Thursday, 8 March 2012

Mimpi Indah

Tahun lepas, wa tak ingat bulan bila ianya berlaku.


peristiwa yang tidak mungkin wa harap ianya berlaku, kecelakaan ini terjadi disebuat kampung nun disalah satu puncak banjaran titiwangsa, iaitu di salah satu kwasan penempatan diatas gunung didalam negeri Pahang.
dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, wa awal2 lagi dah terbayang suasana kampung yang penuh dgn udara yang masih ada segarnya dari pekan manjung ni.
Bayangan itu semua memang terjadi secara automatiknya didalam otak wa dikala setiap kali wa mahu pulang ke atas gunung sana.bukan sahaja otak malah jiwa pun turut sertai sama. cilake, perangai macam budak2 lagi.

Kali ini wa balik beseorangan tak seperti sebelumnya, wa pergi dengan menaiki bas dari Ipoh. dari Manjung ke Ipoh wa tumpang member biasalah barulah ia dikatakan berjimat sambil mengurangkan pencemaran udara,walaupun tak banyak sekurang-kurangnya ada juga sedikit. Suasana di terminal bas Medan Gopeng masa tu agak kurang sibuk dan selesa. Wa pergi beli tiket dikaunter dan terus naik bas,  melabuhkan punggung dan terus duduk di seat yang nombornya sama dengan nombor yang ditulis pada resit bas. selok kocek seluar sebelah kanan pada bahagian depan,ambil telefon bimbit, tengok jam...owh lambat lagi rupanya bas nak bergerak untuk memulakan perjalanan,berbaki lebih kurang 40 minit tapi..... kenapa bas yang bakal membawa wa ini,pemandunya kelihatan tergesa-gesa untuk memulakan perjalanan? Riuh si pemandu memanggil penumpang2 yang  lain untuk segera masuk naik kedalam bas. Sekejap dia melaung dari dalam bas, gila bapak kuat suara dia. sekali sekala si pemandu bas tu menekan hon berkali-kali. Wa peratikan sahaja gelagat pemandu bas itu dari sudut tempat duduk.


'Ah lantak lah...janji sampai kampung dengan selamat sudah dikira cukup bagus'

Selang beberapa minit kemudian, si pemandu bas nampaknya sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. para penumpang semua sudah berada di tempat duduk masing,walau penumpang bas kali ini tidak penuh.Bila bas memulakan perjalanan, dengan automatiknya wa mematikan telefon bimbit untuk mengelakkan dari di ganggu SMS dan panggilan yg masuk. baru dapat tidur dengan aman. malah wa balik kali ini pun wa tidak beri tahu pun keluarga tentang kepulangan wa ini, baru la surprise sikit.

Perjalanan hanya mengambil 2jam setengah sahaja, itupun jikalau jalan tidak sesak dengan kehadiran para pelancong,setiba hampir di kawasan rumah, wa terjaga dari tidur, wa bingkas bangun dan menuju kearah si brader pemandu bas, sembang-sembang seketika untuk memberitahu padanya supaya turun kan wa di depan pandang golf. Brader pemandu bas angguk tanda setuju dan faham.

Perasaan gembira terbit di dalam jiwa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bas berhenti di tempat yang dinyatakan. wa turun dari bas dengan senang hati kerana sudah sampai di kawasan rumah.Wa berdiri tegak perhatikan bas yang wa naik tadi berlalu pergi menuju ke destinasi berikutnya. Toleh kanan, toleh kiri dan toleh kanan kembali tiada sebarang kenderaan ...masa yang sesuai untuk wa melintas ke seberang jalan sana. Kepulangan wa tanpa diketahui oleh ahli keluarga sudah cukup membuat sedikit kejutan pada mereka, wa sengih sendiri seketika tanda kejutan wa yang bakal akan menjadi. Mandaki sedikit bukit yang tidak tersa penatnya dengan beberapa langkah  yang diperlukan...

Setiba dikawasan halaman rumah, kelihatan ramai manusia berada disitu termasuk kaum kerabat juga...ada yang tua ada yang muda,lelaki juga wanita seperti ada satu perhimpunan,cuma bezanya mereka berada dimerata2 diluar kawasan rumah secara bertaburan. didalam rumah sah-sah mesti lagi ramai. Wa bertanya pada salah seorang yang berada disitu untuk dapatkan kepastian.


Ada apa ramai-ramai kat sini yer pakcik?


Ada orang meninggal, anak si tuan rumah nie yang meninggal, kamu dak tahu ker?

Siapa? balas wa ringkas pada pakcik tadi

Anak lelaki dia, yang bekerja di Perak tu. kamu nie siapa?

Wa diam  tidak balas kembali soalan pakcik, otak fikir sejenak...siapa?? takkanlah  adik kembar wa plak,mustahil!!!lagipun dia bukannya bekerja didalam negeri perak.  wa berlalu pergi meninggalkan pakcik tadi,terus menuju kedalam rumah. sambil-sambil mata wa bergerak  liar memerhatikan raut wajah para tetamu yang hadir.

Setiba didalam rumah,kelihatan sebujur tubuh kaku dibaluti dengan kain kafan lengkap,cuma pada bahagian muka sahaja terdedah untuk diratapi oleh suadara mara yang terdekat buat kali terakhir. Ayah wa ada ditepi bersama adik kembar wa,ibu dan juga adik-beradik yang lain juga ada disisi jenazah dengan wajah yang sedih, bertambah bingung seketika. Wa menuju terus rapat kearah jenazah tersebut untuk melihat lebih dekat...alangkah terkejutnya wa melihat wajah jenazah tu. Rupa-rupanya jenazah tersebut adalah wa sendiri. kaadaan jadi gelap serta merta selepas wa melihat jenazah wa sendiri.

Wa bangun terjaga dari lena, rupanya ia adalah mimpi....keesokkan harinya wa bercerita tentang mimpi tersebut pada rakan-rakan sekerja untuk mengetahui akan alamat dan makna mimpi tersebut. Ternyata hanya jawapan merapu yang wa terima. jadi wa abaikan sahaja....

Tapi.........
mimpi itu kembali berulang kembali pada malam rabu yang lepas....

Apakah maknanya nie???

52 comments:

  1. owoh...tak sangka plok mimpi...
    kalau mimpi macam ni biasa nya panjang umur...wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana awok tahu....siapa yg kata tu sis

      Delete
    2. kebiasaannya lah...
      tapi wallahualam.....

      Delete
    3. harap2 begitulah pasal amalan masih kurang lagi nie

      Delete
  2. klu dah berkali kali mimpi yang sama, eloklah diajukan persoalan itu kepada Ustaz yang bertauliah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.....kena jumpa yg pakar ni

      Delete
  3. tak berapa tahu nak tafsirkan mimpi tu mcm mana bro,.sebaiknya tanya kepada mereka yang lebih pakar..

    #slmt malam..

    ReplyDelete
  4. bro, kira lu panjang umur la tu tapi kalau dah berulang...elok kiranya mengambil kira akan peringatan ini..bukan nak menakutkan lu tapi baik juga kalau berjaga2, kerana mati itu adalah perkara yang berat dan mungkin ada dugaan atau ujian yang akan diterima...jadi Allah mahu anda bersedia mungkin mental atau mungkin juga fizikal...insyaAllah kalau kita sentiasa dalam keadaan siap siaga dan redha dengan apa yang berlaku...ia akan jadi mudah...sorry ini bukan tafsir mimpi tapi kita ambil sebagai menghuraikan apa yang ada dalam fikiran..

    iskk gua tak tahu macam mana explain tapi rasanya lu faham kan bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok2 faham sis, tapi part siap ssedia tu blom betul2 ready. masih ssdikit jer amalan yg terkumpul jika nak bandingkan dgn dosa2 yang dibuat. moga2 aku diberi kesempatan sebelum sampai waktu

      Delete
    2. Bro maksud siap sedia di sini bukan siap sedia untuk mati, jangan la weii aku pun belum cukup bekalan nak balik negeri sebelah sana. Maksud aku siap sedia untuk segala dugaan dan cabaran atas dunia, tak kiralah berpanas atau berhujan, ini pun dugaan juga..dan kalau kita redha dan faham akan konsep segala yang berlaku pasti ada sebab musabab dan kita wajar menerimanya dengan hati terbuka, insyaAllah hidup jadi lancar dan diredhai...

      Delete
    3. owh sebarang kemungkinan di dunia ini ker....rasanya belum sedia sepenuhnya.tapi setakat ini Alhumdulillah la....masih terima dgn hati yg terbuka dan tenang segala ujian yg pernah dilalui.

      Delete
  5. ngeri gak mimpi gitu..
    mungkin sekadar peringatan utk mengingati mati, jadi manusia baik di sisi-Nya.

    *eh, ada kembar ya? muka sama tak? tunjuk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu ujie, mungkin satu peringatan bagi aku.

      *ada2 tapi tak seiras dan dia tak rabun. ada di entri2 yg lepas
      http://dairibukutigalima.blogspot.com/2011/11/pulanglah.html

      Delete
  6. Astaghfirullahalazim ...
    mungkin ada satu alamat, dan mungkin juga hanya mainan tidur.
    apa2 pun, mengingati mati memang diharuskan pada setiap Muslim & Muslimah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu bro....sebulum nie sudah menakutkan dan diabaikan begitu sahaja
      tapi ia dtg kembali lagi....

      Yang pasti mati itu benar

      Delete
  7. panjang umur tu! insyallah..
    tapi jangan difikirkan sangat, mungkin ianya hanya mainan tidur!
    dan seeloknya bertanya pada ustaz yang lebih arif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya harap2 ia hanya mainan tidur saja la.... jap lagi baru nak tanya pada ustaz kak.
      utk kepastian

      Delete
  8. penah dgn org cakap tu tandanya panjang umur.

    tapi kene beringat jugak. panjang umur kena lah disertai dgn amal....hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang umur disertakan amal tu ok tapi kalau pjg umur asyik beramal
      ada baiknya ku kembali jika dah sampai waktu

      Delete
  9. Pk baik2 je ok? Jgn pk yg bkn2. Kena igt 1. Walau apapun yg terjadi, semuanya ketentuan Allah.\

    Chill!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg ketentuan dari Ilahi...kerana Dia MAHA mengetahui
      dan Dia juga telah merancang dgn paling sempurna di setiap kejadian

      Delete
  10. Replies
    1. pasal tak cuci kaki kot hehehe...mmg mimpi mainan tidor tapi kalau mimpi yg best nak lah juga

      Delete
    2. baru teringat mgkn perut tak cukup kenyang kot hehehe

      Delete
  11. Insyaallah umo awk panjanglaa tu.klu x, jwbnye xleh dahlaa kwn nak tgk gambo2 pemandangan pasni,huhuhu...kwn doakan awk terus sihat walafiat bang.

    ReplyDelete
  12. Ishh Bro Telorrr.. Biar betik... Mcm scene cete syamsul yusuf jer Bro..

    Istighfar byk2.. Kekadang Allah sampaikan sst pd kita melalui mimpi
    Wudhu dulu sebelum tidur...
    Berdoa..
    Ingat daku dalam doamu..


    Abaikan yg last tu..
    Ko baik2 k bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha syamsul yusuf...takde maknanya

      ya terima kasih banyak2 tea...
      mmg betul sesetanghnya ia mainan tidur,dan sesetengahnya ia adalah amanat,gambaran
      tapi mcm mana nak tahu ia dtg sbg maianan tidur dan gambaran??


      ingat kau dalam doaku...(boleh ke ayat mcm nie?)

      Delete
    2. amboiii...korang ber-2...

      Delete
  13. insyallah takde apo2...sebagai peringatan je tu kot...

    ReplyDelete
  14. hhohoo..btol jugak kata pengomen pertama tu, biasanya mmpi mati, panjang umur..amin3..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap begitulah....tapi kena seirng dgn iman dan amalkan. mcm dlm lirik lagu tu

      Delete
  15. x tahu nk cakap ape...myb jgk hal2 yg berlaku sepanjang hari menganggu emosi bro..hgga terbw2 dlm mimpi...tp bro leh refer sini gak...petanda mimpi:

    http://umikasum.blogspot.com/2011/03/tafsir-mimpi.html

    ReplyDelete
  16. mimpi mainan syaitan kan..b4 tdur,amalkan baca 3 Qul & ayat kursi. cuba eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zati...terima kasih hehehe sebenarnya skrg tido main bedal jer. dah lama tak amalkan surah2 sebelum tido

      Delete
  17. emm..hanya mimpi je kot TP..mungkin juga satu nasihat/peringatan utk kita lebih mendekatkan diri pada Allah...:)..mati tu pasti..tak kira siapa di mana..

    psss : Ira kat jeti isnin(utk ke pangkor) n khamis(blk dr pangkor)..haha..smlm laa..smpai jeti kul 3 lbih..TP mmg kerja kat lumut ke?alooo malu la Ira..nasib baik tak letak tarikh..kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha nak malu apanya cikgu ira. hadoo.....
      owh kul 3 ker...masa tu tgh berkerja lagi la sis, kalau tahu dah snap dah pic ira tanpa sedari hehehehe

      Delete
    2. hahha..malu laa..segannnn..;p

      aah..tau ms tgh kerja..hahha..amboiiiiii nak jd paparazzi plak ek..haha

      TP bkn navy kan?tp kerja kat sn la ea?

      Delete
  18. Mimpikan mainan td...byk byk lew berdoa...klu rietta sendiri alami mimpi cam gtu pown ngeri gaks...lada cal org kt kg kew? Kot kot ibu sedang rindu anak bujang diye...

    Psss.....editting itu suatu penyiksaan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada2 org2 kampung semua sihat2 belaka

      *hehehe edit apa eh rieeta?

      Delete
  19. hehe.. mimpi cam gitu eh ?? hurm.. kalau una compem pas tu nak tdo ngan ibu n bapa.. hehe gediks je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha apa salahnya

      itu pun kalau masih tinggal bersama ibu dan bapa la...kalau duk berjauhan alamatnya telipon saje

      Delete
  20. lek bro...bak kata ramai org kat sini..peringat aje tu... :)
    kite layan je mimpi ni...
    kekadang mimpi best,kekadang mimpi tak best.

    apa apa pun,selamat hari sabtu bro! malam ni layaaan EPL sampai muntah!wakakak XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...mimpi best mmgbest la. mimpi yg tak best tu yang buat tertanya-tanya bro

      *malam ini ada hal, tak dapat layan EPL huhuhu

      Delete
  21. ira : yup bukan navy tapi pergi kerja didalam base navy ni

    ReplyDelete
  22. betul... orang cakap kalau kita mimpi orang tu meninggal maknanya panjang umur. huhu wallahhualam...

    ReplyDelete