Thursday, 24 November 2011

Air Sirap Best.

Waktu lunch tadi jam 1500H, wa dengan member lama bro mochi pusing-pusing satu daerah manjung cari makanan untuk makan tengah hari + sarapan pagi (pakej terbaek nie....huhuhuhu).

Banyak memang banyak tapi disebabkan ingin mencari satu kedai makan berlauk yang terbaek, maka kami membuangkan masa hampir 30 minit. Damn.....ulat-ulat dalam perut dah memberontak nie sambil meronta-ronta di satu sudut didalam perut wa.lalu terhasil la rasa pedih di perut hasil pemberontakkan ulat-ulat tu tadi.

Akhirnya wa,sampai disebuah restoren yang wa sendiri tak pernah jejak lagi. Ah...... boleh la walau nampak kurang menarik.Lapor punye pasai wa sebat je...

wa dan member lama, ambil nasik dan ceduk segala lauk pauk yang nak makan.sambil tu makcik sebagai owner restoren mula bertanya


"Nak Minum apa dik? " 

"bagi saya air teh'O ais" kata member lama wa

"Adik....?" 


"Saya, cik buatkan saya air sirap best."

"Air sirap best??? macam mana tu?" Tanya makcik dengan penuh kehairanan pada wa

" Ala..air sirap yang biasa jer,cuma tambah bagi manis sikit je cik hehehehe..."

dengan satu laungan yang kuat makcik restoren melaung "Air sirap best satu.........."




Nie la air sirap yang best...Hahahahaha....



Tanpa wa sedar, rupa-rupanya ada 3 orang pelangan lain dibelakang wa, seorang berbangsa melayu dan 2 orang berbangsa cina. Dan bila makcik restoran tanya nak minum air apa, ketiga-tiga pelanggan tu sebut nak try air sirap best.

wa rasa nak tergelak jer,tapi wa kaber line la....pasai air sirap best tu sebenarnya air sirap biasa, wasaja  jer letak nama sirap tu begitu.tak tahu plak ada orang nak ikut kehkehkehkeh......... lantak lu orang la




* Alhumdulillah kenyang tuk stok hari nie, TQ Bro Mochi belanja makan tengahari + sarapan pagi

3 comments: