Thursday, 26 January 2012

Gunung Brinchang

23 Januari 2012   Masa : 0615 Hrs
Cuaca : Sangat baik , berangin dan bersuhu rendah.
Lokasi: Menara Gunung Brinchang.


sebenarnya entri ni khas untuk Cik Ujie kita, kerana dia teringin sangat nak tengok suasana di mossy forest.



Seawal pagi lagi wa dan sifu wa,bergerak ke destinasi pilihan iaitu ke gunung brinchang, dengan bekereta.
Cuaca agak sejuk,bukan memang sejuk giler,sampai wa terketar2 juga lah dibuatnya sehingga menusuk ke tulung sum-sum wa. tapi itu bukanlah menjadi halangan untuk wa belajar kemahiran seni fotografi ni.

Berbekalkan azam dan semangat jiwa yang kental, wa dan sifu bersiap sedia untuk pergi ke puncak gunung brinchang dikala kebanyakkannya species homo sapiens masih ada yang ralit dibuai lena kerana asyik dan menikmati tubuhnya silauti dengan suhu yang sangat dingin. Tetapi Wa tetap dengan pendirian wa iaitu untuk sampai ke destinasi pilihan kali ini,  Jalan untuk kegunung brinchang ada dua sama ada mahu menaiki kenderaan melalui jalan yang berturap atau memilih jalan denai laluan mendaki ke gunung tersebut. Kalau diberi pilihan pun wa memang nak naik kenderaan, apa cilake pula nak pilih cara mendaki ikut trek pagi-pagi buta. buat bazir karen wa jer. Lagipun wa dalam keadaan hendak menimba ilmu bukannya dalam mood hendak hiking.

Digunung ini juga terletaknya hutan mossy yang sentiasa lembab dan berlumut.sekitar kawasannya juga amat indah bagi sang pencinta alam. lebih kurang ada macam dalam filem LOTR part masa si hobbits2 mengembara dalam hutan. Filem yang mana satu? Jangan tanya pasal wa pun tak ingat. Pergi search sendiri,jangan malas sangat.

Gunung brinchang merupakan antara gunung yang ramai pendaki germar mejalankan aktiviti disitu secara berkumpulan.Berketinggian 6666 kaki dari aras laut. juga bersempadan dengan 3 negeri iaitu negeri seladang, negeri tok gajah dan negeri cik siti wan kembang. sempadan tu terletak di beberapa puluhan meter dari aras puncak gunung tersebut.(ke ratusan meter eh....wa tak ingat ler)


Ok meh lihat hasil sentuhan kasar wa berguru dengan sifu selama beberapa jam sahaja.



sesudah subuh

Setiba wa dan sifu di area ladang teh, kami amik beberapa gambar moment yang ada. tapi tak boleh lama2 kerana kami nak kejarkan masa untuk ke puncak gunung seawal mungkin.


sekitar ladang boh di awal pagi, tak silap wa dalam jam 0640hrs gitu.

kabus meliputi kawasan-kawasan ladang dan perumahan estet.

pokok teh

turn wa amil candid gambar sifu

sifu beraksi  dengan senjatanya.

Setiba di puncak gunung brinchang, angin bergerak dengan deras, membuatkan wa menutup rapat baju panas. ya sangat sejuk, sejuk dia membuatkan wa rasa mcm nak balik kembali ke rumah. naseb tak beku.

Singboard gunung yang penuh karya.

sampai sekarang wa tak berjaya ambil gambar matahari...damn,





titisan air embun suci
 Ini pula pandangan dari area menara pandang yang ada di gunung brinchang tu. dan material menara tu adalah besi.

awan kapas di pagi hari

ada beberapa orang berbangsa cina turut bergambar distu. kerana amat indah pemandangannya.





sekali lagi wa cuba utk ambil gambar matahari.dgn bantuan tunjuk ajar sifu. ternyata wa masih gagal.







macam mana lah rasa tidur di area begini. wa tak dapat bayangkan lagi.


