke tunggu pagi sikit....hahaha!!

    tapi tu mungkin rindu yg dah tak tertanggung dah kot! *eiiii pelik no bunyik!~

    *itu le risiko kalau gambo kite ni ada kat camera org lain. harommmm la nak dapat. (terus godek album utk email gambo member yg bertangguh tak email2. dush!)

    ReplyDelete
  3. gambar diving tu terbaik...jeles pulak

    ReplyDelete
  4. hahaha lu punya aktiviti ni setail la bro.bila lagi lu mau pergi dive tu?

    ReplyDelete
  5. syoknya dive...
    boleh tengok indahnya dlm lautan.

    lps ni boleh jamu mata kami dgn hidupan lautan..

    *lama betul bertapa, baru muncul...Tea pun sama..sepi je.

    ReplyDelete
  6. tolong. tolong. tolonglah beli sebuah kamera under water hehehehe ... secepat mungkin tau ( :

    ReplyDelete
  7. wah...bestnya....semoga cepat membeli underwater camera....hehehe.....dah snappic jgnlupa upload utk tatapan yea...

    ReplyDelete
  8. lady W : alah sis , aku lagi jeles ngan ko, pasal leh jejalan sesuka hati ke eropah pada bila2 masa. biasanya tak hupdate pasal pergi bertapa dan bercuti lah kehkehkeh...

    time bercuti mmg jgn harap nak sentuh alat2 electronik nie


    GB : ini rindu nak dive sis,
    mmg mcm tu la, bila dorang email gambor2 kita pun tak tahu la...


    Edy Z : jom diving bro


    Mr.C : InsyaAllah sebelum puasa bulan puasa thn ni tiba. kali ni nak main area pulau di thai. kalau ada rezeki lebih boleh la. main jauh sikit ke Indonesia sana tu.



    Ujie : mmg seronok sangat mcm dunia fantasi. kalau nite diving lagi rasa fantasi lebih.
    InsyaALLAH, kalau dapat beli casing underwater takpun camera waterproft,dapatlah kita sama2 saksikan dunia dalam air .


    * bertapa utk selesaikan sedikit masalah hehehehe.. tea paling lama bertapa setakat ni




    Azizan : apakata, lu naik beskal ronda2 dunia malaysia nie sambil kutip derma utk wa beli camera tu.
    amacam??? bernas tak???



    Rietta : InsyaALLAH, amin....
    jom join diving sis.

    ReplyDelete
  9. Bro, aku nak dive peluang ada tapi masih trauma pasal arwah rakan yg baru meninggal dua minggu lepas akibat lemas ketika dive di perhentian...tunggu aku habis trauma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya bahaya dan risiko ada dimana2 sahaja. tambah2 kalau kita sendiri abaikan garis panduan keselematan yg ditetapkan.

      boleh cerita sikit tak sis, bagaimana kes member tu terjadi.

      ok habes trauma dah boleh roger tuk pi percutian2 ke pulau layan diving plak

      Delete
    2. Bro tak pasti, aku pun baca dalam paper jer...katanya dia lemas ketika menyelam bersendirian. Dan dia bukan x biasa perairan tu...dah ajal dia sampai kan...sampai kini aku berasa kalau bayangkan bagaimana ia berlaku...

      err bulan mac ni ko tak sibuk kan...nanti aku roger ko bro...:)

      Delete
    3. owh pasal cerita dlm paper tu member sis. fuh ada baca gak aritu....
      yup mmg dah ajal.

      yup tak sibuk...cuma sibuk dgn fitness jer,cari stamina
      ok2 apa2 hal roger la...

      tapi bulan mac mcm ada event hot air baloon di PutraJaya jer.

      Delete
  10. bestnya! akak yang merasa pengalaman snorkeling ni pun dah teruja, camnelah kalau dapat diving... lagi teruja patratos kali...heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sgt seronok kak....hidup umpama didalam dunia demensi fantasi.
      tenang....tenteram...dan stress pun release :)

      Delete
  11. mahal tak main benda ni bro?
    dengar perlu de lesen.btol x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr.C : bro mmg kena ada lesen, tapi sekarang dah ada pakej pekenalan ttg dive, so siapa yg berminat akan diberi taklimat dan latihan. kemudia diberi rasa pengalaman diving dibawah pengawasan dive master. dan bayarannya sekali mencuba adalah +-180 ke +-200,

      tapi kalau ambil lesen, ada pakej dia bro. dahulu aku ambil di Tekek,P.Tioman
      kena charge rm1300 termasuk challet untuk 5h4m, rent dive equipment, diving boat, exam dan tutor fee. makanminum tak termasuk juga boat transfer dr tanah besar-pulau-tanah besar.

      sekarang tak tahu la...hahahaa aku dah ada lesen nite diving dan lesen berkerja bro. malangnya aku tak dapat kerja tetap sbg diver

      Delete
    2. ooh cam setail.dier harga2 kat pulau2 yang berbeza harga lain lain ke same je bro?

      Rm 1,300 tu affordable.
      tu nanti ade lesen,kalau nak g dive,berapa pulak kalau bayar pastu?

      Delete
    3. bro tu rate dalam 2006 punya, sekarang tak tahu la....
      tapi bila dah ada lesen diving, rent equipment kat pulau biasanya dalam rm80, next day akan kurang sedikit dan makin kurang harganya..utk hari berikutnya. depend atas cara dive center tu bagi la....

      mula2 nak amik lesen jer mahal. lepas tu enjoy. murah.

