Friday, 4 November 2011

Engku Busu



Ok, fakta tentang bukit nie:

Terletak pada di daerah lumut. ala 5 minit perjalanan dari pekan lumut tu. 
Bukit nie berketinggian hanya 331.4 meter (1087 kaki)
nama diberi sempena nama Raja Engku Busu yang berasal dari Selangor. Di jemput oleh Sulatan Perak
sekitar tahun 1840 untuk menghapuskan aktiviti2 lanun dan lanun yang bersembunti di selat dinding dan sungai dinding. Walau bagaimana pun Raja Engku Busu telah tewas dan gagal dalam misi tersebut.

Bukit nie sesuai untuk jungle trekking dan tidak menggambil masa yang lama sekitar 40minit aje.Tapi rekod wa dari stating point ke puncak hanya 21 minit je hehehehe......  walaupun nampak rendah tetapi trek dia juga amat mencabar dan menarik. memang cilake juga trek dia. Memang kena ada fitness yang kuat, kalau tak kompom lu akan pancit di peringkat awal.


setelah di wartakan.
halfway lagi nak sampai ke view point. bila tengok hijau2 begini memang hilangkan sedikit rasa penat.


bertemu plak dengan apa ntah. bunga kecik kot.

cilake....ada plak yang buang sampah kat tengah2 trek ni..@#$%
antara view yang ada. tempat berangin sikit...sedap







setiba di sini wa berasa pasti berasa bangga, bukan wa saja malan pendaki2 lain turut merasa benda yang sama selain dapat tengok view,tempat nie juga sentiasa berangin...hilang gak sikit rasa penat tu.

semasa perjalanan turun pulak, wa cuba mengikut trek lain. mengikut trek agak berbatu..cilake jalan senang ada, jalan susah gak wa nak tempuh. tapi enjoy gak. sampai la wa terserempak ngan cik cendawan di akhir trex. masa mula mendaki tak plak wa perasan cendawan nie...

boleh juga bermain2 dibatu ni

hai incik cendawan...kalau lah wa ada lens macro kan best...

Ok lain kali wa datang melawat lu lagi engku busu...






5 comments:

  1. saya tambah satu untuk anda

    ReplyDelete
  2. hahaha Jangan tambah 1,yang perlu sila mencuba hiking ke bukit engku busu dahulu

    ReplyDelete
  3. bestnye view ke laut tuh! eh jap, laut ke tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya itu laut GB, selat dinding menuju kelaut lepas selat melaka, belakang base ada bukit kan....belakang tu ada pulau. pulau pangkor namanya, tapi dalam gambar tak nampak la

      Delete