Selepas puas mengambil beberapa pemandangan di atas, wa mengajak sifu untuk turun bergerak ke mossy forest.(sebenarnya wa tak tahan rassa sejuk berangin dimenara tu). dari are menara wa bergerak secara berjalan kaki, tapi tak pada sifu, dia terpaksa membawa kenderaan menuju kearah mossy forest. dan kalau wa pun, wa akan berbuat sedemikian kerana tak ada kerja wa nak mendaki patah balik untuk mendapatkan kenderaan setelah jalan menuju kearah aras bawah sejauh 200meter.

meh tengok  mossy forest dan sekitarnya.yang sanggat lembab dan berlumut. boleh dikatakan hampir semua ditutupi dengan lumut baek didahan, di ranting, di batu dan ditanah. hati-hati dengan ular hijau yang berbisa disini. dan angker2 yang ada.


























cahaya sinar sang suria baru menembusi sekitar hutan mossy ni





nampak tak lumut di bahagian papan tanda arah tu?




macam terowong pun ada.



kan...dahan dan batang pokok pun berlumut gak. kalau wa stay lama-lama disini, mungkin wa juga turut berlumut seperti mahkluk2 disini. Mungkin!.

ok wa kasi zoom sikit lagi.

dan wa zoom lagi....



dan wa kasi zoom habes.

ada species gonggok sedang bercekerama di batang pokok berlumut ni.tapi wa tak ganggu pun cuma amik gambar dorang jer


buah merah yang tak pasti namanya, apa yang penting, merahnya menarik jiwa wa ketika itu





cuba mengambil titisan air yang jatuh. lama gile nak tunggu dia menitis, keran terlalu lama menunggu,sudahnya wa amik aje titisan air tu dalam keadaan bergini.







tanah dan batu pun turut berlumut juga








naseb sarang lelabah nie tak berlumut seperti yang lain.





.

34 comments:

  1. Hahh Ujie? Ake jeless! Aku jeles!

    Itu lipan bersenggama sgt cantik...
    Aku paling suka pic ketiga terakhir.. Melankolik jiwa aku..

    Ko memang ade touch lah telor... Cuma part matahari tu memang la.. Hahaha

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh abis la kau TP..kan TEA dah jeles hahaha

    p/s ujie dah kawen kan?

    ReplyDelete
  3. TP: Sumpah! aku jeles gila dengan ko bro..aku suka pic yang ada embun tu. kalau tak silap aku no 7 dan 8 dan sau lagi no 11..perfect sangat...yang lain2 pun cantik...maksud aku sharp and clear...jeleszz sehhh..aku rasa nak pukul je ko neh...sebab aku tak berpeluang nak mengalami pemandangan seperti itu di hutan batu ini...huhu. Len kali sila maklum pada aku kalu ko nak pergi memfokus pic di ceruk mana...

    ReplyDelete
  4. TP, aku masih tak puas hati..pic ko tu semua cantiklah...ada satu tu aku nampak macam resaksa sedang bertarung...maksud aku jungle canopy tu..pokok-pokok hutan..excell!

    ReplyDelete
  5. wow..! mmg puas hati dgn gambo mossy forest tu..mcm kat dunia fantasi! gambo yg no.3 tu pun..nice.

    THANKS A LOT TP! tak dpt pegi, tengok gambar pun jadik la..

    *cadangan-letak nombor kat gambar, sng kami nak refer.

    *tea..sila request gambo kat gunung everest plak..*__*

    *ralphrazaq..a'ah dh kawin. 'cik' tu mengelirukan ya..

    ReplyDelete
  6. ok, gambar brader gonggok tu memang steady. nampak macam tengah meronda wilayah jajahan.

    kat sana takde ke orang asli jual durian?

    ReplyDelete
  7. berseni sungguh gambar2...

    artist!

    ReplyDelete
  8. semua cantik!!
    suka tengok gambar jalan tu... kalau tenung lama2 agak menyeramkan! heheheee

    ReplyDelete
  9. TP..mintak izin amik beberapa gambo ya. cantik..suka tengok lumut2 tu. Apsal ntah..

    ReplyDelete
  10. naik gunung! sronok nyer! ske tgk pic atas gunung...so berseni

    ReplyDelete
  11. tea : pasal ujie yang minta sgt hehehe...terima kasih, ko jer yg cakap touch, tertouch gak hati wa ko cakap begitu. part matahari akan ku cuba blajar lebih gigh lagi.



    ralph: ha.ah. tapi aku jarang pakai dan guna perkataan puan utk perempuan ler sis.


    lady W: hahaha jgn pukul aku. nanti aku panggil geng gojes baru ko tahu. terima kasih byk2
    sis...nantiaku beri tahu. kata nak email aku sis?


    Lady W lagi: tajam sungguh mata anda.


    Ujie: "cik" tu pasal aku tak biasa guna "puan" la sis..... terima kasih, cadangan ber nombor eh. akan dipertimbangkan.

