Saturday, 4 February 2012

Forest II

                Cuaca makin petang dan hangat sedikit, mungkin badan wa yang sedang berpeluh membuat rasa hangat. dan mungkin berpeluh  kerana keluar dari hutan tadi secara tergesa-gesa, kerana otak wa berfikir tentang mistik yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu pada jalan hutan menuju gunung berembun tu.

wa memilih satu tempat berupa pondok, utk berehat seketika untuk basahkan tekak wa yang agak kering
(nasib wa bawa air ). dan tempat itu juga dijadikan tempat menambat si "beskal gunung" adik wa. kalau tak tambat nanti merayap plak dia,kan dah tambah satu kerja plak wa nak mencarinya.
Wa meneruskan 2 lagi tempat yang selalu wa melepak zaman sekolah dahulu, iaitu menara pandang dan parit falls. tempat yang jarang orang kunjung.  untuk ke menara pandag tu memerlukan sedikit pendakian  tapi amat mencabar dari segi bentuk kecerunan dan tanah yang disaluti dedaun kering dari  pokok apa ntah, yang menambah kan lagi kesukaran ketika mendaki.

ini la pondok tempat wa berehat tu, (masa nie  diatas "beskal gunung" sblm tambat dia kat pondok tu)

tak tahu kenape nak amik pic pokok buluh nie. kelaut terus,tak berseni dah...argh lantak ler





biasanya wa tgk ,kebanyakan yg dtg sini mesti pelancong dari barat dan jepun, orang malaysia xder ker?

Shit....! apa punya majlis daerah. sampai jd gini jambatan pun tak reti2 nak baiki. 

nasib masih kukuh base dia, tapi tetap bahaya pada kanak-kanak


Setelah berjaya merentasi jambatan kecil yang penuh cabaran tu,  wa mula lihat sekitar kawasan. memang banyak berubah. maklum lah sudah lebih 10thn tak jejak (ada kot). kalau 10 tahun kat mana2 tempat pun mesti berubah punya ye tak?. tak banyak , sikit!.  Tapi ini banyak berubah pada kehancuran. jahanam,  tempat yang dahulu nya wa melepak dah jadi begini. Takde kesedaran cintai alam langsung. dan rasa rugi plak wa bayar 3bulan sekali pada WWF.

nasib ada juga seni keindahan sekitar kawasan trek nie walau macam nak jahanam tempat nie

nie nama cendawan. cendawan apa...itu yang kita nak tahu tu..

antara denai yg banyak mengelirukan pengunjung yang datang. sebenarnya nie adalah laluan air ketika hujan. wa pun dahulu kena tipu gak dgn denai nie.

pokok nie hidup tinggi tapi dahan dia wa ada heran sikit, tajam2, apasal dahan2 dia  tak sama ngan pokok yg sama sepisis  ngan dia. 


cantek, cuaca  masih panas dan cerah.

hampir tiba ke area laluan masuk ke denai menara pandang.


menara pandang disitu dibuat daripada kayu2 berketinggian 50meter (kalau x silap).dibina pada tahun wa kecik lagi, ntah tahun bila wa tak tahu tapi seingat wa,semasa wa masih bersekolah rendah lagi dah ada dah menara tu. yang membinanya pula adalah hasil ikhlas sumbangan tenaga latihan oleh komando-komando diraja masa tu. Dipuncaknya bolehlah melihat pemandagan sekitar kampung taman sedia, kem komando(sikit jer bhgn yg dapat dilihat) dan gunung2 yang ada. menara di puncak gunung berembun pun boleh nampak dari atas menara nie...



nie ler daun2 kering yg menutup permukaan tanah trek mendaki ke menara tu. (daun ke nie?? lantaklah janji faham)

kalau orang tak tahu nie sah2 kata takde trek nie.

ditengah2 pendakian, fuh mmg penat pasal trek nie licin. kasut wa tak berfungsi dgn baik,tak grip langsung

masih ada separuh lagi nak sampai ke point view menara pandang tu

last point utk wa berehat, dah tak jauh dah masa nie...terasa sunyi plak dok dalam hutan nie bila sorang2 mendaki

ada pokok tumbang le menutup trek... adui mcm badi jer wa dtg ni, tak berpeluang wa nak ke port lama wa melepak 


Lagi suku perjalanan jer dah boleh sampai,tapi disebabkan ada pokok tumbang, wa tak cakap banyak terus  turun pulang untuk keluar dari kawasan trek nie.Itu adalah pilihan terbaek dan bernas ketika berada didalam hutan secara berseorangan dan wa tak mahu ambil risiko. Seperti ada amaran dari penghuni hutan yang lain pada wa je ketika itu.

dah 2 kawasan wa gagal pi nie, harap2 jalan menuju ke parit falls tiada halangan.Itu harapan terakhir wa. tapi.................. kecewa tetep menyebelahi wa.


jambatan yang "sangat" indah

trek yang penuh dgn semak samun

sekitar sungai yg dahulu wa bermain dan mandi  juga sudah tercemar secara total
Hati wa sgt sebak melihat tempat yang dahulunya menjadi taman permainan bagi wa dan rakan-rakan. kalau tahu begini  keadaannya memang wa tak datang melawat pun takpe.
Dimanakah aktivis-aktivis pencinta alam yang  lain??? Dari wa terus bersedih ada baiknya, jika wa angkat kaki dahulu sebelum hati bertambah parah.
keputusan yg sangat tepat memilih kembali mendapatkan semula si "beskal gunung" untuk pulang ke rumah.



wa tak rasa sungai boleh kembali pulih seperti dahulu


Eh...!ada penunggu hutan la, mari kita zoom dekat tengok mahkluk apakah itu?

its domo - kun. 

bergayut mcm tarzan, domo-kun merah yang macam sial ni beriya sgt mahu ikut  wa pulang, nak tak nak terpaksa wa bawa ia pulang bersama.Jika tak domo-kun nak gigit tangan wa.



* malam tu wa melepak bersama rakan-rakan sekolah yg lama tak jumpa di sebuah warung, wa cerita perihal petang tadi kepada kawan tersebut,. Dan agak bernasib baek juga wa tak meneruskan ke tapak menara pandang tersebut, ada hikmah rupanya. wa dapat tahu, menara tu dah musnah dan roboh 6 tahun yang lepas. Cilake...macam mana wa boleh tak tahu pasal nie.....

Dan hikmahnya adalah wa tak perlu habeskan tenaga untuk sampai ke menara tu walaupun berbaki suku lagi pendakian.


** Gua nak ke Utara semenanjung.












.





28 comments:

  1. kali ni gua 1st!

    gambar pokok buluh tu kalau lu ambik full, angle rendah sikit lepas tu main dengan matahari lagi ok kot.

    ada lagi gambar yang ada potensi boleh buat `kertas dinding' tapi tak susah nak bagitau sebab takde nombor. hahahaa...!

    weh, mana gua punya fauna. gambar semut merangkak kemalasan pun ok la. bukan gambar kodomo lion tu. gua tak berapa into...

    hahahaa! peace. sekian...

    ReplyDelete
  2. rajin mengembara bro..mesti banyak pengalaman ni..

    #nak ikut^^

    ReplyDelete
  3. 3rd! Tak bangga langsung jadi 1st...

    1. Wahh terkagum aku ada pondok siap berlabel Telor Power ya dalam hutan tu...ceittt!
    2. Lu punya view sangat artistic. Pls masuk pertandingan fotografi kalau ada...lu try test dengan ambil objek pegun pulak bro...
    3. Ada beberapa low angle yang lu practic sangat excellent dan boleh dikemaskinikan lagi..
    Ok bro, sekian kekomen aku yg dangkal ilmu pasal fotografi ini...

    ReplyDelete
  4. SM : Yes....lu mmg 1st, tapi xde hadiah

    tq kerana beri tips pasal pokok buluh tu der...aku aku cuba nanti.

    domo tu kira fauna ler tu...kehkehkeh. kalau ada wa terjumpa di utara wa akan amik nanti.



    WS : jom pi utara. baru nak menimba pengalaman nie archie



    Lady W : terima kasih byk2, apa masuk contest. membuatkan aku berasa cuak dan gelabah. hehehehe

    objek pegun....hmmm, mcm permintaan juga nie.

    ReplyDelete
  5. haha untung ah dapat gi jungle treking! tak ajak siot, hehe

    biasa la tu. zaman sekarang ni semua tempat pun di ambil mudah je, da teruk baru nak sibuk buat gotong royong bersihkan. haha

    ReplyDelete
  6. nice la pic pokok buluh..yg pokok besar kt tgh2 buluh tu pokok ape

    ReplyDelete
  7. salam.. awak memang pencinta alamlah.. dari segi nukilan dan luahannya.. :)..

    gambar2 tu saya tunggu lama.. tp separuh je yg keluar.. yg keluar yg saya nampak paling cantik.. yang kulat di pokok tu.. cantik..

    ReplyDelete
  8. lepas ni cube awk pegi ambik gambo sotong2 tepi pantai plk,baru syok ckit nak nengok.ni gambo dlm utan,x stimlaa nengoknye......hehe

    ReplyDelete
  9. reen : buat pertama kali aku setuju dgn ko sis


    Ayen : pasal jarang pi ke laut kehkehkeh...


    lady Bird : terima kasih. takde la pencinta sgt cuma support dan hargai alam semula jadi nie.

    yumida : pokok jenis rhu... daunnya seperti panjang2 tu yg kaler brown semasa mendaki tu. yang penuh diatas trex

    ReplyDelete
  10. kat jambatan tu jumpa jin aprit dalam cerita do re mi tu tak?

