Sunday, 19 February 2012

Macaca fascicularis.

Macaca fascicularis atau lebih dikenali dengan nama manjanya di Malaysia,ialah Kera.
spesis ini mudah dilihat dan terdapat di seluruh pelusuk bumi Malaysia termasuk di hutan bakau. dikelaskan sebagai haiwan mamalia yg bertulang belakang (veterbrata) dan badan yang berbulu perang. Berdarah panas dan melahirkan anak. dah nama mamaliakan.....memang melahirkan anak la. takkan bertelur plak.Biasanya hidup secara kelompok, berkumpulan atau sekawan. lebih kurang dalam 30 ekor hingga 50 ekor....kot.Spesis   kera ini tidak takut akan air, dan pandai berenang.(berenanag gaya monyet) tak kesemua dalam keluarga primat ini takut pada air.

Sifat-sifat kera betina adalah melahirkan anak, menyusukan, dan menjaga anaknya, sehingga  anaknya mampu berdikari dengan sendiri. sifat-sifatnya ini tak lari jauh dengan spesis haiwan primate yang lain.  (Tak macam setengah2 manusia sekarang nie. tahu buang anak saja. tu belum kira yang kes dera anak lagi tu.)



Ok, ni adalah gambar2 kera yang sempat wa rakamkan, ada yg kecil anak, peringkat remaja, dewasa, matang dan ada yg peringkat macam ketua, domian dari segi dalam kumpulan,keluasan dan kekuasaan. bersaiz besar dan berotot kekar. senang cakap macam ketua kampung tuk kumpulan kawanan kera tu la. tapi sayangnya wa tak dapat ambil gambar sang ketua tu....kerana sibuk jaga anak2 buahnya yang lain dari sebarang ancaman dalaman mahupun luaran ,dan rusuhan yg bakal berlaku dikalangan kawanan kumpulan tu.


AWAS!!!  Jangan cuba-cuba sergah sekawan kera nie, kerana dari pemerhatian wa, didapati jika disergah atau menakut2an kera ni, ianya bakal mengundang malapetaka pada diri. itu amaran dari wa, bukan dari pihak berkuasa tempatan mahupun penjaga disitu. hanya perlu berperangai baik saja sudah memadai.


1. di entri yang lepas pada gambar ber no.13 nie la keranya, wa namakannya SOLO. 

Wa cam kera jantan ni pasal ia ikut wa dari dalam taman hutan nie. wa beri nama SOLO kerana ia tiada kawanan, wa syak kera nie kena pulau tak pun mmg kena halau dari tok ketua dia,supaya berdikari dan belajar ilmu alam lebih teperinci lagi. maklum lah Solo ni, bakal jadi ketua kumpulan satu hari nanti bila ia sudah lepas segala ujian.

Kemana wa pergi menembak mesti dia follow dekat, gaya ala-ala jinak. atau mungkin Solo ingat kamera yang wa pegang tu adalah sejenis makanan yang bakal diberikannya.
Secara tak langsung Solo juga menjadi model wa seketika di tempoh hari yang lalu.


2. cit hak tui....malu2 kucing konon


3. Masa ni wa hendak menuju ke jeti (pic no.18 dan 19 pada entri sebelum ni). selepas menembak gambar solo yg malu2 tadi, Solo pun sibuk nak turun dan follow wa lepas tu hilang ntah kemana ntah, wa tak peduli dah.


4. masa nie wa berpisah ngan Solo, masing-masing ikut haluan sendiri, wa pi menembak gambar, si Solo pi masuk hutan 

Di entri yang lepas, ingat tak wa ke jambatan gantung, selepas menyeberangi jambatan tu diakhir bahagian wa ternampak si Solo nie sekali lagi. masa ni solo tengah tunggu di atas wire rope yang menjadi sebagai medium bantuan asas jambatan gantung nie.

5. macam tahu-tahu jer yang wa akan lalu jambatan gantung ni


6.  pandai plak si Solo ni pose, masa wa menembak gambar dari arah bawah

Wa say goodbye pada si Solo, asyik penuh gambar ko jer....boring plak wa. jadi buat keputusan tuk ke kawasan luar taman hutan bakau ni, kerana di situ terdapat bersepah kera-kera yang lain lagi pelbagai peringkat usia dan jantina. tapi......si Solo tetap follow wa dari belakang dengan kadar jarak dalam anggaran 3-4 meter.

