Saturday, 31 December 2011

Backpack ke Melaka Part II

Negeri Melaka dan sejarah memang tak boleh dipisahkan. banyak juga  sejarah peradapan dunia bertembung di negeri melaka bersejarah nie. itu tak penting tapi ada 1 benda yang paling penting sekali adalah dahulunya bahasa melayu pernah menjadi bahasa rasmi antara pedagang2 dari luar. Aku heran kenapa sekarang bahasa English plak yang naik.....(cilake kalau tak senang dah aku)

sial..melalut plak wa.

Hujan turun tak menentu di negeri melaka nie...pagi mendung. dekat masuk waktu tengahari dah hujan.diselang seli dengan hujan renyai-renyai plak masa tu....then stop for a few minutes, then hujan balik. memang hujan itu rahmat. wa sebagai backpackers. wa meneruskan juga travel wa sorang2 dibandar melaka selepas check-in hotel bajet di sekitar bandar melaka.

Hujan pun hujan la....takkan wa nak marah kat cuaca pulak kot.

nie hasil wa ronda-ronda di sekitar bandar hilir,sementara menunggu pangilan dari kerabat dari johor.


dimelaka nie banyak mizium,salah satunya bangunan nie le






untuk ahli2 umno boleh la layan melawat muzium UMNO nie,,,kehkehkeh.


salah satu jalan masuk ke  bukit st.paul


ditengah2 trak bukit st.paul...takde la tinggi mana pun, nampak tak bangunan merah bertingkat tu, dulu aku menginap disitu ler 2tahun lepas ada kot.

area kawasan gereja di bukit st,paul...sekarang dah jadi kawasan tarikan pelancongan aje.


wa yakin, patung tugu tu adalah paderi kot...hahaha wa main teka jer.



tentang sejarah keruntuhan gereja st,paul

nak detail kene pi la melawat sendiri ke melaka dan baca.

pemandangan dari bukit st.paul, korang leh tengok laut dan juga menara taming sari





Masa nie hujan mula turun kembali secara irama rintik-rintik.



maka ramailah manusia yang ada disini termasuk wammencari tempat teduhan..


dalam mencari tempat teduhan, sempat lagi wa snap pic bro.selamba dia je wat hujan macam  tak hujan, apa-apa pun memang wa salute sama lu bro.

uncle nie salah seorang basker  di area bukit st.paul,disebabkan cuaca hujan, kali nie wa jumpa dia di bahagian dalam bangunan st.paul nie. memang layan beb bila dia nyanyi.




masih hujan lagi...

banyak gak duit syiling dalam perigi nie...naseb berpagar. dahulu masa kecik2 takde la plak pagar nie. wa syak mesti kes kecurian duit dlm perigi pernah berlaku disini





masa nie hujan stop seketikam jadi keluar dari tempat teduhan dan niat nak turun ke bawah menuju pintu kota A Farmosa





baju kuning + moto BEBAS, wa tak pasti samada mereka adalah geng Bersih 2.0 atau team kaum2 yg perjuangkan sexualiti merdeka.siap nyanyi lagu negara ku lagi tu. Motif???

A'Farmosa





besebelahan Kota A'farmosa, ada istana kesultanan melaka, tapi wa tak masuk untuk kali nie, rasa agak boring kot masuk ketempat yang sama setiap kali pergi ke melaka nie. Masa nie wa masih tunggu juga panggilan dari orang johor, handphone still tak bedering lagi, wa syak mesti orang johor masih dalam perjalanan menuju ke kota A'farmosa. Jadi wa meneruskan aksi bergambar dengan rakus kembali.




ini ler istananya. 

sekali sekali melihat kearah bukit st.paul kembali...hujan2 pun ramai gak nak naik ketas tu.

setia menunggu pelanggan, walaupun pelanggan sedang menikmati bergambor di depan kota A;farmosa

beskal pun ada nama..
 Hujan turun kembali, wa berlari menuju kedalan Kota a'Farmosa kembali. Hujan Oh Hujan....

lantai dalam kota A'Farmosa adalah batu bata belanda






 Asal hujan berhenti seketika jer...mesti wa keluar nak shoot gambar2 di luar. maklum la bukan selalu datang kan.

ini adalah bangunan dimana menyimpan segala memori tentang pengisytiharan kemerdekaan 

ramai gak manusia datang jalan2 time hujan turun tak menentu nie



sekitar dataran pahlawan



dari dataran pahlawan pun wa masih boleh melihat bukit st.paul dikunjung ramai pelancong . 






atas tembok pagar diletak batu2 kecil. 





.

Friday, 30 December 2011

Backpack ke Melaka Part I



Hari sebelum wa nak travel secara backpack, wa dah pikir masak-masak samada hendak ke Ke negeri Kuda Kepang atau singgah ke Negeri parameswara. Hmmmm.... bagi wa kedua-dua nya sangat menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Agak penat juga otak wa memikirkan kemana hala tuju yang patut wa pergi, nasib otak wa berfungsi dengan waras lagi. so keputusan yang wa buat adalah memilih negeri melaka yang penuh bersejarah tu. Sebenarnya bagi wa melaka tak ada lah sangat kerana dah kerap jejak. tapi jadi bersemangat kerana mungkin 1.disebabkan dah lama tak menggembara secara backpack, 2. disebabkan ingin berjumpa sangat dengan warga2 JB.