    ReplyDelete
  11. dgr sini. my pick is gambo nombor 5, 7 (yg ni gb suka sangat!!!), 8 & 9!

    gambo2 lain pun sebenarnya ada potensi utk jadik superb kalau dimainkan dgn lebih variety angle dan lighting.

    tapi overall, mmg puas hati!

    ReplyDelete
  12. Uncle : kalau mlm jumpa kot...siang2 raasa seram sikit2 aje bila bersorangan .


    GB : terima kasih sis. akan perbaiki skill lagi nanti.

    ReplyDelete
  13. aduhh, dah mcm citer angker.. heheh..
    penceritaan yg penuh misteri,,,

    heheh..

    ReplyDelete
  14. TP: eh bukan permintaan, cuma cadangan...tak pun ko turun KL sila p taman orkid or taman rama2 kat lake garden tu...aku suka gak lepak situ tengok orkid yg awesome!

    ReplyDelete
  15. Salam....chantek Kampung....Datang Utara eeh? Singgah Penang x?

    ReplyDelete
  16. -parit fall..pernah sampai, tapi sunyi semacam masa tu.

    -pokok yg tajam2 tu..pelik!

    -suka gambo yg akar berselirat kat tanah..

    ReplyDelete
  17. whoaa..cantiknya langit biru dan pohon hijau..
    kontra yang menenangkan..:)

    ReplyDelete
  18. lia : mmg situ penuh angker pun...ramai pendaki mat saleh hilang di puncak gunung nie la....tapi dlm gambar tu semua dikaki gunung.



    lady W: ikut hati mmg nak je ke KL tu . huhuhuhu


    rietta : cadangan sempena cuti 4 hari nie mmg nak dtg ke penang utk jelajah kembara kesana (cewah) tapi malangnya....bus yg di tunggu dari jam 1430h hingga ke 2123h bas tak muncul2 pelbagai alasan diberi oleh penjual tiket. terus amik keputusan utk tebus balik tiket tu, pasal :
    1. bus tak sampai2
    2. bazir masa terlalu lama utk tggu bus tersebut.
    3. takut sampai kat b.worth lewat sah2 feri xde tuk ke pulau pada lewat mlm.
    4. hancur harapan nak ke utara...



    ujie : parit fall mmg sentiasa sunyi, melainkan kalau group kami yg dtg buat riuh masuk ke hutan hehehehe

    -ntah pokok apa ntah tu...mmg pelik
    -terima kasih ujie. aku tersadung pasal akar tu. tu yang amik pic akar berselirat tu kehkehkeh


    TH : terima kasih. cantikkan ciptaan ALLAH.

    ReplyDelete
  19. INDAH. still ada si domo tuh.. haha

    ReplyDelete
  20. maii : kehkehkeh domo tu adalah modeling paling setia.sentiasa ikut kemana saja. untung dia kerana aku pikul dia kemana saje bila nak menembak gambar

    ReplyDelete
  21. alahai..suke la tngok gmbr2 tu..lalala~

    ReplyDelete
  22. OCTeddy : thanks ye...and thanks juga kerana dtg ke blog yg mengarut lebih nie :)

    ReplyDelete
  23. Telor Power, kau asal org CH ke ? Aku dulu sekolah sana, form 1 tahun 1991. Ntah2, kenal kau ni kot ahaksss ...

    p/s: pernah tidur di menara pandang tu pada tahun 1992, berBBQ sambil tengok hujan meteor. memang terbaiklah pengalaman waktu tu ( :

    ReplyDelete
  24. 1991 masa tu sekloh rendah lagi bro...dlm darjah 3@4 kot.


    kalo bro sek men SAS sampai f5 mgkn pernah jumpa tapi x pernah tegor kot
    maklum lah F1 mana brani nk tegor lagi hehehe

    yup asal CH bro. org tanah rata.

    mmg menarik dan heaven jer kat menara pandang masa malam. tgk bintang bersepah dan angin sejuk. hahaha pengalaman yg seronok. tp menara tu dah lama takder bro. baru dpt info masa pi daki ke situ.

    bro org CH gak ker??

    ReplyDelete
  25. semua gambar menarik! hijau je mata memandang..

    ReplyDelete
  26. Kak Mas : terima kasih kak.... org kata kalau rindu tgk lah pemandangan hijau.

    ReplyDelete
  27. Telor Power:

    Saya sekolah SMSAS sampai 1994, pastu dah renti sebab melanjutkan pelajaran masuk Sek. Vokasional.

    mungkin kamu kenal adik2 saya, Azlan & Azri Zolkipli.

    kami sekeluarga tinggal di CH dari 1991 ~ 2002 sebab mengikut ayah yang bertugas di MARDI.

    ReplyDelete
  28. azizan : wah mcm boleh trace saje nie. ntah2 sekelas kot adik2 bro tu sama aku.

    takpe nanti try tanya kawan2 di kampung

    ReplyDelete