7.  Wa dah say goodbye pun tetap nak ikut lagi tu, kat tangan wa ni bukan makanan, ini adalah kamera....  ka...me...ra... 


8. kasi zoom sikit....hahaha blur.

Disebabkan wa ni tergolong dalam para pencinta alam juga (kadang2 saja), jadi tak sampai hati plak tengok si Solo nie tak dapat sebarang habuan dari wa, kebetulan ada 2 anak dara yang lalu disitu dalam lingkungan budak baru masuk sekolah menengah bawa air minuman yang dibeli mana wa tak tahu, kelihatan mereka berani-berani takot masa nak beri minuman mereka pada si Solo.Menghulurkan bekas air minuman sambil jerit2

Si Solo duduk 3-4 meter jauh dari bahu kanan wa, si 2 orang anak dara sekolah menengah tu dok 7 meter jauh dari bahu kiri wa. Apa punya bangga la budak2 nie...
Lalu wa datang menghampiri si anak dara sekolah menengah tu sambil bermuka manis dengan niat dapat "paw" air minuman mereka untuk diberikan pada si Solo.

9.  suka lah tu dapat air beperisa


10. ini adalah cara2 si Solo minum tanpa penyedut minuman


11. guna kaki pun boleh..


12. dah dapat habuan, wa pun lu buat tak hirau....dasar  kacang lupakan kulit betul la ko ni


13.  Masa ni minuman Solo tergendala seketika, kerana ada kekecohan puaknya dihadapan. tapi Solo hanya perati dari jauh saje...kerana ia sedar siapalah dirinya dalam kawanan tu.

Hari semakin nak gelap, nyamuk pun makin banyak jadi ada baiknya wa keluar segara dari taman hutan bakau nie, tengok aksi-aksi si kera yang lain.
Ok Solo, wa chow nanti ada masa wa datang bawa kacang cap good khas untuk lu.Terima kasih jadi model dan guide wa dalam kawasan hutan lu..

14. si ibu dan si anak,


15. Si anak2 cina dan si anak kera


16. Si keluarga cina dan si kumpulan kera


17. si ibu jaga si anak kera. bagus masa nie wa suka tgk siibu menjaga anaknya dari ancaman kera2 dewasa yang lain, siap brader apek (pic diatas) tu kasi makanan kat si ibu kera, mesti si ibu beri makanan kepada si  anak kera nie. si anak berebut denagi si ibu tapi si ibu beralah. bagus....sgt bagus. tak macam  manusia yg suka buang2 anak dan dera2 anak tu 


18. jahanam tamak nak mampus, dah macam nak pecah dah tempat simpan makanan ko tu


19. kera pun pandai minum minuman bersoda


20. sanggup tunggu maknya buka minuman bersoda tu.


21. steady lah bro...


22. dapat makanan baik aje perangai tu


23. ok lu dah boleh masuk ke bahagian potrait, raut wajah ko jelas walau ada sikit2 blur


Fakta tentang SOLO :


* Solo si kera jantan yang bersaiz dewasa dan muda
* Solo ada tanda putih calit diantara kedua anak matanya...(pasal tu wa boleh ingat lu ngan jelas)
* Tak kacau orang, dihalau oleh ketua kawasan dari kawananya.( agak-agak wa je nie)
* Diberi nama Solo pasal , ia bergerak secara individu sepanjang 2 hari wa ke situ
* Nak jumpa dan bermesra dgn si Solo haruslah masuk ke kawasan dalam Taman Hutan Bakau ni
* Berkelakuan Baik. (jika dirangsang kemungkinan besar ia mengganas)




.

45 comments:

  1. serious respect doh ngan gambo2 ko ni...hahaah

    anyway,aku tension giler ngan kera kera ni masa ngah belajo dulu...siap masuk bilik tido aku tu kat UM...zzz...=_=

    ReplyDelete
  2. "kawanan kera ini hanya berkemungkinan akan menyerang apabila rasa terganggu, manakala manusia pula cenderung menyerang apabila ingin mengganggu!"

    sekian catatan jurnalis national geographic.

    ReplyDelete
  3. cool la gmbar bro..

    #bro,guna model apa ea??shoot guna lens apa??

    ReplyDelete
  4. Bro...pehhh...aku allergic dengan kera ni sebab pernah kena serang masa aku brief walk kat tasik perdana suatu ketika dulu. kera tu tetiba terkam aku dari belakang dan seb baik aku x kena sawan tapi sentap gak la...sampai la ni aku x boleh ampun perbuatan kera tu pada aku...

