Saturday, 25 February 2012

malam drum festival 2012 versi lumut part I

22 February 2012
2045 Hrs
Dataran Putra,Lumut Perak.


Wa datang seawal jam 8 malam tepat tiba di area lumut, mencari parkir kereta. Wa mendongak ke langit, tersenyum manis sendiri terbit di bibir wa sendiri, barangkali kerana wa terlihat bintang-bintang berkedipan yang menandakan malam ini pasti tidak hujan.
Wa capai dan galas beg yang berwarna hitam dan berisi senjanta kesayangan wa untuk 'menembak' untuk merakam suasana malam festival.

suasana didataran putra yang sebenarnya tidak berupa dataran sangat itu di penuhi dengan pelbagai lapisan masyarakat malaysia dan asing.
kesmua menanti bila akan berlangsungnya festival ini, dan wa sendiri pun berasa sangat teruja untuk menyaksikan festival tersebut. "Bilalah nak mula niemasyik berucap aje...." kata sang hati suci kecil wa.


Akhirnya festival dimulakan selepas berucap panjang lebar...(rasa mcm nak baling batu aje....pada pengacara majlis)
Selaku tuan rumah, persembahan dimulakan dengan pelbagai alunan jemis gendang dari 3 suku kaum terbesar di malaysia iaitu, dari kaum melayu cina dan india. lagu yang dimainkan agak menarik juga.tapi ada sedikit kekurangan dari segi kekuatan bunyi yang dihasilkan. apa2 pun masih boleh lagi diterima.


1. berucap panjang lebar, cuba buat seringkas yang boleh...

2. Ahli2 jawatan kuasa yang ada.....belakang stage ada bersepah lagi..

3. Jom terokai perak (macam lah wa anak jati perak...)
4.persiapan dan persediaan mereka2 yang nak buat persembahan pembukaan. ini band wakil muzik dari kaum India.

Selesai sudah upacara pembukaan majlis festival drum ini, kini tiba giliran dari Indonesia memainkan alunan muzik dari sana. menarik dan terhibur juga walau kurang menyegat. part paling best dari band nie bila muzik ciri jawa ada dimasukan.masa tu mmg syok habis.

5. Band Seratus Percent dari Indonesia.....
6. alat muzik tradisi digabungkan dengan alat muzik moden
7.masa mamat ni tiup seruling ini lah element muzik jawa dimainkan...wa teruja sekejap
8. persembahan yang bersahaja ala2 mcm GIG pun ada
9. geng2 sound dan lighting 
10. Seratus percent, Indonesia


Ceh...mati-mati wa ingat festival ni adalah orang Malaysia yang buat persembahan. rupa2nya dari negara-negara luar juga. kira macam tiru 'World Rainforest Music Fest' la nie.Seterusnya persembahan dari kaum cina, dimainkan oleh pelajar-pelajar sek.tinggi Nan Hwa, muzik yang dibawa adalah untuk menaikkan semangat ketenteraan dizaman dahulu. Wa bukan racist, tapi secara jujur wa katakan ianya amat melemahkan semangat sebenarnya....muziknya tak feel dan ia sesuai untuk tema percintaan ketika berperang.

11. penuh emosi dan teratur alunannya...
12. Feel sungguh mereka ni, tapi tidak pada wa.
13.  persembah ini wa kasi 2 bintang dari 10 ribu bintang
Seterunya persembahan dari pemenang marching band Malaysia, (kata pengacara). dari KLDC
pesembahan nie ada lah serinya sikit...tapi ia lebih sesuai untuk pertandingan marching band. tapi disebabkan ada drum juga, kira boleh la di terima... wa kasi 3 bintang dari 10 ribu bintang untuk persembahan yang ni.


