Sunday, 8 January 2012

Bukit layang-layang

Berjalan-jalan kembali melihat dahulunya wa berkerja di daerah nie. selama 6 tahun wa bekerja di sini. selepas 3 tahun wa kembali menjenguk tempat yang penuh kenangan.

Kali ni wa tak memberi tahu pada rakan2 yang masih wujud di pasir gudang, bukan sombong tapi wa malas nak beritahu  kehadiran wa di situ.lagipun wa datang hanya seketika saja.

Bukit layang-layang diawal tahun ia adalah tempat yang sangat sesak baik diwaktu pagi,petang dan juga malam kerana biasanya diawal setiap tahun, Bukit tersebut menjadi tempat pertandingan layan-layang peringkat antara bangsa. sebelah malamnya pula penuh dengan aktiviti persembahhan dan nyanyian, seperti pertunjukkan lawak, karaoke, tarian zapin dan tradisional lain, persembahan kebudayaan dan juga kuda kepang. yang berjaja disitu tak kalah juga. macam-macam jenis makanan pun ada.

Tapi, wa dahulunya datang hanya untuk melepak di padang tu (sebelah malam ketika pesta layang2 berlangsung) hanya melihat aksi dan gelagat anak2 muda bersama kawan2 dll.
kali nie wa pergi dah lewat petang. ketika sampai disana,wa hanya melihat bukit tu sepi dari manusia.
mungkin semua sudah kembali pulang.



Raksasa korea turut mahu ikut serta

ajis mahkluk yang tak lepas dari dunia sms. hado....






Raksasa korea 1st time datang ke bukit layang2 katanya.

model makanan si Beruang Comel ni.

gelagat bergurau adik dan abang, masa nie wa dapat snap sekeping nie aje.






dahulunya tempat wa bersenam.Berjogging hanya 7 laps selepas waktu bekerja. Dan dahulunya bila ada festival layang2 wa akan melepak di tengah2 padang. penuh dgn tiupan angin

Dahulunya ini adalah laluan trex wa berjogging



wa dipaksa oleh si beruang comel dan raksasa korea tuk turut bergamba sama.



ok nie time maghrib dah,jadi kami mahu pulang.

sebelah malamnya pula wa pi berkaraoke bersama eja,(dahulunya dia si budak OJT tempat wa berkerja sekarang,) si ajis dan raksasa korea.Melalak sampai ke waktu 1 pagi.



*Ok wa mula rindu kembali Pasir Gudang



.

16 comments:

  1. "tahun 2006 kalau tak silap, ada kejadian tangki minyak meletup. penduduk pasir gudang dan sekitar masai berpusu-pusu keluar selamatkan diri sampai sesak highway pasir gudang" menurut kata awek ofis aku dulu. entah, sampai sekarang aku masih kurang percaya...

    ReplyDelete
  2. akak tak pernah pergi ke Johor...huhuhuuu

    ReplyDelete
  3. nice shot laa bro! kemsalam korea tuh!

    ReplyDelete
  4. comel la raksasa korea tuh huhu

    ReplyDelete
  5. SM: kejadian betul2 berlaku pada sebelah ptg dlm jam 1500hrs, hujan lebat. letupan dan terbakar berlaku disebab kan oleh tangki minyak tu dipanah petir. aku sedar kejadian tu masa aku berada diatas deck kapal. aku anggap kebakaran biasa aje...tapi bila aku sampai bilik rehat tuk siap2 pulang kerumah. ramai yg kecoh pasal tangki minyak terbakar dan meletup (kecil).

    Pada dilewat petang agak sederhana kecohnya, tapi bila malam menjelang, bertambah kecoh akibat kegagalan pihak bomba memadam kebakaran tersebut,dan api marak terus menyambar tangki minyak seterusnya.

    aku dan rakan2 siap lari ke JB tuk selamatkan diri selepas kebakaran semakin teruk. berus gig dan dokumen2 penting jer aku bawa hahaha dan esok tak kerja.


    semua kabar dari media esoknya adalah bohong semata2, yang pasti tangki minyak itu meletup dan 3 ahli bomba terkorban tidak nyatakan dalam media cetak dan media elektronik. siap cakap semua adalah terkawal. Jadi baek lu percaya kata2 awek opis lu tu.

    ReplyDelete
  6. Kak mas: datang lah Johor.sana menarik juga. silap2 boleh tengok event kuda kepang. Dahulunya saya pemain kuda kepang juga semasa di Johor. sekarang tak lagi hehehe...


    Tea: TQ2 takde lah lawa mana pun,biasa2 aje.Ok2 nanti aku sampaikan salam tu


    Ralph: comel, boleh la yang pasti dia paling kecik dan paling manja hahaha...

    ReplyDelete
  7. Best ke tempat ni haa?x penah smpai lagilaa,huhu...

    ReplyDelete
  8. ok, sohih! paper esok paginya pun bagi laporan yang biasa-biasa je. aku paham, mungkin untuk mengelakkan panik. walau apa pun, takziah untuk keluarga ahli bomba. dan supaya langkah berjaga-jaga yang lebih teliti dapat diambil SEBAP kawasan industri tu lokasinya berjiran dengan perumahan.

    yang aku rasa ralat sangat sampai sekarang, apasal aku boleh lupa nama awek ofis aku dulu tu????

    aaarrghhhhh...!!!!

    ReplyDelete
  9. tak penah ke sana, tapi tau la tu tmpt festival layang2.

    kamu lebih 'johor' dari saya!

    ReplyDelete
  10. ralph: hehehe baek2

    ayen: best bila ada festival aje... dtg la rasa event dia dah nak mula kot.festival akan bermula setiap awal tahun pasal angin kuat.

    ReplyDelete
  11. ujie: sekali sekala pi la datang ke event tu.tgk live. baru sedulur. kehkehkeh walau pun aku berasal dari negeri tok gajah, tapi aku sanggup belajar bahasa jawa dan kebudayaan masyarakat jawa dan bugis

    ReplyDelete
  12. SM: ya mgkin ada betul,kerana dekat dgn kawasan perumahan. ciss cepat ingat nama awek tu...cun x? kehkehkeh

    ReplyDelete
  13. Raksasa Korea ke tu? Mcm hobbit Korea je. Hiks~

    ReplyDelete
  14. raksasa korea x bt tarian k-pop ker? hihi..nice pic

    ReplyDelete
  15. MF: memang macam hobbit lagi pasal dia masih kecil. pasal tu dia manja, nanti dia dah besar dia akan jadi raksasa yang gagah dan kacak hahaha...

    Yumida: TQ, tapi tu kena tanya dia lah sama ada reti menari ke tak.?


    sekali lagi minta maaf pada raksasa korea. (jgn minta bukan2 lagi sudah)

    ReplyDelete