Tuesday, 6 December 2011

Seharian di Bandar DiRaja Perak





Hari ahad lepas, wa dan member lama bersama isterinya, pergi berjalan-jalan sekitar daerah Kuala Kangsar,Perak.  Kuala Kangsar adalah destinasi wajib dikunjungi jikalau melancong ke negeri Perak nie. 

Kuala Kangsar adalah bandar Diraja bagi negeri Perak, namanya diberi sempena pokok kangsar yang tumbuh di sepanjang sungai tersebut. itu sumber yang boleh dipercayai yang wa dapat tahu dari seorang pakcik yang berniaga di situ. Trade mark Kuala Kangsar pula,memang tak lain dan tak bukan ialah labu sayong. Semua orang pun tahu.


Perjalanan kami hanya mengambil masa lebih kurang 1jam setengah sahaja dari pekan Manjung.

Apa yang ada di Kuala Kangsar? Korang boleh pi melawat ke tempat-tempat menarik seperti

  • Geleri Sultan Azlan Shah
  • MCKK (Malay Collage Kuala Kangsar) - banyak golongan elit dilahirkan dari sekolah nie ntah ye ntah dak?
  • Masjid Ubaidiah - Masjid negeri Perak.
  • Istana kenangan/Istana kuning - macam istana iklan adabi, seni halus gak kat istana nie dikatakan dibina tanpa guna sebarang paku.
  • Pokok getah pertama yang dibawa ke tanah melayu - bapak besor macam balak
  • Pasar Kraf.
  • Bot penambang - boleh lah kalo nak merasa menyusuri area sungai perak
  • Ulu Kenas - mandi sungai/lata, nak bercamping pun boleh
Tapi....berjalan-jalan melihat tempat perlancongan time musim hujan memang sah-sah tak best. Ciss...
kene repeat balik nie, paling koman wa kene stay 1 night kat sana.



landmark pekan Kuala Kangsar. wa dapat snap dari dalam kereta je. jalan sibuk
macam pasar-pasar pagi di tempat lain juga


belon-belon pun ada.


kerongsang yang murah2

key chain angry bird pun ada, naseb xder budak kecik kalo tak terbang duit wa.

ini adalah corak tudung, tapi wa kena amik pic nie pasai member wa nak wat tatoo inai katanya. wa layankan jer.

Dah penat and habes membeli barang-barang di pasar pagi, boleh plak kapel 2 orang nie layan beli doyan. murah katanya...wa tak tahu menahu pasai doyan nie... kehkehkeh..maklum la wa tak makan doyan.





sesi membuat rundingan harga dengan pakcik penjual doyan.

nie plak sesi membelek-belek doyan. tak tahu nak pilih yang mana.



Habes membeli raja buah, terus kami nak blah pi tempat seterusnya, oleh kerana cuaca tak menentu. ingatkan boleh gerak cepat, alih-alih bus plak tersangkut. adoi.....terpaksa kene tunggu sehingga bus tu boleh lepas. marah gak pakcik drebar bus tu kat owner kereta yg sedap-sedap jer park  di tempat yang salah.

Apa dia mencarut pun wa tak tahu. Untuk mengisi masa yang terluang, kami pi pula melawat ke gerai cenderahati berdekatan disitu. 


bus plak stuck disitu, kami peratikan jer... nak tgk samada bus tu lepas ke tak. jawapan memang tak lepas pun. 


menarik baju-T nie, ingat nak beli, tapi disebabkan wa bukan orang perak, jadi terpaksa di kensel kan kehkehkeh...


labu sayong.

dikedai cenderahati, banyak2 barang kat situ  bende alah nie juga jadi pilihan, sehingga wa pun terjebak nak buat satu kehkehkeh......




ini hasil yg wa nak buat...tapi sayang. member wa tak support plak. damn!! 





medan makan dan barangan kraf...menarik dan murah2





best gak slogan dorang karang nie....



pokok besar di dalam bukit chandan - istana rasmi Sultan Perak



Istana kuning/ Istana kenangan. 

Masa nie betui-betui wa bengang. Istana nie masih dalam kerja-kerja baikpulih. Cilake....dari tahun lepas wa datang 2 kali plak tu, sampai sekarang ( ujung tahun nie) tak siap-siap lagi.

bergambo kat luar je lah yang boleh kami buat.




budak2 nie time ujan nak lebat pun nak kuar berjalan2... budak baju biru,siap perasan plak tu yang wa nak snap gambo.

