Sunday, 1 January 2012

Backpack ke Melaka Part III

Eco fun ride?.apa tu??  ala bende alah yang byk dalam filem pakai sekarang nie, benda alah nie pakai kuasa bateri rasanya, pasal wa perati dengan betul2 bunyinya amat slow ketika begerak. tapi wa perati aje....tak cuba naik pun. Nampak macam seronok kan?. untuk bayaran sewa dia wa tak pasti...malas nak tanya lebih-lebih hehehe











Masa nie hujan dah berhenti buat seketika.... jadi wa jalan-jalan lagi sambil menembak gambar lagi.
geng-geng beca pun mula keluar berkayuh semula...fuh tak ramai pulak kan geng beca nie. wa kejap2 check handphone setiap 10 minit,
Tanda2 misxall dan masej tak kelihatan di paparan handphone wa, takpe....wa meneruskan meronda2 lagi dalam sibukkan diri meronda2 di area bandar hilir nie,wa still menunggu panggilan dari orang johor. lambatnya dorang nak call.






awek snap pic sape ntah, wa rasa dia snap pic wa la...pasal sekarang wa dah gojes katakan hahaha...



kuat juga pakcik beca nie lagi..

ada pameran berlangsung kat muzium dunia melayu dunia islam nie.



muzium setem pun ada.....kalo SM tahu kompom dia datang, pasal dia pernah bagitaw kat wa yang dia suka lawati muzium









pelancong luar berjubah pun ada.



Muzium islam Melaka








Tengah sedap-sedap wa meronda...tiba-tiba hujan turun balik kali memang lebat,apa lagi cari tempat beteduh. wa berteduh di satu tempat  di hadapan sebuah kafe. ada la 2-3 orang pelancong tempatan turut berteduh sama.
Wa capai kotak rokok dalam poket, lalu cucuh. dalam hujan wa cuba memenuhi kehendak badan, mungkin kandungan nikotina dalam badan wa dah berkurangan tahap lemah ketika itu.

Tengah sedap2 layan asap, bahu wa dicuit perlahan dan wa kena sound tepet dengan brother cina tu sambil menunjuk kearah singboard besar di depan. dia sound pasal wa merokok ketika berteduh. dengan selamba wa menjawab,

"sorry, i dont understand,what the signboard say....im nepal" kata wa cuba membuat muka ala2 nepal

brother cina tengok wa atas bawah beberapa kali. masa tu wa buat-buat tak faham reaksi dia. dalam hati wa berdoa semoga hujan cepat berhenti.Bila hujan betul2 berhenti dengan pantas dan cepat wa beredar dari tempat teduhan tu....

singboard besar di depan cafe


mamat cina yang sound ketika berteduh,


Hujan plak turun dengan rancak plak










nampak tak bangunan sebelah kiri gambar tu, itulah bangunan infi tentang negeri melaka nie, surau dan tandas pun ada di situ






sebenarnya wa nak ambil gambar kincir angin, alih2 dapat plak tengok gelagat polis menyaman pengguna jalanraya nie...

tanda cross tu,sila abaikan aje.....
Geng2 beca di sini pun ramai juga...ditaja oleh DiGi, main sponsor kot?





Nak bergambar kenang-kenagan pun boleh, nak membeli cenderahati pun ada di area sini









awek kecil makan ais krim ketika hujan renyai turun.style gak awek nie bley layan ais krim ketika cuaca tidak  panas










area dimana cendol yang fames di bandar Hilir....tapi musim hujan dorang mungkin tak berniaga juga kot

wa cross jalan, untuk berjalan2 lagi sekitar tebing sungai melaka











dahulunya wa pernah melepak di situ pada waktu malam.

Sg.melaka





dinding batu bata belanda




layan river cruise malam dan siang. tapi kali nie wa tak naik. cukup hanya sekali dahulu.
kali nie wa tak layan river cruise sungai  Melaka, bukan apa dulu dah naik pada waktu malam, nak layan pada waktu petang mungkin tidak, bukan apa,wa terasa sgt bila wa tengah river cruise, terasa seperti sedang naiki boat di dalam longkang, (maaf, pada orang2 Melaka,sekadar pendapat dari wa.)