    Masa aku study sama tempat dgn Mr Clive tu pun segala bagai pensil dan pen aku termasuk makanan kena curi bila kera ni masuk bilik...

    Bro..aku nak berkenalan dengan journalis national geogaphic tu boleh dak...bhahahahah...lariiii!

    ReplyDelete
  5. LW : berkemungkinan kera itu rasa terancam dengan kehadiran kau pada ketika itu. kebetulan ketika itu dia tidak berada dalam mood yang baik. dan menganggap kau akan memberikan ancaman kepada tempat tinggal, kawanannya serta makanannya, jadi dia bertindak menyerang kau. aku syak kau pakai baju sabah yang tertulis `i love orang utan' masa tu. betul tak?

    ReplyDelete
  6. kat TC pn bersepah kera,belum kat tman teruntum.utk jat yg penakut ni, rasa x cukup tanah kena kejar dgn kera.psiko2!

    ReplyDelete
  7. Kata orang, kera ni nampak je jinak tapi sebenarnya sangat berbahaya.Betul ke?

    ReplyDelete
  8. dulu masa belajo aku rajin beli bunge. taruk dalam vase, letak atas meja. pastu satu hari tu ada kera pecah masuk bilik aku dan curik bunga tu. binawe sungguh!

    *

    pic cantik cantik. aku suka!!

    ReplyDelete
  9. menatap muka si solo..kesian pulak!

    ReplyDelete
  10. ske pd si solo yg cool tu...tu bru macho..lagak tenang...

    ReplyDelete
  11. Mr.C :hahaha dia masuk bilik join tido sama ker apa bro kera2 tu?


    Lady W : slia lah berkenalan journalist national geo tu...dia ok saje.


    Lady W, Mr.C & S O'hara : Bro SM sudah jawabkan. (mmg pakar lah brader ni)




    WS : Archie.... pakai lens biasa saja lens 18-200mm,60D. tapi masa nie penat gak nak setting, kejap tmpt redup kejap tempat bercahaya.




    ZT : hahaha kat TC tu eh, tu spesis sama juga tapi cara kera2 tu mgkn Urban sedikit, kera2 sini dia kampung sikit, tak berapa nak ganas dan bersopan

    ReplyDelete
  12. GB : terima kasih sis.... hahaha dia curi bunga apa masa tu? sebenarnya aku tak pernah lagi tgk kera makan bunga. dan tak tahu betul ke kera nie makan bunga.



    Yumida : ya ia mmg Kool Habes, antara kera2 yg sgt berdisplin.



    Ujie : kenape kesian...?

    hahaha aku dulu pernah bela kera ni (sebenarnya makcik aku yg bela)dari kecik sampai dia mati. bernama CIKI.
    sgt manja dgn tuan tapi sgt garang pada org tidak dikenali.

    ReplyDelete
  13. Dr pemerhatian aku...kera2 yg kononnye jinak ini, kita kena berlagak tenang dan jangan sekali cuba beri sebarang ancaman. tapi masa beri makanan pada kera2 ni jgn la menjerit2 ke campak2 ke makanan tu. cuba hulur makanan tu dan tunggu si kera dtg ambil, kompom dia amik dengan cara lembut dan baik.


    silap2 kera tu akan duduk sebelahan dgn korang. tapi itu tak bermakna korang boleh belai atau sentuh tubuh kera tersebut. kerana ia mgkn anggap itu 1 ancaman dan mungkin akan cederakan korang.

    saat ia menghampiri dan duduk sebelahan dgn korang dan panjat2 pijak2 bahu ke. pegang lengan korang ke...masa tu ia anggap korang kawan nya. itu pun kalau otai2 kera tak jeles.

    yang penting kena steady.

    P/S : ko beri org gila makan dgn kaedah campak2, org gila berasa hangin.

    ReplyDelete
  14. sllu tgk kt ch 551...nakal kn..bahaya jgk gigitan kera nih...tp comel...tp kucing lg comel..hihi- ske tgk pic bro ambik

    ReplyDelete
  15. haku tak kira kera tu baik ke tidak, aku tetap anggap kera spesies unpredictable...dan could be ganas too..so better watch out!