Balik dari opis jer, wa pack segala keperluan yang perlu wa bawa tuk travel selama 6hari keselatan tanah air,termasuk lah ubat-ubatan. walaupun demam tapi wa tetap meneruskan misi jelajah kembali ke selatan juga hahahaha....degil gak kan wa ni. mungkin masa nie otak wa dah kembali tak waras.


Travelog :

23.12.2011

2100H - naik bas menuju terus ke Melaka
0205H - Sampai  di bandar Melaka
0230H - call member dan tidor di rumah kawan ri Jasin, Nama kampung dia dah lupa ada nama rambai-rambai macam tu lah. Sg.Rambai atau Parit Rambai.


24.12.2011

0600H - wa dikejutkan oleh anak sedara member wa, 2-3 kali gak dia gerakkan wa dan panggil wa ayah sambil gerak-gerakkan perut wa dengan tangan dia berkali-kali. Damn....rupa2nya budak tu rabun dan salah orang, dia ingat wa adalah ayah dia.

0930H - Bersiap-siap nak ke Bandar Hilir sesudah bersarapan,(terima kasih mak cik buatkan bekfest, sedap meehoon goreng tu) member wa nak tolong hantarkan dengan belas ehsan dari beliau sambil menikmati suasana pagi di sekitar kampung beliau.

1020H - Sampai di area Melaka Tengah, member wa drop kan wa di situ dalam keaadaan hujan renyai-renyai. Demam still ada lagi. Thank bro for give me a ride.

1030H - meronda-ronda bandar melaka seorang diri,dalam hujan renyai-renyai
1200H - wa check in budget hotel di area Melaka Tengah, budget tak budget juga la...semalam RM70 tapi selesa.

1300H - cari kedai makan, perut dah lapor sangat tambah dengan cuaca hujan.
1330H - sambung jelajah bandar melaka balik sambil tunggu orang2 dari JB sampai.












ok la, perjalanan ke selatan tak sesak,tak jam.




Selepas bersarapan pagi. wa meronda-ronda di sekitar kampung kejap.masa nie cuaca berangin kuat dan mendung. Meh tengok apa yang ada di kampung nie
ada bendang - jambatan pun dah usang sangat


ada orang kampung yang suka ketawa- nie la member wa amir nama dia

ada pokok pelam dan sawit ditengah2 bendang. padi mula nak menguning tak lama lagi boleh menuai plak la nie


ada bangau putih di pondok usang (sebenarnya pondok nak roboh dah...)


ada pokok teratai di terusan. wa syak terusan tali air nie dah lama tak pakai la

ada pokok teratai juga.


bunga teratai yang belum mekar lagi


banyak juga pokok teratai kat tali air bendang kampung nie



ada batu apa ntah....wa ingat tanah tapi batu rupanya


padi mula menguning


satu-satunya titi yang wa nampak agak kukuh lagi


bangau dan bendang memang tak bley di pisahkan la


wa terpaksa ambil gambo bangau2 nie dari jarak jauh juga. takut bangau2 tu terbang plak bila wa dekat.

ada pokok apa ntah nie...sape tahu nie pokok apa??


raja udang pun ada dalam bahasa jawanya KingFisher.

penat wa kejor burng raja udang nie...asyik terbang jer bila wa mula menghampiri beliau




Part nie wa agak kurang percaya, macam dalam drama plak atau budak2 nie memang suka tiru aksi dalam drama di televisyen. Boleh plak dorang kayuh beskal laju-laju di batas bendang.


wa rasa seronok bila tengok budak2 nie berkayuh didalam bendang....sempoi habes


parit gadoh. wa syak burung ciak nie pun kaki gadoh la.....


ada pondok kecik la.....


selesai bergambar sekitar di kampung member. dengan niat murninya member wa membawa jalan ke perigi tun teja dan perigi portugis, malangnya perigi berkenaan ditutup. so wa hanya dapat tengok dari luar aje lah.

tapi sebelum sampai ke bandar Melaka, member wa bawa ke satu tempat lagi iaitu Rumah Warisan. Rumahnya cukup dengan seni-seni dan ukiran, jubin-jubin bercorak, dan bentuk tangga dan bumbung rumah tradisi negeri Melaka.Tapi wa tak dapat la nak ambil gambar dalam rumah nie, segan. Segan pasal apa? Pasal ada orang sewa buat majlis kenduri kahwin plak di rumah warisan.

Takpe Meh tengok apa yang ada je dirumah warisan nie....






nie ler rumah warisan tu...

cantik tak???




keturunan demang rupanya....




tengok tangganya....bukan orangnya


kan best kalo wa dapat masuk ambil gambo belah dalamnya pula.


sekolah henry gurney.....tuk pelajar yang bemasalah


dah tak jauh dah...

dataran pahlawan







melakapages.com mungkin ia membantu anda


sekitar hotel budget yang wa menginap




nie ler hotel wa menginap, ok la selesa juga.

Ok setakat sini sahaja....nanti wa sambung plak di bahagian 2.

*tapi kali nie wa tak sempat nak melepak-lepak bersama kenalan wa, dia peranakkan. Damn!!!



.