Akhirnya telepon bedering, wa angkat dan menjawab panggilan dari orang johor lega rasanya, tak faham
dalam perbualan tu, orang johor menyuruh ,wa segera pergi ke A;Farmosa , dengan pantas wa bergegas ke kota A'farmosa.
Dengan semangat wa bergegas sekejap menuju pantas ke A;Farmosa.

Tunggu punya tunggu, wa tak nampak kelibat orang dari johor, terus wa call semula, rupa2nya bukan suruh tunggu di Kota A;farmosa, tapi orang johor suruh wa tunggu di  A'Farmosa  Resort di Alor gajah.

Ciss...macam mana boleh silap nie, wa terus simpan camera dan bergegas ke budget hotel wa untuk packing2 barang.  
adeh..... rugi wa bayar duit budget hotel masa check in tadi, nak taknak wa terpaksa juga kena gerak ke A'farmosa resort. .. maklum la agak lama tak berjumpa ngan orang2 johor.serius faking shit la....Damn!
sudahnya wa tak dapat nak shoot di area2 kapal, kampung motrn, area kedai2 baba,jonker walk dan Ujung pasir(tmpt org2 portugis)

Ntah bas dari sini ada atau tak. jam menunjukkan masa sekarang sudah hampir pukul5 petang. hari dah nak mulai gelap.wa takut wa tak sempat sampai ke A'farmosa resort je masa nie.
.


,

17 comments:

  1. buat gua tertarik nak ke Melaka. Tapi bab cruise dalam longkang tu bukan lu org pertama cakap. Kalau menteri melaka buat pekak jugak tak tau lah.

    ReplyDelete
  2. ohh..itu fun ride rupanya!

    ReplyDelete
  3. Hahaha...cruise dalam longkang kan? Hazabbb!

    ReplyDelete
  4. Lady W: hahaha kan, kalo nak merasa cruise dlm longkang boleh la cuba kehkehkeh

    Hidemichi: dtg lah melawat melaka menarik juga. owh mmg ramai dah cakap eh. wa xcakap pasal takut org2 melaka marah tak terima hakikat

    ReplyDelete
  5. lady w: bukan, im canon user la

    delarocha: yup...memang awesome bro.


    ujie:hehehe itu la, pernah tgk tapi baru tahu nama dia sekarang

    ReplyDelete
  6. hihi..kan da kena sound..;p

    psss : rsnya dah x berbau la..sbb naik last year more ok..malam2 lampu kiri kanan dah naik taraf..heee..kalo nak bukti, sila lah naik..;p

    ReplyDelete
  7. Juliet: kehkehkeh dah naik dah masa 2thn lepas. waktu malam mmg cantek tapi bila siang alahai......

    ReplyDelete
  8. kwn nak cuba jugaklaa nanti eco fun ride tu.macam best je gayenya....

    ReplyDelete
  9. ayen: cuba jangan xcuba...dah cuba bagi taw kat aku ye bro

    ReplyDelete
  10. salam..

    melihat gambar2 tu...teringat byk kenangan saya di Melaka.....banyak..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. TP - pasal cruise 2 setuju sgt (walaupun aku org melaka) hahaha..tp kalu nek waktu malam superb la kowt sbb lampu kiri kanan jalan kan..dh mcm kt icity plak..emm pas2 tang isap rokok 2 baik ko berenti je la..xd pekdah isap rokok buat burn duit je..hahah tak pasal2 kena sound..adat la kan org melaka mg suka sound tepek hahaha..lagi satu jgn buang sampah merata nt kena saman..melaka bukan cm key el hahaha!!!

    ReplyDelete
  13. ralph: kehkehkeh...aku dalam proses nie sis, ya aku setuju melaka bukan mcm kl. bandar dah bersih kan

    ReplyDelete