      Delete
    4. jad yang recommended untuk ambik lesen tu kat tetek,p tioman la?alamak.tetek pulak!haha XD
      tekek,p tioman la? setailo setailo.dia awal2 tu je yang mahal kan?

      Delete
    5. hahaha...depend bro.
      nak amik kat mana2 pun boleh...tapi setakat nie kat kl pun ada kat klcc underwater worls tu
      nak sedap pi pulau lagi sempoi. pulau2 belah laut pantai timur la....


      tak semestinya tioman. pulau sibu boleh, pulau pehentian, redang, tenggol. nak sedap pi amik di sabah tapi fulus kena lebat la bro

      hahaha tetek, suka suki ubah nama dia hahahaha nasib dah buat correction disitu

      Delete
  12. teringin sangat nak ambik lesen dive...dalam maso yg samo cuak jugak buatnyer jumpo jerung ke..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahaha....mana ada lah perairan kita jerung disabah pun masih selamat lautnya PM, setakat ikan yu dan yu bodo adalah. yang tu ikan2 spesis jerung yg boleh buat berkawan. biasanya binatang didalam air ini tidak menyerang manusia walau pun mereka lebih besar dari kita. selagi kita tak ancam hidupnya selagi itu kita selamat. InsyaALLAH

      Delete
  13. kwn x penah lg join mende2 gini bang,nanti bolehlaa awk ajar kwn yek...
    huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayen...keh pun bukan pandai sangat. tapi kalo awok nak blajar kena pada yg pakar hanya level dive master ke atas sahaja. mcm keh bukan dop buleh ajor awok, tapi bakal hilang lesen diving tu. hhuhuhu...utk share2 pengalaman buleh la

      Delete
  14. aku berenang pun tak reti.
    dengki betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha klakor ar sis, aku pun tak pandai berenang asalnya. disebabkan raksasa korea punya abg yg bakor line, terpaksa aku balajar berenang, Alhumdulillah la sekarang dah pandai.


      *dak raksasa korea ada didalam entri 'domography'

      Delete
  15. Replies
    1. budak kecik! apasal ko nanges??

      Delete
    2. reendu kat korang. hihihihihi

      Delete
  16. hahaha..apa lg,search tenet sikit,amek gmbr pulau plg cun jd wallpaper pc,kasi semangat up skit nk g.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh.... tgk ditenet salah 1 cara yg bagus tuk beri semangat.tapi.....tiada feelnya sis

      Delete
  17. rendu kuasa infinity :D
    nama anda apa eh ? telur ? heheheheheheeh XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ye maii....
      nama saya adalah muhammad nizam tapi nama tu org tak panggil pun melainkan upacara formal
      biasanya mereka akan panggil nama gelaran dan mmg teramat femes dgn nama gelaran tu dari utara sampai ke selatan tanah semenanjung

      Delete
    2. Saja nak tahu. Iya la sebelum ni maii tatau nak panggil apa. ingatkan telur tu nama blog. sekarang dah tahu so terima kasih abang telur hehe :D

      Delete
  18. steady la pic tu..unik....di mn2 jer kan..klik jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yumida TQ2, selagi boleh click

      Delete
  19. haha..maunya tak marah bila pagi2 buta call sbb nak ckp psl tu je ek..gaya mcm penting je tp mgkin org johor tu dah xsbr2 ko + excited..ngee

    maafkan la dia yea..

    bila g dive?nak ikotttt ;p

    suka pantai tp takut air..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak tahu lagi ira, biar member yg buat keputusan, lagi pun kalau nak dive tuk tahun nie kena bawa kakak n husband dia, pasal mereka juga spesis ketagih ngan scuba diving ni.

      nak ikut ker??? jom.

      Delete
  20. klo camera tu leh masok lam air...sure awesome pic...nice la kaki korang..cam ikan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,,, kaki mcm ikan, ikan pun lari tgk kitaorg tahu...cis!!!

      Delete
  21. pagi2 lagi dah marah2..rezeki tak masuk tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh macam tu plak...setakat nie kalau malas bangun pagi je yg rezeki jadi mahal.tak tahu plak kalau marah pepagi rezeki juga jadi mahal gak.


      TQ eita dtg singgah ke mari. :)

      Delete
  22. mahal x ek kamera yang leh masuk dlm air tu?
    beli cover je kan?
    pernah kwn ckp ritu.. tp ingt2 lupe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. camera underwatertak pasti mahal ke tak. tapi kalau casing DSLR tu sah2 mahal giler.
      adda gak aritu google jap. harga tak ingat. casing aje kot

      kalau kawan LB ada tahu kat mana ada jual murah2 nanti inform la ye

      Delete
  23. lom terfikirlagi nak cari camera dalam air...DSLR yang adooo pun tak habis guna lagi kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita...tapi lagi bagus ada sendiri punya underwater casing, pasal boleh guna DSLR dlm air nanti. lagi pun byk diver2 di pulau2 amik snap pic jer lebih, bagi gambo tak mo. cis....penat pose dlm air pelbagai cara.

      Delete
  24. Truly when someone doesn't be aware of afterward its up to other users that they will help, so here it takes place.


    Here is my web-site - Cheap Seo Packages

    ReplyDelete