14. permulaan agak slow dan perlahan. wa dah syak tak best jer masa nie
15. ternyata wa silap, persembahan dari KLDC ni menarik juga walaupun muziknya slow tapi menarik
16. muka masing2 beri tumpuan, sebab masa nie muzik semakin rancak. wa mula suka masa nie
17. fungsi awek ni hanya pusing2kan bendera marching band nie.
18. muka feel masing2  jelas terpacar diwajah mereka...
19. gambar gelap pandan muka utk wa...
20. mamat nie mcm naik 'syeikh' je....
21.
22.
23.

Persembahan agak lama dan menarik, tapi wa masih tak dapat rasa aura alunan drum dan gendang2 dari band ni dan band yang sudah2... Bila sampai part kaum melayu, berpakaian baju melayu hitam bersamping dan siap bertanjak. wa dah terbayang mesti power pesembahan dorang nie. group nie dari persatuan silat Fatani Kedah.
24. Persatuan Seni Silat Fatani,kadah
25. sekali main alat2 nobat la...hadui, lemau plak wa rasa 
26, meniup nafiri, kalau tak silap wa nama instrument tu
27. siap dengan persembahan pertarungan seni silat tu
28. hambek ko ....blur lagi

Ok wa boring part persembahan ni, wa kasi 2 bintang dari 10 ribu bintang.
Seterusnya persembahan dari kumpulan dari Aizerbaijan yang diberi nama NATIG, maksud NATIG wa dah lupa, abaikan. dan mereka ini beragama Islam kesemuanya.  Memang mantap alunannya dan diantara persembahan paling lama sekali.. ada hampir2 seperti persembahan di 'World RainForest Fest' di Kuching,Sarawak. Sedikit Feel muncul di sudut hati kecil wa. Wa kasi 10 bintang dari 10 ribu bintang...


29. ketua kumpulan NATIG, memberi salam sebelum memulakan persembahan.
30.
31. jari2 yang sangat pantas memainkan gendang tu,tak heran la pasal apa bunyinya menarik nak mendatangkan feel pada wa
32. ntah alat apa ntah dorang guna nie
33.
34.kecik2 dah ikut bapa pi main gendang...budak boleh tahan juga skill ketukan jari2nya pada gendang tu
35.masa nie wa ingat betul2 la dah habis show dorang...rupa2nya........
36.
37.riak muka yang sangat feel habes
38.
39.
40.ini pula bertepuk tangan mengikut rentak bersama penonton yg hadir
41.
42. NATIG BAND from Aizerbaijan


* gambar banyak yg serupa cilake...lantaklah layan jer
*skill 'menembak' diwaktu malam mmg mencabar bagi wa, hadoo...memang kena blajar dgn sifu nie
* pada Blogger MF atau MommyFara, wa minta maaf tiada bokeh untuk lu sis....sgt susah nak buat ketika event berlangsung

* wa 'menembak' pakai manual mode, penat giler nak setting2 ISO,Shutter dan Aperture akibatnya panas bontot dan hasil gambar pelbagai tone warna. hambek ko!!!

22 comments:

  1. 1st!
    Bro aku layan pic jer..tq! Mesti mengaum gila kan bunyi-bunyi tu...havoc!

    ReplyDelete
  2. 2nd

    yang part team NATIG saja yang mengaum, yang lain2 boleh layan tahap riak muka gembira,

    part persembahan dari Mlaysia kecuali marching band sgt2 lemau.

    tapi sayang dari korea,jepun ghana, brazil dan 1 negara lagi lupa la plak...akan bermain di MBI IPOH mlm esok. semua sekali band yg ada akan buat persembahan sekali lagi diIPOH sana.

    ReplyDelete
  3. wah...meriahnyer....sy ske ngan bende2 gini..tpmt per-1 yg akan sy kunjungi 'gerai!'

    ReplyDelete
  4. nape tak try capture on special effect or miniature..? sure cun babe!



    http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/little-girl-sings-like-pro.html

    ReplyDelete
  5. -ayat TP dah mcm buat cerpen tau..kira ada bakat!