    ReplyDelete
  16. malu2 kera sangat tak comel berbanding kucing. kucing jugak pujaan hatikuuuuuuu!! :-)

    ReplyDelete
  17. hee...tu dia pencinta haiwan..ala2 national geographic dah ira bc entry ni..pastu siap bc word by word..xbosan..thumbs up!;)

    solo..dia mcm sedih je ms gambar2 akhir tu..agaknya dia nak ikot awk kot..heee...jd anak angkat..kehkeh

    ^_____________^

    ReplyDelete
  18. kera comel.. macam manusia..

    solo tu lady rs mungkin pernah dibela oleh manusia.. lepas tu dibebaskan.. sebab tu dia xde kwn.. dan dia agak jinak.. sesuai tak? hihihi

    kera2 tu comellah..

    ReplyDelete
  19. telor.. kalau buah.. sebenarnya makan fresh lebih baik daripada buat jus.. tapi untuk sistem penghadaman, better buat jus... ikut sukatan yg lady tulis kat blog tu..

    "Untuk menghasilkan satu gelas jus memerlukan satu gelas jus memerlukan sebiji jambu batu yang besar.
    "

    p/s : sorry reply di sini lak..

    ReplyDelete
  20. hurm.. cute pic2 tu semua bro.. serious jealousy nak2 dgn u all yg ade camera ala2 photographer siap dgn macam2 lens.. serious nak memiliki 1 tapi... huhu..

    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete
  21. yumida : TQ sis, kucing lebih comel dr kera. kera jika menganas sgt bahaya, gigitan dia pun boleh tahan.



    lady W : bukan kera sahaja malah musang pandan, memerang, beruk, dan burung hantu pernah bapa ku bela suatu ketika masa dahulu. mereka tergolong binatang unpredictable,

    tapi selepas mgkaji apa yg mereka suka,dan luangkan byk masa bersama mereka. mereka baru menerima kita sebagai rakan yg tdk memberi ancaman pada mereka. malah lebih jinak dan manja dari kucing dan anjing.


    takpe nanti kena study2 sikit ttg haiwan2 nie...supaya mereka berasa mesra dgn manusia, seperti si SOLO.

    ReplyDelete
  22. BTK - hahaha kucing mmg comel dan manja.


    ira : hehehe terima kasih byk2 , blog ira lagi kemas ayat2 nya.


    ops si SOLO tak boleh ikut.pasal dia tak biasa dgn habitat dirumah. xnak bela dah, pasal ada bela dulu bernama CIKI, dah mati.... buat sedih jer. so tak mahu la bela lagi event kucing pun.




    ladyBird : ya mungkin juga. si SOLO tu pernah dibela oleh manusia.
    nanti kena dtg balik tgk SOLO minggu depan


    terma kasih eh pasal buat jus tu LadyBird.



    CikUna: TQ

    jeles.....jgn begitu,aku pun dahulu mcm tu juga, oleh kerana ada azam utk memiliki membuatkan aku sentiasa nak grab benda alah bernama DSLR ni. lagipun aku mmg minat bangat merakam2 gambar nie. cuma blom pro saje lagi.

    takpe pelahan2 kumpul duit, nanti dah mampu baru lah ambil 1.

    ReplyDelete
  23. sedikit info : ptg tadi aku melawat ke hutan bakau ni, jumpa dgn si SOLO lagi,

    wah meriah betul dia, dapat makanan. seperti dijanjikan aku beli kacang cap tangan tuk diberi pada si SOLO.

    makan tanpa gangguan dan rebutan dari kawanan dia.

    ReplyDelete
  24. waaaaah,,
    saya penah dtg cini...
    he3..
    agak takut nak jaln2 situ..
    bnyk giler kot kera2 yg dok folow..
    tambah2 kalu dia nampk kita pgg plstik

    kikiki..

    ReplyDelete
  25. danboard tu bro bukan sy punya,kawan rumah yang punya..dia beli rm195 yang besar,mahal tapi keras ni..yang kecil tu danboard tapi keras juga satu rmm145..tapi yang kecil tu kwan sy beli yg kertas punya je.dalam rm20..

    #canon 60d cun tu,pinjam bro..

    ReplyDelete
  26. aku letak kopi sblh thesis aku bro.bila aku masuk bilik tgk ada kera kat meja,kera tu terkejut dia tertolak kopi tu -- -*&%^*$*^%&%( basah thesis aku ngan kopi! zzz

    ReplyDelete
  27. umah dekat kl dulu selalu kene serang dengan spesis ni.. takut betul bila dia masuk rumah><

    ReplyDelete
  28. tp - kera licik dan jahat lagi2 kera jantan...hati-hati la

    ReplyDelete
  29. wah....siap namakan lagi....hehehe.....

    psss....thanks....klu bleh nak gak smbg study....

