Sunday, 22 January 2012

Balik Kampung.

buat pertama kalinya untuk tahun 2012 nie, wa pulang ke kampung halaman.
tidak banyak yang berubah berbanding dizaman wa kecil sehingga zaman persekolahan. cuma ada sedikit penambahan dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh majlis daerah.
pembaharuan yang tiada sudahnya dan amat tidak berseni pada mata wa . tetapi ia menjadi sangat-sangat indah dan bermakna bagi sang pencipta idea, yang kononnya amat cantik dan gah dimata penduduk tempatan dan juga para pelancong.

ada yang kata sangat boring, ada juga yang berkata tempat yang sangat sesak bila musim cuti dan ada juga yang berkata sekarang tak sejuk seperti dahulu lagi.banyak komplain ,tapi still datang juga untuk bercuti.

Tapi itu semua wa tak perduli. yang wa tahu kampung wa adalah yang terbaek. (walaupun ia kurang menarik) Takkan wa nak kutuk tempat wa membesar pula ye dak? Bengong namanya tu.

Andai jika orang bertanya soalan dimana tempat yang paling best didunia? sudah tentu jawapannya adalah kampung  wa sendiri walaupun ada banyak lagi tempat2 yang menarik, kerana ia adalah tempat   dimana wa membesar, belajar erti hidup berkawan sebagai ahli2 pergunungan,dan ianya juga sudah sebati dijiwa raga wa.

sape cakap kampung tak best???  meh datang berjumpa dengan wa, boleh dapat hadiah jotos padu satu dari wa. Tak kira lah kampung korang  dimana pun. yang penting kampung adalah terbaek dari bandar yang penuh dengan janji-janji. Sekurang-kurangnya ada juga kampung dari tak ada. Maaflah  pada yang tidak ada kampung.

menikmati keindahan yang nyaman dan tenang dihalaman rumah,pemandangan yang luas, yang diwarnai dengan warna hijau segar dan damai  memang satu terapi terbaek untuk minda dan jiwa, sangat girang rasanya. malam ni wa mahu melepak bersama-sama kawan berbangsa cina yang sekian lama tak berjumpa.






esok baru hendak pi menembak dalam daerah kampung.(sekali lagi minta can....jgn berkira sgt)






.

18 comments:

  1. share pic...

    sure mlm nih byk mercun n bunga api kan...

    ReplyDelete
  2. kg kat cameron highlands kan? bestnya..
    sejuk & hijau!

    *teringin nk ke hutan yg byk lumut tu..moss..apa ntah nama dia. TP mesti dh pegi kan.

    ReplyDelete
  3. sila share pic yg cantik2 yer..
    heheheh..

    ReplyDelete
  4. org lain pegi cameron sebab bercuti dan jalan jalan, kau pulak pegi sana sebab balik kampung yea.. best best

    ReplyDelete
  5. wa tara kampung..macam mana ?
    sob sob sob..T.T
    hehehe

    ReplyDelete
  6. ape nama kg awk bang kat cameron highland tu.nanti kwn pegi sane boleh singgah.....hehe.

    ReplyDelete
  7. syoook tu...tp mana gambar TP?

    ReplyDelete
  8. TP, blk kg? Selamat...selamat bergebang bersama kampungmate!

    ReplyDelete
  9. yumida: yup tapi camera tertinggal kat rumah hado....

    Ujie: yup mmg best pasal kg kelahiran kan....hutan mossy atau mossy forest. tapi nama sebenarnya gunung brinchang. ntah sejak bila dorg tukar nama dia ntah. mmg dah pergi.seronok rasa mcm kat dlm citer LOTR je part si hobits2 tu redah hutan.


    lia: pic sempena perayaan mgkn xder kot pasal jalan sesak sgt.


    delarocha: hehehe mmg best nak wat camner.lahir kt area pergunungan bro.


    TH: takpe bandar pun boleh janji dimana kita lahir, disitu kita agungkan. tapi agak pelik kan...bandar nak wat mcm kg. kehkehkeh. ala....TH pi kampung parents pun ok gak.


    Ayen: Tanah Rata yang sebenarnya tak tahu aku mana part ratanya.


    Lady W:terimakasih. anda org melaka ker sis???Hmmmm..........

    ReplyDelete
  10. wah, syok tu balik kampung.. hehe.. nanti tangkap gmbr bnayk2 bro.. hehe

    ReplyDelete
  11. akak suka balik kampung, best! tapi cuti kali ni tak dapat balik sbb husband tak dpt cuti...

    ReplyDelete
  12. muhammad raziq: ok bro...tapi xdapat janji le.cuaca tak menentu nie hehehe


    kak mas: xper nanti cik abg dah ada cuti, baru ler pulang kak, lagipun malaysia byk cuti kan.hehehe

    ReplyDelete
  13. bilalah incik TP nak hapdate picture nih.. heheh

    ReplyDelete
  14. kg adlah tmpt yg mendamaikan..
    tp skrg menanti pembangunan..
    nanti semua kedamaiaan itu menghilang..
    kg lady dh x mcm kg dah skrg..

    ReplyDelete
  15. TP, pasai pa lak ko kata aku org Melaka? Tadi ada blogger pun tanya adakah aku org Melaka...heran sehh?!

    Best la bro kg ko atas gunung...

    ReplyDelete
  16. Lia: huhuhu baru balik dari kg ler.penat lagi

    Ladybird: aduh sadisnya....kira kg moden ar nie. takpe walau suasana berubah tapi mgkn perpaduan antara ahli kg masih ada lagi dah kira ok.

    Lady W: sis pasal aku tembak jer...lagi pun aku terbaca komen ko dulu yg guna perkataan ""bergebang"
    biasa org melaka yg guna ayat tu...tak tahu ler kalo tempat lain ada guna gak.

    ReplyDelete
  17. kg mmg tempat paling best!

    even dok bandar tp still ada kampung mak ayah lagi..tenang je jiwa rs..:)

    ReplyDelete
  18. ira: betul tu....mmg tenang jiwa

    ReplyDelete