    -seruling..bunyi yg terhasil mmg seakan masuk dlm hati..

    -acara ni akan jd acara tahunan. mmg dia nak tiru 'rain forest fest' tu, tapi fokus kpd drum.

    -okey la gambo2 ni..buat tatapan kami yg tak dpt pegi. boleh feel jugaklah. ^__^

    ReplyDelete
  6. sangat meriah weh....klu akak ada sana lagi meriah kot. heheheh

    ReplyDelete
  7. Yumida : ya gerai2 disetiap event mmg best dan menarik juga.

    yumida lagi : tapi tak sehebat di Kuching. World RainForest Fest lebih menyengat sis.



    c'axeora : next time. idea yg bernas tu.


    ujie :

    - hahaha bakat merapu adalah sis

    - ya betul tu, ayah saya juga pandai bermain seluring, tapi saya tak reti dgn benda2 muzik bertiup dan bertali, malah drum juga tak dapat khatam2 lagi.

    - owh..baru tahu.

    - hehehe...terima kasih tapi mlm nie nak layan kat IPOH plak sebagai penonton sepenuhnya.





    CK : wah mmg meriah kot. cepat naik train laju komuter dr KL ke Ipoh hanya RM20 (kot) masa perjalanan rasa 1jam lebih hampi2 2 jam.

    ReplyDelete
  8. jari jemari kau bergendang pada kamera tak bro ekekekeke ...

    ReplyDelete
  9. salam...

    budaya paluan gendang ni memang ada sejak dulu lagi..syabas pada pengajur yang menganjurkan fesrival "drum" ni..

    **kualiti gambar yg sungguh menarik sekali..

    ReplyDelete
  10. ok dah gambo2 ni cuma klu awk snap banyak2 gambo makwe baju merah rambut panjang tu kwn rase lagi ok,haha....

    ReplyDelete
  11. hehe.. kira ok la gambar2 bro tu k.. menarik juge..hehe

    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete
  12. azizan : bro jari jemari ku tak buat pada kamera tapi susuk tubuhku ada gerak2 nak sertai sama


    SR : wasalam
    terima kasih ye sis


    Ayen : next time bro, yen sepatutnya komen ko ni masuk diruang komen atas kehkehkeh


    CikUna : terima kasih sis

    ReplyDelete
  13. TH : yup....bunyi mcm lari dari tajuk kan.

    ReplyDelete
  14. muka tuan blog tiada dalam gambar ke? (>.<)

    ReplyDelete
  15. BTK - kali tiada. hahaha yg lepas2 ada ler

    ReplyDelete
  16. wahh natig tu mmg btol2 best la kan..hee..xpnh tgk tp teringin nk g...dr tgk konsert ntah apa2 tgk prsmbhan y mcm ni lagi baik kan?

    :)

    tp apa pon nmpk meriah...hee..seronok rs even xda kat sn...

    ReplyDelete
  17. Hahahah! Tercari2 gak. Tp nmpknye takde rezeki utk aku.

    Tp credit untuk En.Telor ye sbb amek gamba pki manual. Efek mcm auto. Mmg cool.

    =D

    ReplyDelete
  18. yg lepas kat n3 mane?

    update le bos! :-)

    ReplyDelete
  19. sure meriah kan attend festival2 mcm nih...

    ReplyDelete
  20. kak mas : hehehehe boleh la kak

    ira : KL atau bandar2 besar rakyat jelatanya lebih di jamu dgn konsert2.

    takpe next time boleh jumpa lagi...jgn risau pasti ada.



    MF : itu jer yg termampu... terima kasih eh sis.


    BTK : eh takde eh...lupa la kat entri yg mana?

    bukan tak nak update....sis, baru dapat meluangkan masa nie huhuhuhu

    PM : kehkehkeh ada part meriah dan adajuga part yg tak meriah bro.

    ReplyDelete