Jam 1300H dah dekat waktu zohor. kami plan nak singgah sebentar bersolat di masjid negeri perak iaitu masjid ubaidiah. kisah masjid bersalut emas nie wa kurang pasti tapi cerita dia adalah macam nie sikit, tak betui jangan marah kan wa terutama orang-orang negeri Perak.

dikatakan pada suatu ketika dahulu raja perak yang keberapa ntah, wa tak pasti. nama lagi lah tak ingat. raja tersebut sedang sakit teruk dan telah bernazar pada Allah, jika sakitnya pulih kembali seperti biasa, dia akan  bina sebuah masjid di bukit chandan.berdekatan dengan istananye. Macam tu lah serba sedikit cerita kisah masjid ubaidiah nie

meh layan rupa dan seni bina yang ada pada masjid ubaidiah nie.



mesti korang kenai kan dengan masjid nie...





















TQ pada member wa si hafiz, tolong snapkan gambar-gambar didalam masjid nie ketika wa berada dalam baris. ( sape suruh lu sembahyang dulu kehkehkeh...)

habes je menunaikan solat zohor, kami menuju plak ke kedai makan, masa nie perut pun dah lapar sangat.

penat dorang tunggu wa kuar masjid...kehkehkeh sori geng.



sekolah dia pun ada bangunan papan lagi...mesti lama juga


yang nie wa minat dengan moto sekolah nie jer...kehkehkeh.



lunch di restoren benteng, menu lunch wa nasi goreng ayam bahagian dada + nes O ais.



boring xder koje...pasai menu yang wa pesan sangat lambat berbanding dengan menu member wa.



nie la menu lunch wa, simple dan sempoi...tapi wa pesan ayam dia bahagian dada la.... atau memang dorang panggil bahagian ayam nie dada.???


Lepas perot dah kenyang, kami terpaksa bergegas pulang, pasai awan hitam dah datang, takut hujan lebat jer nanti. tak sempat nak pi ambil gambor MCKK dan pokok getah pertama di tanam di Malaysia nie.

Dalam perjalanan pulang. kami singgah sebentar ker pekan Beruas. ada gak sejarah tentang beruas. wa tahu pun pasai kebetulan melihat bangunan yang tertulis Muzium Beruas. Nak tahu gak pasai apa ada muzium kat pekan nie...






pekan beruas.






sejarah tentang kerajaan beruas.








P/S : pasni memang nak datang ke Kuala Kangsar lagi lah, nak try bermalam disana. nak gak tengok suasana malam bandar DiRaja Perak nie.



16 comments:

  1. macam2 ada kan...

    tak pernah jejak KK...
    cantik gambar masjid tu...;-)

    ReplyDelete
  2. Ila : yup mcm2 ada. meh melaawat sambil melancong ke Kuale kangsar.

    ReplyDelete
  3. cilakak, gua baru nak jalan taiping hujung bulan ni. taiping dengan kuaka kangsar mana power?

    ReplyDelete
  4. wah... memang jelajah satu negeri perak ni! best2...

    nanti akak nak jelajah jugaklah..

    ReplyDelete
  5. sm: bro, wa rasa 2-2 pun ok. tapi taiping lebih pada riadah, kuale kangsar lebih pada tentang raja2 perak. 2-2 menarik tempatnye

    Mas: sila lah kak mas, jangan segan2 jangan malu2 nak jejakkan kaki ker kuale

    ReplyDelete
  6. SM: taiping ada 3 muzium, Kaule ada 1 muzium.itu pun pasal sultan azlan shah & kehidupan dia jer.

    pastu kat beruas ada 1 muzium kecik, itu pun kalo lu ikut jalan beruas la. kalau ikut highway via ipoh kompom sah2 tak jumpa muzium beruas tu

    ReplyDelete
  7. ada beberapa minggu lagi. gua nak tugaskan lu up entri sampai gua boleh meleleh air hidung.

    ya, aku setuju mengatakan perak adalah negeri segala muzium dan juga mempunyai perjalanan sejarah yang panjang. gua suka!

    ReplyDelete
  8. suka ayam bhgian peha!heeee..;p

    cantik gambar..;p

    psss : Ira dah upload gambar kat taman tasik taiping..tp gambarnya xla secantik awk punya..huuu

    ReplyDelete
  9. tak dapat pegi, tengok gambar pun jadilah

    ReplyDelete
  10. Sm: kehkehkeh....

    ira: TQ, owh dah pi taman tasik eh

    delarocha: jgn gitu...bro,sekali sekala dtg ar melancong

    ReplyDelete
  11. abah tk pernah sampai Kuala Kangsar lagi..menarik rupanya tempat ni...Cuti-cuti Malayasia!

    ReplyDelete
  12. abah khalisa : melancong lah didalam negeri. tak kurang hebatnye juga

    LK ais: TQ bro...

    ReplyDelete
  13. gambar telur power tu bleh la buat lu punya blog banner.

    ReplyDelete
  14. hidemichi : kehkehkeh...cadangan lu memang bernas bro....great idea, wa pun tak terpikir langsung nak buat.

    ReplyDelete