    ReplyDelete
  30. lia : kehkehkeh, kera akan follow krn manusia bwa makanan dan ia berani krn ia juga tahu bhwa manusia itu sdp takut atau berani, mcm sifat anjing↲↲

    ↲↲

    ws : teringin nk memiliki benda alah tu, Nak pinjam kamera,meh dtg manjung amik,archie↲↲


    Mr.C : hahaha..... Moral, jgn letak minuman sblhan tesis↲

    Yad'z : owh! Kera UBRAN mmg mcm pencuri profesional. Itu agak menakut kan. TQ Krn dtg jengah ke blog merapu ni↲


    @TelorPower

    ReplyDelete
  31. ralph : licik...hahaha, aku dah biasa kot ngan kera2 nie, byk binatang liar aku dah jumpa, ko tahu....

    *tapi tu kat zoo la


    rieta : hahaha senang nak cam lain kali. bagus tu ...ada peluang sambung blajar baik pi sambung

    ReplyDelete
  32. i hate monkeys...
    makanan kita pun dia nak kebas
    bad monkeys..

    ReplyDelete
  33. wa mmg xhenti2 saspek dgn gambo lu..manyak cantekkk..hehe

    #nti suh solo tu cal wa..wa nk jdkn dio superstar kt hollywood,mollywood

    ReplyDelete
  34. NP : bad monkey, hahaha
    saper suh bawa makanan. mmg dia nak lah, kalau tak kasi kompom ia nak mencuri tuk dapatkan juga. dah mmg sifat kera@monyet atau keluarga primat yg lain begitu.



    Mr.Curly : wa lagi jeles ngan lu, tgk gambar lu merayap jalan sana sini bersama laling lu bro. anyway Terima Kasih


    #tunggu si SOLO betul jinak baru wa rembat antar ke rumah lu bro. masa tu lu nak jadikan dia model ke, penghibur ke, terserah. hehehe...

    ReplyDelete
  35. kera kat area rumah bapak mertua den kat Ijok ganas2 beb...

    ReplyDelete
  36. nasib tak nama 'Hans Solo', kalau tidak mesti ramai peminat marah punya ahakssss ...

    kera di Tg. Piai, Johor pun suka minum Coke. kalau orang bawa botol air mineral ia elok je tak perasan apa2. cuba bawa botol Coke, naik 'sheikh' dia terus membuat rampasan hahahaha ...

    ReplyDelete
  37. papa mifz : ijok ganas2 hahaha mesti kera2 sana kaki memberontak kot bro


    Azizan : mcm2 sebenarnya perangai kera nie ye. baru aku tahu....

    ReplyDelete
  38. Aku fobia dgn kera. Dulu aku pnh konon nak manje dgn kera. Siap pgl...ALA KUCI-KUCI....MEH SINI MOMMY NAK BAGI MAKAN...sekali kera tu melompat naik ke kepala. Tuh diaa! Sket punye seksa nak kasi lepas dri rerambut aku (ms tu tak berhijab lagi le kekdahnye)....

    Serik!

    ReplyDelete
  39. cantik profile pic tu...pas ni nk tumpang mr. telo je la...murah sket..x pelu berbaris beli tiket flight...gurau2 jer ye

    thanks coz sudi vote sy lam teka teki yg dianjur leh sis ladybird...arigatogozaimas!

    ReplyDelete
  40. broooo! setailo giler gambar baru telo ko!hahahah XD
    barulah kene ngan nama! LOL XD

    ReplyDelete
  41. MF : kera mmg begitu, aku yakin ko mesti berasa cuak masa tu kan sis...

    padahal kalau layan dia baek2 mesti senang jer tinggalkan si kera tu hihihi. (tak tahu la kalau ia ber genetik ganas)


    yumida: hahahaha...baru dapat je power terbang tu.



    mr.C : kehkehkeh..... TQ bro

    ReplyDelete
  42. HEEE.. telur power. kt gunung jerai byk kera.. ^^

    blh bwk solo p duk situ..hikhik..

    ReplyDelete
  43. siswi : kehkehkeh gunung jerai eh, kedah san kat gurun tu kan. Snanti tanya SOLO dulu. kakalu2 dia nak behijrah ke gunung plak hehehehe

    ReplyDelete
  44. mak aih..punya berbelit lidah nak sebut rupanya kera..
    hehehhe...

    ReplyDelete