    SM: jelajah wilayah eh hahaha stail ayat tu.

    orang asli ada jual kat area bawah2 jer kat gunung tak pernah nampak lagi bro.




    uncle: seni biasa ajer uncle. tapi tak sehebat spt idea uncle berfotografi. lebih unik dan bermasej.



    kak mas: tempat tu ada sedikit angker sebelah maghrib, malam tak pasti.kehkehkeh....!


    ujie lagi : sila lah. xkisah pun sis, amik ajer.



    yumida : ya betul tu, terasa mcm suasana di kayangan. boleh berfantasi sekejap

    ReplyDelete
  12. salam.....tuan,

    sungguh indah dan cantik sekali pemandangan di atas gunung berincang tu..terpesona dan terkesima saya memandang setiap gambar yang ada dalam entri ini...

    Suhbanallah..indahnya ciptaan Allah SWT..

    ReplyDelete
  13. Serius cantik..
    terasa2 macam ada kat sana plak..
    huhuhu..
    suka tengok buah wrna merah tu..
    agak2 boley mkn x?..
    hehhe

    ReplyDelete
  14. cantek dan menariklaa gambo2 awk tu,teringat plk kat nikon d3100 kwn sebelum ni....huhu.

    ReplyDelete
  15. terbaik la TP..bulan 3 plan nk g CH..haha

    ReplyDelete
  16. ok..rs ada kat sn even tgk gambar je..hee..sukanya tgk gambar matahari br nak terbit..sbb teringin nak tgk dr atas gunung..sob2...:)

    bestnya bestnya bestnya..:D

    pss : pnh mkn je ikan bakar kat situ?jom2 tp awk la blanja..ira br kerja..gaji pon xdpt..sob2..heee ;p

    ReplyDelete
  17. SR: ya mmg sungguh ciptaan ALLAH SWT.segala puji2an adalah hakNya.



    lia : tak bley, nanti tak ingat nak pulang kerumah pasal ulat gonggok yg jadi penunggu disitu.kehkehkeh. terima kasih.


    Ayen : mana pi camera tu bro....???


    lyna : dengan siapa tu??? Mr.Panda ker?? kehkehkeh....



    Ira : Boleh ajer, tapi ikan bakar dimana eh? pekan brinchang ker?

    ReplyDelete
  18. hahaa..bersendirian la..pegi sorang2

    ReplyDelete
  19. whoaaa..
    seriusly cantiknya gambar2 ni semua..:D

    ReplyDelete
  20. lepas ni gua nak lu tambahkan lagi gambar-gambar fauna. bukan fara fauzana...

    ReplyDelete
  21. TP: aku nak emaik ko apa ya, dah lupa..rasanya aku dah tersilap reply sebab entry ko panjang dengan pic, aku konpius suda...

    ReplyDelete
  22. en telur, pokok2 berlumut2 tu cantik.. bercabang2.. mcm berhantu jerk nmpk :P

    ReplyDelete
  23. lyna : selamat bercuti.

    TH: terima kasih

    WS : boleh2, nanti datang le

    SM : fauna eh...good idea gak tu

    Lady W : telorpower@gmail.com
    kena focus lebih lagi lepas nie hehehe

    ReplyDelete
  24. lady bird : terima kasih, tapi area nie tak pernah ada hantu lagi sis, cuma terasa angker ajer.

    ReplyDelete
  25. jeles melampau tengok gambaq kat sini...hu hu

    ReplyDelete
  26. CK : kehkehkeh jgn jeles....nak amik wallpapper pun boleh

    (ceh!! mcm la layak buat wallpaper)

    ReplyDelete
  27. perghh lawa gila semua pemadangan... pandai kau snap. hehe

    suka la hiking. laki bole la nak pergi mana2 senang. aku kena perintah berkurung kot. huhu

    ReplyDelete
  28. semua gambo lawo, matahari pon lawo je.. ade ulo? babailah! eeeeiiii!!!

    ReplyDelete
  29. salam..

    melihat gambar2 tuan..saya sangat teruja sekali..

    ReplyDelete
  30. bez nyer dpt pg ke ldg teh...leh bt filem hindustan kt sana....

    ReplyDelete
  31. reen : kemon la...positif sikit sis, perintah berkurung khas nak jaga ko, tapi kalau ko pandai bawa ler sepuu lelaki @ kawan2 girl tuk join hiking atau kemana2. Anyway terima kasih byk2 reen, amik la pic tu wat wallpaper kat desktop kehkehkeh



    BTK : ulau tu kene alert jer....tak selalu ada, kadang2 jer dia muncul lintas, tak kaco manusia pun


    SR : terima kasih yer...Subahanallah


    Yumida : anda teringin ker sis? mesti minat hindustan film nie kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukalah tempat ni- ingat nk g gak- bape jam mendaki

      Delete
    2. dari brinchang ke puncak gunung brinchang tak sampai 4 jam pun sis

      Delete